CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

ROMANCINTA (SURATAN ATAU KEBETULAN) : By LNP - June 2015

 Close [Copy link]
Post time 27-9-2012 08:07 AM | Show all posts
3 hari aku merempit baca citer nih....

Best, best.....thumbs up kat niki......masa serbuan kat tokong tuh aku teringt babak drama HK Lives Of Omission...niki ada tengok ke drama tuh...huhu...

Apa pun salute kat niki...macm2 rencah ada kat drama nih....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2012 08:38 AM | Show all posts
nak wat permintaan boleh??

biar lah shaq yg mati...bukan jedi...sbb nak jedi ngan bella.

boleh gitu??
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 08:52 AM | Show all posts
Mana pi tuan umah nih...? dr tadi tak masuk2....
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 09:33 AM | Show all posts


sambung plssss....





Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 09:39 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 26-9-2012 10:44 AM
Thanks Usu....

Wahhh.. hindustan sangat imaginasi Usu..



mmg hidustanihe.....asal dapat 'hidup'kan balik watak jedi utk bella...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2012 09:41 AM | Show all posts
freddianza posted on 26-9-2012 06:04 PM
nickii cheq mati ka?

Kalau hang mati, camna lak hang boleh berporum lagi?

Hantu raya ke hapa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2012 09:50 AM | Show all posts
Salam readers...

Sambung lagi sikit...

Leo_Gulz, Sellie, thanks for reading.

Sellie, cheq tak pernah tengok lak citer tu. Jarang dah tgk cerita Hong Kong, tapi my all time favourite adalah Yong & Dangerous - Abang Cheng E Kin sangat hensem......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2012 09:52 AM | Show all posts
Episode 64

Dia kembali lagi di sini. Berdiri seorang diri mengadap laut yang tiada berpenghujung. Kakinya telah basah di sentuh oleh air laut yang berombak tenang. Sejuk namun itu tidak memberikan apa-apa kesan padanya. Dia terus memandang ke depan, menebarkan pandangan seluas yang dapat di capai oleh matanya. Tangannya di depakan, membiarkan angin lembut menyapa tubuhnya. Rambutnya juga terbuai-buai di tiup bayu laut. Sangat mendamaikan Dia ingin terus berada di sini, menikmati ketenangan yang sudah lama di idamkan. Bibirnya mengukir senyum lantas dia mendongakkan kepala.

Bintang itu tetap megah di dada langit. Masih tetap bersinar seperti dulu. Hanya sebutir sahaja menjadi penghias di atas sana namun sinarannya menerangi seluruh alam. Sinarnya bagai memberi harapan. Alangkah indah jika dia dapat begini selama-lamanya. Dia menghela nafas panjang lalu di lepaskan. Tiada lagi rasa menyesakkan dada.

“Bella” Dia menoleh ke arah suara yang memanggil. Apabila wajah yang di lihat jelas di mata, dia tersenyum lagi.

“Come with me…” Tangan di hulurkan lalu di sambut.

“We will go through this together” Dia mengangguk.

“Together…no matter what will happen” Tangannya di pimpin lalu dia bersama-sama melangkah ke depan, menuju ke laut lepas. Semakin lama paras air semakin dalam namun genggaman tangan masih tidak dilepaskan.

“I’m scared”

“Don’t be scared. I will always be by your side” Kata-kata itu bagai memberi semangat lantas langkah di teruskan. Dia mula tenggelam ke dasar lautan. Gelap. Nafasnya terasa sesak.

Bella membuka mata. Dia tidak berada di pantai, tetapi di dalam biliknya sendiri. Bella menarik nafas sedalam mungkin. Dia bermimipi. Sejak akhir-akhir ini, dia kerap mengalami mimpi yang serupa. Pantai, laut dan bintang. Apakah tandanya? Bella menarik nafas lagi.

