CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Bomoh / Dukun - yang JELIK, yang PELIK, yang SERIK

[Copy link]
Post time 29-3-2007 11:56 AM | Show all posts
vimash kalau pg berubat.. bukan berbomoh ek..   pas tu kalau dier suruh mandi limau ke ape ke, vimash akan niat.... 'jika apa yang aku lakukan ini adalah sebagai satu ikhtiar yang engkau redhai Ya Allah, maka izinkanlah.. dan jika tidak, aku tidak ingin membelakangimu... amin..' lebih kurang cam gitulah.. takut aku nak menduakan Allah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2007 11:25 AM | Show all posts
mintak2 tak terkena tipulah ngn bomoh2 mengarut nie
:pray: :pray:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2007 12:58 PM | Show all posts


Bomoh ninja boleh X-ray

Oleh Isma Ismail dan Azlan Hafeedz

JELI: Seorang bomoh didakwa mengamalkan kegiatan mencurigakan apabila berpakaian serba hitam ala ninja ketika mengubati pesakitnya di sebuah kampung, dekat sini.



Lelaki lingkungan 40-an itu juga mendakwa memiliki kebolehan melihat seperti X-ray untuk mengubati pesakit, termasuk mereka yang menghidap sakit dalaman tanpa perlu menggunakan peralatan berteknologi tinggi seperti perubatan moden.

Kegiatan mencurigakan 慴omoh ninja
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2007 09:44 AM | Show all posts
Tak salah bomoh jampi guna ayat al-Quran
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar


MINGGU lalu, akhbar ini melaporkan bomoh di Pasir Mas, Mohamad Arifin Ibrahim, 59, mengebumikan enam batang pisang sebagai kaedah 'membuang' makhluk halus yang mengganggu pesakitnya.

Pada 19 Jun lalu pula, Berita Harian melaporkan seorang bomoh wanita di Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu menari bogel beramai-ramai ketika mengamalkan sejenis ajaran dan merawat pesakitnya.

Februari 1995, Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Juraimi Husin serta pasangan bomoh Maznah Ismail atau Mona Fandey dan Mohd Affandi Abdul Rahman.

Ketiga-tiga mereka didapati bersalah membunuh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Idros @ Mohamad Mazlan Idris.

Semua kes yang dilaporkan media atau tidak dilaporkan, menggambarkan kepercayaan kepada bomoh, dukun atau pawang masih popular di kalangan penduduk negara ini, sama ada di kalangan rakyat biasa hinggalah kepada orang kenamaan.

Bomoh adalah tabib kampung mengubati orang sakit menggunakan cara tradisional atau cara kampung, iaitu jampi. Dukun pula ialah orang yang mengubati orang sakit atau memberi ubat cara kampung dan tradisional dengan membaca jampi serapah dan sebagainya.

Dukun dianggap orang yang mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu, biasanya dengan menggunakan kuasa ghaib. Dukun juga adalah orang yang pandai mengubati orang sakit menggunakan jampi mantera dan sebagainya.

Orang Islam di negara ini mempunyai kepercayaan dan amalan tradisi yang ada pengaruh daripada fahaman animisme, Hindu dan sebagainya.

Islam tidak membenarkan umatnya menggunakan sihir kerana Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: 揓auhilah tujuh perkara yang merosakkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2007 06:48 PM | Show all posts
dukun temberang ni elok tendang ramai2 ajeeee
Reply

Use magic Report

m_ladyz This user has been deleted
Post time 5-7-2007 05:09 PM | Show all posts

Bomoh Sengal!

aku pernah jadi mangsa sorang bomoh ni...memang mulut manis...siap cakap, ilmu dia ni ada pantang, 1. tak boleh main pompuan 2. tak boleh main judi dan 3. tak boleh lawan guru...kalau tak ilmu dia hilang.
aku tak tau apa yg dah jadik ngan aku..siang mlm terkenang kat dia ( dah kena calit minyak dagu kot ). Bayangkanlah, hari2 sanggup g umah dia. dari tempat keja terus g umah dia..lebih kurang 2 jam perjalanan...ntah apa yg tak kena ngan aku ntah!.
sampai satu hari ni, bomoh keparat tu umpan aku..tak pasal2 tergadai body!.

Kepada pompuan2 yg kat luar tuh..berhati2 lah...majoriti bomoh2 ni penipu!:@

---> bomoh yg aku maksudkan ni duduk kat Sg Buloh ( yg dekat ngan Kuala selangor ) and satu lagi...nama bomoh tu Wak Norman.

