|
Wanita tua terperangkap 3 minggu dalam bilik mandi
PARIS 24 Nov. - Pasukan bomba Perancis menyelamatkan seorang wanita warga emas yang terperangkap di dalam bilik mandi rumahnya selama tiga minggu selepas ketukan paip meminta pertolongan gagal mendapat perhatian jiran-jirannya.
Wanita berusia 69 tahun itu dalam keadaan yang sangat lemah ketika bomba tiba di rumah mangsa di bandar kecil Epinay-sous-Senart di Paris, selepas jiran menghubungi pihak berkuasa kerana bimbang dia tidak kelihatan dalam tempoh tersebut.
Dia yang terkunci akibat kerosakan tombol pintu bilik mandi, terpaksa meminum air dari singki dan mengetuk paip pada waktu malam untuk meminta pertolongan.
Namun jiran di blok apartmen itu menyangka ia adalah kerja-kerja pembaikan dan mengadakan petisyen untuk mencari pemilik rumah itu supaya bunyi tersebut dihentikan. - AFP
Alahai kesiannya, buat la ketukkan berirama kan, contoh macam ketukkan lagu Lady Gaga ke sure orang pelik.. :cf: btw nasib dia still idup, kalau mati mau kesah hantu mengetuk pintu tu tetiap malam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi China dan Rusia x reti2 lagi nak hantar, bila2 masa jek leh meletus ni..
princebrunei Post at 25-11-2010 11:13
takut ok |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jek yang halal Aussie tu, tapi den malas la nak kuar makan sebab den duk kat port jadi jauh ...
princebrunei Post at 25-11-2010 11:16
harus naik 7kg ok |
|
|
|
|
|
|
|
Alam 'luar biasa'
Oleh SYAZWAN ZAKARIAH [email protected]
BANYAK pertanyaan yang bermain di fikiran saya sesudah menyaksikan 2 Alam. Hampir kesemuanya bermula dengan 'kenapa', baik dari segi jalan cerita dan pengarahan, sampailah kepada tahap keyakinan Dr. Rozmey bahawa filem ini mampu mengutip RM40 juta. Tidakkah dia sendiri menontonnya?
Filem 2 Alam memfokuskan kisah seorang penyanyi terkenal, Amy semasa hidup dan matinya.
Dia sebenarnya seorang lelaki bernama Adam yang mengubah jantina semasa belajar di luar negara.
Kehidupannya digambarkan penuh jahil dan maksiat, manakala apabila mati, jenazahnya berdepan azab tidak diterima bumi.
Seringkas sinopsis tadi, semudah itulah 2 Alam digarap. Bukan niat untuk memperkecil-kecilkan usaha Ed Zarith dan Hairie Othman, tetapi hanya inikah yang mampu dipersembahkan oleh dua orang pengarah?
Seawal pembukaan, momentum filem ini sudah dibunuh. Penonton disogokkan dengan pembentangan slaid ala Microsoft Power Point yang bertanyakan bermacam soalan selama lebih dua minit!
Maaf Dr. Rozmey, kaedah untuk menjual ubat kurus tidak sama dengan cara bercerita di layar perak.
'Zaman kegelapan' Amy ditonjolkan berselang-seli dengan adegan persiapan mengkebumikan mayatnya.
Tidak dinafikan sinematografi untuk babak-babak di kampung dihasilkan dengan dramatik dan teliti, tetapi sayangnya kosong tanpa isi.
Keindahan syot-syot itu tidak dibantu dengan dialog yang kuat. Kalau ada pun, bunyinya sangat klise dan pernah didengar dalam drama televisyen era 1980an.
Sebagai contoh, "Sabarlah, ini takdir Tuhan. Sebagai orang Islam, kita harus terima qada' dan qadar".
Filem 2 Alam membulatkan sesuatu perkara dengan dangkal dan terus menghukum. 'Dunia' kampung digambarkan seputih-putihnya menerusi watak Ustaz, graduan dari Mesir. Dunia kota ditunjukkan sehitam-hitamnya dan penuh noda menerusi watak Amy, lulusan universiti di London.
Saya tidak pasti mengapa pengarah sangat obses kepada lagu Salam Terakhir nyanyian Amy Search.
Kalau lagu tema sekalipun, perlukah ia dimainkan berkali-kali untuk babak imbas semula? Mereka mahu membuat filem atau video muzik?