Nampaknya, ini kali terakhir dia akan tidur di sini. Selepas ini, dia akan pergi jauh, jauh meninggalkan tanah tumpah darahnya. Dia akan mulakan hidup baru, bersama-sama Eddie. Tapi, tegarkah dia meninggalkan segalanya demi cintanya pada lelaki itu? Bella menarik nafas. Dia segera bangkit, menuju ke arah meja soleknya. Laci di buka, mengeluarkan sekeping gambar. Hatinya menjadi sayu menatap wajah-wajah di dalam gambar itu. Jarinya menyentuh wajah seorang wanita yang berumur, membayangkan yang dia sedang menyentuh pipi orang yang di sayangi. Tidak semena-mena, air matanya luruh.

“I’m so sorry but I have to go…” Bella berkata sendiri lalu menarik nafas untuk menenangkan dirinya. Dia telah nekad, dia tetap akan pergi. Kerana kasih dia akan turutkan hati. Air matanya di sapu dengan tapak tangan. Gambar itu di masukkan kembali ke dalam laci. Dia perlu bersiap kerana sebentar lagi, Eddie akan datang.

Bella bersiap ala kadar. Hanya bersolek ringkas. Rambutnya yang panjang hanya di tocang satu. Tidak banyak barang yang akan di bawa bersama. Hanya pakaian dan beberapa barang keperluan di kemas dalam sebuah beg. Dia telah memaklumkan kepada tuan rumah bahawa ini hari terakhir dia menyewa rumah ini. Bella turut bermurah hati untuk meninggalkan saja barang-barangnya kepada tuan rumah. Passport di atas meja di ambil dan di masukkan ke dalam tas tangan. Bella memandang ke sekeliling. Rasanya, tiada apa lagi yang tertinggal. Semua keperluan telah berada di dalam beg.

Gambar….

Bella segera berjalan ke meja solek, laci di tarik lalu tangannya mencapai gambar keluarganya lalu di masukkan ke dalam beg tangan. Bella melangkah keluar, menarik bagasinya ke ruang tamu. Eddie akan datang pada bila-bila masa saja sekarang. Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 01:57 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2012 09:56 AM | Show all posts


Walopun action novel..tp usu nak juga...



         

rasa mcm tak adil utk bella....






Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 10:00 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 27-9-2012 09:50 AM
Salam readers...

Sambung lagi sikit...

Oh tak ya?...sbbnya niki scene serbu kat tokong mmg saya bayg scene dlm drama tuh... for real...drama tuh saya beli dvd...best sgt...kisah police undercover... laughing gor.... police undercover yg sgt cool...bila dia nak wat sesuatu jenayah demi nk siasat kepala dadah tu dia sering baling duit syiling...kepala @ ekor...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2012 10:03 AM | Show all posts
Hampir gugur jantungnya melihat seseorang sedang berdiri di beranda. Bella mengurut dada. Keningnya berkerut. Apa dia buat kat sini?

“Shark!” Bella bersuara agak kuat. Shark berpaling. Sekali lagi Bella memegang dada. Wajah Shark kelihatan sugul dan langsung tak terurus. Matanya merah dan bengkak, mungkin kerana tidak tidur semalaman.

“Shark, what are you doing here?” Bella bertanya. Tidak banyak sedikit dia terasa gentar dengan kehadiran Shark di rumahnya. Shark tak menjawab. Dia hanya memandang Bella tanpa suara.

“Shark” Bella memanggil lagi. Shark memandang bagasi yang di bawa Bella. Keningnya berkerut.

“You nak pergi mana?” Shark pula bertanya. Bella terdiam.

“You nak pergi mana?” Kali ini, suara Shark agak tinggi.

“Holiday” Bella menjawab, berbohong.

“Holiday?” Shark tersenyum sumbing.

“Dengan siapa?”

“Dengan sugar daddy I lah” Bella menjawab. Intonasi suaranya di kawal agar Shark tidak dapat mengesyaki apa-apa.

“Not bad huh? Lepas ni apa pulak? Dia ajak kahwin?” Shark menyindir. Bella hanya memutarkan biji mata.

“You nak apa, Shark? Kalau you datang sini semata-mata nak sakitkan hati I, baik you blah dari sinilah” Bella meninggikan suara. Shark pula terdiam, berjalan ke sofa lalu duduk. Bella hanya memerhatikan tingkah laku Shark.