[ Last edited by  m_ladyz at 5-7-2007 05:15 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2007 12:03 AM | Show all posts

Reply #146 m_ladyz's post

Bomoh Sengal!

aku pernah jadi mangsa sorang bomoh ni...memang mulut manis...siap cakap, ilmu dia ni ada pantang, 1. tak boleh main pompuan 2. tak boleh main judi dan 3. tak boleh lawan guru...kalau tak ilmu dia hilang.
aku tak tau apa yg dah jadik ngan aku..siang mlm terkenang kat dia ( dah kena calit minyak dagu kot ). Bayangkanlah, hari2 sanggup g umah dia. dari tempat keja terus g umah dia..lebih kurang 2 jam perjalanan...ntah apa yg tak kena ngan aku ntah!.
sampai satu hari ni, bomoh keparat tu umpan aku..tak pasal2 tergadai body!.

Kepada pompuan2 yg kat luar tuh..berhati2 lah...majoriti bomoh2 ni penipu!:@

---> bomoh yg aku maksudkan ni duduk kat Sg Buloh ( yg dekat ngan Kuala selangor ) and satu lagi...nama bomoh tu Wak Norman.


bleh aku tau... kenapa syarat pertama yg dikenakan kpd ko ialah "tak boleh main pompuan" dan bukannya "tak boleh main laki" .....??? atau.. mungkin...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 08:39 AM | Show all posts
hish2..bahaya tul kalo dpt bomoh temberang nih...:@ :@ :@ :@

aku dulu pon selalu kn gangguan makhluk halus n kaki aku bengkak.
mcm bomoh aku jumpa..n mcm2 jg cara rwtn yg drg buat.satu hapah pon tak berkesan.mana dgn asap kemenyan segala.balut kain hitam n paling teruk kaki aku habis naik gatal2 sampai keklinik aku.pastu berubat ngan anak murid ustaz harun din baru baik.

baru2 ni kaki aku yg bengkak dtg lagi.tak bley jln apa semua.x-ray n doc ambik darah apa semua semua ok.jumpa sorang bomoh nih..dia kata kn buatan org.main asap n keris segala.tiada gak.last2 jumpa ustaz sorang ni..alhamdulillah 3 kali jer dtg..terus bengkak surut n tak sakit lagik.cara ustaz nih dia suh bw air jer n urut kaki aku sikit.yg bengkak kat buku lali.
n baca ayat al-quran...kuat plak tu dia baca.mcm org mengaji lam radio plak.duit pon ikut ikhlas kita.kalo org yg kn buatan atau ada gangguan makhluk halus..dia terus bacakan yassin kat org tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2007 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by m_ladyz at 5-7-2007 05:09 PM
aku pernah jadi mangsa sorang bomoh ni...memang mulut manis...siap cakap, ilmu dia ni ada pantang, 1. tak boleh main pompuan 2. tak boleh main judi dan 3. tak boleh lawan guru...kalau tak ilmu dia hilang.
aku tak tau apa yg dah jadik ngan aku..siang mlm terkenang kat dia (dah kena calit minyak dagu kot ). Bayangkanlah, hari2 sanggup g umahdia. dari tempat keja terus g umah dia..lebih kurang 2 jamperjalanan...ntah apa yg tak kena ngan aku ntah!.
sampai satu hari ni, bomoh keparat tu umpan aku..tak pasal2 tergadai body!.

Kepada pompuan2 yg kat luar tuh..berhati2 lah...majoriti bomoh2 ni penipu!:@

---> bomoh yg aku maksudkan ni duduk kat Sg Buloh ( yg dekat ngan Kuala selangor ) and satu lagi...nama bomoh tu Wak Norman.


ladyz sekarang macam mana? masih teringat dengan dia ke dah pulih dah? Dah terkena guna-guna ni payah jugak nak hilangkan pengaruh dia tu....

Kenapa tak report buat kes?  malu nak tampil ke depan ke?  Dia boleh kena 18 tahun - 12 sebatan - jin dia pun tak tahan kena belasah dengan rotan penjara ni.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 11:30 AM | Show all posts
Originally posted by m_ladyz at 5-7-2007 05:09 PM aku pernah jadi mangsa sorang bomoh ni...memang mulut manis...siap cakap, ilmu dia ni ada pantang, 1. tak boleh main pompuan 2. tak boleh main judi dan 3. tak boleh lawan guru...kalau tak ilmu dia hilang.aku tak tau apa yg dah jadik ngan aku..siang mlm terkenang kat dia (dah kena calit minyak dagu kot ). Bayangkanlah, hari2 sanggup g umahdia. dari tempat keja terus g umah dia..lebih kurang 2 jamperjalanan...ntah apa yg tak kena ngan aku ntah!.sampai satu hari ni, bomoh keparat tu umpan aku..tak pasal2 tergadai body!.Kepada pompuan2 yg kat luar tuh..berhati2 lah...majoriti bomoh2 ni penipu!:@---> bomoh yg aku maksudkan ni duduk kat Sg Buloh ( yg dekat ngan Kuala selangor ) and satu lagi...nama bomoh tu Wak Norman.


ladyz sekarang macam mana? masih teringat dengan dia ke dah pulih dah? Dah terkena guna-guna ni payah jugak nak hilangkan pengaruh dia tu....

