|
yah......fan manyu boleh sudah boleh mengaummmmm!
oklah tempat sendiri dgn pemain bintang yg dah dimiliki oleh manyu.
langkah pertama dan berjaya....cuma langkah seterusnya. good luck manyu. |
|
|
|
|
|
|
|
mantaoppp siottt |
|
|
|
|
|
|
|
Manchester United 4-0 QPR:
Angel di Maria scores on his Old Trafford debut as Louis van Gaal's new boys help thrash Rangers
|
|
|
|
|
|
|
|
senyummmmmmmm
cnfm SAF xmengantuk tgkk game
mlm td |
|
|
|
|
|
|
|
Melihat game semalam mengingatkan aku dengan zaman kegemilangan man utd berapa tahun sebelum ini.. gandingan herrera, blind, mata, d maria di bahagian tengah sangat menjadi dan di bantu oleh rojo dan rafael.. sehingga la kemasukan valencia yang nampaknya sedikit memperlahankan corak permainan man utd.. andai falcao bermain dahulu bukan RVP pastinya pemain natural goalscore ni boleh mengegarkan jaring QPR.. rvp seperti hilang ketajaman untuk menjaringkan gol. Blind yang berperanan sebagai DM menggantikan fletcher dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali, jadi fletcher selamat duduk dibangku simpanan hingga hujung musim ya.. hererra babyface pemain yang sangat rajin dan kecil-kecil cili api.. juan mata sedikit tenggelam di situ.. andai blacket digantikan dengan shaw, rojo pula bertindak sebagai centre back mungkin lebih mantap coz blacket masih kekurangan pengalaman.. angel di maria tak nak komen apa AWESOME.. apapun ini hanya permulaan, semoga man utd dapat meneruskan rentak cemerlang ini untuk game yang akan datang.. tak sabar nak tengok man utd vs chelsea.. fabregas, costa VS d maria, falcoa.. sekian sahaja komen ringkas dari saya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ggmu tgk rojo ngan blind control tgh rilek jerk sehingga menyebabkan pemain lawan menjadi blind ngan aksinyer ggmu |
|
|
|
|
|
|
|
media kat sana ramai yang puji daley blind.. walaupun bukan taraf star tapi dia bakal memberikan impak yg baik buat man utd.. kira pembelian berbaloi la.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap dapat teruskan momentum kemenangan |
|
|
|
|
|
|
|
MUNGKIN tidak ada orang yang boleh menyamai rekod Louis Van Gaal sebagai seorang pengurus.
Boleh dikatakan di kesemua kelab yang dia uruskan, dia berhadapan dengan kesukaran dalam tiga perlawanan pertama. Di Bayern Munich, Van Gaal hanya menang dalam perlawanannya yang keempat. Yang menakjubkan di pertengahan musim mereka berada di tangga tengah liga tetapi menjelang hujung musim, mereka muncul juara.
Kini bersama Manchester United, Van Gal mengulangi sejarah yang sama - menang hanya dalam perlawanan yang keempat (menentang QPR) dan dia menang dengan penuh bergaya 4-0. Sama ada United akan muncul juara, itu belum tahu lagi tetapi Van Gaal yakin dia boleh dengan barisan Gaalacticonya ini.
Dalam tiga perlawanan pertama pasukan Van Gaal berhadapan dengan kecederaan dan pemain-pemain bertaraf dunia masih dalam proses pembelian dan mendapat permit kerja.
Tetapi sebaik sahaja Gaalactico Van Gaal dapat diturunkan sepenuhnya, mereka benar-benar menjadi walaupun orang mempersoalkan bagaimanakah dia akan memposisikan pemain-pemain Galactico iaitu Angel Di Maria, Wayne Rooney, Robin Van Persie, Radamel Falcao,Daley Blind dan Marcos Rojo (disebut Ro-ho) dalam satu pasukan.
Namapaknya bagi Van Gaal itu perkara mudah, bukannya satu masalah.
Tetapi pada masa yang sama, sebelum pertemuan dengan QPR pada Ahad berlangsung, Van Gaal dikritik hebat kerana dia dilihat seolah-olah mengenepikan polisi pemain berbakat tempatan apabila menjual Danny Welbeck ke Arsenal dan membenarkan Tom Cleverly meninggalkan kelab itu ke Aston Villa dengan ketibaan pemain-pemain import.
