CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Bomoh / Dukun - yang JELIK, yang PELIK, yang SERIK

[Copy link]
Post time 11-9-2007 11:17 AM | Show all posts

Reply #1 EchoTin's post

Ini bomoh cari makan.  Jangan pegi jumpa bomoh yang macam ini, merbahaya...

Dah elok awak tak ada sakit tak ada gangguan apa2 sekarang dah dapat gangguan percuma.  Bomoh ni cari makan trick cara macam tu dan dia dah letak orang dia ikut awak balik melalui tangkal yang diberi. Tangkal dan azimat ni satu perbuatan yang boleh mendatangkan syirik.

Sepatutnya tangkal tu jangan diterima apa lagi dipakai, sekarang ni tak boleh dibuang begitu saja, tangkal tu ada pendamping ada isi.  Cari ustaz yang pandai bacakan ruqyah musnahkan tangkal tu hanyutkan ke sungai, takut orang lain terjebak sama.

Sambil2 tu perhatikan apa2 perubahan pelik yang brlaku dirumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


pizzayum This user has been deleted
Post time 11-9-2007 11:22 AM | Show all posts
ERM....TP BIASANYA KLU ORG CARI BOMOH...DIORG PUN AKAN KATA ADA BENDA...ERM....JGN CAYA SGT KOT...AMALAKAN AYAT KURSI XPA...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 11:23 AM | Show all posts
sori ye..off topis jap..

cuma nk tnya, klu anggap azimat tu ada khasiat..bleh x??
bukan pcaya ada kuasa..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 12:19 PM | Show all posts

Reply #6 kupia's post

kalau bakar tak apa ke ?kawan ada pakai tangkal,bagi nasihat tak mau dengar..satu hari ada sorang ustaz,tolong nasihatkannya...dia balik rumah terus bakar tangkal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 12:32 PM | Show all posts
bomoh sedang pasang perangkap la tu.... agar dapat pelanggan tetap nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 01:04 PM | Show all posts

Reply #9 aura77's post

Tangkal/azimat, maksud yang kena musnah bukan tangkal tu, makhluk halus yang mengiringi tangkal tu yang kena di halau pergi jangan datang mengganggu lagi.  Kalau bakar tangkal tu masalah belum selesai sebab pengiringnya masih ada dekat.  Itu pasal kena rendam dalam air dibacakan ayat2 Quran dan dihanyutkan ke sungai atau buang jauh jauh dlaam hutan.

Kalau ada khasiat atau kuasa apa2 pada tangkal, kuasanya tu datang dari makhluk yang mengiringi tangkal tu.

Yang jadi syirik kalau sangka tangkal tu boleh mengubah kada' dan kadar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2007 01:17 PM | Show all posts
tima kasih banyak2 atas nasihat kawan2.. la ni saya dah mula risau.. saya ada buka tangkal tu dia tulis tulisan ALLAH (dlm jawi) peh tu ada huruf2 lain la mcm persimpangan dia..
tula saya pun rasa macam dia nak bagi saya something.. so boleh jadi pelanggan dia nnt.. Ya Allah risau saya ni.. semoga Allah sentiasa rahmati kami sekeluarga.Amin
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 04:28 PM | Show all posts

Reply #11 kupia's post

macam tu ke....kena beritahu kawan cepat ni,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Dookiezz This user has been deleted
Post time 11-9-2007 06:56 PM | Show all posts
Banyak dah bomoh kaki powww kat M'sia sekarang... especially kat KL tuh... member pernah terkena.. beribu habis ... Datok Panglima Segala Bomoh :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 07:33 PM | Show all posts
ikut je nasihat Kupia tu echoTin.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 09:15 PM | Show all posts
Originally posted by EchoTin at 11-9-2007 13:17
tima kasih banyak2 atas nasihat kawan2.. la ni saya dah mula risau.. saya ada buka tangkal tu dia tulis tulisan ALLAH (dlm jawi) peh tu ada huruf2 lain la mcm persimpangan dia..
tula saya pun ra ...


Kalau boleh paste kan kat sini tangkal tu macam maner...
Insya'allah kita boleh check sesama dan beri komen...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 09:19 PM | Show all posts

Reply #16 rdzaccess's post

mana gambar kuceng ko rdza???
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 10:06 AM | Show all posts
saya dah bagitau pada hubby pasai discussion dlm forum ni. Hubby lak pegi call bomoh ni bagitau yg saya tak nak pakai tangkal tu sbbnya dia kata saya takut syirik. so bomoh kata tak dak benda la.. so dia cakap tak yah pakai la benda tu. kalu nak pulangkan balik kat dia pun tak pa.atau  letak kat tempat tinggi . Saya rasa saya nak pulangkan je. tp hubby kata simpan je la dia kata benda tu mcm pendinding.

