|
Borak2 Menjelang Hari Bahagia Part 53 (KeLuaRGA BaHaGia)
[Copy link]
|
|
kwn aku cite lagi la..abes la pegawai atasan yg meluluskan borang permohonan azura ni
sbb bdn uniform klu nk kwen mmg pegawai akn luluskan.
klu nk kawen 2 pon, gaji pas dihitung2 klu di ta ...
ji_ji Post at 15-1-2010 15:18 
wehh..polis lh kawen ngan polis ke..aku igt x buleh |
|
|
|
|
|
|
|
tuntut selagi leh tuntut... kesian laki 2... beria dia nak kawen...
pompuan 2 silap2 kena buang kije kan.. padan muka dia..
uglybetty08 Post at 15-1-2010 15:20 
aku rasa mmg kenela..pdn muka dia |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.imagechicken.com/uploads/1263542688059113500.jpg
ni umo 28 tahun
bukan julieana & farah pon umur 28 tawon gak ker..tp naper derang still cumil lagik 
ji_ji Post at 15-1-2010 15:20 
muka dia muka tua kan.. kesian sgt aku kat mamat 2.. muka pun muka kesian... abis duit dia kena tipu.. |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia muka tua kan.. kesian sgt aku kat mamat 2.. muka pun muka kesian... abis duit dia kena tipu..
uglybetty08 Post at 15-1-2010 15:23 
a'a..aku tgk mcm 30lbh pun ada wei..tul ke umur dia tu? |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia muka tua kan.. kesian sgt aku kat mamat 2.. muka pun muka kesian... abis duit dia kena tipu..
uglybetty08 Post at 15-1-2010 15:23 
klu aku bujang leh gak pegi ipd tu, jadi pengubat hati lara inspektor shab tu  |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni dari bapak pompuan plak
Bapa hampir pengsan lihat ketibaan rombongan lelaki
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KANGAR: “Saya hairan dengan urusan perkahwinan ini kerana dari segi logik, nak beli kerbau sekalipun kita perlu bertemu pemiliknya...inikan pula orang.
“Saya dan keluarga langsung tak pernah bertemu bakal ‘menantu’ dan tak tahu menahu mengenai majlis akad nikah mereka,” kata bapa ‘pengantin perempuan’, Wan Ahmad Wan Harun, 58, (gambar) ketika ditemui petang semalam.
Katanya, adat Melayu ada peraturannya apabila keluarga pengantin lelaki perlu mengadakan majlis merisik, bertunang, menetap mas kahwin dan hantaran serta tarikh perkahwinan.
“Tapi semua itu tak berlaku kepada saya yang dikatakan bakal menerima ‘menantu’. Secara tiba-tiba, rombongan pengantin lelaki datang untuk bernikah.
“Saya terkejut dan hampir pengsan apabila rombongan pengantin lelaki tiba-tiba datang ke masjid dekat rumah untuk melangsungkan pernikahan (1 Januari lalu),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gial, dekat sini.
Seorang inspektor polis, Nurr Fahmy Abu Samah, 28, menanggung malu kerana mendakwa ditipu bakal isteri yang masih berstatus isteri orang menyebabkan majlis perkahwinan itu dibatalkan.
Dalam kejadian itu, rombongan pengantin lelaki terkejut apabila melihat `pengantin’ perempuan hanya berkain batik dan berbaju-T menyambut kedatangan mereka seorang diri di rumahnya di Kampung Gial.
Wan Ahmad yang juga seorang pesara kerajaan berkata, anak perempuan sulungnya daripada lima beradik itu, Wan Azura, 28, sudah berkahwin dan sepanjang pengetahuannya anaknya itu masih tinggal bersama suami di Kuala Lumpur.
“Macam mana dia hendak berkahwin kerana sudah bersuami. Mengapa keluarga pengantin lelaki tak siasat latar belakang bakal isteri dan tergesa-gesa hadir untuk berkahwin,” katanya.
Justeru, katanya, bagi mengelak kejadian tidak diingini, dia dan isteri, Aisyah Mat, 49, mengambil keputusan keluar dari rumah ketika rombongan pengantin tiba pada hari berkenaan.
Ibu saudara urus majlis pertunangan
BUKIT MERTAJAM: “Selama tiga tahun mereka berkawan, Nurr Fahmy (Abu Samah) seolah-olah tak mengenali ‘tunangnya’ dan menyalahkan anak saudara saya itu (Wan Azura Wan Ahmad) atas apa yang berlaku pada 1 Januari lalu.
“Tanpa memeriksa lanjut latar belakang Wan Azura, dia datang untuk majlis akad nikah dengan ‘tunangnya’ itu yang sebenarnya masih isteri orang,” kata bapa saudara Wan Azura Wan Ahmad, 28, yang tidak mahu namanya disiarkan.
Berikutan itu, katanya, bapa Wan Azura, Wan Ahmad Wan Harun, 58, kini trauma berikutan kejadian itu.
Wan Ahmad turut malu dan tertekan dengan perbuatan anaknya yang memaksa dia berbohong kepada bakal pengantin lelaki supaya menangguhkan majlis pernikahan itu.
“Pada malam 31 Disember lalu, Wan Azura pulang ke kampung dan meminta bapanya menangguhkan majlis akad nikah itu.
“Wan Ahmad yang tidak mahu terbabit mengambil keputusan keluar rumah bagi mengelak menemui rombongan pengantin lelaki pada 1 Januari lalu,” katanya.
Dia menyalahkan Nurr Fahmy dan Wan Azura atas apa yang berlaku berikutan tindakan terburu-buru untuk berkahwin.
“Sepatutnya Nurr Fahmy periksa dan mengenali siapa bakal isterinya terlebih dulu. Akibatnya, dia hampir bernikah dengan isteri orang.
“Wan Azura pula mengambil keputusan tergesa-gesa mahu berkahwin dengan Nurr Fahmy sedangkan dia masih isteri seorang anggota polis yang bertugas di Subang Jaya dan ada seorang anak berusia lapan tahun,” katanya.
Menurutnya, pada Aidiladha lalu, Wan Azura pulang ke kampung dan meminta ibu saudaranya menjadi wakil keluarga untuk menerima peminangan Nurr Fahmy di sebuah masjid berdekatan sebuah pusat perubatan swasta di Alor Star.
Katanya, Wan Azura memberi alasan ibu bapanya tidak dapat hadir kerana menguruskan masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan. |
|
|
|
|
|
|
|
azura nie mmg kuang ajor kan... mak bapak dia pun dia tipu... adus kesian.. mana laki dia x mau bg statement ke...  |
|
|
|
|
|
|
| |
|