Belum pernah dalam sejarah United, mereka membelanjakan £150 juta sekaligus untuk membawa masuk pemain-pemain ternama dan bertaraf dunia sepertiman United di bawah Louis Van Gaal.
Sir Alex Ferguson pun seperti tidak percaya yang kelabnya itu membenarkan Van Gaal membelanjakan wang yang besar ke atas pemain-pemain ini tetapi masa telah berubah. Zaman Ferguson, dia mempunyai masa untuk membentuk pemain-pemain tempatan berbakat seperti barisan Kelas '92 - David Beckham, Gary dan Phil Neville, Nicky Butt, Ryan Giggs dan Paul Schole menjadi pemain-pemain bintang.
SITUASI BERBEZA
Tetapi situasi Van Gaal berbeza. dia mewarisi kelab bekas juara yang berakhir di tangga ketujuh liga musim sebelumnya.
Peminat tidak biasa melihat kelab mereka seperti ini sejak 20 tahun yang lalu. Mereka menuntut kejayaan semula.
Kejayaan itu hanya dapat dikembalikan dengan segera dengan kemasukan bintang-bintag ternama yang mampu membawa perubahan dalam sekelip mata sepertimana yang dipamerkan dalam perlawanan keempat menentang QPR itu.
Inilah United baru yang boleh membawa mereka ke mercu kegemilangan semula sepertimana masa-masa yang lalu.
Barisan pemain-pemain ini yang kini digelar 'Gaalactico' atau bintang-bintang Van Gaal dan bukannya 'Galactico' adalah terdiri daripada Di Maria yang merupakan pemain terbaik perlawanan akhir Piala Eropah 2013/14, Marcos Rojo, pemain pertahanan terbaik Piala Dunia 2014 dan Daley Blind, pemain terbaik Belanda 2013/14.
Tetapi pada masa yang sama, Van Gaal tetap memberi kepercayaan kepada pemuda tempatan berusia 18 tahun yang bernama Tyler Blackett. Sebelum musim ini bermula, bekas pemain Akademi Bolasepak Manchester United ini tidak dikenali pun.
Dalam tiga perlawanan pertama musim ini Blackett bermain dengan penuh gabra dan kelam-kabut dalam formasi tiga pemain pertahanan.
Tetapi Van Gaal melihat budak ini mempunyai potensi untuk muncul sebagai bintang masa depan sepertimana dia melihat dan memberi peluang kepada David Alaba serta Thomas Muller dan sebelum itu Clarence Seedorf - semuanya ketika mereka berusia 18 tahun.
Blackett mempunyai sosok badan yang besar bagaikan bekas kapten mereka, Nemanja Vidic. Dia juga mempunyai ketinggian yang diperlukan sebagai seorang bek tengah. Oleh itu Van Gaal menaruh kepercayaan penuh ke atasnya. Dia terus dikekalkan sebagai pemain kesebelasan utama United.
Dan pada perlawanan keempat menentang QPR, Blackett bukan sahaja bermain sebaris dengan pemain-pemain veteran dan ternama seperti Rafael Da Silva, Jonny Evans dan Marcos Rojo tetapi dia bermain dengan penuh keyakinan dalam formasi empat pemain pertahanan - berbeza dengan tiga perlawanan pertamanya sebelum ini.
Jelas sekali, pemain remaja ini bermain dengan penuh yakin apabila dia diapit oleh dua orang pemain yang berpengalaman dan lebih matang darinya. Dia memerlukan keyakinan dan teladan yang diberikan oleh pemain senior.
Marcos Rojo, Tyler Blackett, Jonny Evans dan Rafael tahu apa yang harus mereka lakukan. Mereka mempertahankan benteng dengan baik, penuh yakin dan cemerlang. Tiada satu gol pun dilepaskan.Rojo misalnya menawarkan kepastian yang situasi di bahagian pertahanan adalah terkawal dengan kehadirannya.
Mungkin perlawanan ini suatu masa nanti akan dikenang sebagai hari di mana Manchester United dilahirkan semula.
Van Gaal nampaknya telah berjaya mencantumkan Gaal-acticonya dengan pemain-pemain asal Manchester United.
Mereka bermain dengan rentak dan tempo pantas bermula dari Daley Blind yang bertindak pemain tunggal di atas empat pertahanan untuk mengerakkan permainan.