Tidak salah kalau ingin menjadikan naskhah ini sebuah melodrama, tetapi janganlah malas. Syot yang sama diulang pakai sehingga penonton naik muak.
Bercakap mengenai video muzik, terdapat satu adegan yang membuatkan saya keliru, sama ada mahu ketawa atau menggeleng-gelengkan kepala.
Ketika itu Amy dan kekasihnya, Juan baru berpisah. Kedua-duanya berjalan mengikut alunan irama perlahan sebelum bertembung, kemudian masuk ke dalam kolam renang dan menyelam. Apakah maksud dan kepentingan adegan ini?
Persembahan lakonan sangat menjengkelkan, tetapi tidak banyak yang boleh dilakukan pun jika skripnya sama taraf.
Sebagai contoh, "Aku betul-betul tak sangka kita dapat rogol penyanyi popular!" dan "Memang you takkan jumpa lelaki yang handsome macam I dalam dunia".
Sebagai bintang utama, Suhailah Salam lebih banyak menangis daripada bercakap. Dia juga asyik berpesta dan berpeleseran; tidak kiralah di dalam tab mandi, kereta atau di atas katil.
Mana adegan yang membuktikan dia seorang penyanyi popular? Mana adegan yang menunjukkan dia dulunya seorang lelaki?
Mengapa konflik jiwa Amy/Adam tidak diselam?
Mengapa Amy mengamuk dan mahu bunuh diri bila akhbar mendedahkan dia tukar jantina, walhal apa yang terpampang di muka depan ialah "engakuan Amy: Saya seorang lelaki"?
Jika 2 Alam sekadar mahu memberitahu betapa seksanya jenazah orang berdosa sewaktu dikebumikan, lebih bagus penonton membaca majalah Mastika saja.
Penceritaan filem ini melemaskan, bercitarasa buruk dan dakwahnya tidak kesampaian.
Ada baiknya saya berhenti di sini. Saya tidak mahu disalahkan nanti jika ulasan ini boleh membantutkan impian Dr. Rozmey mencatat jumlah kutipan yang luar biasa.
Adakah filem ni cuba menyindir secara halus kat pengarah yang baru meninggal dulu, dia pon nama adam gak kan jadi penyanyi pastu gi obersea belajar balik2 dah jadi betina, apakeh?, mungkinkah?.. |
|
|
|
|
|
|
|
harus naik 7kg ok
nanie Post at 25-11-2010 11:20 AM
Berat den dah menjunam abis ni, seluar size 33 pon dah abis longgar semua, baru beli 1 suar baru buat pakai selang2 size 31, den x tau berat berapa skng cam 65kg jek entah la tapi dah cam jerangkung pong ye ni, x pe balik sok den besarkan balik maybe bulan Feb ni den balik kejap gi kenduri member den.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nadia kembali menyanyiOleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM
| NADIA AQILAH
|
TIDAK ramai yang sedar si gadis lincah ini mula muncul dalam industri seni sebagai seorang penyanyi. Apa yang lebih menyerlah tentang pemilik nama Nadia Aqilah ini ialah dunia lakonannya di stesen-stesen televisyen.
Nadia dikenali dengan watak-watak antagonis dan lakonannya benar-benar menjadi sehingga membuatkan penonton meluat dan benci dengan wataknya yang menyakitkan hati.
Antara lakonannya yang diingati ialah sebagai Chika dalam drama bersiri popular Tari Tirana dan dalam drama Sindarella pula sebagai Puteri Rania.
Hakikatnya, Nadia memulakan kariernya sebagai penyanyi pada tahun 2007 bersama kumpulan trio anak gadis yang digelar Luscious.
Bersama dua orang rakannya, Luscious menyerlah menerusi rancangan realiti Gangstarz dan merupakan satu-satunya kumpulan wanita yang berjaya mara ke suku akhir pertandingan itu.
Boleh menyanyi dan pandai menari, tetapi entah bagaimana bakatnya dalam lakonan lebih menyerlah sehingga mereka yang sedar kewujudan Nadia sebagai seorang penyanyi hampir melupai bakatnya itu.
Kini, setelah hampir tiga tahun, akhirnya Nadia memberanikan diri untuk kembali ke cinta asalnya iaitu dunia nyanyian.
Tidak lagi bertiga, kini Nadia tampil solo dengan sebuah album yang memuatkan 10 buah lagu, tujuh buah lagu berbahasa Inggeris dan tiga buah lagu berbahasa Malaysia yang akan dipasarkan pada hujung tahun ini.
