CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: koliba

UMRAH & HAJI VOL. 15, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH

[Copy link]
Post time 27-10-2016 03:02 PM | Show all posts
aily replied at 27-10-2016 12:44 PM
Dee, Arab Saudi dah start kenakan visa umrah untuk yg kedua kali untuk sesiapa yg pernah pergi t ...

http://www.kabarumrahhaji.com/vi ... maah-dihitung-zero/

kak...........itu link beritanya yang diterbitkan 24 oktober, 2016.
saya search balik melalui fb Daurah Haramain.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2016 10:44 PM | Show all posts
dee556 replied at 27-10-2016 02:54 PM
kak..........serba salah dibuatnya kan?
saya google mengenai berita ini, di Indonesia melalui lam ...

Itu lah. TA tanya nak teruskan ke atau nak cancel, akak cakap sbb niat nak pergi jugak sbb bawak adik yg first time pergi jadi akak kata teruskan jelah walau kena bayar mahal. Sepatutnya kerajaan Arab Saudi ni jangan lah berkira sangat sebab orang nak pergi buat ibadah bukan nak jalan2 sopping bagai, beri kelonggaran & permudahkan bukan menyusahkan. Dee nak pergi bila? Last pergi tahun bila?
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2016 10:50 PM | Show all posts
dee556 replied at 27-10-2016 03:02 PM
http://www.kabarumrahhaji.com/visa-berbayar-berlaku-semua-jamaah-dihitung-zero/

kak...........i ...


Ini dari Berita Harian jumaat lepas

BANGI, 20 Muharram 1438H, Jumaat – Jemaah Malaysia yang mahu menunaikan umrah kali kedua dalam tempoh tiga tahun Hijrah akan dikenakan kadar baharu visa iaitu RM2,250, mulai November ini.
Memetik laporan Berita Harian berkata, beberapa agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah telah mengesahkan menerima surat pemberitahuan daripada kerajaan Arab Saudi menerusi Kementerian Haji Arab Saudi berhubung dasar baharu itu.
Menurut notis tersebut, jemaah yang pernah menunaikan umrah pada tahun Hijrah iaitu 1435H, 1436H dan 1437H dan mahu menunaikan buat kali kedua mulai bulan depan, akan dikenakan bayaran Visa Umrah sebanyak RM2,250.
Bagaimanapun, pengunjung yang kali pertama memasuki Arab Saudi untuk menunaikan haji atau umrah dikecualikan daripada caj berkenaan.
Jurucakap Tabung Haji Travel berkata, menerusi notis berkenaan, pihaknya diminta untuk memaklumkan kepada jemaah umrah berhubung kadar visa tersebut.
“Turut disertakan prosedur semakan jemaah yang ada kekerapan menunaikan umrah dalam sistem Bab Al Umrah,” katanya.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi mula melaksanakan caj baharu visa yang diputuskan bulan lalu oleh Kabinet bertujuan meningkatkan pendapatan bukan berasas minyak.

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 08:25 AM | Show all posts
aily replied at 27-10-2016 10:44 PM
Itu lah. TA tanya nak teruskan ke atau nak cancel, akak cakap sbb niat nak pergi jugak sbb bawak a ...

saya 1st pergi bulan Mac tahun ni tadi kak.
bawak anak lelaki 2orang....no 4 dan si bongsu.
tahun depan pulak nak bawa anak no 2 (P) dan no 3(L)......dia orang ni siap menyanyi2 dah bila lah kita ni nak pergi umrah???
semalam dekat FB Haramain ada poll utk caj visa ni.
pagi ni saya tengok ramai jemaah dari seluruh dunia komen.
rata2 mereka tak bersetuju sebagai 'keeper' the Holy Land mereka patut permudahkan untuk kita orang islam.
tak kurang jugak sorang dua yang kata kalau mampu pergi berulang tentu mampu bayar caj visa.
soalnya bukan semua orang mampu dan jemputan untuk umrah ni terlalu mahal.....mahal bukan sebab harga pakej tapi jemputan datang dari sang Pencipta bukan dari manusia.

Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 08:58 AM | Show all posts
Assalamualaikum, pada saya pasal visa nih - sekiranya dilaksanakan untuk mengerjakan haji ok la kot sebab yg belum pergi  ada peluang lebih besar untuk pergi dari sekarang nih.  sebab nak dapat peluang mengerjakan haji terlalu sukar - dengan giliran yg terlalu lama dan tup tup dpt tau org yg dah pegi 2/3 tahun lalu dpt lagi pergi (saya memang paham psl rezeki jemputan Allah tu tapi saya xboleh tolak tepi tatacara untuk mendapatkan giliran sekali lagi tu).  oleh kerana nak pegi mengerjakan haji susah amat, apa salahnyer kita dapat mengerjakan umrah sementara belum tiba giliran haji tu - terubat juga rindu nak ke sana..jadi pada saya kalau untuk umrah xberapa perlu rasanya wallahualam - ni cuma pendapat peribadi saya
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 09:47 AM | Show all posts
adnil replied at 28-10-2016 08:58 AM
Assalamualaikum, pada saya pasal visa nih - sekiranya dilaksanakan untuk mengerjakan haji ok la kot  ...

