CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 9teen

Siapa Shark, BF Aku Ni? & Kisah Kisah Lain (PENERANGAN : #726 - 19/11)

  [Copy link]
Post time 31-7-2016 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
TT, pemutihan tu apa???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-7-2016 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
jemahjacjon replied at 31-7-2016 03:41 PM
Aku dah baca dari no 1 smpi 17, jarang betul watak syark keluar. Kata dia hero..

Ke kau gunakan k ...

Gigihnya baca sampai setakat ni!

Shark belum keluar lagi sebab aku akan tulis apa yang Shark izinkan aku tulis kat sini je. Sepatutnya dah keluar. Sabar naa?  
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 11:53 PM | Show all posts
9teen replied at 30-7-2016 11:09 PM
Maaf sebab agak lama tak update sebab menjalankan tugas kepada keluarga, bangsa, negara & agama. Hah ...

hantu sampah ni...
suka berlonggok kat tong sampah..
kalau tong sampah yg ada pad wanita yang jem tu..siaplah ada cik pon sekali
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 01:52 AM | Show all posts
ok adik TT cepat update.
takyah sembang byk sgt la.. bleh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 09:13 AM | Show all posts
Ipo replied at 31-7-2016 11:53 PM
hantu sampah ni...
suka berlonggok kat tong sampah..
kalau tong sampah yg ada pad wanita ya ...

hahahahaha. berdekah aku baca kau komen kak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 1-8-2016 04:39 PM

CERITA LAPAN BELAS - BERBUAL

Sebelum aku cerita, lebih baik aku bagi korang ingat semula kedudukan dalam bilik aku supaya korang dapat cerna dengan baik cerita cerita aku.

Maklumlah, dah masuk yang ke-18, tapi watak utama tak keluar keluar lagi. Hahahaha. Ampun sebab aku cuma keluarkan watak Shark bila dia kasik  je.

Bilik kitorang bilik berempat. Katil masing masing (bukan double decker). Dalam bilik aku tu = Doeh, Panjang, Shark & aku (Ice).

Doeh ni budak asal Kedah. Kecik kecik je saiz dia. Panjang pulak budak asal Terengganu. Kitorang panggil dia Panjang sebab dia ni tinggi lampai. Pasal aku & Shark korang tak nak taw kan asal mana? Tak penting pun.

Bilik kitorang dekat aras bawah Blok A. Aras atas Blok A budak budak Form 2 duduk. Katil aku & Shark dua dua menghadap tingkap yang boleh nampak tasik. Dekat tepi tasik tu ada 1 pokok dan kerusi tempat duduk rehat rehat.

Bilik kitorang bertentang dengan bilik yang lain. Means kalau kau bukak pintu, boleh nampak apa jiran bilik sebelah tengah buat. Dekat satu aras kitorang ni sebelah tandas memang ada satu bilik kosong.

Lepas Malam Burung Hantu, aku kena balik sebab demam panas tapi makhluk sorang ni boleh relaks lagi macam tak ada apa yang jadi pada dia.

Benda ni Panjang yang ceritakan dekat aku. Kebenarannya aku pun dah tahu sebab aku dah tanya terus dekat yang terlibat.

Satu malam tu, Panjang terjaga dan rasa nak terkencing. Satu aras kitorang masa tu memang dah light off. Budak budak batch kitorang semua dah tidur. Masa dia berjalan nak ke tandas, dia dengar macam orang berbual. Macam bisik bisik pun ada jugak. Dia pandang pandang dekat dalam bilik kosong sebelah tandas tu.

"Bila kau nak balik sini?"
"Aku sorang sorang dekat sini"

Panjang ni orangnya tinggi lampai & agak selamba sikit orangnya. Panjang ni punya selamba sampai kalau kat dalam bilik kitorang ni, dia boleh suka hati je nak pakai seluar ke tak nak pakai seluar. Kalau pakai boxer tu pada pada lah jugak, ni kalau nak mandi ke apa, dia selamba badak dia je bogel tanpa seurat benang dalam bilik.  Then, pakai tuala pergi mandi sebelum bogel balik. Dah lah tayang, lepas tu suka pulak nak sakat sakat orang. Bolehlah kalau nak kategorikan as pervert jugak.