Kenapa tak buat report buat kes?  malu nak tampil ke depan ke?  Dia boleh kena 18 tahun - 12 sebatan - jin dia pun tak tahan kena belasah dengan rotan penjara ni.

Kalau tidak ramai yang lain jadi mangsa lagi...
Reply

Use magic Report

m_ladyz This user has been deleted
Post time 6-7-2007 11:43 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 6-7-2007 11:30 AM


ladyz sekarang macam mana? masih teringat dengan dia ke dah pulih dah? Dah terkena guna-guna ni payah jugak nak hilangkan pengaruh dia tu....

Kenapa tak buat report buat kes?  malu nak tam ...



sekarang ni kadang2 terkenang jugak..! tapi kena kuatkan semangat. bukannya taknak buat report, tapi bila kenangkan muka mak ayah,tak jadi nak buat. sian kat diorang......Bagi aku, biarlah tuhan yg membalasnya...biarlah dihitung masa kat akhirat nanti...balasan yg Dia bg masa kat mahkamah akhirat lagi setimpal ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 03:21 PM | Show all posts

Reply #136 dreamy_forest's post

memang gatal..........
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2007 05:16 PM | Show all posts
Originally posted by m_ladyz at 6-7-2007 11:43 AM
sekarang ni kadang2 terkenang jugak..! tapi kena kuatkan semangat. bukannya taknak buat report, tapi bila kenangkan muka mak ayah, tak jadi nak buat. sian kat diorang......Bagi aku, biarlah tuhan ygmembalasnya...biarlah dihitung masa kat akhirat nanti...balasan yg Diabg masa kat mahkamah akhirat lagi setimpal ...


Kalau kuat semangat tu ok la kan.  Ilmu guna2 ni selalunya mesti ada guna makhluk halus, kalau tak dikeluarkan sekarang dia kekal sampai akhir hayat, tak pasal2 boleh turun pada jenerasi akan datang jadi SAKA.  Jumpa perawat Islam, yang paling baik sendiri bangun melawan, tak susah kerjanya tapi kena rajin sikit.  Cuba kesan tengok ada tak tanda2 kehadiran mamat tu.  Ada pernah kena pening kepala pusing macam mabuk tak?
Reply

Use magic Report

puterie_balqish This user has been deleted
Post time 7-7-2007 01:37 AM | Show all posts
Assalamualaikum Kupia..
tumpang bertanya yer... saya tak tahu dimana nak merujuk thread yang sesuai... soalan saya begini..
saya ada seorang sahabat yang mempunyai ibu mertua yang mempunyai SAKA ... tapi yang peliknya.. kenapa sahabat saya pula yang terkena gangguan... untuk pengetahuan awak.. kawan saya mengetahui rahsia MIL dia ni hanya selepas beberapa tahun berkahwin dengan suaminya... berbagai dugaan dan cabaran dilaluinya.. tapi dia tabah dan redha..
semenjak akhir akhir ini.. MILnya tingal serumah dengan dia.. semenjak itu semakin kerap gangguan dihadapinya... perangai anak2 dia pon makin menjadi jadi kalau MIL ada dirumah.. tapi kalau MIL dia kerumah anak2nya yang lain.. anak2 dia ok pulak.. saya heran kenapa ...setakat ini .. ini dahulu kemusykilan saya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2007 09:27 AM | Show all posts

Reply #154 puterie_balqish's post

W'salam puterie,
Pertamanya saya bukan perawat dan bukanlah mahir sangat tentang masalah ni, tak semestinya pendapat saya betul dan tepat.  Kita cuma boleh berdiskus dan bertukar pendapat.

Kita kenakan tentukan punca gangguan pada sahabat ni betul ke gangguan makhluk halus, saka atau dari lain2.  Betul ke MIL dia ada SAKA kena sahkan dulu, tidak nanti rosak hubungan keluarga.  Perawat yang arif dapat pastikan punca yang tepat. Memang kerja setan akan melibatkan anak2 dan ahli lain dalam keluarga, dia kena ajak suami daia bincang baik2, tengok suami memihak pada dia atau pada emak dia.

