|
Buletin Manchester United
Louis Van Gaal baran!
Louis Van Gaal menegaskan Rafael perlu dipersalahkan diatas penalti pertama yang diterima oleh Leicester City dan mengkritik para pemain yang dilihat terlalu mencari gol.
Louis Van Gaal menyalahkan Rafael kerana beliau mengatakan pemain tersebut sepatutnya tidak perlu memberi asakan kepada pemain lawan di dalam kotak penalti.
Rafael dilihat membuat asakan tetapi hanya membuat cabaran yang langsung tidak memberikan impak kepada pihak lawan tetapi aksi menjatuhkan badan pemain tuan rumah menyebabkan penalti diberikan.
Ketika ditemubual selepas perlawanan yang menyaksikan Manchester United tewas di tempat lawan dengan jaringan 3 gol berbalas 5.
"Kami mempunyai ramai pemain yang terlalu mahu mencari gol. Leicester City telah membuktikan sesuatu sebelum perlawanan menentang kami apabila menentang Arsenal dan Stoke City dimana mereka membuktikan bahawa mereka mampu kembali daripada ketinggalan."katanya.
"Untuk penalti pertama, ianya sentiasa merujuk kepada pengadil (seperti yang anda maksudkan) tetapi anda tidak sepatutnya berbuat seperti itu sebagai seorang pemain."
"Anda tahu bahawa anda berada didalam kawasalan penalti dan anda membenarkan pengadil untuk meniup wisel jika anda akan membuat asakan. Saya tidak pasti adakah ianya penalti tetapi kami perlu melihat diri kami sendiri kerana kami membuat kesilapan besar sebagai sebuah pasukan."
"Saya tidak boleh mengatakan bahawa saya gembira."
Masalah utama Manchester United adalah proses peralihan di bahagian pertahanan.
Ianya sangat jelas bahawa masalah utama Manchester United kini adalah dibahagian pertahanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
We played some good stuff but we made too many mistakes as a team. We're all really disappointed."
- Wayne Rooney |
|
|
|
|
|
|
|
don't worry captain..keep smile
we are UNITED n alwayss UNITED
|
|
|
|
|
|
|
|
Player Ratings: Leicester City 5-3 Manchester United – Di Maria tops a bad bunch
David de Gea 5 - When a goalkeeper concedes five goals, it’s a bad day. However, De Gea wasn’t particularly at fault or any of the goals.
Rafael 4 - Not to blame for the penalty that turned the game around, it was a shocking decision by Mark Clattenburg. However, overall, part of a United defence which was terrible on the day.
Jonny Evans 5 - Ever since Evans went off, United looked vulnerable. Will be a blow if he is out injured.
Tyler Blackett 4 - For the most part, Blackett was United’s most composed defender but he lost his marbles at the end after being caught behind the ball to give away a penalty and get himself suspended needlessly.
Marcos Rojo 3 – As good as his debut was, this performance was very poor. Consistently United’s weak link on the day.
Daley Blind 5.5 - Average day for Daley. Could have done more to protect his defence and also could have added more to the attack.
Ander Herrera 6 - Two goals in two games from a central midfielder? United haven’t seen that sort of return for years. Positive going forward but not in defence.
Angel di Maria 7 - The Argentine’s goal will be in contention for Goal of the Season and overall, he was always a threat to Leicester’s defence.
Wayne Rooney 5.5 - Hustled, bustled but overall didn’t do enough in the No.10 role to warrant a start ahead of Juan Mata.
Radamel Falcao 6 – Improved performance from the Colombian who is getting better with each game.
Robin van Persie 5 – Scored a goal but that was the high point of his game. Still not involved enough.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Man Utd
6 Games
1 Win
2 Draws
3 Losses
9 scored
12 conceded
Teams faced: Swansea,Sunderland,Burnley QPR,Leicester, MK Dons.
|
|
|
|
|
|
|
|
mirage_46 posted on 22-9-2014 04:06 PM
bangang punyer troll
tp kelakarr gakk baca
walaupun hati sakit...
|
|
|
|
|
|
|
|
bila aku tgk manyu lead 3-1 aku rasa x payah tgk dah. sekali tgk resault mak aih tekojot den. |
|
|
|
|
|
|
|
ULASAN GAME LEICESTER vs MAN UTD by Rjuna.
Satelah berada di langit kerana kemenangan 4-0 keatas QPR maka semalam kita kembali di bawa memijak tanah olih Leicester bila tewas 3-5 di tangan pasukan underdog liga perdana.
Secara umum nya ramai peminat Man Utd kecewa dengan keputusan dan ramai yang berbelah bagi dengan alasan kekalahan.Ada yang mepertikaikan formasi, ada yang menunjukkan tangan kepada pengadil, ada yang mengecam pertahanan dan lain..Tetapi dalam tidak sedar pakatan dan kemesraan sesama peminat Man Utd dan semangat kawan juga hancur terus...
