|
[Dunia]
7 NEGERI BANJIR, NAJIB BERMAIN GOLF DI HAWAII BERSAMA BARRACK OBAMA
[Copy link]
|
|
jazaa posted on 25-12-2014 01:46 PM
Melalak lah korang kat sini....
Najib punya appoinment main golf dgn obama tu bukan 2 hari lepas. ...
Ramai j warga yang plan awal nak bercuti ujung tahun
sudahnya kensrl last minute wlupun flight n hotel dah book awal tahun
sebab kes banjir
kena balik kampung tolong family
Eh tapi tu rakyat marhaen la
kos kerugian pun takat 10k j
|
|
|
|
|
|
|
|
Ade beruk bn umno bukak thread serius tunjuk gambar najib bantu mangsa banjir anwar jijah cuti men beskal..skang beruk bn tu ade nk wat sepatah dua kata x? |
|
|
|
|
|
|
|
alinone78 posted on 25-12-2014 02:23 PM
Sekarang ni sapa Perdana Menteri?
Sebab siapa pm itulah boleh faham kalau dia jumpa obama... yang ketum langsung tak jengah muka kenapa? Memang pas nih kuda tunggangan lah kan... after pru whatever happen to you boleh pergi mamposlah disitu... |
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 25-12-2014 01:48 PM
takyah isytihar darurat pun
tahun lepas pun macam tuh
masa kuantan dgn kemaman tgh menggila dgn ...
tugas PM mmg la mcm tu
jadik sepokperson
whatelse we can expect?
adalah tu benda2 dia nak kena settle mettle dgn obama, kalau hawaii dilanda banjir takde la dua org manusia nie nak bergolof kat sana
|
|
|
|
|
|
|
|
alinone78 posted on 25-12-2014 02:26 PM
Ramai j warga yang plan awal nak bercuti ujung tahun
sudahnya kensrl last minute wlupun flight n ...
Ketum tak kensel cuti pon sedang kajang banjir..... ooo sebab dia ketum, rakyat marhein boleh kensel saje bercuti sebab nak tolong orang banjir... ehhh tapi kajang tuh bukan kawasan bini dia ke? Hari tu berebut nak kajang... bila kajang banjir pegi becuti plak... si bangang ini tanya pula sapa pm....
Bhahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 25-12-2014 01:35 PM
kelakar jah
ada ka ingat kita expect najib jadi super hero pi buat keja randuk air bah, naik bot, ...
iya sis...sebagaimana gambar najib muka berkerut tgh berfikir masa tragedi MH17 terpapar kat media sosial..expectation kita at least mcm tu jugak..najib duk dlm ofis dia sedap2 makan karipap panas dengan teh pun takpe...berlakon la sikit mcm tgh kerah idea mcm mana nk pastikan ops2 bantuan utk mangsa banjir efisien...berlakon saja pun dah boleh buat kita pandang positif sikit dekat heolz tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
maplesue posted on 25-12-2014 02:55 PM
Kantoi sudah
jahat betul sotkabar washington post yahudi nasroni yg sentiasa cemburu kejayaan ummah ini...
|
|
|
|
|
|
|
|
hzln posted on 25-12-2014 03:04 PM
jahat betul sotkabar washington post yahudi nasroni yg sentiasa cemburu kejayaan ummah ini... :huf ...
diaorang memang ejen nuart, sengaja sebar cerita ni....rtm, tv3 punya lah berhati2 nak sorok berita ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
Masa banjir tahun lepas pm sibuk ngan perhimpunan hagong.tahun ni sibuk ngan golf.wpun najib tu xleh buat apa2 masa banjir ni.atleast sbg org yg plg bkuasa dia dapat beri arahan semua. kemungkinan dapatlah bantuan disalurkan dgn lebih efektif.penyelamat dtg pakai lori jpa yg kecik sampai terbalik.vest keselamtan pun xcukup sampai org jatuh lemas.kemungkinan benda ni boleh elak bila bijan bagi arahan guna peralatan yg baik. Last edited by lazaruz6024 on 25-12-2014 03:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
AMARAN: MACAI BN SKIP SAJA, TAKYAH BACA NANTI SAKIT HATI
Pemimpin Yang Lebih Utamakan Cuti Daripada Banjir Semoganya Dilaknat Allah Dan Kalah Pilihanraya
Keadaan banjir di beberapa negeri ketika ini semakin buruk. Di Kelantan, Terengganu dan Pahang, banjir terus bertambah buruk dan jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan juga semakin bertambah.