Sekarang ni mil dok pesan kat hubby supaya sentiasa baca alquraan. hubby and mil semua berpendapat yg ada benda yang akan kacau saya nnt. saya nk cari org alim la camni nak buktikan pada hubby yg kata2 bomoh tu salah.tp tak tau nak tanya sapa
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 11:43 AM | Show all posts
TULISAN DR. AMRAN KASIMIN UNTUK PANDUAN MENGENAI TANGKAL AZIMAT:
========================================================================

Terdapat
perselisihan pendapat ulama
mengenai hukum menggunakan tangkal. Bagi menjelaskannya, tangkal, azimat atau wafak itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Pertama, tangkal yang ditulisayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, daripada doa-doa; kedua, tangkal yang diperbuat selain daripada jenis pertama, seperti daripada logam iaitu keris, paku, jarum atau duit syiling, cincin, tembaga, timah atau tahi besi dan daripada binatang seperti kulit binatang, misai atau kuku harimau, sisik tenggiling, tulang kokang, batu akik atau benang, tasbih, kayu dan sebagainya.

Tangkal yang diperbuat daripada bahan pertama, tidak kira di manadi gunakan, sama ada digantung di leher, diikat di pergelangan tangan, di pinggang, diletak di bawah bantal, di bawah alas tempat tidur, digantung di dinding, atau di atas rangka pintu tidak harus digunakan berdasarkan kepada hadis umum yang bermaksud: Sesungguhnya jampi-jampi dan tangkal-tangkal juga tiwalah itu syirik - hadis riwayat Imam Ahmaddan Abu Daud.

Juga berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Aqabah bin Amir yang bermaksud: Barang siapa menggantung tangkal maka sesungguhnya dia telah syirik - hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah, Ibn Habban danal-Hakim.
Menurut Asy-Syeikh Abdul Rahman bin Hassan seperti yang tersebut dalam Fathu`l-Majid, larangan tersebut berdasarkan kepada:

1. Umum hadis-hadis di atas melarang penggunaan tangkal, tanpa pengecualian atau merujuk kepada kes-kes tertentu.
2. Untuk mencegah kekeliruan, di mana orang awam berkemungkinan tidak dapat membezakan antara tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayatal-Quran atau doa-doa dengan tangkal yang ditulis bukan daripada ayat-ayat tersebut.
3. Untuk mengelakkan berlakunya penghinaan terhadap ayat-ayat suci, iaitu sekiranya ia dibawa ke tempat-tempat kotor, seperti tandas, dipakai ketika istinjak, ketika dalam keadaan junub dan sebagainya.

Pendapat ini disokong oleh Abdullah bin Mas'ud juga murid-muridnya, Ahmad Hambal dan juga kebanyakan para sahabat, dan disokong oleh ulama yang terkemudian daripadanya seperti Ibn Abbas, Uqbah bin Amir dan IbnAkim.

Pendapat kedua ialah pendapat yang mengharuskan penggunaan tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama-nama Allah dan sifat-sifat-Nya. Ini adalah pendapat Abdullah bin Umr bin al-As, juga sesetengah ulama salaf.  Menurut fatwa jawatankuasa fatwa kerajaan Arab Saudi yang dibukukan, iaitu dalam Al-Fatawa Az-Zahabiyah, 1996, ms. 252, pendapat pertama, iaitu pendapat yang melarang penggunaan tangkal adalah lebih kuat hujahnya, lebih mantap untuk memelihara akidah, tauhid dan pegangan hidup orang Islam.

Menurut Ibrahim an-Nakhaiy, para ulama salaf tidak menyukai (karahah) penggunaan tangkal. Yang dimaksudkan dengan karahah di sini ialah haram. Ini adalah pendapat Imam Ahmad, juga pendapat sekumpulan sahabat yang disokong oleh ulama yang terkemudian.

Adapun tangkal yang diperbuat selain daripada ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya juga doa-doa, maka hukumnya adalah syirik, berdasarkan kepada umum hadis-hadis di atas.

