|
AL-FATIHAH
...semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..
Nasimuddin berkongsi makanan dengan kakitangan
KUALA LUMPUR 2 Mei - Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S. M Nasimuddin S. M Amin tidak pernah lupa mempelawa tukang kebun, pemandu dan orang gajinya untuk menikmati makan tengahari atau malam bersama-sama.
Perkara itu diberitahu oleh seorang tukang kebun warganegara Bangladesh yang dikenali sebagai Rohman, 37.
Katanya, dia amat kagum dengan layanan baik Nasimuddin sekeluarga yang amat menyentuh hatinya.
"Tan Sri amat baik, saya orang asing dan bertugas sebagai tukang kebun sahaja, tetapi kerana persamaan agama Tan Sri ajak kami semua makan sama-sama.
"Kami berkongsi meja dan makanan bersama keluarganya, layanan sebegini tidak pernah saya terima dari majikan-majikan terdahulu," katanya yang ditemui di pekarangan kediaman Nasimuddin di Bukit Tunku di sini hari ini.
Nasimuddin, 53, meninggal dunia akibat kanser paru-paru di sebuah hospital di Los Angeles kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan semalam.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak.
Rohman berkata, tidak ramai yang mengetahui status kesihatan beliau kerana ia dirahsiakan.
Katanya, Nasimuddin pernah terjatuh di kediamannya pada Januari lalu dan disahkan mempunyai kanser paru-paru selepas menjalani pemeriksaan di sebuah hospital."Pada 29 Januari lepas, beliau berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjalani rawatan.
"Saya tengok anak-anak beliau berulang alik ke sana, cuma kira-kira seminggu lalu mereka semua berada di Los Angeles dan tidak balik-balik," katanya..
[ Last edited by anakencana at 5-5-2008 09:53 AM ] |
|