Beberapa kawasan sudah ditenggelami air, aktiviti harian lumpuh, jalan terputus dan ada jalan utama juga turut runtuh akibat hujan yang berterusan sejak beberapa hari lalu. Ada juga laporan mengatakan hubungan darat Kelantan telah terputus dengan negeri-negeri lain.
Melihat keadaan hujan yang masih mencurah dengan lebat, adalah dijangka banjir yang disifatkan antara yang terburuk ini akan terus melanda untuk beberapa lama lagi. Tidak mustahil juga ia akan berlarutan sehingga awal tahun baru 2015 nanti.
Di Perak dan Perlis pula, beberapa kawasan turut mulai dilanda banjir dan angka mangsa yang terpaksa dipindahkan ke pusat pemulihan juga terus bertambah.
Meskipun bantuan dari segi makanan, keperluan harian dan usaha memindahkan mangsa terus giat dijalankan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi amat malang kehadiran pemimpin meninjau ke tempat banjir agak mengecewakan kali ini.
Selain pemimpin peringkat negeri yang tentunya bertungkus-lumus membantu mangsa di kawasan masing-masing, kehadiran pemimpin Pusat ke negeri-negeri yang dilanda banjir nyata agak mengecewakan.
Tiada kelibat Perdana Menteri, Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kanan seperti Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Apdal, Ahmad Maslan dan lain-lainnya. Jika bercakap berkaitan isu politik dan mengampu pemimpin, begitu ramai yang berebut-rebut mahu ke depan, namun di mana mereka ketika rakyat derita ini?
Yang nampak hanyalah beberapa kerat pemimpin seperti Shahidan Kassim, Shahrizat Jalil, Abdul Azeez Rahim, Mustapha Mohamad dan Ahmad Shabery Cheek saja. Pemimpin sayap Pemuda dan Puteri juga hampir tidak kelihatan sama.
Ke manakah pemimpin-pemimpin sihat dan segar-bugar ini menghilang? Muhyiddin sudah lebih seminggu tak kelihatan dan dipercayai sedang bercuti di luar negara ketika ini. Najib juga dipercayai baru berlepas bercuti ke luar negara dua hari lalu setelah meluangkan sedikit waktu melawat mangsa banjir di Pahang.
Majoriti pemimpin lain dipercayai turut bercuti di luar negara ketika ini. Ada yang bercuti sebelum banjir melanda dan ada pula yang berlepas setelah banjir itu menggila. Najib sendiri pergi bercuti setelah mengetahui banjir kian bertambah buruk dan ini merupakan percutian keduanya dalam tempoh tidak sampai lima bulan di mana pada Hari Raya Aidilfitri lalu beliau juga bercuti ke beberapa bandar di Eropah.
Soalnya, apakah perasaan pemimpin yang sedang bercuti ini sedangkan mereka mengetahui ada rakyat yang sedang sengsara dan sesetengahnya berjuang antara hidup dan mati menyelamatkan nyawa dan harta benda akibat banjir?
Apakah bercuti dan berehat di luar negara terlalu penting sehingga ianya tidak boleh ditangguhkan langsung? Atau kalau sedang bercuti, tidak bolehkah pulang segera dan menunjukkan keprihatinan sebagai pemimpin kepada rakyat?
Sekadar meminta mangsa bersabar dan berdoa dengan keadaan banjir yang kian buruk sedangkan mereka berada di luar negara, mungkin riang gembira dan ketawa bermain salji, bukan saja tidak memadai tetapi jelas memperlihatkan perlakuan paling buruk sebagai pemimpin.
Inilah masanya mereka yang bergelar pemimpin perlu bersikap jujur dan mengutamakan rakyat. Berehat, bercuti, membeli-belah dan bemain salji di luar negara yang lebih penting atau nasib rakyat yang lebih utama?
