CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] Rumah Borak/Meroyan N9 #37

 Close [Copy link]
 Author| Post time 2-12-2021 10:00 AM | Show all posts
MEE JAWA
.
Resepi:
~1 kg daging...rebus hiris nipis..
~2 kg keledek...rebus..blend
~200 gm..udang kering *
~100 gm..udang pepai @ geragau kering..*
~2 labu bawang besar*
~10 ulas bawang putih*
~2 btg serai...hiris nipis*
~1 inci halia*
* semua blend
~2 senduk nasi cili blend..
~1 senduk nasi rempah kari..
~Gula melaka 2 ketul..
~Garam
~Minyak tuk menumis
.
Caranya:
1. Tumis bhn yg dah di blend...
2. Tambah cili blend..
3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak..
4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..
5. Buh air rebusan dg..
6. Cincang gula melaka buh dlm
7.blend keledek rebus tuang dlm piuk hgg hbs..
8. Tambah garam..

Biar didih hgga minyak naik...siap

Hidang bersama:
Mee kuning
Tahu goreng
Taugeh x yah celur
Telor rebus
Daun bawang
Cili hijau
Bawang goreng

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2021 10:00 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:02 AM | Show all posts
RESEPI MEE JAWA
==============
Bahan utk kuah:
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Cara Membuatnya:
=================
Panaskan minyak kedalam periuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.

Bahan2 yang lain:
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
300 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - dihiris nipis
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah - dihiris
Telur rebus

Selamat mencuba...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:02 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:03 AM | Show all posts
Resepi Aglio Olio Seafood
----‐-----------------------------------
1kg seafood
500gram spagethi
3 ulas garlic cincang
3 sudu besar oregano flakes
3 sudu besar parsley flakes
3 sudu besar chili flakes (klu xnk pedas,blh skip)
1 sudu kecil garam
1sudu kecil lada hitam (tumbuk)
1 kiub pati ayam
2 sudu seafood sauce adabi (optional)
Minyak ikut keperluan (blh jgk pki olive oil..make sure bli yg utk cooking ye)
Broccoli
Lobak
Cherry tomato

1. rebus spagethi smpi masak..tos
2. rebus seafood..tak pyh ltk air...tos..air rebusan simpan( 3-4minit,overcook nnti sotong liat..udang keras)
3. tumis bawang putih cincang (api slow)
4. msuk parsley,cili flakes,oregano,kiub pati ayam,lada hitam & seafood sauce..gaul sebati
5. masuk 1 cawan air rebusan seafood(klu xnk basah..kurangkan)
6. masuk sayur2..gaul rata
7. masuk spagethi..gaul rata
8. masuk seafood rebus..gaul rata

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:04 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-12-2021 10:05 AM | Show all posts
SOS BLACK PEPPER VIRAL

1 sd bsr marjerin planta
1 ulas bwg putih - diracik halus
2 tin sos spageti keju
1 sd bsr serbuk keju - ad jual dikedai bakeri
1 sd bsr kicap lemak manis
2 sd bsr serbuk lada hitam kasar
1 sd bsr gula - letak swdikit demi sedikit

1. Panaskan 1 sd bsr planta dlm kuali api kecil sahaja.
2. Masukkan bwg putih yg telah diracik halus, tumis hingga naik bau, kecil sahaja.
3. Masukkan 1 tin sos spageti keju, kalau pekat sgt boleh tambahkan air.
*dari 1 tin sahaja sebelum ini, cikgu Afy tambah jadi 2 tin.
*kacau dahulu sehingga sos dan air sebati. Jika nampak masih pekat boleh tambah lagi sedikit air.
4. Masukkan 1 sd bsr serbuk keju. Kalau tkde tkpe..kacau rata.
5. Tambahkan 1 sudu kicap jalen lemak manis.
*boleh tambahkan ikut kesesuaian warna kalau suka gelap.
6. Masukkan serbuk lada hitam kisar.
7. Juga masukkan 1 sd bsr gula (boleh masuk sikit-sikit utk langkah selamat). Kacau sebati.
8. Tutup api setelah semuanya sebati boleh dihidang bersama ayam, daging dan kambing panggang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2021 10:06 AM | Show all posts
Talam Gula Merah

Lapisan bwh
1 cwn gula merah#
1/2 cwn gula pasir#
2 cwn air#
2 cwn tpg gandum
2 sudu besar tpg ubi
3 cwn air
Sedikit air kapur

Masakkan bhn yg bertanda smpi larut & sejukkan,kemudian bancuh dgn tpg td smpi sebati dn tapiskan...panaskan pengukus terlebih dahulu,loyang sapu dgn sedikit minyak supaya x melekat...kukuskan lapisan bwh td dlm 20minit kalau ada air atas permukaan kuih tu lapkan dgn tisu secara perlahan kemudian gariskan dgn garpu...

