CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 11-6-2015 11:27 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 12-6-2015 11:51 AM

Bab 61

Rayyan leka memerhati dari jauh. Sejak pulang dari bercuti bersama keluarga, sukar untuk Rayyan mendekati Jie. Sepanjang masa Jie akan bertemankan Zack atau Mama. Kadang Viana dan Maznah juga ada bersama. Tak ketinggalan Zulkarnain dan Dato' Hanafi.

Kurang seminggu lagi Jie dan Zack bakal berangkat ke Maldives, Rayyan cuba mencari peluang untuk bertemu Jie dan berbicara berdua tanpa kehadiran Zack. Ada perkara penting ingin dibincang.

Mujur, Safihah dan Rayna juga berada di Villa Safiah. Permintaan Mama yang ingin menjaga Safihah. Sekurang kurangnya ada alasan untuk Rayyan ke sini.

"Abang.."Safihah mengurut mesra bahu Rayyan. "Abang nak minum? Fiha buatkan.." Meski sedar mata Rayyan mencuri pandang ke arah Jie yang sedang bergurau senda dengan si kembar namun Safihah redha. Asal Rayyan tetap suami dan tidak menceraikannya. Syukur perkahwinan mereka masih kekal.

"Boleh juga.." Rayyan menyentuh lembut jari jemari Safihah. Senyum.

Walau hanya cintakan Safihah separuh hati tetapi Rayyan tak nafikan diri dijaga rapi oleh Safihah. Tolak tepi khilaf yang dilakukan Safihah. Kenyataannya Safihah memang seorang isteri dan ibu yang baik. Titik.






"Stay away from my Mommy !!"

Daryl berteriak melihat Rayna sedang berlari nyaris melanggar Jie. Takut Mommy tercedera.

Pesanan Daddy kekal diingatan. Menjaga Mommy dengan sebaiknya. Danny dan Daryl ditugaskan untuk memantau Jie. Anak kecil itu cuba menjalankan amanah yang diberi dengan sempurna. Tak padan dengan usia yang masih mentah.

"Sorry Mama Cu." Rayna pantas meminta maaf. Leka bermain dengan Danish menyebabkan diri lalai.

"It's okay Cutey.." Jie senyum sambil mengusap rambut Rayna. Wajah Rayna ditenung. Mirip Rayyan. Berambut lurus dan berkulit cerah.

"Mommy.." Danny menarik tangan Jie supaya duduk disisi. Risau Jie kepenatan berdiri.

"Just inform us in case you need anything.. Daryl and I will take a good care of you.." Pipi Jie dicium. Tanda kasih seorang anak kepada ibu.

"We love you Mommy... Always.." Daryl menyampuk. Memeluk erat Jie.

"I love you too.. Both of you !" Jie terharu dengan kasih sayang yang ditunjukkan si kembar.

Walau masih kecil, Danny dan Daryl tampak beriya 'menjaga' Jie. Faham keadaan Jie yang sedang berbadan dua. Teruja juga untuk menanti kelahiran 'adik baru' mereka.

Danny menyentuh perut Jie. "Daddy said Mommy having baby inside her tummy. Our sibling." Tak sabar untuk melihat adik mereka 'keluar' dari perut Mommy.

"Really?!" Daryl pula teruja. Mata bersinar.

" Hi baby in Mommy's tummy, I am your brother. Hope to see you soon.." Spontan Daryl berkata begitu.

"And this is Danny. Your eldest brother. Welcome to the family !" Danny juga ingin berinteraksi dengan bayi dalam kandungan Jie.

"No !" Daryl segera membantah. "We are at same age ! So you are not the eldest !" Mempertikaikan tindakan Danny menganggap dirinya sebagai abang sulung.

"But I still elder 15 minutes from you ! Mommy has given birth to me first.. Ask Mommy if you don' t trust me.." Danny senyum, menang.

Daryl menarik muka tak puas hati. Cemberut. Merajuk dengan Danny.

Jie senyum melihat telatah si kembar. Ralit mengunyah roti coklat.

Sememangnya mengandung kali ini Jie gemarkan roti coklat. Hidup tak berseri jika tidak menjamah roti kesukaannya. Stok roti coklat berjenama Sweetie sudah disediakan Zack. Tahu Jie akan selalu mengidam tak kira masa.

"Tengok Najiha makan roti coklat banyak banyak ini Mama risau pulak.." Tengku Safiah muncul sambil menatang dulang berisi dua cawan susu. Untuk Jie dan Safihah. Menambahkan kalsium ibu mengandung.  

"Kenapa Mama?" Jie tidak dapat memahami maksud kata kata Tengku Safiah.

"Yela dulu masa mengandungkan Danish, Zeeta suka sangat makan coklat. Najiha tengoklah Danish.. Makin besar makin coklat pula kulitnya Mama tengok.. Sebab Zeeta banyak makan coklat lah tu.. Kenan .." Tengku Safiah gelak sendiri. Kelakar.

Kalau mahu diikutkan Zeeta berkulit putih begitu juga dengan Zack. Tapi anak mereka Danish tidak mewarisi kulit Mama dan Daddynya.

Apapun ,Tengku Safiah sayangkan Danish seperti mana cucu cucu yang lain. Walaupun kulit Danish tidak secerah Rayna, Khalisha atau si kembar. Cuma suaminya dilihat lebih memanjakan si kembar.

Jie sedang sedap mengunyah tersedak mendengar kata kata Tengku Safiah. Memang fizikal Danish makin lama menyerupai Papa kandungnya. Zulkarnain berkulit sawo matang. Tiada siapa perlu tahu hakikat sebenar tentang Danish.

"La, kesian menantu Mama ini.." Tengku Safiah mengurut lembut bahu Jie.

" Najiha minumlah ini.. " Cawan berisi susu dihulurkan kepada Jie.

Jie menyambut lalu menyua ke bibir. Bau susu menerpa ke hidung. Muak.