Kepada pemimpin yang tiada perasaan, tidak prihatin dan lebih mengutamakan diri sendiri dengan tidak sanggup menangguh atau memendekkan percutian mereka di ketika rakyat sedang sengsara ini, eloklah kita juga mendoakan agar mereka itu dilaknat Allah, kalah dalam pilihanraya akan datang dan tidak lagi bergelar pemimpin.
note:
artikel ini ditulis dan disiar sebelum muncul gambo najib bergolfing dgn obama di hawaii
jadi abaikan saja lah
MESTI ada perbincangan yg sangat penting yg tidak boleh ditangguhkan/dibatalkan percutian kat hawaii tuh
korang pembangkang apa tau hal ehwal hubungan 2 hala nih Last edited by hzln on 25-12-2014 03:14 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahai, bila la nak sedar politician malaysia mmg xguna, nak marah ape? |
|
|
|
|
|
|
|
Semua org nk abeskan annual leave. AL dorg xleh carry forward.klu AL dorg boleh jd gaji, dorg keje. Anak2 dorg semua tgh cuti skola ni, klu x spend quality times ngan anak2, nnti anak2 akan rosak nnti kuar la dialog "ayah dulu selalu sibuk dgn krje, sy duduk di umah dgn org gaji sj" mcm drama melayu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi aku la....najib or ketum....masing2 dah xleh memimpin....inilah org kita ....dah tua2 pun masih nak memimpin....bagilah pada generasi muda |
|
|
|
|
|
|
|
meow_tompok posted on 25-12-2014 02:38 PM
tugas PM mmg la mcm tu
jadik sepokperson
whatelse we can expect?
katalah banjir dah 2 minggu baru kluar arahan itu ini
walhal minggu pertama lagi sudah bulih bertindak, tapi sebab cuti lagi penting, kita cuti jelah, biar jelah org2 bawah buat keja
orang bawah pun buat keja takat mandat yg depa ada jelah, nak buat lebih2 tak boleh, byk prosedur nak kena lalui dan takdak arahan utk itu
masuk minggu ke-2 baru kita muncul umum itu ini utk uruskan bencana ini dgn lebih cekap dan cepat
ohhhh syukurlah minggu ke-2 beliau sudah bertindak
daripada tak bertindak langsung
bersederhana, wasatiyyah bukan?
najib sangat bersyukur dapat rakyat macam ko
|
|
|
|
|
|
|
|
ini contoh saja, peri pentingnya ada KEPALA yg paling atas sedang uruskan negara yg dilanda bencana...pemimpin yg hands-on, utk keluarkan arahan tambahan bila sitausi memerlukan, tambah aset utk kerja2 menyelamat dan hulurkan bantian...takde lah kelam kabut gini....ni tak, cuti2 lagi penting...dgn alasan tentera ada, polsi ada, bomba ada...pprrfftthhhhh
Tan Sri Annuar Musa added 3 new photos.
27 mins ·
Sy post di fb bukan utk polimik tp utk share imfo dan dpt pertolongan...SAYA MASIH STUCK DGN BEKALAN YG TAK DPT DI GERAKKAN..tak cukup kemudahan..dah 4 jam di sini utk ke laloh...TUNGGU HELI..dr Rahman hospital k krai baru talipon minta tolong ..BEKALAN MAKANAN DAN DIESEL DI HKK BOLEH BERTAHAN SETAKAT PKL 4ptg..bekalan putus!!!!!...masih ramai lari ke bukit dll...SAYA IN CONTACT DGN DATO PA,DATO RAMZI DLL...also MKN DAN KPN DATO MAZLAN...ALL WORKING HARD DAN DI MEDAN...tapi ASSET DAN SUPPLY TAK CUKUP...APA PUN KAMI TERUS BERUSAHA DAN BERADA DI LAPANGAN SKRG..HARAP HELI DPT LAND AMBIK KAMI DI MACANG UTK KE MANEK URAI NOW!!!!!
Tan Sri Annuar Musa
3 hrs ·
Saya dgn barang dan bekalan TAPI TAK BOLEH SAMPAI KE SASARAN...mcm mana dgn mereka yg lari ke bukit bukit dan yg tetperangkap di sekolah sekolah...HARAP SAMPAI BEKALAN...byk imfo mengadu putus bekalan makanan dan lapar...PLS HELP PLS PLS!...putrajaya PLS HELP..bekalan tak sampai..ASET TENTERA DLL TAK CUKUP NI...MORE NGO DAN SWASTA PLS...KELANTAN NEED MORE HELP...URGENTLY...!! Last edited by hzln on 25-12-2014 03:32 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan dah cakap.. Akhirnya ada gak macai yang cerita Wan Jijah ngan banjir di Kajang.. Yg penting Najib sebagai pemimpin NO.1 Malaysia nampak suci murni gitu.................. |
|
|
|
|
|
|
|
cilake najib, pantai timur negeri ko banjir pegi main golf kat hawaii dgn obama
cilake anwar & zizah, kajang banjir pegi main basikal
errr jib, kirim salam kat grace park (hawai pai o).. gua minat sial drama tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|