“You cannot go anywhere” Shark bersuara setelah terdiam beberapa ketika.

“What do you mean?”

“I need your help Bella”

“Need my help? Nak buat apa?”

“I nak you tolong ambil something kat rumah I”

“Rumah you? Kenapa you tak ambil sendiri?”

“I can't go there. I takut polis ada kat sana. And maybe, orang-orang Jedi pun tengah cari I kat sana” Bella menelan air liur.

“Kenapa…kenapa orang Jedi nak cari you?”

“Sebab….I dah bunuh Jedi”

“You…WHAT?” Mata Bella terbeliak. Sekali lagi di landa kejutan yang melampau. Nafasnya menjadi sesak secara tiba-tiba.

“No way… you lie isn’t it?” Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 02:00 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2012 10:16 AM | Show all posts
“Tak. I tak tipu. Zidan pun dah mati…” Ada keluhan berat bersama suara Shark ketika berkata. Bella terasa badannya menjadi lemah, lalu dia melangkah perlahan-lahan dan duduk di sofa berhadapan dengan Shark.

Eddie dah mati? NO!

“Tell me what happen…” Suara Bella bergetar namun dia cuba mengawalnya sedaya upaya. Shark menarik nafas seketika lalu menceritakan apa yang telah berlaku. Bella tergamam

“So now, I dalam buruan pihak polis dan Sony pun, for sure takkan lepaskan I” Shark berkata apabila habis bercerita. Bella terdiam.

“Tapi..” Kata-kata Bella terhenti. Muka Shark di pandang lama dengan wajah yang berkerut.

“That’s why I really need your help, Bella. Cuma you aje yang boleh tolong I sekarang” Shark seperti merayu.

“I tak bolehlah Shark. I need to go…”

“You must help me” Shark berkata, nada suaranya bertukar garang. Bella menarik nafas apabila Shark sengaja mengeluarkan pistolnya lalu di genggam dalam tangan. Bella mengerti maksudnya. Hatinya menyumpah seranah.

“Okay..fine. I tolong. You nak I buat apa?”

“I nak you drive, kita pergi rumah I. I nak you ambil beg dalam almari, inside the room. You know which room. You kan pernah tidur kat situ…” Bella merengus. Dia tahu Shark sengaja menyindir. Shark hanya tersenyum sinis.

“I miss the good time when you and me together…” Shark berkata sambil tersenyum lagi. Bella hanya menjeling tajam.

“You nak I tolong ke tak nak ni?” Bella berkata, nada suaranya agak tinggi. Hatinya bertambah sakit apabila Shark sengaja mengungkit perkara itu.

“Janganlah marah. Of course I need your help. Lepas ni, I janji I takkan ganggu hidup you lagi” Bella mengangkat kening.

“You nak ambil apa kat rumah you tu?”

“A bag…” Kening Bella berkerut.

“Ada duit dalam tu…” Kening Bella terangkat.

“Banyak?” Shark mengangguk.

“Now?”

“Yes and I nak you cancel whatever plan you have today, including holiday dengan sugar daddy you tu” Bella merengus tapi tidak berkata apa-apa lagi.

Eddie tak mungkin mati…tak mungkin!

Bella memandang Shark lama. Sedih, marah, sangsi bercampur-baur. Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 02:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 10:18 AM | Show all posts
Bella kat rumah jedi ke tu? Siannya bella

Nicki.... jgnlah kejam. Jedi tak sempat mengucap syahadah dan potong
ke dah potong?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2012 10:18 AM | Show all posts
sellie003 posted on 27-9-2012 10:00 AM
Oh tak ya?...sbbnya niki scene serbu kat tokong mmg saya bayg scene dlm drama tuh... for real...dr ...

Macam best je citer tu....

Anyway, cheq pilih tokong sebab tokong sangat sinonim dgn kongsi gelap cina....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2012 10:19 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 27-9-2012 10:18 AM
Bella kat rumah jedi ke tu? Siannya bella

Nicki.... jgnlah kejam. Jedi tak sempat mengucap ...

Bella kat rumah Bella lah....Shark datang rumah Bella..