Tak semena tekak Jie mual. Cawan diletak semula atas meja. Segera berlalu ke tandas untuk memuntahkan isi perut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-6-2015 11:49 PM | Show all posts
Mata Jie berair. Tekak masih loya. Habis semua roti yang dimakan tadi dimuntahkan semula. Duduk sebentar ditepi kolam untuk mengambil udara segar. Bersendirian. Zack masih belum pulang dari kerja. Manakala Tengku Safiah sedang menemani Safihah. Si kembar leka bermain dengan Rayna dan Danish.

"Sayang..."

Lancar saja lidah Rayyan menyebut panggilan mesra antara mereka dulu.

"Ray..." Jie tersentak dengan kehadiran Rayyan. Tak selesa. Bimbang wujud salah sangka.

"We need to talk, sayang !" Memang Rayyan menunggu kesempatan ini.

"Please Ray ! Stop calling me sayang.. I isteri Zack.. Adik you sendiri !" Hampir sesak nafas Jie dengan tingkah Rayyan. Kalau saja Safihah ternampak mereka berdua disini...

"Kalau talak yang I jatuhkan pada you dulu sah..." Rayyan sengaja berkata begitu. Ingin memancing perhatian Jie.

"Apa maksud you, Ray?" Jie keliru. Sudahlah dengan loya yang dialami. Kini Rayyan pula menambah pening kepala Jie.

"Pernah tak you terfikir pernikahan you dengan Zack akan terbatal kalau talak yang I jatuhkan dulu tak sah ? Status si kembar dan anak yang you kandung?"  Rayyan suka melihat Jie tidak keruan. Kemenangan seolah berpihak pada diri dengan reaksi yang ditunjuk Jie.

"I nak bincang something dengan you.. In private.. Tapi bukan dekat sini..Kita jumpa tempat lain. You set tempat dan masa." Niat hati untuk mengajak Jie bertemu diluar saja. Lebih senang untuk berbicara. Wajah cantik Jie ditenung. Sabar menanti jawapan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2015 06:52 AM | Show all posts
tolonglaa matikan watak Rayyan ni ... menyampah tol...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2015 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 15-6-2015 12:51 AM

Zack tak sabar untuk menemui isterinya. Ada khabar gembira yang ingin disampaikan. Melilau mencari bayang Jie ditaman. Tiada. Melangkah pula ke kolam renang. Masih lagi gagal ditemui. Ke mana saja Jie dan si kembar pergi?

Zeeta yang juga berada di Villa Safiah mendekati Zack.

"Hi Zafrey !" Zeeta cuba menegur mesra. Mengharap untuk memulihkan hubungan dingin mereka.

Zack hanya merenung sekilas. Masih terselit perasaan menyampah pada Zeeta dan Safihah juga. Kalau tidak memikirkan Rayyan dan Zulkarnain, mungkin saja Zack akan memutuskan pertalian antara mereka buat selamanya. Hingga kini Zack sukar percaya wanita selembut Zeeta dan Safihah tega bersengkongkol untuk menghapuskan isterinya.

Kehadiran Zeeta tidak diendahkan. Telefon bimbit dicapai. Cuba menghubungi Jie.

"Baby... You dekat mana?" Zack terus berlalu meninggalkan Zeeta sebaik saja talian bersambung. Kedengaran suara Jie menjawab ditalian.

Zeeta hanya merenung sayu langkah Zack. Ternyata Zack memang takkan sudi memaafkannya seumur hidup.






Jie merenung jauh. Membiarkan saja Daryl dan Danny bermain buaian bersama Tan Sri Isa. Melepak duduk di bangku taman permainan. Sedikit sebanyak kata kata Rayyan membuat fikiran berkecamuk.

Kalaulah betul seperti yang dikata Rayyan, Jie tak tahu nasib perkahwinan antara dirinya dan Zack. Apa akan jadi dengan si kembar dan bayi dalam kandungannya? Buntu otak memikir.

Jie tak pasti sama ada Rayyan memutar belit fakta sesuka hati atau mempergunakan hukum agama untuk kepentingan diri.

Mengenali Rayyan, Jie tahu Rayyan adalah seorang yang takkan mudah putus asa jika mahukan sesuatu. Sama seperti ketika Rayyan sanggup berkomplot dengan Zarith Sofea untuk memastikan Ku Iz menceraikannya.

Jie gusar jika Rayyan bertindak mengemukakan permohonan di mahkamah untuk membuktikan talak yang dilafazkan lima tahun dulu tidak sah. Pasti status perkahwinan Jie dan Zack akan menjadi pertikaian. Mungkin Jie dan Zack terpaksa hidup berasingan sehingga keputusan mahkamah termeterai. Sedangkan Jie sangat yakin Rayyan masih lagi waras ketika itu. Bukan gila atau hilang akal. Ada kemungkinan ini helah Rayyan untuk memisahkan Jie dan Zack.  

Entahlah... Jie mengeluh diluar sedarnya. Mungkin esok Jie terpaksa bertemu dengan Rayyan. Rayyan mengugut supaya Jie menurut kemahuannya. Nampaknya Jie terpaksa mengalah.

"Baby !"

Kehadiran Zack mematikan lamunan Jie. Segera senyum diukir untuk menjaga hati lelaki yang dicintainya.

"Awalnya you balik.. Projek you dah siap ke?" Jie menyoal Zack yang tampak ceria.

"Dah Baby." Zack senyum lebar sambil mendekati Jie. "I ada good news untuk kita."

"Apa dia?" Jie teruja untuk tahu.

"Start next month I boleh buat kerja dari rumah. Hanya attend meeting atau presentatation penting saja.. So I boleh fokus jaga you dengan anak anak kita.." Zack menyentuh perut isterinya.

Perasaan Jie bercampur baur. Antara gembira dan terharu. Teringatkan kata kata Rayyan, gundah bertamu. Spontan wajah mendung.

