CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 25-4-2013 10:40 AM | Show all posts
cmf_nanas posted on 24-4-2013 12:26 PM
setelah pergi kursus2 bersiri haji, terasa ada kekurangan atau sedikit ketidakpastian dgn tawaf wada ...

saya tak pasti sama ada terus meninggalkanMekah atau ada membuat transaksi.  jadi untuk menghilangkan rasa ketidakpastian, saya berhajat nak membayar dam. ada sesiapa yang boleh tolong?
Was-was di atas terjadi setelah tawaf wada' tersebut telah lama berlalu - dah balik Malaysia berbulan-bulan, baru terasa was-was. Dalam Islam, was-was macam ni tidak diambil kira. Kalau kita was-was semasa sedang melakukan ibadah, dan was-was ini berlarutan hingga selesai ibadah maka ibadah tersebut tidak sah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2013 11:19 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 25-4-2013 10:40 AM
Was-was di atas terjadi setelah tawaf wada' tersebut telah lama berlalu - dah balik Malaysia ber ...

dah bertahun balik baru rasa tak pasti sbb time kursus haji, lagi detail belajar. maknanya tak perlu la byr dam?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 10:35 PM | Show all posts
luraziera posted on 20-4-2013 09:11 AM
salam kwn2..sy akan ke tanah suci Mekah pd 28 Mei 2013 ni.  nak tanya..

1) ape ye persediaan ut ...

Salam ,saya baru je balik dari mengerjakan umrah semlam 27/4  dan Alhamudulillah  banyak kenangan manis sepanjang  mengerjakan ibadah umrah dan ziarah disini. Tip-tip  ini yang yang ambil dari pengalaman forumer yang dah pernah pergi dan juga baca dari blog. Kalau ada yang ada pengalaman boleh di tambah disini mungkin ada kekurangan pada pihak saya InsaAllah.


1) ape ye persediaan utk wanita?
Belajar solat  Jenazah, kerana setiap waktu solat ada jenazah saja perlu disembahyangkan baik di masjidil haram di Mekah ataupun di Masjid Nabawi di Madinah.
Sembahyang sunat yang lain, solat tahajud, solat taubat , solat hajat, dan lain solat sunat yang lain. Saya bawa buku solat sunat  dan tafsir Quran untuk bacaan disana. Walaupun dah banyak tersedia di kedua masjid itu.
2. Belajar bangun awal sekitar jam 2-2.30 pagi,oleh itu  saya dapat berjalan ke Masjidil Haram untuk tawaf sunat dan cari Saf paling depan sekali  untuk menghadap KAABAH. Waktu subuh di Mekah  semasa pergi sekitar 4.30 pagi. dan tawaf selesai dalam 1 jam dikawasan yang agak terhad akibat renovataion. masa tu boleh lah solat tahiyatul Masjid, solat tahajud dan solat yang lain.
3. Berdoalah dari Malaysia  dulu sebelum berangkat pergi , Doa saya ambil dari satu blog yang pernah baca, dan Alhamdulillah apa yang doakan  banyak termakbul sepanjang saya berada disana.
2)barang2 yg perlu dibawa?
Hanger, tali , sabun cuci  sebab boleh hantar laundry sekitar 5 riyal sehelai , sabun mandi dan shampoo sebab ada hotel tak  sediakan.  Tukarkan duit riyal kecil sebab boleh banyak bersedekah disana. Saya selalu ke money changer untuk tukar sedikit -sedikti dulu untuk dapatkan wang kecil riyal tu 2-3 minggu sebelum nak pergi.

