CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Bateesta

[Tempatan] Peg. bank maut dtembak guard(PNJNAYAH MSIH BBAS & SAH MAMAT INDON HARAM)

   Close [Copy link]
Post time 26-10-2013 10:43 AM | Show all posts
Polis tahan 3 ahli keluarga pengawal
2013/10/26 - 04:27:30 AM Oleh Khairul Azran Hussin Cetak Emel Kawan
  
Polis tahan 3 ahli keluarga pengawal

Ardi Hamza
RM20,000 turut ditemui dipercayai sebahagian hasil rompakan

Shah Alam: Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang juga ahli keluarga kepada pengawal keselamatan yang menembak mati kakitangan Ambank di USJ Sentral 2, Subang Jaya, Selasa lalu.


Berikutan itu, polis Selangor turut menemui wang tunai RM20,000 dipercayai antara sebahagian jumlah keseluruhan wang rompakan berjumlah RM450,000 yang dilarikan suspek.

Difahamkan suspek utama yang dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, dan ahli keluarganya berasal dari Sulawesi, Indonesia serta sudah bekerja di negara ini kira-kira dua tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata siasatan awal mendapati dua lelaki itu bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah gedung perniagaan di Subang Jaya manakala wanita terbabit dipercayai isteri kepada suspek.

“Polis menahan ketiga-tiga ahli keluarga mangsa pada hari yang sama kejadian berlaku, di sebuah rumah di Kota Kemuning, Klang, manakala wang itu pula ditemui di gudang perniagaan tempat mereka bekerja.

“Bagaimanapun, suspek dan dua saudara lelakinya bekerja dengan syarikat keselamatan yang berbeza. Selain itu, suspek utama dan ahli keluarganya itu menggunakan kad pengenalan palsu dan polis sedang menunggu pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara.
Ditahan reman 14 hari

“Mereka ditahan reman 14 hari dan setakat ini mereka disiasat mengikut Akta Imigresen kerana berada di negara ini secara tidak sah. Polis akan buka kertas siasatan lain kalau siasatan lanjut menemui unsur lain, termasuk bagaimana mereka dapat kad pengenalan palsu,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.

Mohd Shukri berkata, pihaknya percaya suspek masih berada di negeri ini dan sudah mengetatkan kawalan di pintu sempadan seperti di lapangan terbang dan pelabuhan serta meminta bantuan Interpol.

Dalam kejadian itu, pegawai operasi cawangan AmBank, Norazita Abdul Talib, 37, maut ditembak dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan premis itu yang menyamun bank berkenaan.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, polis kini memburu individu yang bertanggung jawab menyebarkan gambar kematian Norazita.

Katanya, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan tegas mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Tak akan tolak ansur

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan pegawai atau anggota polis serta orang awam yang menyebarkan gambar mangsa ini. Adalah satu kesalahan untuk menyebarkan gambar seumpama itu dan laporan mengenainya sudah dibuat.

“Setakat ini polis masih menjalankan siasatan dan ingin ingatkan semua pihak supaya tidak sesekali mengulanginya pada masa hadapan,” katanya.




Last edited by Santeira on 26-10-2013 11:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 10:52 AM | Show all posts
sitisitu25 posted on 26-10-2013 10:31 AM
2590 sblm ot..tp kne stay smpi kul 11 mlm la tiap2 hari br leh dpt 3k..17thn keje br dpt 3k..mkn ...

bank ni level manager keatas jer gaji gila2..takat exec tu x laa byk mana..byk lg org yg keje kat oil & gas..aku tau sbb aku ade kenalan keje bank level manager..gaji puluh ribu...bonus jgn cite laa kadang2 smp 12 bulan!..yg level exec dan kebawah x setinggi tu bonus nye
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:53 AM | Show all posts
sitisitu25 posted on 26-10-2013 10:31 AM
2590 sblm ot..tp kne stay smpi kul 11 mlm la tiap2 hari br leh dpt 3k..17thn keje br dpt 3k..mkn ...

ish mengarutla..kawan ko teller?under nube?
kalo nube taw ni mesti kaw2 mybnk jd bahan..mgkin jgk kwn ko xde increments tahunan based on kpi
..as if teller pas diploma (skrg diploma dulu spm) skrg gaji 1300..degree gaji keje bnk 2450/2800 (depends bnk mne,public blh kasi 2800)..
xslp ak teller byk increment dan dorg pye ot pon lg byk dr officer..

mne blh ikot senioriti ms bukak safe beb..ikot jawatan sbb setiap officer ade limit dorg..kdg2 kalo bdk pas degree trs dpt jd officer pon dorg blh bukak pintu safe sbb jadi cashier..kalo keje 20thn tp teller pon xblh bukak..and sume bank xslp ak same je procedures..xtaw la kan




Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:54 AM | Show all posts
ada org cakap arwah kerja chief clerk kat situ.

@Bateesta tolong update tajuk, suspek sah yindon mari.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 10:56 AM | Show all posts
kecimpret posted on 26-10-2013 10:52 AM
bank ni level manager keatas jer gaji gila2..takat exec tu x laa byk mana..byk lg org yg keje kat  ...

mmg level manager gaji kaw2 bonus pon kaw2 tp kalo xcapai target kena maki pon kaw2
mmg exec gaji cipot..xla cipot mne,exec br msk pon da blh dpt 2.4k til 2.8k..depends jobscope,kalo marketing gaji sikit sbb commision byk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 10:57 AM | Show all posts
Santeira posted on 26-10-2013 10:54 AM
ada org cakap arwah kerja chief clerk kat situ.