Lebih 75,000 penonton bersorak gembira setiap kali Blind meluncurkan bola ke sayap dan apabila Di Maria mendapat bola sahaja, mereka dapat merasakan sesuatu yang luar biasa akan berlaku.
Dalam tempoh 82 minit Di Maria beraksi di atas padang, dia telah menyentuh bola sebanyak 95 kali - lebih banyak daripada 21 pemain lain.
Bukan itu sahaja, malah dia menjaringkan gol yang menakjubkan dari sepakan percuma dan kemudian membantu untuk melorongkan bola dalam dua lagi gol maka tidak hairanlah dia kemudiannya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Barang diingat Falcao yang dimasukkan apabila perlawanan berbaki 23 minit masih belum menemui ketajaman sepakannya kerana baru sahaja pulih dari kecederaan yang panjang. Cuba bayangkan United dengan Falcao yang cergas. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Autobiografi Rio Ferdinand menarik perhatian seluruh media sukan di Britain.Muka surat yang menjadi perhatian media adalah isi kandung dia hentam Moyes.Antara kandungan dalam buku Rio hentam Moyes;
1. Moyes melarang pemain makan chips pada hari Jumaat sebelum game Sabtu/Ahad
2. Pada awal pagi (match day) Moyes akan panggil player untuk "morning walk"
3. Perubahan besar berkenaan sesi latihan yang menimbulkan rasa tidak ouas hati pemain senior.
4. Rio beranggpan satu kesilapan besar Moyes memecat Mike Phelan yang juga ketua jurulatih
5. Berlaku ketidakadilan (mistreated) di kalangan pemain seperti Chicarito,Kagawa & lain2
6. Rio juga mengkritik Moyes kerana seperti tidak sedar beliau sedang menguruskan kelab terbesar dunia.
7. Sehari sebelum perlawanan menentang Bayern Munich,Moyes sesi latihan di padang terbuka (public) di mana org buli limpas2
8. Moyes mengamalkan sesi latihan 2 touch football diakhir sesi latihan instead of free flowing football yang biasa diamalkan/dilakukan
pemain Man Utd dan juga menimbulkan rasa tidak senang hati antara pemain.
8. Taktik Moyes lebih kepada menghalang pihak lawan daripada memenangi perlawanan.Sebagai Red Devils ini memghakis mentaliti
kemenangan Man Utd
9. Kritikan pedas Rio terhadap Moyes semasa game Man Utd menentang Fulham dimana M.U menghasilkan 81 cross (rekod baru dunia)
Komen Rio " Moyes seperti tidak tahu apa yang beliau lakukan,Bukan Andy Carrol main utk Man Utd.
10. Moyes gemar bermain long ball sama mcm di Everton.
Nampak macam si Rio yang mengetuai revolusi pemecatan Moyes
|
|
|
|
|
|
|
|
ULASAN GAME MAN UTD vs QPR....by Rjuna.
PEMBUKAAN:
Akhir nya Van Gaal menemui kemenangan pertama nya di bumi England bersama Man Utd selepas gagal dalam 3 perlawanan liga dan tewas memalukan di tangan MK Dons dalam saingan Capital One.
Ramai yang menanti perlawanan semalam untuk melihat aksi bintang dan pemain termahal Britain.Dan ramai juga yang mahu melihat Man Utd tewas atau keciciran mata lagi supaya terus dapat ketawa dan membahan tetapi malang nya itu tidak berlaku.
Jika menang di kutuk, jika kalah lagi di kutuk jadi persetankan niat mereka dan teruskan perjalanan kita.Cuma orang2 yang 'tidak ada life' saja yang hanya hidup semata2 untuk membenci dan mencari salah orang kerana selain dari itu mereka tidak tahu apa..
Contoh nya jika kita tubuh group berdasarkan info untuk penyebaran idea dan maklumat ada pula musuh yang tubuh group dengan nama excited untuk melihat kelab lain kalah tanpa sebarang info/fakta dalam group.Ini yang saya maksudkan golongan yang 'tidak ada life' sebenarnya..
Jika para luncai berasa mereka bolih hidup dengan perasaan begitu dan cuma hasad dengki yang dapat memuaskan hati mereka maka biarkan mereka terjun dengan life mereka..Dan jika kita rasa hidup kita ini ada nilai dan something maka tinggalkan luncai2 ini teruskan hidup kerana ada banyak lagi perlawanan menanti di depan.