Well..hidup perlu di teruskan.Man Utd bukan nya menarik diri dari liga kerana kalah untuk kali kedua dalam liga.Selepas berehat hari ini maka esok Man Utd akan kembali memulakan latihan untuk fokus game dengan West Ham.Pengurusan akan memikir gandingan baru berikutan kad merah Blackett dan kecederaan Evans.Rasa nya Van Gaal telah pun memberi 'syarahan' panjang kepada pemain selepas game semalam seperti mana laporan seorang wartawan yang terdengar suara Van Gaal yang menjerit kepada pemain dalam bilik persalinan kelab Leicester semalam.
Tetapi itu cerita kelmarin.Masih ada 33 perlawanan yang perlu di lalui dan sedang menunggu di depan.Dan antaranya adalah West Ham pada sabtu ini.Man Utd akan berlatih seperti biasa dengan tumpuan pada pertahanan.Tetapi bagaimana dengan kita ? Lihat watak anda dalam group kelmarin atau semalam...Rasanya hari ini ramai yang telah cool dan bolih memikirkan semula adakah kita terlepas kata semasa kecewa dengan kekalahan ?
HURAIAN:
Melihat barisan nama yang di catat sebelum game jelas semua peminat telah menjangkakan 1 pesta gol akan berlaku.Ini kerana :
1.Man Utd menang besar 4-0 keatas QPR
2.Gandingan Falcao,Van Persie,Rooney dan Di Maria berada dalam 1 pasukan.
Gambaran ini adalah 1 realiti semasa kita mendahului 2-0 dan 3-1 tetapi kita tertipu selepas itu.Tertipu kerana kita percaya pada si penipu yang adalah diri kita sendiri kerana membenarkan diri kita percaya bahawa 1 pesta gol akan berlaku dan juga kerana perlu menutup muka malu pada rakan kelab haters selepas kita ketawakan mereka minggu lalu.Atas sebab tertipu dan sebab malu kena troll maka Man Utd menjadi mangsa kemarahan ramai pihak.Man Utd perlu di tegur kerana kalah..Man Utd perlu di kritik kerana melepaskan kelebihan 2 gol sebanyak 2 kali sehingga kalah tetapi Man Utd dan rakan2 kita dalam kelab tidak perlu di layan seperti sampah hanya kerana kemarahan pada apa yang berlaku..
Cukup lah dengan apa yang berlaku pada musim lepas dengan ujudnya puak Moyes Out vs Moyes In kerana kini nampak seakan ujud nya ura-ura yang sama.
Jika di lihat pada predict game pun maka dapat di agak bagaimana peminat melayan perlawanan sebelum sepak mula berlaku.Angka besar menunjukkan bahawa kita terlalu percaya dengan nama2 besar dan memperkecilkan Leicester.Ini yang saya maksudkan bahawa kita di tipu olih diri sendiri.
Seperti yang saya jelaskan berdasarkan kepada senarai nama maka saya juga antara yang merasakan Man Utd mampu menang besar.Sebenarnya kita semua betul ! Man Utd menjaringkan 3 gol dan percubaan Falcao terkena palang sambil beberapa percubaan lagi di selamatkan anak Peter Schmeicel iaitu Kasper.3 gol yang Man Utd jaringkan adalah angka untuk kemenangan biasa nya kecuali jika lawan mampu membalas dengan lebih tetapi itu yang berlaku semalam dan pasukan itu bukan nya Chelsea, City, Liverpool atau Arsenal tetapi kita untung sedikit di sini kerana mujur bukan mereka ,jika tidak maka 1 Malaysia akan di canang tidak habis2 dengan berita kekalahan ini.
ULASAN GAME:
Ramai mula mempertikaikan sistem 3 pertahanan Man Utd yang di cuba Van Gaal.Sistem 3 pertahanan memang baik kerana ini yang membawa Belanda ke tangga ketiga Piala Dunia dan membelasah juara bertahan Sepanyol di Brazil.Cuma adakah nama2 yang ada di Man Utd sekarang ini sesuai dengan sistem 3 pertahanan ? Adakah kerana kita di landa masaalah kecederaan atau tiada nya pemain berkaliber di bahagian pertahanan tengah yang mencacatkan sistem 3 pertahanan ini.
Saya pasti semasa Man Utd membeli Blind dan Rojo ramai memikirkan yang salah seorang dari mereka akan menjadi tonggak tengah.Dalam artikel saya yang lalu pernah saya tertanya kerana Rojos pemain kiri dan Blind juga pemain tengah yang lebih condong kearah kiri tetapi ada yang mengatakan mereka pemain yang mampu bermain sebagai bek tengah tetapi sehingga semalam posisi ini di ambil olih Evans,Smalling dan kadang2 Blackett.