Potong? Syahadah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 10:21 AM | Show all posts
Nak request kat nicky supaya jedi x mati sebb dia pakai baju kalis peluru dia saja buat buat mati. Nanti dia blk kat bella huhuhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-9-2012 10:23 AM | Show all posts
tertipu lak tadi... rupanya bella berangan/mimpi kat laut. Ingatkan dok kat villa mewah tepi laut ke
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2012 10:24 AM | Show all posts
Salam.

warggghhhh..... Eddie is now in heaven dan tinggallah bella bersendirian semula..... Waarrrggghhh.....

Shark nak lari ke mana tu? Dpt ker Shark melarikan diri? Bila pulak masanya dia nak ugut Fifi?

Suspense...suspense....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2012 10:24 AM | Show all posts
redsentra posted on 27-9-2012 10:21 AM
Nak request kat nicky supaya jedi x mati sebb dia pakai baju kalis peluru dia saja buat buat mati. N ...

Red.. tang mana kalis peluru? kena tembak kat kepala....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2012 10:25 AM | Show all posts
“Take a rest first Shark. Lepas ni, kita pergi rumah you” Bella berkata setelah terdiam agak lama.

“No, we have to go now. I taknak tunggu lama-lama”

“In this condition?” Bella menggelengkan kepala sambil memandang Shark atas bawah.

“You dah macam Zombie. You rehat dulu. I buatkan you air. You nak minum apa?”

“I err…” Shark teragak-agak.

“Tunggu sini. I ambilkan you jus” Bella berkata lalu bangun dan berlalu ke dapur. Shark hanya memandang, tidak berkata apa-apa lagi.

“Nah” Bella berkata setelah kembali ke ruang tamu. Gelas berisi jus epal di hulurkan pada Shark lalu di sambut. Shark minum, habis segelas.

“Thanks Bella” Shark berkata. Gelas di letakkan di atas meja. Mereka saling memandang lagi tanpa berkata apa-apa.

“Take a rest Shark” Sekali lagi Bella berkata.

“No..” Shark menolak namun kepalanya mula terasa berat. Mungkin tidak tidur semalaman, jadi dia mula mengalami sakit kepala.

“Tidurlah” Bella berkata lagi sambil menunggu. Shark akur. Dia mula membaringkan diri di sofa. Tidak lama kemudian, dia benar-benar terlena. Bella menarik nafas lega. Dia bangun, beg tangan dan bagasinya di tarik dan berjalan menuju ke pintu. Sebelum melangkah keluar, sekali lagi dia menoleh ke arah Shark beberapa saat lalu kembali berpaling dan terus melangkah pergi.

Bella melihat jam. Eddie mengatakan yang tepat pukul 7.30 pagi, dia akan mengambil Bella dan kemudian pergi dari sini. Sekarang sudah pukul 8.15 suku pagi. Dia terlambat 45 minit gara-gara Shark yang tiba-tiba muncul di rumahnya.  

Eddie…Eddie. Please be here now. Bella terasa badannya menggigil. Dia tidak mahu menerima kata-kata Shark yang Eddie telah mati. Eddie tak mungkin sudah mati.

Cepatlah! Lif yang bergerak dari tingkat 10 ke Ground Floor dirasakan terlalu lambat.

TING! Sampai ke Ground Floor. Apabila pintu terbuka, Bella segera melangkah keluar.

Where is he? Bella tercari-cari.

“Miss…” Dia di tegur oleh seorang pengawal keselamatan. Bella memberikan senyuman kurang ikhlas.

“Mahu pergi mana?”

“Mahu pergi jalan-jalanlah Apinder” Bella menjawab juga. Pengawal keselamatan dari Nepal yang bernama Apinder itu memang rajin menegurnya.

“Oh, sama boyfriend ka? Boyfriend sudah tunggu banyak lama”

“Mana?”

“Itu” Apinder menunjukkan jarinya ke seberang jalan. Bella menarik nafas panjang. Oksigen yang masuk terasa memenuhi segenap ruang paru-parunya. Lega. Benar-benar lega!

“Thanks Apinder” Last edited by Nicki_Meow on 29-9-2012 02:05 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.376101 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list