"Baby..you macam tak suka saja.." Melihatkan Jie yang hanya mendiamkan diri membuat Zack kecewa. Niat untuk menghabiskan masa bersama sepanjang Jie mengandungkan zuriat mereka bagai tidak dihargai.

Jie tersentak mendengar. Faham Zack mungkin hampa dengan reaksi yang ditunjukkan.

"Bie.." Entah kenapa Jie sebak. "Abang you..." Bimbang abang dan adik bertelagah lagi. Jie tak dapat meneruskan kata katanya. Mata berkaca. Masih terngiang butir bicara Rayyan tadi.

"Kenapa ini, Baby?" Zack resah melihat air mata yang bergenang dipipi Jie.

"Abang I sakitkan hati you ke? Ray ke Karl? You bagitahu I." Hati makin kepingin untuk tahu.

Pada pandangan Zack pasti Rayyan punca Jie berkelakuan pelik sebegini. Tak mungkin Khalid.

Jie mengeluh. Terlepas kata. "Bukan abang you tu.." Segera berdalih."Maksud I si abang.. I terharu tengok kasih sayang Danish dan si kembar.." Mujur saja otak ligat memikir alasan yang dirasakan logik.

"Entahlah Bie.. Tiba tiba I emosi.." Jie ketawa kemudiannya.

"Perubahan hormon kot !" Menyembunyikan lara yang terpendam. Pantas saja hormon dipersalahkan. Kepala disandar ke bahu Zack yang duduk disebelah.

Zack menarik nafas lega mendengar pengakuan Jie. Mengesat lembut air mata yang mengalir dipipi Jie.

"I rasa kali ini kita bakal dapat baby girl kot, Baby. Sebab you sensitif sangat." Zack sempat berangan. Berharap jika benar mereka bakal menimang anak perempuan biarlah zuriat mereka mewarisi kecantikan ibunya.

"I nak anak kita mirip you.." Zack merenung wajah Jie.

"Mata cantik macam you.. Rambut perang.." Pandangan mereka bertaut seketika. Zack terpaku. Mungkin ramai lagi wanita lebih cantik memukau dari isterinya diluar sana namun dihati Zack hanya Jielah satu satunya bidadari.

Jie hanya menggeleng. "I nak anak kita ikut muka you !"

Sememangnya Jie lebih suka jika zuriat mereka kali ini juga mirip Zack. Danny dan Daryl memang persis Zack. Baik dari segi rupa paras dan perangai. Cuma mungkin si kembar agak degil mengikut Jie.

"Tapi I tak naklah anak kita jadi kaki game macam you.." Jie menambah lagi. "Macam si kembar itu.. Asyik gajet 24 jam.."  Jari dituding ke arah Danny dan Daryl yang sedang bermain buaian namun tangan masih menggenggam PS Vita seorang satu.

Zack sengih. Mencuit hidung isterinya. "You kenakan I ye Baby.. Well oklah tu I kaki game.. You untung tau sebab I bukan playboy !" Sempat menyakat Jie.

"You seorang saja dalam hati I dulu kini dan selamanya.. I love you  Baby !" Jari jemari isterinya dikucup. Tanda cinta yang tak berbelah bahagi.

"I love you too Bie.. Forever !" Jie memeluk mesra tubuh suaminya. Yakin cinta dalam hati kekal buat Zack.

"Thanks Baby !" Hanya itu yang terluah di bibir Zack. Berdoa agar kebahagiaan milik mereka selamanya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2015 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 14-6-2015 01:48 AM

Rayyan tenang menanti dari tadi. Sengaja datang awal. Tak sabar untuk bersua muka dengan Jie. Jie sendiri yang meminta Rayyan ke mari. Suasana restoran agak sunyi. Senang untuk mereka berbicara berdua.

"Sorry Ray.. I lambat !" Jie terus mengambil tempat duduk berhadapan Rayyan.

"It's ok.. Janji you datang.." Rayyan merenung Jie yang tampak makin berseri sejak berbadan dua. Mungkin pembawakan budak.

"Apa buat you fikir perceraian kita tak sah, Ray?" Jie terus ke topik utama yang membawa kepada pertemuan mereka. Sudahlah terpaksa menipu Zack. Perasaan bersalah menerpa. Andai saja Zack tahu Jie keluar bertemu Rayyan. Bukan membeli belah bersama Viana seperti yang diberitahu.

"You ini.. At least temankanlah I lunch sekejap.." Rayyan tahu bukan senang untuk berdua dengan Jie seperti sekarang. Peluang yang jarang didapati.

"You orderlah. I dah makan tadi." Jie terpaksa mengalah. Nampaknya Rayyan seperti sengaja melengahkan masa.

"Please sayang.. I dah lama tak makan berdua dengan you.." Rayyan tak segan memujuk. Jari jemari Jie disentuh. Alang alang mereka sudah bertemu disini. Biarlah masa ini dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Jie tidak menduga tindakan Rayyan."Ray, apa ni?" Jie meleraikan pegangan tangan Rayyan.  

"You still isteri I sayang !" Rayyan tidak peduli lagi. Biarlah dirinya dianggap gila talak.

"I baru dapat tahu dari Ustaz yang rawat I masa I disihir dulu.. I ceraikan you tanpa sedar.. Bukan atas kehendak I ! Bermakna talak yang I jatuhkan pada you tak sah.. Indirectly you masih isteri I !" Mungkin tindakan Rayyan agak drastik. Mempergunakan fakta yang baru didengari untuk mendapatkan Jie semula.

"Ray.."Jie kehilangan kata kata. "You sedar tak apa you cakap ini?" Air mata terbit lalu laju menuruni pipi.

"Sebab itulah I nak berbincang dengan you.. Sebelum I bawa isu ini ke mahkamah.." Andai kata Jie menolak cadangannya Rayyan tiada pilihan lain.

