Henry mengaku guna tangan untuk melayakkan Perancis
SAINT-DENIS, Perancis: Penyerang Perancis Thierry Henry mengaku sengaja memegang bola untuk gol penyamaan William Gallas yang melayakkan Perancis ke Piala Dunia 2010 dan mengenepikan Ireland selepas perlawanan sengit yang berkesudahan 1-1.
Dengan Ireland mendahului 1-0 dan agregat kembali sama pada masa tambahan pertama, Perancis memperoleh sepakan percuma dan Henry dua kali menyentuh bola - menahannya daripada keluar dan mengawalnya - sebelum mengumpan kepada Gallas untuk menanduk masuk.
Selepas perlawanan, penyerang Barcelona itu berkata pengadil dari Sweden, Martin Hansson, patut dipersalahkan kerana gagal mengesan kesalahan itu.
"Saya akan berlaku jujur, bola memang terkena tangan. Tetapi saya bukan pengadil. Saya meneruskan permainan dan pengadil benarkan. Itu soalan yang anda patut ajukan kepadanya," kata Henry.
Kapten Ireland, Robbie Keane begitu marah dengan perlakuan Henry berkata penjaga gol Shay Given melihat jelas insiden itu.
"Kami tahu...bila melihat reaksi Shay yang berada hanya dua ela dari situ...," katanya. - AP
cilako team penipu camni menyemak je masuk world cup..ref salah kunun..aku ingat lg de rossi slumbe je g bitau ref suruh batalkan gol die pasal die tersengaja terkena bola kt tangan masa nk score gol..
harap2 algeria satu group dgn france..ulangan senegal akan berlaku..kali ni aku harap itu henry bakal tempang kene tackle..
cilako team penipu camni menyemak je masuk world cup..ref salah kunun..aku ingat lg de rossi slumbe je g bitau ref suruh batalkan gol die pasal die tersengaja terkena bola kt tangan masa nk score gol. ...
Luca_Pitok Post at 19-11-2009 16:57
isshhh ko nih... tim ni memang layak masuk wcup finals laa... malu aa presidin uefa nanti
lagi pon bukan ke koc dia kata tim yg paling jahat, cheaters, rasuah, beli ref ialah italy...