LONDON: Burnley meraikan kejayaan bersejarah pertama di tempat sendiri dalam masa 33 tahun apabila menumpaskan penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United 1-0, di Stadium Turf Moor, awal pagi tadi.
Robbie Blake menjadi wira Burnley apabila menjaringkan gol tunggal pasukannya pada minit ke-19.
United bangkit dan hampir menyamai kedudukan menerusi Michael Carrick tetapi sepakan penaltinya diselamatkan Brian Jensen sebelum permainan separuh masa pertama tamat.
United menggandakan asakan pada separuh masa kedua dengan beberapa kali Jensen menyelamatkan gawangnya.
Dalam satu lagi perlawanan, Liverpool yang tewas pada perlawanan pembukaan kepada Tottenham Hotspur, menang bergaya ke atas Stoke City, 4-0 dengan menyaksikan Fernando Torres melakukan jaringan awal.
Tottenham pula muncul pendahulu liga apabila menundukkan Hull City 5-1 dengan penyerang England, Jermain Defoe melakukan jaringan hatrik.
"Kami berpeluang melakukan jaringan dan kami sepatutnya menang.
"Namun Burnley mencipta kemenangan dalam masa 10 minit pertama permainan. Mereka bermain baik," kata pengurus United, Alex Ferguson. - Reuters
bad omen utk setan merah... kalah ngan klub yg baru promoted naik ... agaknye menyoo bercita cita main liga bawahn plak ganti tempat burnley dolu...hahahaha
ada kelab tu kan ... dia kan.. kalah ngan burnley.. pastu missed penalty plak tu... tah kelab mana aku pun xtau...yang penjaring yg digembar gemburkan boleh dapat 20 ...
hardeyboyz Post at 20-8-2009 08:43 AM