"" I mengandung Ray ! Anak buah you sendiri ! You pernah tak terfikir masa depan anak anak I ?!" Nada suara berbaur sebak. Jie tak tahu kegilaan apa yang merasuk Rayyan sehingga tekad bertindak sebegini.

"You sepatutnya sedar I dibawah pengaruh sihir masa itu, sayang ! You sendiri tahu bertapa I cintakan you ! Takkan I sanggup ceraikan you !" Rayyan kesal. Jie langsung tidak berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan mereka dulu.

"You sebagai isteri I, tapi apa you buat?! You langsung tak pedulikan I ! " Biarpun masa berlalu pantas. Sehingga kini Rayyan sukar menerima kenyataan Jie terus menyingkirkan diri dari hidupnya sebaik saja diceraikan. Malah sanggup berpura mati dan mengahwini Zack !

"Please stop it, Ray !" Jie malas mendengar Rayyan mengungkit kisah mereka dulu.

" I tak mampu nak buat apa apa waktu itu.. Azim buru I ! You pun bersubahat dengan Juwita untuk kenakan I.. I baru keguguran anak kita masa you ceraikan I, Ray... " Seboleh mungkin Jie ingin melupakan terus kenangan pahit dulu.

Rayyan terdiam seketika sebelum beralih duduk disebelah Jie. "I tak sedar I lakukan semua itu pada you !" Sungguh Rayyan terpukau dengan Juwita sehingga mengikut sahaja telunjuk Juwita.

"You mungkin disihir Juwita ! Tapi you masih boleh berfikir dengan jelas !  Ini semua pilihan you ! Karl saksi waktu you lafazkan talak pada I !" Jie tahu Rayyan masih waras sewaktu menceraikannya.

"Please sayang.. I cuma nak berbincang dengan you secara baik.. Kalau you yakin I waras waktu I ceraikan you then I tak ada pilihan lain.. I terpaksa bawa kes kita ke mahkamah.. Biar mahkamah yang putuskan semua !" Sukar untuk mencari penyelesaian lain. Rayyan pasti ini saja jalan terbaik membuktikan kebenaran.

"Tak ada yang perlu dibincangkan atau dibuktikan, Ray !" Jie pantas membantah. " Kita bukan lagi suami isteri ! Itu adalah kebenarannya !" Bengang dengan sikap Rayyan yang masih tidak berputus asa menegak benang yang basah.

"Terpulang pada you sayang !" Rayyan tahu Jie memang degil dan susah untuk ditundukkan.

"Kalau you fikir masa depan anak anak you, I nak you minta Zack ceraikan you ! Sekurang kurangnya status anak you takkan dipertikaikan."  Rayyan ingin menduga Jie.

"I takut kalau I bawa kes kita ke mahkamah dan mahkamah putuskan perceraian kita tak sah, secara tak langsung anak anak you dan Zack...." Bicara dibiarkan tergantung. Inginkan Jie membuat spekulasi sendiri.

"You kejam, Ray !" Jie tidak menduga Rayyan tergamak memberi cadangan begitu. Kesal bertandang kerana masa terbazir sia sia bertemu Rayyan.

"Jadi, inilah tujuan utama you?! Suruh I minta cerai dari Zack?!" Bukan susah untuk meneka segala yang bermain difikiran Rayyan. Jie yakin Rayyan hanya menggunakan alasan talak yang dijatuhkan tidak sah untuk mencapai matlamatnya. Jie bukan bodoh !

"I cuma nakkan you balik. I masih cintakan you." Rayyan berterus terang akhirnya. Memang itu yang bermain difikiran Rayyan apabila mendapat tahu kemungkinan perceraian mereka dulu boleh dipertikaikan.

"To go back to you is the last thing I've ever do.." Jie mahu Rayyan menerima hakikat jodoh mereka sudah lama berakhir.

"Thanks for wasting my time !" Terus saja langkah diatur meninggalkan Rayyan bersendirian.

"Sayang please... " Rayyan menarik tangan Jie. Menghalang dari pergi. Masih banyak kekusutan antara mereka yang belum terurai.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2015 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 15-6-2015 12:58 AM

Jie hanya menurut permintaan Rayyan. Segala yang terjadi dalam hidupnya selepas perceraian mereka terluah. Biarlah Rayyan jelas dengan semua yang berlaku dan tidak lagi mengungkit kisah silam mereka.

"I tak faham.." Rayyan buntu. "Kenapa you tak bagitahu I you masih hidup? You tau tak, I kahwin dengan Safihah sebab I ingat you dah mati.. " Kalaulah masa boleh diputar.

"Then you kahwini Zack.. Sampai hati you.." Rayyan kesal dengan tindakan Jie.

"Dah tertulis jodoh I dengan Zack, Ray.. You pun dah bahagia dengan Safihah.. Please ! I tahu you cintakan Safihah.. Jangan pertikaikan kisah yang dah lepas.. Lupakan I dan kenangan kita dulu.." Jie tak mahu Rayyan tersilap percaturan.

Mungkin Safihah pernah ada kisah silam namun Jie yakin Safihah tulus cintakan Rayyan. Rayyan beruntung kerana memiliki isteri secantik dan setabah Safihah.

"Entahlah sayang ! I cuma tahu I cintakan you.." Rayyan meraup wajah. Bayangan Safihah menerpa. Keliru.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-6-2015 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 13-6-2015 08:36 PM

"I tak sangka I jadi penonton lakonan abang dan isteri I sendiri.."

Satu suara sinis menegur. Jie kaget melihat kemunculan Zack disini.

"Bie.. I boleh explain.." Jie terus saja bangun mendapatkan Zack. Bimbang wujud salah sangka.

"You tipu I, Baby !" Zack terkilan dengan tindakan Jie.

Mujur, Khalid memberitahu kepada Zack tentang perihal Rayyan yang masih mempertikaikan perceraian dengan Jie dulu.