ULASAN:
Dengan barisan pertahanan seperti Evans, Rafael, Blackett,Rojo yang memulakan aksi di pertahanan saya akui memang rasa sedikit goyah pada permulaan.Pertama kerana Evans yang mudah membuat silap,slow dan sering cuai dalam marking.Kedua kerana Rafael yang tidak di uji sebelum ini dan pertama kali berganding dengan pemain baru yang ada,Ketiga kerana kita belum melihat aksi Rojo dan ini perlawanan pertama nya.
Tetapi Man Utd amat beruntung kerana mempunyai 1 aset lain yang tidak di beli musim ini di mana ramai yang terlepas pandang pada bakat muda Tyler Blackett kerana lebih menumpu pada pemain baru status bintang.Ramai terlupa pemain ini baru berusia 20 tahun,bermain secara konsisten dalam semua perlawanan.Yang penting Blackett adalah Manchunian atau produk Man Utd sendiri.Kemampuan pemain ini berdiri bersama Rojo,Blind,Di Maria,Rooney ,Mata, Herrera.Persie dll memang perlu di puji berdasarkan pada usia dan musim pertama nya.Lebih2 lagi dia bukan nya pemain bintang bergaji 7 angka seperti yang ada.
Di tengah master mind nya adalah Blind yang tidak buta dalam aksi sulung nya,Blind, Rojo mendapat debut pertama semalam dan antara kedua pemain ini Blind ternyata menepati piawaian yang Man Utd perlukan.Jika bersama Belanda di Piala Dunia Blind lebih mengawal area kiri tetapi bersama Man Utd Blind bermain posisi bebas di tengah.Saya suka pemain kaki kiri kerana pengawalan bola, hantaran jarak jauh dan yang paling penting dia mahu membuat percubaan jarak jauh iaitu sesuatu yang lama hilang dan tidak nampak di kalangan pemain Man Utd sejak tiada Paul Scholes.
Saya amat alu2kan formasi diamond yang membentuk di kalangan 4 pemain Man Utd di tengah.Formasi ini adalah menjadi tunjang utama kepada kemenangan Man Utd dan di harap Van Gaal akan meneruskan formasi ini dalam perlawanan yang akan datang.Semalam perlawanan Man Utd adalah menghiburkan dengan bola sentiasa bergerak pantas, pemain bertukar posisi dan ramai pemain yang kelihatan bermain bermati-matian untuk kelab.Corak begini lah kita mahu walau ada sedikit masaalah di bahagian bawah atau pertahanan.Andai formasi ini dan kesemua pemain yang beraksi semalam ada bersama Man Utd sejak liga bermula maka kita juga rasa nya akan berada di atas liga perdana bersama Chelsea dengan maksimum 12 mata dari 4 perlawanan..Tetapi itu cuma KALAU...
Tiada bantahan keatas Angel Di Maria kerana pemilihan nya sebagai Man Of The Match semalam.Di Maria membuktikan dia pemain yang mempunyai kelas yang berbeza dengan larian,gelecek,kawalan bola,kerajinan dan umpanan nya.
Ini perlawanan nya yang kedua dan harap Van Gaal akan memberikan nya peranan bebas seperti semalam di mana dia bermain di kiri,kanan dan tengah.Cuma kemasukan pemain lain yang tersilap di bawa masuk mampu membunuh rentak permainan nya seperti Young atau Adnan.Ini kerana mereka akan bertembung di posisi yang sama dan menyebabkan Maria kaku seperti mana perlawanan dengan Burnley bila Young masuk dan menyebabkan kawasan Maria terusik.
Semalam juga adalah perlawanan yang membuatkan Van Persie terus kemarau gol.Adakah Van Persie mengalami tekanan ? Semalan jelas Van Persie bergelut dan berhempas pulas dalam usaha nya untuk merebut tempat bersama Radamel Falcao.Persie perlu kembali pada ketajaman nya di depan gol jika tidak mahu berada di bangku simpanan.
Falcao turun dalam 25 minit terakhir dan mempunyai 1 peluang depan gol bila dia menyambar bola muntah dari percubaan jarak jauh Daley Blind.Malangnya debut pertama dengan gol sulung di hampakan penjaga gol QPR Green.