waalaikumsalam. saya pun bersetuju jika untuk Haj sebab kita di Malaysia untuk haji kali kedua kena tunggu 5 tahun baru boleh daftar semula.
di Indonesia pun tempoh menunggu untuk haji kali pertama pun dah jadi lama.
umrah saja yang dapat mengubat kerinduan ke tanah Haram.
orang yang dah pergi haji pun sentiasa merindui tanah Haram sebab bila dah berada di sana untuk tempoh lebih sebulan, kerinduan itu lebih tebal.
bagi umrah kalau pun nak caj visa janganlah terlalu mahal.
dari caj SR2000....mungkin boleh caj SR200 untuk kali kedua....taklah membebankan.
ramai yang berpendapat begitu di fb Haramain.
dan salah seorang hamba Allah menyarankan kita bersedekah dengan berniat agar caj visa ini ditiadakan atau dikurangkan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2016 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
dee556 replied at 28-10-2016 09:47 AM
waalaikumsalam. saya pun bersetuju jika untuk Haj sebab kita di Malaysia untuk haji kali kedua ken ...

Akak pun setuju untuk Haji kali kedua boleh dikenakan bayaran visa tapi untuk umrah ada pelepasan atau kenakan bayaran minimal. Yg terkesan nanti yg tiap tahun pergi umrah ramadan. Dah lah pakej mahal dlm bulan tu di tambah bayaran visa lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2016 02:29 PM | Show all posts
aily replied at 28-10-2016 11:57 AM
Akak pun setuju untuk Haji kali kedua boleh dikenakan bayaran visa tapi untuk umrah ada pelepasan  ...

kita teruskan berdoa mohon dipermudahkan kak.
lagipun kalau ikut berita sebelah Indonesia, sistem visa tu masih offline dan hanya akan dibuka pada 1 safar...
semoga kita umat islam bebas beribadat di Tanah Haram tanpa dibebankan dengan caj visa yang terlalu tinggi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2016 10:35 AM | Show all posts
Risau pulak ler nie puak Syiah nie ada2 jer nk bom2 pulak nie...mintak2 ler dijauhkan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
ada kah sesiapa yg dah terima surat tawaran pi haji
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 02:09 PM | Show all posts
syasya99 replied at 26-10-2016 07:55 AM
sy dapat surat tawaran kursus setahun seblm dpt pergi haji. pada tahun tu sy buat rayuan tapi tak  ...

Utk buat rayuan biasanya dibuka bulan berapa ye?

Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2016 09:27 PM | Show all posts
pzi replied at 31-10-2016 02:09 PM
Utk buat rayuan biasanya dibuka bulan berapa ye?

once sy dah dpt surat tawaran untuk pergi kursus haji, terus sy buat rayuan. sy buat rayuan bulan dec.
rasanya tahun ni lagi cepat kot sbb tahun hijrah kita kan beranjak..cuba call TH call centre.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2016 01:48 PM | Show all posts
Edited by ainunaina at 2-11-2016 01:50 PM
adnil replied at 28-10-2016 08:58 AM
Assalamualaikum, pada saya pasal visa nih - sekiranya dilaksanakan untuk mengerjakan haji ok la kot  ...

Assalamualaikum....saya pun paham dengan jemputan Allah tu...siang malam berdoa dapat mengerjakan haji secepat mungkin, kita buat rayuan setiap tahun, tak gak dapat2 pegi,,,bila dengar orang 2/3 tahun lepas dan pergi dapat pergi lagi mula timbul perasaan agak terkilan. Kenapa tak didahulukan orang yang belum pernah mengerjakan haji. Bila kita bercakap orang kata ini jemputan Allah, kalau lom dapat sabar je la...tapi kita ni manusia, terpikir gak kenapa orang tu yang baru dapat pegi dah dapat pegi lagi....

agak2nya orang lain ada tak perasaan semacam apa yang saya rasa ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 10:45 AM | Show all posts
Berdebar2 menunggu utk berangkat ke sana... Mintak2 dipermudahkan ibadah semasa di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ladyxez at 8-11-2016 01:29 PM

Alhamdulillah sudah dpt terpilih haji tadi
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 02:58 PM | Show all posts
ladyxez replied at 8-11-2016 12:41 PM
Alhamdulillah sudah dpt terpilih haji tadi

tahniah sis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2016 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aryn_mz replied at 8-11-2016 02:58 PM
tahniah sis...

tq aryn
menggigil tadi  
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 03:43 PM | Show all posts
ladyxez replied at 8-11-2016 12:41 PM
Alhamdulillah sudah dpt terpilih haji tadi

Tahniah....
alhamdulillah...........pergi bersama siapa sis?
tahun depan masih musim panas............jadi pakaian tu bawak yang bersesuaian.
kawan yang pergi tahun ni tadi kata suhu paling tinggi 44c................itupun bagi dia dah tak tahan.
tahun lepas kami di Arafah 50c...............ramai jemaah pengsan semasa di Mina sebab cuaca.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 10:51 AM | Show all posts
ladyxez replied at 8-11-2016 12:41 PM
Alhamdulillah sudah dpt terpilih haji tadi

Tahniah...   memang tahun giliran ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 12:13 PM | Show all posts
intansakura replied at 9-11-2016 10:51 AM
Tahniah...   memang tahun giliran ke sis?

kadang-kadang kita dapat rezeki untuk pergi awal dari tahun peruntukan semasa kita daftar.
semuanya dari Allah.
kita merancang, Allah merancang......akhirnya perancangan Allah yang terbaik untuk kita.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.099178 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list