Berterima kasih pada Viana juga yang sudi berterus terang tentang pertemuan Jie dan Rayyan disini. Kakak iparnya takut Jie tunduk pada kehendak Rayyan.

"And you Ray.. I tahu apa yang you plan ! Please lupakan saja.. Terimalah hakikat Najiha bukan lagi isteri you.. You dah ada Safihah ! Jangan kejar apa yang bukan hak you !" Zack tak faham kenapa Rayyan mengungkit lagi kisah dulu. Itupun setelah 5 tahun berlalu !

Rayyan terkesima mendengar kata kata Zack. Sudah menduga pasti Khalid yang memberitahu semua kepada adik bongsunya. Memang Rayyan merancang untuk bersemuka dengan Zack setelah selesai berbincang dengan Jie.

"I tak kejar apa yang bukan hak I ! I ada sebab munasabah untuk setiap tindakan I !" Rayyan tak mahu kalah. Baginya Zack yang mengambil kesempatan merampas Jie darinya dulu.

"And one more thing, you pun 'tergilakan' Jie masa dia masih isteri I ! Jangan ingat I tak tahu !" Senyuman sinis bermain dibibir Rayyan.  

"So, what you give you get back, Zack !" Puas hati melihat Zack yang kegelisahan.

Biar Zack pula rasa kesakitan yang Rayyan tanggung apabila mengetahui adik sendiri sanggup merampas isterinya.

"Fikir baik baik Zack.. You ceraikan Jie secara sukarela atau I jumpa you dan Jie di mahkamah !" Usai berkata begitu Rayyan terus pergi meninggalkan Jie dan Zack.


Jie hanya mampu menitiskan air mata. Marah dan terkilan dengan tindakan pentingkan diri Rayyan.

Zack pula terduduk. Tahu Rayyan nekad untuk merealisasikan kata katanya sebentar tadi. Bimbang nasib rumahtangga mereka. Belum sanggup melepaskan Jie berlalu dari hidupnya.

"Baby !" Berpaling ke arah isterinya.

Zack mendekati Jie yang masih tersedu menangis. Hatinya jua walang dengan tingkah Rayyan. Jari jemari mengusap lembut wajah sang isteri.

"I tak bermaksud nak tipu you, Bie !" Jie bersuara sebak.

"Bila Ray persoalkan pasal perceraian kami dulu.. I macam blur.. I tak tahu nak buat apa.." Mengharap Zack mengerti keadaan sebenar.

"I tahu.." Zack memeluk erat tubuh Jie. " Vee dengan Karl dah ceritakan semua pada I !" Mencuba mententeramkan isterinya.

"I cuma terkilan sebab you sanggup rahsiakan hal sebesar ini daripada I ! I suami you.. I berhak untuk tahu.. I tak nak you ketepikan I lagi.. Janji dengan I please.." Kelegaan bercambah dihati Zack melihat Jie angguk, tanda akur.

"I takut.. Macam mana kalau Ray.." Bicara terhenti. Jie bingung.

"Jangan risau, Baby ! You tetap isteri I.. I cintakan you dan I takkan lepaskan  you ! Kalau terpaksa I sanggup fight dekat mahkamah.." Zack tekad.

Meski Rayyan adalah abang kandungnya namun Zack enggan membiarkan rumahtangga bahagia yang dibina selama ini musnah dalam sekelip mata.

Biarpun persoalan yang ditimbulkan Rayyan agak rumit namun Zack yakin pasti ada jalan penyelesaian terbaik.

Seandainya Rayyan berkeras membawa isu ini ke mahkamah, Zack redha. Jie adalah isterinya dan Rayyan tak ada hak ke atas Jie lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2015 05:06 PM | Show all posts


oh please matikan watak samdol Rayyan ni.. rasa nak pijak dia dgn selipar jamban
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2015 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 22-6-2015 09:59 AM

Bukan mahu masuk campur akan tetapi Khalid merasakan perlu untuk menghentikan kegilaan Rayyan. Kali ini Khalid lebih memihak kepada Zack. Tergamak Rayyan memberi kata dua kepada Zack. Menceraikan Jie atau berdepan dengannya dimahkamah.

Simpati terhadap Jie yang kini sedang berbadan dua. Syukur bayi dalam kandungan Jie tidak terkesan dengan tekanan yang dihadapi Mommynya.

Khalid musykil niat sebenar disebalik tindak tanduk Rayyan. Masih tidak cukupkah Safihah sebagai isteri sehingga Rayyan sanggup merebut Jie dari Zack? Pening kepala memikir kerenah Rayyan.

Kasihan juga pada Safihah yang tetap cintakan Rayyan. Serasa kesetiaan dan ketaatan Safihah tidak berbaloi tercurah untuk lelaki yang buta menilai seperti abangnya.

"Ray.. Kenapa you sanggup buat Zack macam itu?" Pada Khalid, tindakan Rayyan agak keterlaluan.

"Maksud you?" Rayyan endah tak endah. Masih tekun meneliti laporan syarikat.

"Apa yang you cuba buktikan ? I tak faham !  Boleh tak you terima hakikat Jie bukan lagi milik you ?!" Nada suara agak meninggi.

Penat berlembut selama ini. Usaha Khalid bagai mencurah air ke daun keladi. Segala nasihat terbazir begitu sahaja. Rayyan tetap dengan pendiriannya.

"Please Karl..Stay out from this ! Ini antara Zack dan I.." Rayyan tidak mempedulikan butir bicara Khalid.

"Ray.. Takkanlah sebab Jie.. Just because a woman ! You sanggup bermusuh dengan darah daging sendiri? Zack adik kita ! You tak kesiankan Danny dan Daryl ke?" Khalid buntu untuk mengubah pendirian Rayyan.

"You tau tak Karl.." Ray mengangkat wajah memandang tepat ke dalam mata Khalid.