3)pakaian yg perlu?
2 helai  mini telekung dah cukup dan kalau  nak tambah yang lain boleh beli tudung Syria banyak dijual didepan Masjid Nabawi dan Mekah harga dalam 5-10 riyal (Rm4.20 - Rm8.40) je labuhnya  sampai perut gak  dan cantik lagi.
2-3 helai pasang baju dah cukup, sebab boleh beli  jubah yang dijual dengn harga yang amat  murah. Saya terbawa banyak bawa baju dan kemudian beli lagi dan sebab baju disana cantik lagi murah dan akibatnya  beg saya lagi bertambahlah berat .
3.Disposable underwear , sebab share bilik dan payahlah  kita nak cuci.
4. Stokin 3-4 pasang , selipar untuk ke masjid,tidak lupa  sarung tangan.
5. Telekung takbawa pun tak apa, sebab dalam suasana bersesak-sesak kadang telekung tertarik-tarik oleh jemaah lain. pakai je mini dah cukup. Sekarang ni ruang untuk bertawaf pun makin kecil dan sangatlah sesak walau pun tengah hari.
6 kasut Saie boleh bel kat DAISO harga 5 ringgit sepasang.
Kalau ada tip  yang lain  nanti saya tambah di masa akan datang.




Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 10:53 PM | Show all posts
dara41 posted on 28-4-2013 10:35 PM
Salam ,saya baru je balik dari mengerjakan umrah semlam 27/4  dan Alhamudulillah  banyak kenangan  ...

ya Allah.terima kasih banyak2 kak for the tips..sgt222 informatif n berguna

bestnye ye baru balik sana.cuaca kt sana mcmana ye skrg?sy akan pergi cuti sekolah mei ni.insyaAllah..

based on the tips tu, sy nk tanya..
1)tali tu bawak utk ape ye?
2)rate akak tukar RM ke riyal berapa?
3)jubah dan baju2 kt sana murah ke?coz mak sy kata mahal...tp few years back lah.xtau lah kalau skrg makin murah.range harga berapa ye kak?


banyaknye soalan..thanks ye kak.hee..


p/s: beli kasut tawaf kt daiso ye?xingat pulak daiso ade jual..sibuk last week sy carik dekat kedai,xjumpa yg anti slippery tu yg bintik2 kt tapak kaki tu.yg daiso jual ade bintik2 ke kt tapak kaki?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 09:09 AM | Show all posts
dara41 posted on 28-4-2013 10:35 PM
Salam ,saya baru je balik dari mengerjakan umrah semlam 27/4  dan Alhamudulillah  banyak kenangan  ...

cer cite  sikit kenangan umrah  utk dikongsi bsama

apa yg menarik & terbaru disana
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 01:50 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum wbt

Hari ini saya nak kongsikan salah satu email yang saya terima berkaitan dengan pertanyaan mengenai masalah niat ihram bersyarat. Emailnya berbunyi begini:
Assalamualaikum Ustaz,

Saya memohon pencerahan berkenaan Niat bersyarat untuk umrah.Harap Ustaz dapat membantu..Soalannya:

1) Sekiranya seorang wanita itu didatangi haidh semasa di miqat,maka beliau perlu berniat bersyarat kerana dikhuatiri sehingga pulang ke Malaysia tidak berkesempatan menyelesaikan umrah.Sekiranya telah berniat bersyarat (sedang haidh),
a) adakah beliau perlu menjaga pantang larang ihram sepanjang haidh itu?sehingga beliau selesai tahallul sampai tarikh pulang?

b)jika ditakdirkan haidhnya habis awal( padahal dijangkakan berlarutan sehingga balik,sebab itu berniat bersyarat),adakah perlu bertahalul dahulu untuk keluar ihram?selepas itu,barulah berniat semula di mana2 tanah halal untuk melakukan umrah?@ beliau selepas bersuci terus mengerjakan tawaf,saie dan bertahalul ,tidak perlu berniat semula kerana telah berniat bersyarat semasa di miqat sebelum ini.
( jika selepas bersuci terus laksanakan rukun2 umrah tersebut,bermakna sepanjang haidh itu,beliau perlu menjaga pantang larang ihram ke?)


Maaf jika soalan saya tidak jelas.saya amat berharap ustaz memberikan penjelasan ini..

Terima kasih.

Jawapan Saya Bagi Soalan 1:

Seseorang jemaah wanita yang sudah berniat ihram (samaada niat ihram biasa atau niat ihram bersyarat), kemudian:

i)   ia datang haidh sebelum sempat melakukan tawaf, atau dia sempat melakukan beberapa pusingan tawaf - kemudian datang haidh, maka ia perlu menunggu sehingga haidnya berhenti. Jika sempat haidhnya berhenti sebelum dia meninggalkan Makkah, ia perlu bersuci (mandi hadas), ambil wudhuk, lakukan tawaf/sempurnakan tawaf 7 pusingan, saie dan bergunting - maka dapatlah ia 1 umrah. Dalam hal ini dia tidak perlu keluar ke miqat seperti Tan'iem atau Ji'ranah untuk berniat ihram semula sebab sememangnya dia masih dalam keadaan berihram.