Sebab nak tengok jugak benda apa yang ada dalam bilik tu, si Panjang ni pulaslah tombol pintu bilik kosong tu. Dengar macam ada suara berborak.

Dia nampak depan mata dia dekat dalam bilik tu Shark tengah duduk. Tangan Shark silangkan atas kaki dia. Sorang sorang. Bersandar pada locker yang ada dalam bilik kosong tu. Tingkap dibiar terbukak. Muka dia macam serba salah bila nampak Panjang.

"Eh, Panjang. Tak nak join sekali ke?"
"Buat apa?"
"Ambik angin ni ha..."
"Takpelah. Aku nak kencing je ni."
"Oh. Okay..."

Lepas tu Panjang terus pi tandas. Kencing. Then, balik semula bilik kitorang. Memang dia tak fikir apa time tu.

Masa sampai dekat bilik, dia nampak Doeh tengah tidur dekat katil Doeh. Katil Shark kosong. Shark tidur dekat atas katil aku yang tak bercadar tu. So, Panjang pun pergi lah kat katil dia nak sambung tidur.

Sekali si Shark ni bangun. Mata tertutup.

Panjang, tolong tutup pintu tu. Aku tak larat ni. Nanti "dia" nak masuk pulak"

Panjang yang agak lambat sikit loading pun bangun pergi kat pintu bilik kitorang. Dia tutup pintu dan kunci.

Lepas dia kunci pintu, otak dia jadi loading cepat sikit. Maybe dia baru dapat tangkap maksud yang si Shark nak sampaikan dengan "Nanti dia nak masuk pulak".

Terus Panjang baring atas katil. Selimut satu badan. Sekian penampilan Shark yang agak pendek & tak seram.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2016 05:15 PM | Show all posts
dah saspen dah niii elok jadi SR terus aku gigih ingat balik ape pass dengan email
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 9teen at 1-8-2016 06:36 PM

Cerita ni sengaja aku upkan di petang hari sebab tak berani nak upkan bila malam tiba since masa aku menaip ni pun duk tekup mulut nak muntah bila nak sampaikan balik apa yang Kak Share cerita pada aku.

Janganlah korang marah sebab asyik asyik sumber cerita dari nama nama yang sama. Aku memang tak ramai kawan. Plus, orang tak sudi kawan dengan aku time sekolah.

Aku terpaksa gunakan "Biskut Kering" dan "Jem" untuk elakkan aku termuntah depan phone masa aku tengah taip ni. Karang tak pepasal kena speku mengandung.

--------------------------------

CERITA SEMBILAN BELAS - CUCI

Tandas blok perempuan memang selalu ada isu tersumbat. Nak tahu sebab apa? Sebab lepas guna, diorang akan buang biskut kering diorang tu terus masuk ke lubang tandas. Tak payah susah susah nak tanggalkan jem yang ada pada biskut kering kan?

Biskut kering ni memang benda yang penting untuk budak budak perempuan & kena pastikan sentiasa ada sebab kalau tak buat calculation cycle yang betul, tiba tiba nanti ada yang kebocoran.

Aku tahu pun sebab hidup aku dikelilingi oleh biskut biskut kering kakak kakak aku yang mana aku salah satu mangsa diorang untuk tolong belikan biskut kering ni. Tak termasuk fasi Kak Share yang pernah sekali tu mintak tolong aku belikan on behalf dia. So, terpaksalah tebalkan muka aku membeli biskut kering yang mostly tahu hanya akan diconsume oleh kaum Hawa semata mata.

Mak Cik cleaner selalu komplen & budak budak perempuan yang lalu depan tandas masa mak cik cleaner tengah buat kerja membersih dia tu, siap sedialah kena tegur dengan mak cik mak cik ni. Memang kena tahan telinga bila bertembung dengan sesetengah mak cik yang bercita cita nak jadi juri, tapi tak berjaya masa audition tu. Tapi, nasihat nasihat mak cik ni memang betul pun. Diorang nak kan yang terbaik untuk semua orang & elakkan masalah.