"Kadang I rasa anak yatim tu bukan adik you atau I ! Entah macam mana Papa boleh kata dia adik kita..Kalau betullah Zack adik I, dia takkan ada affair dengan wife I ! Betul tak?" Mungkin sudah menjadi lipatan sejarah. Tetapi Rayyan tetap terluka apabila mengetahui hakikat Jie pernah curang dengan Zack sewaktu masih menjadi isterinya. Zeeta sudah menceritakan semua.

Justeru, Rayyan ingin memastikan Jie dan Zack membayar balik segala pengkhianatan yang dilakukan mereka berdua. Baru puas hati Rayyan ! Tak adil jika Jie dan Zack hidup bahagia setelah mempermainkan hati Rayyan dan Zeeta.

"Benda dah lepas, Ray ! Kenapa sekarang baru you nak ungkit? Please move on !" Khalid makin hilang sabar dengan Rayyan.

"Tak jadi pada you, Karl, senanglah you cakap !" Rayyan masih menegaskan keputusan yang diambil.

"Bayangkan kalau I pula yang rampas Viana dari you?! Apa perasaan you?!" Memprovok Khalid supaya meletakkan diri dalam posisi Rayyan.

Khalid hanya terdiam. Memikir jawapan sesuai. Persoalan yang diutarakan Rayyan memang bertujuan menjerat. Faham benar dengan sikap Rayyan yang pintar bermain hujah.

"You fikirlah sendiri, Karl... Zack yang mulakan semua ini.. I cuma ambil balik hak I !" Keputusan Rayyan muktamad.

Kalau Zack berdegil untuk tidak memenuhi permintaannya, Rayyan akan mengemukakan tuntutan dimahkamah. Peguam syariah yang berpengalaman sudah dilantik untuk membuka semula fail kes perceraian Rayyan dan Jie dulu.

"I tak tahu nak cakap apa, Ray !" Ternyata Rayyan tetap berhati batu. Khalid kesal.

"Percayalah you hanya buat keadaan jadi huru hara ! Jangan harap you akan dapat Jie balik ! I takut you yang bakal hilang isteri dan anak you disebabkan kegilaan you ! Tolong fikir masak masak, Ray !"  Khalid mengeluh diluar sedarnya.

Anggaplah ini peringatan terakhir Khalid kepada Rayyan. Tersepit diantara abang dan adik. Berharap semua keributan ini takkan berpanjangan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2015 01:09 PM | Show all posts
arrghhh njahat tul rayyan nie..... harap harap mahkamah berpihak kepada jie.. jie menang in term of kegagalan rayyan gagal provide nafkah zahir n batin on jie,,, kan kita lafaz taklak taqliq kalo gagal kasi nafkah 3 bulan berturut turut jatuh talak.. talak dilafaz masa awal awal perkahwinan walaupun lelaki x sebut "aku ceraikan kan ko".. opinion ajeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2015 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 15-6-2015 07:02 AM

Notis yang diterima melalui peguam Rayyan membuatkan seluruh tubuh lemah longlai. Rayyan mengotakan kata kata yang terlafaz tempoh hari. Jie nyaris pitam.

Perintah injuksi juga dikemukakan oleh Rayyan untuk menghalang Jie dan Zack dari meneruskan hidup sebagai suami isteri selagi prosiding kes mereka masih berjalan.

Selain itu, Rayyan juga menuntut perkahwinan Jie dan Zack difaraqkan andai terbukti Rayyan tidak waras atau tidak sedar angkara disihir sewaktu menceraikan Jie.

Kejam dan tidak bertimbang rasa. Jie buntu memikir motif Rayyan bertindak sejauh ini. Simpati dengan Danny dan Daryl yang akan terpisah sementara dari Daddy kandung mereka.

Ada seseorang yang mungkin boleh membantu. Jie bingkas bangun. Sempat pesanan  ringkas disampaikan kepada Zack tentang notis yang diterima.

Walau payah, Jie yakin pasti ada jalan keluar. Tidak sesekali membenarkan Rayyan memusnahkan rumah tangga yang dibina.





Azim menggamit Jie untuk ke arah meja yang didudukinya sebaik saja ternampak kelibat Jie. Jus oren dialihkan ke tepi. Pandangan mata dihala ke wajah cantik wanita yang sedang mengambil tempat di kerusi berhadapannya. Gembira dapat bersua lagi.

"Lama ke you tunggu I?" Jie memulakan perbualan mereka. Azim dilihat semakin bergaya dengan pakaian formal yang tersarung. Tampak lebih segak.

Azim senyum. "Taklah lama sangat. I pun baru sampai." Sewaktu menerima panggilan dari Jie, Azim memang sedang berencana untuk makan tengah hari. Kebetulan Jie ajak berjumpa bolehlah mereka menjamu selera bersama.

"Oh ya Najiha, kenapa you ajak I jumpa? Something happened?" Mengenali Jie selama hampir sedekad membuatkan Azim dapat menebak ada masalah besar yang menimpa. Riak wajah Jie tampak murung.

Jie mengeluh seketika sebelum menghulurkan sekeping kertas ke arah Azim.

Azim menyambut tanpa banyak bicara lantas mata segera menjamah isi surat. Tergamam membaca.

"Najiha !" Shahrul yang baru tiba tidak menyangka Jie turut menyertai mereka. Mengambil tempat bersebelahan Azim. Tanda tanya terbit melihat Azim dan Jie berdua.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 07:02 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 15-6-2015 07:17 PM

"Rayyan Hardy memang gila !!" Spontan ayat itu keluar dari bibir Azim selesai membaca notis yang tertera. Geram.

"I nak tanya pendapat you... Manalah tahu you ingat lagi pasal sihir yang Juwita gunakan pada Rayyan masa itu.." Memandangkan Azim dan Juwita pernah bersekutu, Jie yakin Azim pasti mengetahui fakta yang mungkin berguna.

"I memang tak ada knowledge pasal ini. Tapi kalau Rayyan buat sabitan semakan semula lafaz talak pada you, sihir yang Juwita kenakan cuma untuk buat Rayyan jatuh hati pada dia. Bukan sebabkan Rayyan jadi gila atau hilang kesedaran.." Azim memikir sebentar.