Lapisan Atas
3cwn santan
1 cwn tpg gandum
Sedikit garam(sy guna garam halus 2 sudu KFC)
Campurkan semua bhn td & kacau,kemudian tapiskan,masukkan diatas lapisan bwh td kukus lg 20minit ataupun smpi masak...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:08 AM | Show all posts
Begedil Rose

Ubi kentang 5 biji rebus dan lenyek
Isi ayam rebus dan d carik2
Bwg goreng
Lada sulah sedikit
Daun sup dan daun bawang
Sdikit garam

Gaul semua sekali.

Untuk Kulit
Roti Gardinia d gelek sampai nipis tekap dgn cawan dan setiap bucu potong 8 d hujung utk d lipat mnjadi kuntuman ros. Lekatkn guna sedikit  gandum  yang d bancuh dgn sedikit air.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:09 AM | Show all posts
mochi inti kacang merah

Stngh cwn gula
1 cwn tpg pulut
200ml santan
Inti kacang merah

Tpg jagung disangai..
Uli tpg pulut.. gula n santan.. kukus 20min
Siap kukus.. bulat2 kn n masukkn inti kacang.. golekkn dlm tpg jagung.. siap

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:11 AM | Show all posts
Tomyam putih

Bahannya
1 keping dada aym( potong kecil)
Sedikit udang dan sedikit sotong
1 biji bwg bsr di hiris
2 biji bwg putih ketuk
3 btg serai ketuk
3 inci lengkuas
6 biji cili padi ketuk
1 cube aym megi
2 sudu sos ikn
Sedikit garam dan serbuk perasa
1 biji tomato , lobak merah,bunga kobis
3 helai daun limau purut
2 biji limau nipis perah ambil jus nye

Caranya - mudah je
Tumis bwg putih dgn sedikit myk hingga naik bau + Aym dan rebus dgn 3 cwn air hingga didih ..masukkan bwh bsr, halia dan lengkuas cili padi dan cube aym + lobak merah dn bunga kobis+ serai + sotong dn udang msk hingga didih + sos ikn+ daun limau purut dn jus limau + sikit gula dan garam dn serbuk perasa jika suka + 2 sudu santan atau susu cair pun boleh..renihkan sekejap ..masukan tomato yg telah dipotong .dan taburkan dgn daun saderi yg tlh dipotong kecil...aroma nye menyengat????dan sgt sdp...slmt mencuba

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-12-2021 10:13 AM | Show all posts
ACAR RAMPAI FY

BAHAN A
2 biji timun (dibuang biji dan dipotong panjang anggaran 2 inci)
1 biji karot (potong mcm timun tadi)
2 biji bwg besar dihiris
2 biji cili besar merah dibuang biji dan dihiris halus
7 biji bwg putih dihiris
Timun n karot direndam bersama air kapur selama 15 minit

Bahan B (Blend semua bahan di bawah)
3 biji bwg besar
2cm halia
2 sudu besar udang kering

Bahan C
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
3 sudu gula pasir
1 sudu garam
2 sudu besar cuka
1 sudu besar biji sawi disagan dlm kuali tanpa minyak
minyak untuk menumis

CARA-CARA :
Panaskan minyak dalam kuali
tumis bahan B bersama cili kisar dan rempah kari smpi garing kemudian masukkan gula, garam dan cuka masukkan bawang merah, bawang putih, timun, karot, cili merah dan biji sawi. Kacau sebati. Dah siap!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:14 AM | Show all posts
PAPRIK DAGING

Bahan-bahan:
Daging 1/2 kg (ikut suka banyak mulut yang nak makan)
Bawang putih - 4 ulas
Bawang merah besar - 1 biji
Lobak merah + baby corn + kobis bunga - potong ikut suka
2 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
1 atau 2 sudu kicap lemak manis
2 sudu sos tomato
2 sudu sos Tiram
daun limau purut
Serai dan halia
Gula dan garam secukup rasa

Cara Memasak:
Rebus daging sampai empuk dan jangan buang air rebusan
Tumis bawang putih, bawang merah, serai dan halia
Masukkan sos cili dan sos tomato sos tiram sos ikan dan air rebusan (sukatan air ikut nak buat berkuah atau kering sikit)
Masukkan lobak merah bagi empuk dan daun limau purut
Masukkan daging
Masukkan baby corn dan kobis bunga
Gula dan garam secukupnya..biarkan mendidih sekejap dan masukkan bawang merah
Kacau sedikit dan angkat
Nak rasa cun lagi boh cili api dan daun bawang

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2021 10:15 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.126757 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list