CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: KoSe

KRu-RelaX

[Copy link]
 Author| Post time 23-4-2004 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by senahsirap at 22-4-2004 15:53:
kru kalo bawak lagu balada memang meletup...


lagu fast tak meletup ker?:bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2004 11:27 AM | Show all posts
Originally posted by sayangidaku at 16-4-2004 17:54:
oi kose, naper byk sangat album baru nak kuar skang nih?


salah satu faktor kenapa diorg release bulan 4 ialah sebab nak tunggu kerajaan turunkan harga tu jadi ke tak..klu jadi maka recording company juga akan buat package CD yg bersesuaian dengan harga RM21 tu..macam NAR takkan letakkan lirik dalam CD(ikut strategi syarikat rakaman)..

Bila dah masuk bulan april takde kata putus lagi dr kerajaan tu yg album2 yg tersekat dikelaurakan beramai2...

antara album yg baru release jugak ialah album NT CT(opss NT VIRUS)-KRISTAl, album ALLEYCATS-TANGGA2 ke pintu syurga, album umbrella dengan vokalis baru(pu3 mesti dah ada album ni), HAIzI RANI, IZLLA dan juga IFA RAZIAh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2004 03:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2004 03:50 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2004 03:53 PM | Show all posts
dipetiK dari BI POP : 25/04/04

   
  KRU ajak peminat RELAX


AGAK lama Norman, Yusry dan Edry tidak bersatu di dalam album sendiri kesan kesibukan mereka menerbitkan album dan menyumbang lagu kepada penyanyi lain. Malah, Yusry sendiri sudah tampil dengan album solo, Dekat Padamu.

Namun, halangan itu bukan bermakna KRU sudah berkubur. Sebaliknya, trio adik beradik popular ini masih merancang dan menghasilkan projek untuk album sendiri. Dalam diam, lahir Relax, sebuah album yang menggabungkan himpunan terbaik KRU sebagai komposer, penerbit dan penyanyi.

Sebelum ini, KRU begitu sinonim dengan identiti yang cenderung kepada irama dance muzik seperti yang ditonjolkan dalam lagu Awas, The Way We
Jam, Ooh! La! La! dan Mahaguru. Tetapi, tidak dinafikan, mereka juga cukup terkenal dengan lagu moderate dan sentimental seperti Jangan Lafazkan, Apa Saja dan Seperti Yang Ku Jangka.

Lantas, penerbitan album Relax, dilihat Norman sebagai satu transisi atau perubahan penampilan KRU yang memberi sedikit kelainan kepada pendengar.

"Memang selama ini KRU dikenali dengan lagu rancak atau dance muzik, tetapi sebenarnya kami juga banyak menghasilkan lagu balada yang baik.

Justeru, menerusi album ini, kami mengajak peminat untuk relaks, sambil mendengar lagu perlahan atau sentimental yang tentunya memberi sedikit kelainan," katanya.

Tambah Norman lagi, disebabkan mereka terlalu sinonim dengan identiti muzik rancak, tanpa disedari KRU sudah menghimpunkan banyak lagu balada tetapi tidak terlalu ditonjolkan. Justeru, mereka mengambil pendekatan mengetengahkan konsep lagu perlahan untuk dilaraskan menerusi album kompilasi ini.

Edry pula berkata, pemilihan judul Relax adalah refleksi kepada muzik popular KRU dengan menghidangkan koleksi lagu balada. .Perkataan itu sendiri katanya, 'cathcy' dan digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.

Babe, sentuhan terbaru yang bakal meneruskan populariti KRU

"Judul itu diperoleh ketika dalam perjalanan pulang dari Los Angeles, baru-baru ini. Dua lagu baru menjadi sandaran iaitu Babe dan Di Hatimu yang bakal menyerlahkan lagi kesinambungan kreativiti KRU.

"Kedua-duanya berentak moderate, mengikut jalur rentak 16 lagu yang lain. Dalam Relax perlu diingat, susunan muzik KRU mempunyai identiti tersendiri dan ini juga dipertahankan dalam Babe dan Di Hatimu," katanya.

Edry akur Babe adalah perkataan Inggeris, tetapi katanya, ia juga adalah bahasa yang biasa digunakan dalam perbualan harian.

"Kita biasa dengan perkataan kasih, sayang atau cinta tetapi Babe juga adalah perkataan yang mempunyai maksud yang hampir sama. Penggunaannya lebih realistik dengan kehidupan moden hari ini," katanya, memperjelaskan tujuan meletakkan perkataan Babe.

Menyentuh keistimewaan Babe, Edry berkata, lagu itu banyak dipengaruhi muzik klasikal dengan sentuhan moden, dilengkapi dengan pilihan patah perkataan yang amat unik.

Lebih bermakna kerana buat kesekian kali, KRU kembali merakamkan lagu secara berkumpulan selepas Yusry melancarkan kerjaya solonya.

"Ia dirakamkan secara bergilir selama tiga hari berturut-turut untuk membolehkan setiap penyampaian mempunyai keserasian. Tajuk dipilih berdasarkan ringkasan dan kekerapan penggunaannya dalam bahasa seharian, membuktikan identiti KRU yang punya tarikan tersendiri," katanya.

Sementara itu, Di Hatimu pula adalah lagu yang dihasilkan khusus oleh Edry untuk isterinya, Milia Mohd sebagai tanda cintanya. Ia disempurnakan dengan baik menerusi penyampaian vokal Yusry.

"Di Hatimu pada asalnya hanya diiringi piano, namun dilengkapkan dengan suara harmoni Norman dan Edry atas permintaan Yusry yang rasa ada kekosongan ketika merakamkan rangkap ke empat secara solo.

"Hasil gabungan itu membangkitkan paduan suara yang mantap selain ia turut bertindak sebagai gambaran kedewasaan muzik KRU," katanya.

Kompilasi Relax juga menampilkan lagu menarik seperti Perpisahan Terasing, Di Pintu Syurga, Jangan Lafazkan, Apa Saja, Sayang, Untukmu, More Than Forever, Seperti Yang Ku Jangka, Saat Ku Pejamkan Mata, Balada Hati, Janji Tinggal Janji dan Never Let The Spirit Die.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2004 08:33 PM | Show all posts
lagu di hatimu best !!!! suka dgr lagu nih ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2004 01:32 AM | Show all posts
Originally posted by Meteor^Girl at 26/4/04 20:33:
lagu di hatimu best !!!! suka dgr lagu nih ...


meteor^girl..
ader lirik lagu babe tu tak?
puas saya carik tapi tak dapat..
Reply

Use magic Report

Nazra81 This user has been deleted
Post time 18-6-2004 05:17 PM | Show all posts
Hati ini tertawan pada lagu "Di Hatimu".

Lagu ni sangat glamer kat Radio Muzik. 1st day release lagi dah beli album ni sbb lagu "Di Hatimu" ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.050019 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list