Smalling dan Evans bukan nya pemain mantap dan konsisten untuk posisi ini manakala Blackkett walau cemerlang dia masih muda dan mudah melakukan kesalahan apa lagi dengan darah muda nya.
Jadi apa yang saya maksudkan adalah Man Utd perlu membeli pemain pertahanan tengah yang baru dan lebih sesuai jika Van Gaal masih berterusan mahu guna taktikal 3 pertahanan mereka.
Dalam ulasan game Man Utd vs QPR ada saya terangkan kelemahan Man Utd walau menang besar iaitu kekosongan besar yang ada di ruang tengah di belakang Blind - Evans/Smalling. Permainan kita berteraskan serangan dan memang saya suka kerana saya berpegang pada falsafah 'Best way to defend is attack'..Tetapi terlalu ramai menumpu pada serangan termasuk Rojo dan Rafael yang membuatkan Man Utd kosong di bawah bila terkena serangan balas kerana tiada cover yang cepat dan Daley Blind bukan defensice midfield seperti Carrick kerana Blind lebih pada pemain tengah yang mengawal dan menukar tempo serangan.Untuk itu kita perlu ada pemain tengah bercoran pertahanan atau mengguna sistem 4-3-3 untuk sementara waktu sehingga Carrick atau Jones bersedia ataupun sehingga tiba nya pemain baru (jika ada).
1.GOL PERTAMA LEICESTER : Kegagalan mengekang lawan olih Rojos dan kegagalan penjaga garisan mengesan bola yang telah terkeluar dari garisan memberikan gol pertama Leicester .Selain kesilapan ini tiada challenge air ball dari Evans dan Rafael tiada juga marking keatas penyerang Leicester yang biasa nya berkeliaran seorang diri.
2.GOL KEDUA:
Ini adalah kesilapan pengadil dan juga Rafael.Kesilapan pengadil kerana gagal mengesan penipuan pemain Leicester yang sengaja merancang supaya dia kelihatan di jatuhkan bila dia membuat body crossing untuk di sentuh dan di jatuhkan olih Rafael.Sebagai pemain lama dan matang walau di kira muda Rafael sepatut nya dapat mengagak muslihat permainan kerana dia membuatkan diri nya kelihatan salah di mata pengadil iaitu terjatuh ketika di asak,membuat foul claim pada pengadil dan bangun meluru kearah lawan yang menjatuhkan nya di mana kelihata seakan dia mahu menyerbu untuk membalas dendam.Dan ini lah salah Rafael.
3.GOL KETIGA.
Suasana kelam kabut, sepakan tidak kena dan rembatan di celah2 pemain olih bekas pemain Inter Cambiasso memberikan gol ketiga.Dalam keadaan begini mana2 penjaga gol sukar mengagak siapa akan tendang dan dari mana arah bola akan datang kerana pandangan nya terlindung atau limit.
4.GOL KEEMPAT:
Rasa nya hukuman kad merah dan penalti kedua adalah terlalu berat.Dalam kes ini bekas pemain Man Utd De Laet yang bermain untuk Leicester sepatut nya di buat padang kerana 3 kesalahan keatas Di Maria dengan sengaja termasuk 1 yang jelas di tepi padang di mana penjaga garisan yang bertugas di garisan pasti ada berdekatan dengan kejadian dan nampak.Malang nya ini tidak berlaku dan tiada foul.Jadi pengadil dan penjaga garisan memang bolih di pertikaikan dengan perlawanan ini.
5.GOL KELIMA:
Mata tergelincir semasa kawal bola dan menjadikan De Gea berada dalam kedudukan 1 sama 1 dengan penyerang Leicester atau dalam situasi bola 50/50 di mana biasa nya penyerang lebih banyak kelebihan dan ini yang berlaku.
Jadi saya tidak nampak mengapa De Gea perlu di tukar hanya kerana 1 game di mana Man Utd tewas 3-5.De Gea bermain beberapa musim bersama Man Utd dan juga dalam pasukan kebangsaan dengan 4 pemain utama di mana ada 2 bek tengah di depan nya.Bayangkan jika anda yang berada di tempat De Gea di mana selepas bertahun ada 4 pemain maka kini anda cuma ada 3 pemain sahaja dan 2 dari mereka pula sering overlapping manakala pertahanan tengah yang bersendirian jarang di bantu dari rakan di tengah..
MASAALAH PENYERANG:
Van Gaal buat pertama kali menggandingkan Falcao dan Van Persie di atas tetapi siapa sebenarnya yang bermain sebagai penyerang utama semalam ? Siapa ? Anda ada fikir ?