Keterangan hadis berikut memperkuat larangan menggunakan tangkal.
Pada suatu ketika Abdullah bin Mas'ud mendapati isterinya memakai kalung yang ada padanya tangkal. Beliau telah melucutkan tangkal itudan memotongnya sambil berkata:
``Seluruh keluarga Abdullah tidak boleh melakukan amalan syirik kepada Allah dengan sesuatu yang tidak pernah diturunkan oleh Allah keterangannya.'' Kemudian beliau berkata, menyatakan yang beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya jampi-jampi,tangkal-tangkal dan tiwalah itu syirik.
Para sahabat telah bertanya: Ya Rasulullah, jampi-jampi dan tangkal telah kami tahu, apakah yang dinamakan ``tiwalah'' itu? Baginda menjawab: Tiwalah itu ialah pekerjaan yang dilakukan oleh kaum wanita agar dengannya suami-suami menyayangi isteri-isteri mereka.

Larangan menggunakan tangkal ini sama seperti fatwa yang dikeluarkan oleh As-Syeikh Abdul Halim Mahmud (Ahmad an-Nuhas, 1994:515). Larangan menggunakan tangkal ini meliputi tangkal yang diperbuat daripada logam, yang dipakai di pergelangan tangan seperti yang dijelaskan oleh hadis berikut:

Daripada Imran bin Husain sesungguhnya Nabi telah melihat seoranglelaki memakai gelang tembaga di lengannya. Baginda bertanya: Apa ini? Lelaki itu menjawab: Ini adalah benda yang lemah. Mendengarkan katanyaitu baginda bersabda: Lucutkan ia. Sesungguhnya ia tidak menambah, kecuali kelemahan. Kalau kamu mati sedangkan ia tetap kamu pakai, selama-lamanya kamu tidak akan selamat - hadis riwayat Imam Ahmad.

Lelaki yang memakai tangkal tembaga ini mengalami sakit di lengan.Tangkal yang dipakai telah dijampi terlebih dahulu. Baginda s.a.w.menyuruh agar menanggalkannya, jangan dipakai lagi dan menyatakan bahawa tangkal itu akan hanya menyebabkan dia lebih lemah, kerana hatidan harapannya selama itu bergantung kepada tangkal yang tidak memberi manfaat atau mudarat.
Menurut Ahmad an-Nuhasiy at-Tumi dalam kitabnya Syifau `r-Rahman ll`s-sihr wa `l-hasad wa Amradi'l-Jan, ms. 101, perbuatan menggantungkan al-Quran pada anak-anak kecil juga pada orang dewasa, ataupun di kereta untuk melindungi diri daripada kecelakaan, atau daripada gangguan jin-jin adalah termasuk dalam amalan bid'ah. Begitu juga perbuatan menggantung ayat-ayat al-Quran, seperti surah Alam Nasrah dikedai-kedai, agar terhindar daripada pencuri berdasarkan kepada hadis-hadis di atas.

Dalam satu soalan yang dikemukakan mengenai hukum menggantungkan tangkal pada pesakit yang ditulis padanya doa-doa dengan ayat-ayatal-Quran dengan perkataan Arab yang tidak difahami maknanya, yang disertai dengan lakaran bintang-bintang, juga nama-nama nabi, as-Syeikh Abdul Aziz bin Baz memberi fatwa bahawa tangkal tersebut tidak harus digantungkan pada manusia, diletakkan dalam pakaian, di atas hamparan tempat tidur, atau di mana-mana tempat dalam rumah, untuk menolak bala atau kecelakaan, atau untuk mendapatkan kebahagiaan. Perbuatan tersebut adalah syirik.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Ahmad, Ibn Majah, Ibn Hibban danal-Hakim, daripada Zainab, iaitu isteri Abdullah bin Mas'ud, ia berkata bahawa suaminya telah melihat sehelai benang dililit di lehernya. Dia bertanya: Apa ini? ``Sehelai benang yang telah dibacakan jampi,'' jawabisterinya.  Abdullah bin Mas'ud telah melucutkan benang tadi lalu memotongnya, kemudian dia berkata: Semua keluarga Abdullah bebas daripada syirik. Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:  Sesungguhnya jampi dan tangkal juga tiwalah itu syirik.