Okay, kita kembali pada cerita ya? Aku nak start cerita ni. Panjang pulak mukadimmahnya. Heheh.

PART 1
=========

Benda ni jadi dekat satu blok perempuan. Terjadi dekat mak cik cleaner yang memang satu team kerja. Diorang buat kerja dah petang dah time budak budak sibuk nak balik cuti semester hujung tahun sampailah ke belah petang nak nak maghrib macam tu.

"Budak budak ni memanglah. Pengotor betul!"
"Dah nama pun budak budak, Gayah"
"Sampai tersumbat tandas ni. Esok ni confirm nak kena mintak orang datang pam kasik keluar semua sekali"
"Buat je lah. Lagi cepat siap, lagi bagus"
"Esok nak kena complaint ni dekat pengurusan"

Salah sorang mak cik cleaner tu pergi tinggalkan mak cik yang dekat tandas yang satu tu ke tandas yang lain.

"Srut...Srut...Srut..."

"Gayah, dah lah cepat. Balik jom!"

Mak cik yang tadi pergi tandas lain tu cepat cepat dapatkan Mak Cik Gayah yang dekat tandas yang mula mula tu. Mak Cik Gayah time tu tengah gulung gulung getah hos warna kuning yang panjang tu. Baru dia nak letak dekat atas tempat cuci baju.

"Jomlah balik"
"Kenapa? Aku belum siap semua ni"
"Turun nanti aku cerita. Cerita sekarang, lain pulak jadinya"

Mak cik 2 orang tu pun keluarlah dari tandas dan keluar ikut pintu belakang blok perempuan tu. Betul betul lepas diorang keluar, bunyi pintu macam kena hempas. Tapi, tak ada angin pun yang tiup.

Masa dekat Post Pengawal, mak cik ni bukak cerita pada Pak Guard & Mak Guard yang ada time tu sekali dengar cerita dia. Seram je masing masing.

"Tadi Gayah, time aku pergi tandas satu lagi tu. Aku kena lalu bilik budak. Aku nampak tilam semua lintang pukang. Tak berlipat pun. Dengan atas meja kertas kertas semua bersepah. Lepas tu, pintu tu terbukak sikit. Aku dengar macam bunyi orang menghirup. Aku ingat nak tegurlah, kot kot ada lagi budak belum balik sebab mak ayah ambil lambat. Sekali aku jengah, terkejut aku Gayah!"

"Kau tak payah cerita apa sambungan dia. Aku dah tahu dah. Tengok muka kau pun pucat semacam"

Nak tahu apa yang mak cik ni nampak? Ada sesuatu tengah dengan berseleranya menikmati jem pada biskut kering yang ditinggalkan macam tu je. Tak dibuang. Tak dicuci. Baru agaknya.

PART 2
===========

Ada satu mak cik cleaner ni kena bersih bersihkan blok time cuti peristiwa. Budak budak asrama memang mostly balik bermalam kat rumah atau bercuti dengan kawan kawan. Mak cik ni biasanya pair dengan satu lagi mak cik, tapi sebab mak cik yang biasa ada hal, so management cleaner ni bagilah mak cik ni buat kerja dengan orang baru.

Time tu dah remang remang senja. Mak Cik yang tua ni bagitahu dekat cleaner yang baru masuk tu, kalau jadi apa apa jangan tegur.

"Dik, kau palingkan muka kau jap. Tutup telinga sekali ya? Kalau nak tutup mata pun boleh"

So, cleaner yang baru ni pun ikut je lah apa yang cleaner yang agak senior ni suruh dia buat. Dalam hati tertanya tanya jugak, apahal suruh buat macam tu macam ni.

Hati suruh ikut je apa yang cleaner senior tu suruh buat. Tapi, akal dalam kepala suruh dia carik logik, kenapa kena buat macam tu. So tak lama lepas dia buat macam tu, dia paling muka.

