Bella pantas berjalan mendapatkan BMW X6 yang telah di parkir di seberang jalan tidak jauh dari kediamannya. Bella tersenyum manis. Nampaknya Shark silap besar! Jedi yang di bunuh malam tadi bukanlah Eddie. Tapi, siapa yang di bunuh? Bella tidak mahu memikirkan perkara itu saat ini. Dia mempercepatkan langkah ke arah Eddie yang sedang bersandar di keretanya.
“Hey beautiful” Eddie menyapa, tapi dahinya berkerut.
“Hey..” Bella membalas terus memeluk Eddie erat, tidak kisah lagi dengan keadaan di sekeliling.
“Why are you taking so long? Kan I kata pukul 7:30 pagi?” Setelah pelukan di lepasakan, Eddie bertanya sambil memasukkan bagasi milik Bella ke dalam kereta.
“It’s a long story. Let’s talk inside the car” Bella berkata. Dia bergerak ke arah tempat duduk di sebelah pemandu. Pintu di buka dan terus masuk. Sesekali matanya menjeling ke sekeliling. Risau juga sekiranya Shark terjaga lalu mengekorinya.
“Bella.. what’s wrong?” Eddie bertanya lagi apabila melihat Bella seperti tergesa-gesa. Dia juga sudah berada di tempat duduk pemandu.
“Go” Bella tidak menjawab soalan Eddie.
“Bella…”
“Go now!” Bella meninggikan suara.
“Okay..okay..” Eddie tidak berkata apa-apa lagi. Enjin di hidupkan dan kereta terus bergerak meninggalkan kawasan itu.
“Bella” Semasa memandu, Eddie memanggil. Bella sedang memejamkan matanya. Yang sebenarnya, dia sedang menahan tangisan akibat rasa kelegaan dan ketakutan yang bercampur-baur.
“Hey…kenapa ni?”
“I thought you are dead” Bella berkata, menahan sebak. Eddie mengerutkan kening.
“Kenapa you cakap macam tu?"
“Shark” Wajah Eddie berubah.
“Okay…”
“Dia ada kat rumah I. Dia cakap dia dah bunuh you” Eddie diam.
“Dia buat apa kat rumah you?”
“Shark mintak I tolong dia ambil barang kat rumah dia. Sebab tu I terlambat turun tadi” Bella menjawab. Eddie mendiamkan diri. Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 02:08 AM
“What is he doing now? He won’t let you go off so easily like this, right?”
“Dia tertidur. I letak ubat tidur dalam air Shark” Bella menjawab. Eddie menarik nafas.
“Smart girl” Eddie berkata tetapi langsung tidak tersenyum.
“Siapa yang mati?” Bella bertanya.
“Obviously it’s not me” Eddie menjawab. Bella diam.
“Thank God it’s not you…” Bella membalas.
Eddie mendiamkan diri. Dia sudah tahu tentang kejadian di tokong. Sony telah memaklumkan padanya lebih awal menerusi telefon. Yang mati adalah Jeremy, juga salah seorang kuncunya. Sony dan Fred juga selamat cuma Eddie tidak tahu di mana mereka bersembunyi ketika ini. Tapi apa yang Eddie tidak sangka, Shark akan ke rumah Bella. Hatinya mula terbakar.
“Let’s go back to your house!”
“Kenapa?” Eddie diam. Hanya nafasnya turun naik menahan marah.
“I nak bunuh Shark!” Bella tergamam.
“Eddie..”
“Sebab dia, ramai yang kena tangkap dan mati!”
“Eddie no! You’ve promised” Bella menjerit. Eddie terdiam.
“You’ve promised me yang you takkan campur hal Naga Timur lagi. You’ve promised that you will take care of me. Tolonglah Eddie. You tak tahu macam mana perasaan I bila Shark cakap dia dah bunuh you. I tak sanggup nak bayangkan kalau you betul-betul dah mati” Kali ini, tangisan Bella terhambur. Eddie masih mendiamkan diri.
Kalau kau benar-benar sayangkan dia, jangan ulangi kesilapan yang kau pernah buat.
Eddie terkedu. Dia terdengar seolah-olah suara Sonia berbisik padanya.
Sonia…
Mulakan hidup baru. Ingatlah..aku akan sentiasa menyayangi kau…
“Eddie” Bella memanggil apabila kereta telah berhenti di tengah-tengah jalan secara tiba-tiba.
“Eddie!” Bella bersuara kuat.
PINNNNNN! Terdengar bunyi hon panjang apabila beberapa kereta melepasi mereka. Eddie tersentak. Mujurlah jalan agak lengang ketika ini. Segera keretanya di pandu kembali.
“Are you okay?”
“I’m fine”
“Eddie, you’ve promised” Bella berkata lagi. Eddie menarik nafas.
“Ya.. I know. Don’t worry” Eddie menjawab pendek. Tangannya menyentuh pipi Bella lalu di usap perlahan.
“Eddie…”
“Ya…”
“You will keep your words right?”
“Yes, I will Bella. Every single words…” Eddie menjawab. Kembali fokus kepada pemanduan di jalan raya.
Nicki_Meow posted on 27-9-2012 10:24 AM
Red.. tang mana kalis peluru? kena tembak kat kepala....
klu mcm tu buat la yg kena tu bkn jedi sebb jedikannx munculkan diri dpn org lain selain ahli,keluarga dan majlis tertinggi geng naga diamje kan. bleh la bleh la ekekekekekekekek
Dah agak eddie tak mati...takkan senang2 big boss mati gitu2 jek...perlu ada yg berganti nyawa...dah mmg eddie tak nak muncul terang2 walaupun di saat genting...huhu...