Jika di lihat semalam Van Persie lebih banyak turun sedikit kebawah berbanding Falcao dan juga berada lebih banyak di side kanan (kerana Di Maria ada di kiri dan kadang di tengah).Ini membuatkan saya percaya bahawa Falcao di beri peranan sebagai top striker manakala Van Persie sebagai back up nya dan kadang2 mereka bertukar posisi.Van Gaal memutuskan Adnan masuk supaya Van Persie pula di cuba sebagai penyerang utama bila Falcao di keluarkan.
Ruginya Mata yang cemerlang pada perlawanan musim lepas di korbankna untuk formasi awal gandingan Persie/Falcao.
Kita sedang mencuba dan akan terus mencuba taktikal demi taktikal rasanya walau saya lebih suka formasi Diamond seperti mana yang di tunjuk dalam game vs QPR kerana corak permainan yang menarik,pantas ,kemas dan hantaran one/two touch.
Rooney bermain bebas di tengah sebagai free man dan bertungkus lumus di setiap padang.Saya tidak fikir bahagian serangan 1 masaalah kerana sumbangan 3 gol bukan nya sesuatu angka yg sikit.Cuma masaalah kita adalah sama semasa kitta tewas pada Swansea dan semalam itu ujudnya jurang kosong dan besar di belakang Blind hingga ke bek tengah kerana kita tiada pemain tengah dengan corak defensive seperti Roy Keane,Carrick,Viera dan lain2 termasuk sistem 3 pertahanan yang belum mantap dan lemah dengan counter attack...Kita masih belajar dan siapa tahu akan ada pemain pertahanan tengah lain akan masuk kerana sasaran kita adalah untuk layak ke Liga Juara bagi musim ini dan piala2 lain seperti Juara Liga dan FA adalah 1 bonus jika ada dan kita masih ada hampir 40 perlawanan untuk itu (liga + FA Cup)... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak_Syg_Mulut posted on 21-9-2014 11:03 PM
aku dah kata biar shaw main kiri, rojo pi tengah.. blackett masih kurang pengalaman.. van gaal tak n ...
komen dari rjuna..
bacalah
|
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya bola sepak!!!
-Sebab itulah ianya ditendang-tendang, disepak-sepak.Kalau tak kejam mana sanggup orang nak sepak terajang bola tu.Bila dipegang dikenakan hukuman berat.Jadi tabahlah wahai peminat bola sepak semua.Leading 3-1 dengan game penuh meyakinkan bukan jaminan untuk mendapat 3 mata
luahan perasaan fan united..
setuju 200% |
|
|
|
|
|
|
|
ashburn posted on 23-9-2014 09:03 AM
komen dari rjuna..
bacalah
Thanks.. nampaknya media kat sana mula menyalahkan van gaal kenapa tak membelanjakan wang sebanyak itu untuk membeli world class centre back defense.. no komen.
|
|
|
|
|
|
|
|
arsenal kalah 1/2
pool mng 14/13..
syafikahh gerrad :awak main bola ker main takraw?
syafikah gerrad jwb: bola boleh takraw pon bolehh
|
|
|
|
|
|
|
|
NEWS(25/09)
1.Nasib Wayne Rooney sbg pembantu penyerang dan kapten menjadi tandatanya selepas Van Gaal di khabarkan tidak berpuas hati dgn nya.
2.Masaalah pertahanan yg lemah dgn melepaskan 5 gol kpd Leicester bertambah teruk selepas Chris Smaling turut di landa kecederaan.
3.Man Utd di katakan terdesak utk mendapatkan semula bekas pemain Gerard Pique dari Barcelona utk mengatasi masaalah kecederaan dan kelemahan di pertahanan
4.Arturo Vidal yg berada di radar Man Utd di katakan akan di bida dgn harga 35 juta pd Januari nanti.
5.Sasaran Man Utd Ron Vlaar mahu melanjutkan kontraknya dgn Aston Villa.
6.Penjaga gol Sampdoria dan Argentina Sergio Romero menafikan sebarang kaitan perpindahan ke Old Trafford.
7.Van Gaal tidak menolak kemungkinan menggunakan Michael Carrick sbg pertahanan jika mampu cergas awal.
8.FA England menimbang cadangan utk mewajibkan 4 pemain dari England dlm skuad yg turun bermain utk semua kelab di mana salah 1 mesti pemain akademi atau produk tempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
nervous oh nak tunggu game besok.. |
|
|
|
|
|
|
|
mirage_46 posted on 26-9-2014 09:29 PM
yg lain tu belanja dgn guna
duit kertas cina matii ker?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|