Perlu diingat, sepanjang menunggu haidhnya berhenti, dan belum menyempurnakan kerja-kerja umrah, maka ia masih lagi dalam keadaan berihram. Justeru itu ia perlu menjaga pantang larang ihram sepanjang haidh tersebut.

ii)  Sekiranya haidhnya berterusan sehinggalah waktu meninggalkan Makkah (tak sempat sempurnakan rukun-rukun umrah), maka:


a) bagi jemaah yang berniat ihram bersyarat hanya perlu menggunting rambut untuk bertahallul TANPA PERLU MEMBAYAR DAM.


     b) bagi jemaah yang berniat ihram biasa, dia hendaklah sembelih kambing terlebih dahulu kemudian menggunting rambutnya bagi mengeluarkan dirinya daripada ihram. Ini dinamakan tahallul ihsar. Ingat ya, sembelih kambing dahulu (dam) baru gunting rambut.



Last edited by msaadhamid on 29-4-2013 02:03 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2013 02:13 PM | Show all posts
Bagi soalan no 2.

b) Jika ditakdirkan haidhnya habis awal ( padahal dijangkakan berlarutansehingga balik, sebab itu berniat bersyarat), adakah perlu bertahalul dahuluuntuk keluar ihram? Selepas itu, barulah berniat semula di mana2 tanah halaluntuk melakukan umrah?@ beliau selepas bersuci terus mengerjakan tawaf, saiedan bertahalul ,tidak perlu berniat semula kerana telah berniat bersyaratsemasa di miqat sebelum ini.
( jika selepas bersuci terus laksanakan rukun2 umrah tersebut,bermaknasepanjang haidh itu,beliau perlu menjaga pantang larang ihram ke?)

Jawapan saya:

Jika ditakdirkan haidhnya habis awal, dia tidak perlu bergunting dahulu untuk keluar daripada ihram. Selepas bersuci dan ambil wudhuk (tawaf wajib ada wudhuk), dia hendaklah mengerjakan tawaf, saie dan bergunting. Dia tidak perlu berniat semula ihram sebab dia telah berniat ihram bersyarat semasa di miqat sebelum ini.

Bermakna sepanjang haidh itu, beliau perlu menjaga pantang larang ihram!

Jawapan yang saya berikan adalah berpandukan kepada buku "Panduan Umrah dan Pedoman Berpuasa di Makkah" yang disusun oleh Dato' Ustaz Hj Md.Daud Bin Che Ngah (Mantan Pengurus Besar Bimbingan Haji). Buku ini diterbitkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.

Sekian, segala yang benar itu datangnya daripada Allah SWT dan yang salah dan silap itu adalah daripada kelemahan diri saya sendiri.

Semoga bermanfaat.

Wasalam.
Last edited by msaadhamid on 29-4-2013 02:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 02:30 PM | Show all posts
luraziera posted on 28-4-2013 10:53 PM
ya Allah.terima kasih banyak2 kak for the tips..sgt222 informatif n berguna

bestnye y ...

Saya tolong jawab soalan no 2.

2) tali tu bawak utk ape ye?
Macam-macam kegunaannya.
1. Boleh buat 'clothing line' - orang kampung saya panggil tempat ampaian baju - utuk sangkutkan baju.
2. Boleh ikat bag yang kembong sebab lebih muatan ketika nak balik ke M'sia - takut bag terbuka/terbarai.
3. Pendek kata boleh digunakan untuk mengikat apa yang perlu diikat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2013 03:25 PM | Show all posts
luraziera posted on 28-4-2013 10:53 PM
ya Allah.terima kasih banyak2 kak for the tips..sgt222 informatif n berguna

bestnye y ...

Salam Dik, takpelah akak relply dulu mungkin kita ni betul-betul fresh dan alhamdulillah  bolehlah share kerana masih ingat  .