Sihir pengasih yang dikenakan Juwita bertujuan supaya Rayyan jadi terpesona terhadap Juwita dan tunduk cintakannya. Bermakna dari segi akal fikiran Rayyan masih waras.

'Wait bro.. Apa cerita ini?" Shahrul keliru. "Sampai ke sihir bagai.." Tidak mengerti pucuk pangkal perbualan Jie dan Azim.

"Sorry bro.. Lupa pulak you ada.." Azim sengih. Berpaling ke arah Jie.

" You tak kisah kalau I share dengan Shah pasal tuntutan Rayyan ini?" Jie hanya angguk. Tiada yang perlu dirahsiakan. Lambat laun bakal ketahuan jua.

Kertas ditangan Azim beralih tangan. Shahrul membaca sebelum tergelak besar.

"Najiha..  Setahu I belum ada standard guideline untuk kes yang melibatkan sihir macam ini." Biasa berdepan dengan prosiding mahkamah membuatkan Shahrul yakin Rayyan hanya membazir masa.

"Tapi dalam kes you ni, beban pembuktian lebih kepada Rayyan. Hebat betul peguam yang diupah kalau boleh buktikan unsur sihir ini.." Shahrul mengulas lanjut.

"Maksud you? Mana you tahu semua ini?" Jie pelik. Gaya Shahrul seperti arif dengan prosedur mahkamah syariah.

Shahrul senyum. " You sedang bercakap dengan peguam syarie yang paling handsome di Malaysia.." Berseloroh.

Mungkin tiada siapa tahu profesion sebenar Shahrul. Ramai beranggapan perwatakan yang ditonjolkan tampak berbeza sekali.

"By the way, I boleh tolong you.." Pantas saja bantuan ditawarkan. Sekurang kurangnya Shahrul dapat menebus dosa terhadap Jie.

"I pun boleh tolong you dapatkan maklumat dari Juwita.." Azim turut sama menawar pertolongan.

Jie terfikir sesuatu. " Hanya Juwita boleh buktikan jenis sihir yang dikenakan terhadap Rayyan.. " Jika Jie dapat meyakinkan Juwita untuk memberi keterangan, maka harapan agak cerah untuk membatalkan tuntutan Rayyan. Mata bercahaya.

"Kejap Shah..You kata beban pembuktian terhadap Rayyan, kan?" Wajah Shahrul ditenung inginkan kepastian.  

"Tapi macam mana pula kalau I ada saksi atau bukti yang boleh sabitkan Rayyan waras sewaktu menceraikan I?" Tak sabar menanti jawapan balas dari Shahrul.

"Kalau you tak kisah, boleh I tahu macam mana you dengan Rayyan bercerai dulu?" Riak wajah Shahrul berubah. Serius.

"Rayyan lafazkan talak dekat mahkamah rendah syariah Shah Alam. Lengkap ikut prosedur." Disebabkan itu Jie yakin perceraian mereka sah. Keraguan hanya timbul apabila Rayyan mendakwa dirinya tidak sedar sewaktu talak dilafazkan.

"Kalau macam itu lagi senang.." Ada sesuatu bermain di fikiran Shahrul.

"Tapi you.." Azim menyampuk. " Point Rayyan dia tak ada niat untuk ceraikan Najiha waktu itu. Yeah mungkin dia lafazkan talak depan hakim tapi diakan di bawah pengaruh sihir.." Kes yang agak sukar juga bagi Azim.

" Dengan atau tanpa niat, selagi dah terlafaz, talak itu tetap jatuh.. Ini hukum syariah, bro, bukan sivil.." Shahrul membetulkan fahaman Azim.

"Apa pun Najiha, you kena liase dengan peguam Rayyan untuk berbincang. Kalau you perlukan khidmat nasihat atau you nakkan I mewakili you dan husband you, I am more than willing to help.. Free of charge.." Sengaja melawak untuk menceriakan wanita dihadapannya.

Jauh disudut hati, Shahrul bersimpati dengan Jie. Asyik dirundung masalah. Beauty with pain !  Itulah gelaran sesuai.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2015 09:52 AM | Show all posts
padan muka rayyan jantan gila talak.. dah la nak dapatkan jie guna cara ktoro nak dapatkan balik pun guna cara kotor.. mmg perangai x elok.. stok stok org i will get what i want as long the other will obey me... eeee komunis gila nye perangai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2015 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 15-6-2015 08:46 PM

Zack hanya mampu merenung sayu ke arah Rayyan. Tiada riak kesal terbit di wajah. Malah, abangnya bersama peguam Syarie yang dilantik tersenyum puas kerana berjaya mengemukakan afidavit untuk menyokong pemohonan injunksi Rayyan.

Masih dalam prosiding, Zack menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Shahrul untuk membatalkan tuntutan Rayyan. Khalid juga bersetuju untuk memberi keterangan bagi menyokong Jie dan Zack.

Ketakutan tetap wujud, bimbang hakim mempersetujui permohonan gila Rayyan, Jie dan Zack mungkin terpaksa berpisah sementara sehingga perbicaraan kes mereka selesai.

Menantikan keputusan mahkamah yang masih samar, Zack berdebar. Merenung wajah Jie yang sedang termenung jauh disebelah. Isterinya tampak tabah sejak memasuki perkarangan mahkamah tinggi tadi. Jauh disudut hati, Zack tahu Jie juga seperti dirinya. Galau memikir nasib rumahtangga mereka.

"Baby.." Jari jemari runcing isterinya dicapai lalu digenggam erat.

"I pernah lepaskan you dua kali dulu.. Tindakan paling bodoh yang I pernah buat seumur hidup I !" Zack sebak.