Depan mata dia, dia nampak cleaner yang agak senior tu tengah jilat jilat jem segar dari ladang yang ada pada biskut kering yang diorang kumpulkan dalam plastik hitam sampah. Tersenyum sambil jelir jelir lidah cleaner yang senior ni pada cleaner yang muda ni.

Pengsan cleaner muda tu kat tempat kejadian. Bila dia bangun je dia dah dekat Post Pengawal. Dia dah nak menjerit dah bila sebelah dia time dia bukak mata tu muka cleaner senior tu. Takut wo!

Terus cleaner senior tu senyum senyum.

"Akak dah bagitahu dah tadi. Kau tak payah stay sampai petang. Pukul 2 tadi kan akak dah bagitaw yang akak balik?"

Cleaner senior tu rupanya memang dah balik pukul 2 petang tu lepas diorang rehat makan tengahari cuma cleaner baru tu tak perasan. Dia terlebih semangat buat kerja sampai terlupa serba serbi. Sepatutnya sampah sampah tu biar macam tu je, sebab nanti cleaner cleaner yang bersihkan blok sebelah akan tolong sebab cleaner senior tu ada emergency. Plus, cleaner baru memang tak digalakkan kerja sampai petang sebab masih baru.

Pesanan Khidmat Masyarakat :

So pada yang consume Biskut Kering, tolonglah cuci sehabis baik sebelum kau campak merata rata ya? Ada yang memerhati & menunggu rezeki datang ke riba mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2016 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Amirda replied at 1-8-2016 01:52 AM
ok adik TT cepat update.
takyah sembang byk sgt la.. bleh?

Insya-ALLAH aku akan kurangkan sembang.

Dah update dah tu untuk hari ni. Nanti update lagi    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
zuri154 replied at 31-7-2016 08:56 PM
TT, pemutihan tu apa???

Bahasa saintifiknya pun aku tak dapat nak terangkan sebenarnya.

Senang cakap, aku cuti sekolah sebab pemutihan dulu. Then lepas pemutihan, baru pemulihan. Tapi bukan semua prosesnya Tok Rom & kawan dia buat. Balik pada diri sendiri jugak. Yang paling utamanya, atas izin Allah S.W.T Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan.    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2016 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
3bidadara replied at 1-8-2016 09:13 AM
hahahahaha. berdekah aku baca kau komen kak

Jom tambah berdekah baca #328      
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeay!!! Update akhirnya...  
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 01:22 AM | Show all posts
setiap update memang mengesankan.... tahniah 9teen...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Waaahh,antuu shark dh keluar
TT citer pemutihan tu blom abis lagi kan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:40 AM | Show all posts
9teen replied at 1-8-2016 05:29 PM
Cerita ni sengaja aku upkan di petang hari sebab tak berani nak upkan bila malam tiba since masa aku ...

memang benda tu akan jilat macam tu..dengan rakusnya...depan mata tengok cik pon begitu berselera menjilat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 09:42 AM | Show all posts
9teen replied at 1-8-2016 10:28 PM
Jom tambah berdekah baca #328



jangan main2..akak panggil roti kering disapu jem
makanan kegemaran cik pon tu
elok sangatla berkumpul ramai2 berkelah kat tong sampah tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-8-2016 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo replied at 2-8-2016 09:42 AM
jangan main2..akak panggil roti kering disapu jem
makanan kegemaran cik pon tu ...


Sedapnya kan? Jem strawberi yang baru proses punya.

Adeh! Sekejap. Nak muntah dulu... (Eh! Tak jadi muntah)     
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 11:31 AM | Show all posts
Best citer TT... aku pon ad byk crite.. misteri tp xseram la... skrg ni pon yard blakang opis aku ad penampakan... sorang pompuan xad muka dan sorang lagi budak kecik muke bulat.. yg pompuan xad muka tu dh 4 org bdk kilang aku nmpk.. maghrib die dh start kuar ushar port lepak lam kilang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza replied at 2-8-2016 08:50 AM
Waaahh,antuu shark dh keluar
TT citer pemutihan tu blom abis lagi kan?

Belum habis lagi pun...    
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2016 12:55 PM | Show all posts
Waaaa, dah ade update. Tq TT....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.188616 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list