.cuaca kt sana mcmana ye skrg? sy akan pergi cuti sekolah mei ni.insyaAllah..
Cuaca disana memang panas terik , sekitar 40 darjah, sediakan sunblock, lip balm lotion yang tak berbau wangi.Madinah dan Mekah telah tersedia air Zam-zam dan  boleh terus minum.Saya bawa payong dari sini sebab tak tahan panas itu pun semasa ziarah je, tapi masa  tawaf tak boleh buat apa sebab takut terkena orang. Rasa cuti sekolah nanti lagilah bertambah  ramai

based on the tips tu, sy nk tanya..
1)tali tu bawak utk ape ye?
Tali rafia atau apa jenis tali yang boleh digunakan untuk menyidai pakaian selepas dicuci tak perlu lah pi laundry save sikit duiit riyal tu

2)rate akak tukar RM ke riyal berapa?
Masa akak tukar dapat 100 riyal  = Rm83.00 kat one utama PJ .pada 12/4 lepas ,  lah ni tak taulah berapa

3)jubah dan baju2 kt sana murah ke?coz mak sy kata mahal...tp few years back lah.xtau lah kalau skrg makin murah.range harga berapa ye kak?
Jubah murah ada dijual di depan Masjid Nabawi Madinah didalam kedai  dan Mall disekitar masjid itu, harganya sama je. Tapi lebih elok beli dikedai boleh di tukar kalau saiz tak ngam. .Paling murah 20-30 riyal (Rm16 - 25). Nanti saya paste nama kedai tu , sebab dia (HJ Rashid) ni pernah tinggal  disubang Jaya dan kini menetap di Madinah. Rasanya ada forummer yang pernah beritau pasal ni. Boleh dapat diskaun lagi kalau orang Msia datang. Kalau nak lebih cantik dan dibawa pulang pun bawah Rm60.00
Dimekah baju yang sama ini ada gak, tapi lebih mahal sedikit dalam Rm40-45 riyal .

beli kasut tawaf kt daiso ye?xingat pulak daiso ade jual..sibuk last week sy carik dekat kedai,xjumpa yg anti slippery tu yg bintik2 kt tapak kaki tu.yg daiso jual ade bintik2 ke kt tapak kaki?
Memang kat Daiso ada jual berbintit kat tapak kasut, cari lah kat situ. Tapi kalau malas nak cari boleh je beli kat depan Masjid Nabawi  sebab ada  jual pun harga dalan 5 - 10Riyal (rm4- 8)i kalau ziarah  Madinah dulu. Sebab kita pakai kasut masa Tawaf n Saie je. yang lelain pakai selipar pun boleh.
Nantilah  kalau ada masa saya akan tempekkan gambar buat reference ...InsaAllah..

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2013 08:24 PM | Show all posts
msaadhamid posted on 29-4-2013 02:13 PM
Bagi soalan no 2.

Terima kasih tn haji dgn penerangan yang sgt jelas ..

persoalan untuk jemaah umrah yang pernah pergi atau belum untuk tahun 2013 .. Saya akan pergi dengan suami , adakah verification sijil nikah tu dibuat sendiri ? Pergi pejabat agama kemudian ke wisma putra ?

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 10:17 AM | Show all posts
WinXP posted on 29-4-2013 08:24 PM
Terima kasih tn haji dgn penerangan yang sgt jelas ..

persoalan untuk jemaah umrah yang pernah  ...

You kena bawa ke Jabatan atau Majlis Agama Islam untuk pengesahan kemudian ke Wisma Putra utk cop.

Soalan say, mana lebih baik tukar Riyal kat Madinah/ Makkah atau kat Malaysia?
Sekarang rate kat Malaysia ialah RM88 = 100 Riyal. Macamana dgn rate di Saudi bagi yang baru balek. Boleh share?
Terima kasih.