QPR tidak di benarkan menguasai permainan dan bahagian tengah kerana kecemerlang Blind, Mata, Herrera, Maria dan Rooney.Tetapi QPR kelihatan bahaya hanya kerana kecuaian pertahanan Man Utd yang membenarkan mereka membuat percubaan.Evans berjaya mengeluarkan bola hampir masuk selepas De Gea tersilap membuat perkiraan dalam usahanya keluar menghalang lawan.
Percubaan Eduardo Vargas sipi selepas mendapat bola dari kesilapan pertahanan Man Utd dan percubaan Niko Kranjar di halang dengan kaki olih De Gea.Walau pun menang besar 4-0 saya melihat kecuaian begini di bahagian pertahanan adalah membimbangkan.Untung nya semalam adalah QPR tetapi bagaimana jika Man Utd bertemu kelab2 lain yang mana penyerang mereka lebih bagus ? tentunya kita di bolosi semalam.
Walau pun kita untung kerana mempunyai rangkaian serangan dan tengah yang bagus tetapi kita mempunyai rangkaian pertahanan yang goyah terutama di bahagian tengah.Formasi Van Gaal membuatkan Rafael dan Rojo berubah menjadi pemain sayap dan bahagian tengah di kendalikan olih Blind,Evans dan Blackett.Counter attack pemain lawan dari bahagian tengah adalah masaalah utama yang Man Utd hadapi dalam beberapa perlawanan sebelum ini dan kita perlukan pemain bagus untuk cover bahagian ini.
Tetapi saya perlu akui saya amat kecewa dengan cara dan sikap Adnan Janujaz.Saya tidak faham mengapa dia menjadi selfish dalam perlawanan semalam dan perlawanan sebelum ini.Dalam 1 serangan dari kanan kawasan QPR ,Adnan yang mengawal bola dan tidak ada sudut untuk merembat sepatut nya memberi kepada Van Persie yang menunggu untuk merembat sebalik nya anak muda ini membuat 1 kesilapan besar dengan mahu mencuba secara sendirian yang menjadi liar dan tersasar.Jika begini sikap Adnan maka dia akan menjadi seorang lagi 'Young' dalam skuad Man Utd yang tidak akan di gemari peminat.
Mari kita anggap saja keputusan 4-0 ini sebagai permulaan era baru dengan pemain baru.Kita ada 4 perlawanan selepas ini sebelum bertemu Chelsea dan Man City secara berturut-turut.
Ini lah bakal pertemuan yang akan kita hadapi nanti..
21 September vs Leicester City - Away
27 September vs West Ham - Home
5 Oktober vs Everton - Home
21 Oktober vs WBA - Away
27 Oktober vs Chelsea - Home
2 November vs Man City - away..
Secara teori nya Man Utd perlu memikirkan 4 perlawanan yang awal dulu.Menang kesemua game ini dan kumpulkan 12 mata maksimum kemudian baru fikirkan mengenai Chelsea dan Man City.Tetapi biar kita bermula dengan Leicester City pada ahad ini.Kita perlu bertatih kerana takut akan tersungkur jika mahu cuba berlari dengan kasut baru.. Last edited by ashburn on 17-9-2014 11:28 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ashburn posted on 17-9-2014 11:26 AM
ULASAN GAME MAN UTD vs QPR....by Rjuna.
PEMBUKAAN:
satu ulasan yang saya tunggu2.. terbaik!! tepat sekali sejak ketiadaan vidic dan fredinand kelemahan jelas terpancar di bahagian centre back..
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya benang nie berseri2 semula.....ini baru permulaan.
masih ada man city,chelsea,arsenal,liverpool dan tottenham sebagai turning point kepada manyu. kerana misi tahun ini adalah mesti menang dimana pengurusan manyu membuka pintu untuk pembelian pemain dr luar. sesuatu yg agak berlainan semasa era atok fergy.
manyu 2014/2015 sesuatu yg menarik untuk ditonton.
|
|
|
|
|
|
|
|
David Beckham kini di Singapura
Stomp Straits Times
Everyone swoons after seeing David Beckham at Changi Airport -- who's here for something other than F1
|
|
|
|
|
|
|
|
besttnyerrrrrr..
Malaysia xmo datang ker
beckham oiiii |
|
|
|
|
|
|
| |
|