@Bateesta tolong update tajuk, suspek sah yindon  ...

done
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2013 11:00 AM | Show all posts
setahu aku ahli keluarga terapat aku kerja bank
masuk guna SPM je pun
kerja dah dekat 20 tahun kot dengan maybank
gaji skrg almost 5k

kalau public bank lagi banyak gaji

kalau bank rakyat gaji kecik tapi bonus meletop, benefits meletop
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:00 AM | Show all posts
ogata posted on 26-10-2013 10:38 AM
Hehehe".i nak mencElah...yup laki dia driver tapilaki dia ada ikhtiar nak hidup..xda kerja kejap s ...

beruntungla arwah..
dapat husband yg betol2 bertanggungjawab..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 11:02 AM | Show all posts
Drebar pun plus  ot blh capai 2.5k ke atas..... tu yg biasa, yg kerja lama lg tinggi..


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:02 AM | Show all posts
nordin84 posted on 26-10-2013 10:56 AM
mmg level manager gaji kaw2 bonus pon kaw2 tp kalo xcapai target kena maki pon kaw2
mmg exec ga ...

kena maki tu dah termasuk laa pakej gaji level manager






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 11:05 AM | Show all posts
latest news dah diupdate kat page 1 , bg yg ketinggalan keretapi
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:06 AM | Show all posts
alepmama posted on 26-10-2013 11:00 AM
setahu aku ahli keluarga terapat aku kerja bank
masuk guna SPM je pun
kerja dah dekat 20 tahun kot ...

gaji byk based on ikot experience kite..so kalo da 20thn da tentu byk experience..
lgpon setiap level cth teller/clerk atau officer ade gaji mati..xslp ak kalo teller gaji mati 4.3k
officer II dlm 6.5k xslp..


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
habislah siapa yg sebarkan gambar mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:18 AM | Show all posts

ini salah satu kesan dari lambakan pti... lambat laun mereka akan terlibat dengan jenayah..

ditambah dengan tiada kawalan, pti ni suka suki keluar masuk ... mereka mudah tubuhkan sindeket ic palsu...

sedangkan pengganas sulu itu pun ada yang mempunyai ic .... inikan pulak ratusan ribu pti yang tiada dokumen disabah, pasti dokumen pun mau biar palsu... tahniahlah kepada mereka yang mengambil pti sebagai pengundi2 mereka dalam pilihanraya... lihat sendiri kesan perbuatan anda..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:19 AM | Show all posts
@bateesta
ko biar btol 450juta!!!!!!!
bkn 450ribu ke..kalo 450juta hbsla ambank kena saman simpan duit banyak
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:27 AM | Show all posts
sakitnya hati aku baca perampok ni, bininya, sedara maranya semua pemilik ic pelsu
awal tahun kes lahad datu
akhir tahun kes ambank ni pulak
semua bahana ic pelsu/warganegara ekspres

nak tunggu berapa ramai lagi rakyat malaysia masuk kubur sblm dicantas habis habisan dalang dan para pengkhianat negara nih?

nak marahkan semua pendatang pun tak bulih sbb tak semuanya spesis malaun, ramai yg mmg betul2 jujur bergolok gadai datang sini cari rezeki  

masalahnya adalah ada org2 kita sendiri
moga mereka semua lena lah tido malam melihat segala kerosakan yg angkara perbuatan tangan2 mereka sendiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2013 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
mehmet posted on 26-10-2013 09:47 AM
Kalau family mangsa nak saman bank memang aku setuju sangat....untuk pengajaran,,,malah persatuan pe ...

Officer bkn under nube. Nube utk clerical staf shj.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:31 AM | Show all posts
Pasal gaji staff bank pun nak kepoh..org yg keja bank pun tak kecoh..

Senang cite jawatan arwah nie cuma ada dua kemungkinan jer..sama ada dia adalah chief cashier @ penolong pengurus bank sbb hanya org2 tu jer yang boleh bukak strong room nie..
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2013 11:34 AM | Show all posts
nordin84 posted on 26-10-2013 11:00 AM
beruntungla arwah..
dapat husband yg betol2 bertanggungjawab..

Ar..husband arwah memang jenis yang baik..sbb tu byk yg turut berasa sedih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2013 11:34 AM | Show all posts
nordin84 posted on 26-10-2013 11:19 AM
@bateesta
ko biar btol 450juta!!!!!!!
bkn 450ribu ke..kalo 450juta hbsla ambank  ...

ok dah betulkan...tq utk correction
aku terpikir psl projek lembu sarizat je, tu yg tertulis juta instead of ribu tu





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18062 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43175 Replies : 75
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58
Faces of Death (2026)
pisanggorengFaces of Death (2026)
Views : 14701 Replies : 2
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 65401 Replies : 133
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24310 Replies : 70
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39841 Replies : 253

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 07:24 PM GMT+8 , Processed in 1.157228 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list