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 10:49 AM | Show all posts
baca dan ambil nota
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 01:32 PM | Show all posts
mattj posted on 30-4-2013 10:17 AM
You kena bawa ke Jabatan atau Majlis Agama Islam untuk pengesahan kemudian ke Wisma Putra utk cop. ...

tq ... telah diselesaikan hari ni .. ingatkan TA buatkan utk jemaah ..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 02:53 PM | Show all posts
td saya dh htr semua dokumen2 utk apply visa..TA ckp skrg ni xperlu dah byr utk cop wisma putra..cuma sijil kahwin tu kena ada cop pengesahan dari pjbt agama.

saya nak tanya, betul ke kita wajib buat umrah sekali je..tak perlu buat byk2 kali..jadi yg buat byk2 kali tu utk diri sendiri jugak ke mcm mana? sbb katanya lebih baik perbanyakkan tawaf sunat, tak perlu nak keluar ke tanah halal dan buat umrah byk kali..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 10:41 PM | Show all posts
dara41 posted on 29-4-2013 03:25 PM
Salam Dik, takpelah akak relply dulu mungkin kita ni betul-betul fresh dan alhamdulillah  bolehlah ...

Owh,faham2..byk kegunaan tali tu kalau bwak ye..okey.thanx a lot..nanti nk bagi tips lagi,share la ye


p/s ; dapat duit riyal plg murah setakat ni rm81.40..0keylah dah kan.tp xtukar lg pon.baru kol tadi.kat sana lg murah ke rate dia ek?
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 06:30 PM | Show all posts
luraziera posted on 30-4-2013 10:41 PM
Owh,faham2..byk kegunaan tali tu kalau bwak ye..okey.thanx a lot..nanti nk bagi tips lagi,share la ...

rate tu dah ok lah kalau plan nak tukar, pasal semalam lalu kat money changer OU Pj pun Rm82.50
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2013 07:25 PM | Show all posts
dara41 posted on 1-5-2013 06:30 PM
rate tu dah ok lah kalau plan nak tukar, pasal semalam lalu kat money changer OU Pj pun Rm82.50

alhamdulilah.dh pegi tukar dh td..rate dia masih sama.rm81.40..lega!
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 10:41 PM | Show all posts
luraziera posted on 1-5-2013 07:25 PM
alhamdulilah.dh pegi tukar dh td..rate dia masih sama.rm81.40..lega!

Eloklah tu takyah tunggu nak tukar kat sana, spare je duit Rm sedilkit, andai  dah habis baru lah di tukar...
rate disana pun tak banyak beza, lagilpun kita pertama kali gi umrah dan tak familiar dengan  tempat tu.


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 10:45 PM | Show all posts
dara41 posted on 1-5-2013 10:41 PM
Eloklah tu takyah tunggu nak tukar kat sana, spare je duit Rm sedilkit, andai  dah habis baru lah  ...

betul3..tp tgh frust jugak ni.travel agent tepon bagitau g mekah dulu baru madinah..berubah habis plan sume.pastu jd makin singkat hari.aduhai,frust sgt2~


Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2013 11:49 PM | Show all posts
TUKANGKEBUN posted on 29-4-2013 09:09 AM
cer cite  sikit kenangan umrah  utk dikongsi bsama

apa yg menarik & terbaru disana

Salam T.k, sorrylah rasanya dah reply tapi heranlah dia tak keluarlak dalam forum ni,

Bagi saya banyak kenangan dan pengalaman yang berharga dapat semasa pertama kali lakukan  mengerjakan ibadah umrah ini.
Tak pernah solat jenazah , selalu lihat kaum muslimin je, begitu solat yang lain  , so belajar sebulan dua sebelum nak berangkat.
Pagi sewal 2 pagi dah bangun untuk pergi kedua masjid ini, nak dapat saf depan dan rasanya hidup kita disana tertumpu pada ibadah je.
Dapat mencium hajar aswad dan solt hijr Ismail, tak sangka lak dalam sesak begitu ada ruang untuk saya melihat Hajar Aswad dedepan mata.
Jumpa ustaz Don Daniyal tengah mengaji dan solat didepan Kaabah suasana tengah hari yang panas . Sempat ambil gambar dengan ustaz yang very humble person...
Dapat kenalan baru dari  diseluruh dunia , walaupun guna  bahasa ayam itik je...
Berbuka puasa dengan wanita arab yang friendly dan cantik, dijamunya  saya  roti dengan yogurt dan air teh arab,, kurma dan berbagai lagi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.300950 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list