CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mentollica

Umrah

 Close [Copy link]
Post time 26-5-2008 12:45 PM | Show all posts

Reply #1903 rinafarha1709's post

Wah.. seronoknya kakak dengar  begitu ramai orang kampong rina mengerjakan umrah.  Tentu bila mereka pulang nanti, masing-masing bercerita mengenai Makkah  dan Madinah.  Semoga seluruh  penduduk kampong rina mendapat rahmat dan diberkati Allah swt. hendaknya,

Terima kasih atas doa rina ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 12:56 PM | Show all posts

Reply #1886 flames's post

flames pegi melalui travel agent mana?...berapa jumlah kosnya ? Di Mekah, menginap di hotel mana?...sori banyak soalan sbb survey utk future trip.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 12:57 PM | Show all posts
terima kasih kak ros sudi doakan penduduk kg rina....
rina rindu sgt,mekah dan madinah..hari2 teringat sana..
kak ros, rancangan adik nazri ni di astro ke?
rugi sgt rina miss rancangan tu..harap astro buat ulangan siaran..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 01:03 PM | Show all posts

Reply #1907 rinafarha1709's post

adik nazri yg dlm rancangan jemputan umrah tuh..smlm tgk episod baru pasal, menantu yg bwk mak mertuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 01:05 PM | Show all posts

Reply #1903 rinafarha1709's post

masa saya pegi hari tu kira tak ramai Malaysian...jumpa beberapa orang saje dari Rayhar dan Andalusia serta Tiram Travel...kalau pegi solat, penuh dengan orang Turki, Iran dan Pakistan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 01:07 PM | Show all posts
just nk share.. a few pics masa ziarah luar kat Mekah..

di kilang kelambu kaabah


ni dpn pintu masuk


[IMG]
permandangan dari luar

[url=http://imageshack.us]


proses menenun kain kelambu kaabah




[ Last edited by  Hanni at 26-5-2008 01:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2008 01:50 PM | Show all posts
sekarang rina nak cerita pengalaman rina masa kat mekah...sambungan yg madinah

rina sampai mekah pukul 2 ptg hari khamis 24 april..terus ke hotel..hotel nama al bustan..lps mkn tghari,terus ke masjidil haram..jarak antara hotel dgn masjid dalam 200m...

lepas semuanya selesai,terus pergi masjid...masuk ikut pintu 86...terus menuju ke kaabah. nangis masa nampak kaabah..syukur sgt2 pada allah,rina jadi tetamu allah ...lepas tu cepat2 sembhyang zohor..duduk sebentar azan asar....masa asar,ramai sungguh org kat masjid..sbb mlm tu mlmjumaat..masa nak solat asar tu,saf jadi tak sama.ramai sungguh org dari libya..tp mereka baik2.... lps selesai solat asar,kami sekeluarga terus munuju ke garisan tempat bermula tawaf...
rina pergi dgn family seramai 4 org...pastu kami terlupa bawa uncang  nk masukkan kasut semua supaya senang nti nk ambil......tiba2 ada lelaki arab dtg bagi plastik ...huh...syukur sgt2......

ramai sungguh org time tu..bulatan jd besar.mula tu fikir mcm2 jugak..tp alhamdulillah allah permudahkan segalanya...setelah selesai 7 pusingan..terus berdoa di mutazam..lps tu ke hijil ismail utk solat sunat..punyalah ramai org pelbagai bangsa  di situ...mmg nmpk sesak sgt...masa rina langkah kaki nk masuk..ada org tarik rina dan bg rina  tempat yg luas utk solat dlm hijir ismail...alhamdulillah syukur....


lps minum air zam zam,terus ke tempat saei...masa ni sesak...jem kat lorong nk masuk saie...sesak dgn lautan manusia....jem dlm lorong tu kira2 10 minit..
tibakan ada kerusi roda yg ada penumpang  gelek kaki rina..rina terkejut sgt masa tu...rina ingat mesti rina akn capit nanti....tp kan alhamdulillah rina tak rasa sakit langsung...
masa start saie..ramai sgt org tambah time menuju ke bukit safa dan marwah,jem sangat masa nak naik bukit..selesai saei pun time mabrib...sembahyang atas bukit marwah..lps magrib baru tahallul(bergunting)...
lps tu tunggu insya dan  solat insya di dekat2 pintu 86...supaya senang nk blk hotel..