Kalau betul terkena gangguan setan ni tak bolehlah kita duduk tabah terima sahaja, kena usahakan melepaskan keluarga kita dari belenggu kejahatan setan ni. Usaha pertama cari perawat yang arif berhampiran kawasan kita, jangan salah jumpa bomoh dah takut masalah jadi bertambah rumit.  Dah kenalpasti punca baru kita bangun melawan sampai menang InsyaAllah...

Kiita sama2 kena ingat sumpah dan tujuan utama jin dan setan ni untuk menggelincirkan aqidah kita dan dalam masa yang sama dia akan berusaha memporak peranda dan mencerai beraikan ahli keluarga kita.

[ Last edited by  kupia at 7-7-2007 09:38 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 10:48 AM | Show all posts

Tolong...Musykil dengan kata-kata bomoh

Salam...saya nak tanya pendapat pada you all yg arif lagi bijaksana pasal misteri nusantara ni. camni ceritanya, haritu my hb tak berapa sihat macam ada gangguan sbb jumpa doctor dan doctor sendiri tak ada idea apa penyakitnya. ok so tak pa la we all balik kg p berubat. so my hb pun sihat spt biasa lepas bomoh ni ubatkan dia.then masa berubat tu bomoh ni dia sambil tanya saya sihat ke.. saya jawab alhamdulillah sihat. dia cakap balik dia nampak saya macam kurang sihat. dia cakap dia tak nampak muka saya.
saya masa tu dah rasa risau dah sbb saya ni jenis penakut sikit. lepas tu saya pun cakap la suruh tengok apa dah jadi dgn saya. dia tengok2 dia cakap ada benda mcm nak masuk dalam badan saya.. "perempuan dan muka dia cantik tp bersayap". ala mcm cita bawang putih tu (no idea camna sbb saya tak tengok cita tu). dia tanya saya tok nenek dulu ada ilmu apa2 tak? saya jawab tak da sbb saya penah tanya mak saya cakap tak dak.
lagipun selama ni family kami tadak sapa pun penah kena ganguan. dia cakap benda tu nak masuk dlm badan saya dlm satu tempoh tertentu. so la ni dia mcm jaga saya la.. sbb tu saya susah nak kena apa2 gangguan. dia cakap saya ni jenis kuat semangat. peh tu dia bg dkt saya tangkal suruh pakai kat pinggang, untuk jauhkan benda tu. my hb tanya balik dkt bomoh tu mana leh pakai tangkal syirik. then dia cakap dia pun tau tp dia cakap kekadang ada situasi yang kena pakai tangkal.
tak ingatla camna dia bagitau. then dia bagi la ayat2 suruh amalkan.. fatihah, ayat kursi, etc. ok ayat2 tu saya boleh amalkan, tp yg buat saya rasa musykil tu pasai tangkal.. susah nak caya.. tp MIL kata pakai je la..
lagipun depa percaya la bomoh tu dah berubat anak dia yg sakit teruk ok balik.. tulah nak tanya pendapat pada yang sapa2 yang pandai boleh caya ke apa yang dikatakan tu.. sbb kalu ada benda nka masuk mesti dia kacau part by part.. nape pulak ttetiba terus mai kat saya..

[ Last edited by  sepaileman at 11-9-2007 07:41 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2007 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by EchoTin at 11-9-2007 10:48 AM
Salam...saya nak tanya pendapat pada you all yg arif lagi bijaksana pasal misteri nusantara ni. camni ceritanya, haritu my hb tak berapa sihat macam ada gangguan sbb jumpa doctor dan doctor sendi ...

mula mula awak kena laaaa buat perenggan dulu

kalau betul ada benda duk jaga awak, takyah risau laaa
selagi awak tak terasa terganggu, takyah risau
and takyah pakai tangkal tu
bukanya mati kalau tak pakai kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 11:04 AM | Show all posts
macam lain macam aje
pertama tama mana dia tahu tu... dia pun ada pendamping gaknya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 11:11 AM | Show all posts
tang amalan ayat kursi dan ayat suci yang lain tu ok..tapi tang tangkal tu ignore jek..bahaya..silap2 bleh jadi syirik..tak pun paling baik..tanya la org2 yang alim..sekadar pendapat jek..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2007 11:13 AM | Show all posts

Reply #1 EchoTin's post

On my sight, it's better for u to beware of these "bomoh", some may have pure intention to help us but some may not, they will do the contrary and cause many troubles and calamities upon our life.. many people regretted after being fooled and paralyzed by the "bomoh", just, don't believe in 100% what they'd said..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:40 PM GMT+8 , Processed in 0.450502 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list