"Tapi kali ini, I janji, I akan berjuang untuk you.. Susah macam mana sekalipun, I takkan lepaskan you ! Selagi I hidup, you tetap isteri I !" Andai terpaksa kehilangan Jie, Zack lebih rela nyawanya ditamatkan saja. Hanya itu penawar terbaik.

"Thanks, Bie !" Jie sendiri kematian tutur kata. Perasaan bercampur baur.

"I love you, Baby ! Youlah cinta pertama dan terakhir I !" Sayu makin dirasakan. Zack gagal mengawal perasaan lagi. Air mata lelakinya jatuh jua. Menitik gugur ke bumi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 16-6-2015 08:08 AM

Suasana hening di kamar mahkamah. Hakim syarie yang bersidang memulakan penghakiman. Debaran dirasakan oleh Jie dan Zack. Rayyan masih beriak biasa.

"Permohonan Rayyan Hardy bin Isa selaku plainitif untuk injunksi sementara adalah bersesuaian dengan tuntutan yang dikemukakan." Bicara berhenti seketika sebelum bersambung.

''Dengan itu, mahkamah membenarkan permohonan supaya responden pertama Nur Najiha binti Hanafi dan responden kedua Zafrey Daniel Hazriq bin Isa tinggal berasingan sehinggalah satu perintah pengesahan ditetapkan mahkamah..."

Zack tidak berminat untuk mendengar lanjut. Hati serasa mati. Walau sudah menduga bakal berdepan dengan situasi ini namun kekuatan yang dipasak dalam diri lenyap sebaik saja mendengar keputusan yang dibentang.

Jie pula pengsan tidak sedarkan diri. Viana dan Dato' Hanafi panik seketika.

Keheningan bertukar gamat. Zack bangkit mendapatkan Jie. Bimbangkan isteri dan zuriat yang dikandung.





Memandangkan perintah injunksi berkuatkuasa serta merta, Jie tiada pilihan lain. Melangkah sayu dari mahligai yang didiami berdua selama bertahun. Terpaksa.

Buat pertama kalinya mereka akan duduk berasingan. Mungkin Jie akan  tinggal bersama Maznah sehingga perbicaraan kes mereka selesai.

"Bie.. This is temporary ! You gotta be strong ! I dan anak anak kita perlukan you !!" Walau pedih Jie yakin segalanya pasti akan berakhir. Mereka berpelukan erat.

" I love you... Just remember how much you mean to me, Baby.." Zack sukar untuk melepaskan Jie pergi meski hanya sementara. Belum pernah mereka terpisah sejak diijabkabulkan.

Shahrul hanya mampu memerhati dari jauh. Berpaling ke arah lain. Tak sampai hati melihat kesedihan yang memenuhi setiap ruang. Terpaksa mengikut perintah yang telah ditetapkan mahkamah. Bersumpah akan melakukan yang terbaik untuk memastikan Jie dan Zack kekal bersatu.

"I'll call you bila dah sampai rumah Mommy nanti, Bie.. I love you too.." Air mata yang bergenang segera diseka. Jie tidak mahu si kembar tahu permasalahan yang membelit mereka suami isteri.

"Danny, Daryl.." Jie menyeru nama si kembar yang sedang leka bermain PS Vita. Anak anak kecil itu segera mendapatkan Mommy mereka.

"Where are you going?" Daryl pelik melihat Jie membawa beg besar.

"Not me !  But, we are going to Grandmommy's place.. Granddaddy misses  both of you.." Jie senyum untuk menghilangkan sedih dijiwa.

"Yeah !!" Danny dan Daryl melonjak keriangan.

"Come honey !"  Jie mencapai tangan comel Danny dan Daryl.

"Kiss and say goodbye to Daddy.." Nada suara bersahaja. Jie mengarahkan si kembar pamit kepada Zack sebelum berlalu.

Zack memeluk erat si kembar. Riak wajah ceria. " Take a good care of your Mommy, son ! " Sempat pesanan dititip.

Danny dan Daryl hanya angguk, tanda faham. Merenung sejenak ke wajah Jie. Hati Zack bercampur baur.

"Daddy loves your Mommy..  She's my soulmate ! And both you are my life.." Zack hanyut dalam emosi. Mencium pipi Danny dan Daryl bertalu talu.

"You are not going with us?" Danny inginkan kepastian. Selalu Daddy pasti turut serta sekiranya ingin ke rumah datuk mereka. Janggal rasa dengan ketiadaan Daddy.

"I.. I.." Zack kehilangan kata kata. Sebak.

"Daddy got work to do. Perhaps Daddy will be joining us some other day.." Mengerti kegalauan Zack, Jie segera menjawab bagi pihak suaminya.

"Come with Uncle, Kid.." Shahrul mengajak Danny dan Daryl untuk mengikut langkahnya. Memberi ruang supaya Jie dan Zack dapat berdua. Si kembar hanya menurut.

"I love you, Baby.." Ayat keramat itu tetap meniti dibibir tanpa jemu. Sememangnya cinta Zack hanya pada Jie.

"I love you too, Bie ! I will be yours forever.." Jari jemari mereka bertaut. Sukar untuk menerima hakikat perpisahan sementara ini.

Jie redha andai ini ujian dari Ilahi untuk menguji kekuatan cinta mereka. Hanya Zack yang memiliki hatinya. Pertama dan terakhir.




Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 05:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian JIE ngn ZACK...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2015 06:34 AM | Show all posts
mana bini si Rayyan yg cinta mati ngan dia tu? takkan dendam ngan Jie juga nanti?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 08:13 AM | Show all posts
yipun_78 replied at 16-6-2015 06:34 AM
mana bini si Rayyan yg cinta mati ngan dia tu? takkan dendam ngan Jie juga nanti?

Disinilah watak bini Rayyan 2 berguna
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 10:45 AM | Show all posts
elia... cptla sambung... tak saba nk tau keputusan mahkamah.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 02:46 PM | Show all posts
ermmmm jenuh la jie...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.352291 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list