[ Last edited by  rinafarha1709 at 26-5-2008 01:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 02:03 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 26-5-2008 01:05 PM
masa saya pegi hari tu kira tak ramai Malaysian...jumpa beberapa orang saje dari Rayhar dan Andalusia serta Tiram Travel...kalau pegi solat, penuh dengan orang Turki, Iran dan Pakistan.

masa rina pegipun ramai turki,sri langka,pakistan,libya...org malaysia yg rina nmpk ramai dari travel yg galas  beg biru kuning(andalusia)..indonesiapun ramai..mereka style makeup tebal2 masa sembahyang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 02:07 PM | Show all posts

Reply #1910 rinafarha1709's post

lama gak masa yg rin amik utk abiskan first umrah tu.. kiranya dr lps asar..sampai lps maghrib baru selesai tahalul.. Hanni aritu buat umrah waktu mlm dan pagi dlm kul 11 mcm tuh...xde pengalaman lagi buat lps asar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 02:10 PM | Show all posts
lama sbb masa tukan ramai org..bulatan tawaf jadi besar...masa kat saie pun sesak..nak jalanpun himpit2...umrah ke 2 buat mlm...mmg tak ramai org sgt ....hanni...teringatkan suasana kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 02:10 PM | Show all posts

Reply #1911 rinafarha1709's post

wah.. ibu-ibu tu pakai make up tebal masa nk semayang???? sabor jelah... apa hukumnya pakai makeup masa semayang? blh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 02:14 PM | Show all posts
itulah..apa hukumnya??sb rina tgk..siap dgn eye shadow biru semua...
mungkin mazhab mereka halalkan makeup ke..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 03:48 PM | Show all posts

Reply #1915 rinafarha1709's post

Mak cik Malaysia kita pun ada yang bergincu merah tebal masa pegi solat...tak pasti hukumnya macam mana...tapi rasa pelik gak lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 03:50 PM | Show all posts

Reply #1910 rinafarha1709's post

rina...hotel Bustan al-Rawabi-kah...kalau ya, kita hotel sama-lah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 04:20 PM | Show all posts
Apakah tujuan bersolek itu? Untuk kelihatan cantik kepada kaum lelaki, bukan? Adakah lelaki2 itu mahram kita?

Firman Allah Swt: 揇an janganlah kamu berhias (di depan lelaki bukan mahram) dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 04:32 PM | Show all posts
ustat..klu kita  pki lip gloss pun masa sembahyang,,, haramkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2008 04:34 PM | Show all posts
Originally posted by IDB at 26-5-2008 03:50 PM
rina...hotel Bustan al-Rawabi-kah...kalau ya, kita hotel sama-lah.


rasa samalah idb.kita sama hotel..idb pergi bila???.hotel al -bustan rina depan jalan besar..
satu hotel dgn chef wan

[ Last edited by  rinafarha1709 at 26-5-2008 04:35 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 04:37 PM | Show all posts
Soal bersolek merupakan sesuatu yang agak serious apabila kita melakukan ibadah. Apabila niat kita untuk beribadah, hendaklah kita letakkan jiwa kita serendah2nya dan ibadah kita seikhlas2nya hanya "...kerana Allah Ta'ala"

Bagi lelaki, disunatkan untuk memakai bau2an... kerana Rasulullah SAW sendiri sangat sukakan bau2an.
Untuk wanita pula, tidak salah memakai bau2an, tetapi sekiranya bau2an itu merupakan daya penarik kepada kaum lelaki, maka hukumnya adalah haram.

Ini dinamakan 'Tabarruj' iaitu, wanita menunjukkan dan merperagakan perhiasan dan kecantikannya untuk menarik perhatian kaum lelaki dan meransangkan keinginan.

Contoh2 Tabarruj yang diharamkan ialah:
- Tabarruj di luar rumah dengan berhias dengan niat bukan untuk suami.
- Mendedahkan muka dengan tujuan meransang keinginan dan syahwat lelaki.
- Bersolek, berhias belebihan dan memakai wangi2an dgn tujuan untuk menarik perhatian lelaki

Islam sangat2 menggalakkan kita untuk berada dalam keadaan bersih dan kemas sentiasa. Terdapat perbezaan antara bersih,kemas dan cantik. Apabila kita bersih dan kemas, ia akan menyenangkan hati org2 di sekeliling kita. Apabila kita cantik, ia akan menimbulkan reaksi positif dan negatif. Positif - org akan terpikat kepada kita. Negatif - org akan iri hati dgn kita kerana kita cantik.

[ Last edited by  ustaz at 26-5-2008 04:48 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 04:37 PM | Show all posts

Reply #1919 rinafarha1709's post

kalau depan jalan besar,mungkin tak sama kot...hotel Rawabi ni belakang a-Hijaz Palace Hotel dan depannya jalan kecik saje.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 04:41 PM | Show all posts
Lip gloss tujuan kita adalah kerana bibir kita kering, tak apa. Tapi kalau untuk kilatkan bibir kita agar nampak menarik, dah kira salah tu.

Seperkara lagi, kalau kita pakai baju atau telekung cantik, sedikit sebanyak kita ada rasa sedikit bangga, kan?
Telekung Malaysia & Indonesia adalah tercantik, dengan sulaman penuh yang menarik, betul tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.056298 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list