Zainab bertanya, ``kenapa kau berkata sedemikian rupa, padahal mataku mengeluarkan air mata apabila terpandang seorang Yahudi danapabila aku memakainya, air mata itu tidak keluar lagi. Abdullah menjawab: Sesungguhnya itu adalah amalan syaitan. Apabila kamu taat kepadanya, ia akan mencucuk mata dengan jarinya. Cukuplah engkau membaca, seperti yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. doa yang berikut:

Hilangkan sakit ini, wahai Tuhan manusia, sembuhkanlah aku, Engkauadalah penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit - hadis riwayat Ibn Majah, AbuDaud dan al-Hakim.
Pendapat keempat, penggunaan tangkal, tidak kira sama ada tangkal yang diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, nama Allah, sifat-sifat-Nya dan doa-doa, yang ditulis pada kertas, kain atau pakaian (dibuat baju), logam, daripada binatang, tumbuh-tumbuhan, batu akik, termasuk benang dan sebagainya dilarang menggunakannya apabila ia disertai dengan amalan sihir, seperti yang dijelaskan dalam sebuah hadis:

Barang siapa membuat satu simpulan, kemudian meniupnya, maka sesungguhnya dia telah melakukan amalan sihir, barang siapa melakukan amalan sihir maka sesungguhnya dia telah melakukan syirik - hadis riwayat an-Nasaiy.

Yang dimaksudkan dengan sihir di sini ialah perbuatan menyediakan tangkal yang terdiri daripada sesuatu yang boleh dibuat pengikat, seperti benang, kain dan sebagainya, atau benang yang diletakkan padanya tangkal, ataupun kain yang diambil daripada kain kapan, kemudian dibacakan dengan rangkaian jampi mantera untuk memanggil jin-jin, sama ada jin-jin yang dibela, dibuat sahabat atau dibuat saudara yang akan ``bersama'' dengan tangkal yang dibuat tadi, membolehkan pemakai tangkal memperoleh natijah luar biasa, yang dianggap sebagai ``hikmah'' untuk pendinding diri, disukai ramai, penggerun dan sebagainya, kemudian bahan tadi ditiup yang diistilahkan sebagai ``an-nafath''. Orang yang berkenaan telah melakukan sihir.

Kalimah ``an-nafath'' asalnya bererti mengeluarkan sesuatu daripada mulut seperti kahak atau air ludah (al-Munjid, 1966: 823), tetapi yangdi maksudkan di sini ialah meniup daripada mulut tanpa mengeluarkan airludah.  Amalan ini banyak dilakukan oleh tukang-tukang sihir perempuan dizaman jahiliah seperti yang tersebut dalam al-Quran (al-Falaq, 4).

Jelasnya, tangkal tidak kira daripada bahan apa ia disediakan, sekiranya disertai dengan pemujaan jin-jin, maka amalan itu tetap dilarang. Orang yang berbuat demikian telah melakukan sihir, yang boleh menyebabkan syirik iaitu salah satu dosa besar yang dilarang dalam Islam.

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan Allah mengampuni dosa selain daripada dosa syirik terhadap mereka yang dikehendaki oleh-Nya - (an-Nisa': 48).

[ Last edited by  kupia at 12-9-2007 12:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Dookiezz This user has been deleted
Post time 12-9-2007 11:57 AM | Show all posts
A good information from Kupia...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 04:03 PM | Show all posts
tima kasih banyak2 kupia. so camna betul ka pendapat bomoh tu yang mengatakan bila usia saya meningkat ke 40 tahun nanti ada makhluk / gangguan yang akan menganggu saya dan masuk dlm tubuh saya. dia cakap makhluk tu datang dari ilmu yang tok nenek dulu2... saya susah la nak caya . Skrg ni saya rasa nak buktikan yg kata2 bomoh tu salah. tp tak tau cara camna nak buktikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2007 04:47 PM | Show all posts

Reply #21 EchoTin's post

JANGAN SEKALI KALI PERCAYA!!!

Inilah namanya ramalan atau bertenung apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang.  Golongan jin sendiri pun tidak tau perkara ghaib atau perkara yang akan berlaku pada masa akan datang.  Tidak ada siapa pun yang tahu ketentuan Allah, kita kena banyak berdoa mengelak perkara yang tak baik.

Hindarkan diri anda dari perkara syirik (linat terjemahan An Nisa' 48 di atas).
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2007 05:01 PM | Show all posts
Pergh..bomoh ni mmg penipu besaq
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 01:58 AM | Show all posts
haku kalo bomoh yg jenih pakai selendang hijau merah kuning neh..haku rs semcm je ler..aku takut dia yg bwk jin..tkt terjatuh syirik pun iyer jugak...tak yah le tangkal2 nih..DIA kan ada...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2007 11:34 AM | Show all posts
Saya cadangkan awak pegi jumpa Harun Din kat bangi ..
Dengar pendapat dr dia...cam ne
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.091765 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list