Mempertaruhkan single sulungnya, D.I.V.A. yang dicipta oleh Daniel Veerapendan dan Nadia sendiri serta lirik oleh Bahri Uma, Nadia optimis dengan pemilihan konsep lagunya ini dan enggan berpatah balik.
"Setakat ini, mereka yang mendengar lagu D.I.V.A. ini memberikan komen yang positif kerana iramanya yang rancak dan lain dari yang lain," ulasnya.
Sejak kecil lagi, dia menyimpan hasrat menjadi penyanyi tetapi entah bagaimana, bidang lakonan lebih menyerlahkan namanya.
"Mungkin semuanya bermula apabila saya terlibat dengan teater seperti Puteri Gunung Ledang dan Muzikal P. Ramlee. Dari situ saya mula jatuh cinta dengan dunia lakonan," katanya mengenai pengalaman manis di pentas teater.
Susulan daripada situ, dia menerima tawaran berlakon daripada Lakefront Records Sdn. Bhd.
Tawaran itu membuatkan Nadia nekad untuk berehat dari berlakon buat sementara waktu dan fokus dengan cita-cita asalnya.
"Bukan tidak mahu menerbitkan album sendiri dalam tempoh tiga tahun ini seperti ramai penyanyi lain lakukan, tetapi saya tidak seberapa berkeyakinan pada ketika itu.
"Bagaimanapun, saya tidak pernah berputus asa dengan muzik kerana ia adalah jiwa saya. Saya harap orang ramai dapat menerima Nadia Aqilah sebagai seorang penyanyi," ujarnya pada satu pertemuan dengan Hits baru-baru ini.
Kata Nadia, keputusannya untuk bergerak solo bukanlah kerana ada persengketaan dengan dua orang lagi rakan baiknya di dalam Lusciuos iaitu Inaz dan Ruzana.
Masih bersahabat baik, ujar Nadia masing-masing kini mempunyai haluan hidup sendiri dan dia pula tetap mahu meneruskan cita-cita asalnya.
Siapakah mesti gigih duk jumpa reporter suh kuarkan citer pasal dia ni, den mati2 Nadia yang Salam Untuk Kekasih tu rupanya minah karen mana ntah, Nadia AF tu den pernah nampak kat food court Setiawangsa tu dia berniaga popia leh tahan la sedap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Pandamaran Jaya kan ada pasar malam setiap Khamis, situ ada artis jual nasi campur pantai timur, nama dia FIFI artis OIAM3 x kenal pon x pe sebab den pon x kenal, tapi kenal sebab dia letak banner FIFI kat stall dia fefeling artis dengan makeup 3 inci tebal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pegi pasar malam Pandamaran Jaya setiap khamis jangan lupa beli char kew teow ada abang tu sedap rm2.50 je biasa, murtabak jala pon sedap selain nasi lemak kukus.. |
|
|
|
|
|
|
|
senang nye turun
ai jelesssssss
nanie Post at 25-11-2010 11:35 AM
Motif senang turun, dah sebulan setengah jadi arnab ok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw 31' tu size omputih kalau betul size 32'jek turun 1' tapi kg x tau sebab x pernah timbang lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
femes jah die ni.
grup die luscious tu pon lagu2 sedap gak. lagu diorg jenis rnb n soul .ade s ...
nanie Post at 25-11-2010 11:41 AM
Alahai semua macam makcik2 jek, yang tengah tu dah serupa Azizah Mahzan den nengoknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Pandamaran Jaya kan ada pasar malam setiap Khamis, situ ada artis jual nasi campur pantai timur, ...
princebrunei Post at 25-11-2010 11:33
xkenal pon. oiam den tau jac, faizal tahir ngan tomok jah |
|
|
|
|
|
|
|
Motif x tau kan pengarah yang baru meninggal tu katanya jantan memula siap ada 1 album lagi, pas ...
princebrunei Post at 25-11-2010 11:39
tau kisah pengarah baru meninggal tu. pengarah 2 alam ni pon pelakon gak kan. hairie othman tu.
tp xde lg wartawan speku ade kaitan |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai semua macam makcik2 jek, yang tengah tu dah serupa Azizah Mahzan den nengoknya.. :shakeh ...
princebrunei Post at 25-11-2010 11:42
yg tgh tu den pon xknal. sendu sikit |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|