|
JDT posted on 5-8-2014 10:28 AM
Yup....mmg patut kena lepuk walaupun kurang setuju part lepuk melepuk ni..tapi dalam kes ni saya b ...
Yup memang pon patut kena penampor kiri kanan muka tu..tapi tu jer jangan ler tumbuk cam John Cena..anyway sure anak2 derang pon rindu kat Rozana.. |
|
|
|
|
|
|
|
mrsLucky posted on 18-9-2014 06:28 PM
Yup memang pon patut kena penampor kiri kanan muka tu..tapi tu jer jangan ler tumbuk cam John Cena ...
Betul tu....janganlah sampai tak bagi jumpa anak2. Apapun kesalahan ibu mereka, jangan tanamkan rasa benci terhadap ibu pada anak2 tu. |
|
|
|
|
|
|
|
anak2 pun masih kecik lagi.. plg tidak pun ptt bolehlaa bg visit skali skala |
|
|
|
|
|
|
|
Awie pun mcm rasuah je budak2 tu sayang dia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Malas ulas bab lain ... cuma nak ulas akan hak jaga anak. Ruzana berhak utk jumpa anak dia (makamah malaysia ni dah kenapa?) Ruzana tak salah apa apa dgn andak dia. Bukan dia pukul anak dia, aniya anak dia whatsoever. Kenapa larang dia jumpa anak? Dia ada hak utk menjaga anak dia.
Kalau anak anak arinie tak nak jumpa lantak pi lah tapi anak yang keluar dari perut Ruzana ini berhak bertemu dgn emak kandung.
Awie janga berlagak sangat la. |
|
|
|
|
|
|
|
Me selalu menyampah lelaki pukul pompuan but dalam kes ni, kebodohan minah ni buat dia terima nasib Hari ini.
Next time bila berkahwin lagi, harap amanah dan ingat masa depan. |
|
|
|
|
|
|
|
kbyne posted on 19-7-2014 12:53 PM
Lelaki la keluar rumah patutnya...Macho sikit Bro...
apa la lu Awie...boleh ke lelaki nak masak,a ...
Kenapa tak boleh.
Me pernah ada jiran duda dengan anak.
Elok aje makan minum pakai bebudak tu.
Anak dia reti lah dia fikir yang terbaik.
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam kes ni rasenye dua2 bodoh.. si awie bodoh pukul bini.. si rozana bodoh songlap duit suami.. |
|
|
|
|
|
|
|
suatu masa dahulu .. tak smpai pun sedekad
Majlis Merai Perkahwinan Lambang Kasih Sayang Awie Buat Isteri
Oleh WANDA IDRIS
AWIE dan Rozana yang kini hamil empat bulan pada majlis meraikan perkahwinan mereka yang berlangsung di Batu 9, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.
“JANGANLAH menganggap majlis ini sebagai satu balas dendam. Tidak... Saya adakan majlis ini atas rasa tanggung jawab saya sebagai seorang lelaki, suami dan bapa.
“Juga sebagai tanda terima kasih saya kepada keluarga pihak isteri yang menerima baik perkahwinan ini kerana mereka percaya manusia tidak pernah mampu untuk melawan takdir.
“Dan lebih penting, ia adalah lambang kasih sayang saya kepada isteri, jadi janganlah lagi hendaknya menyentuh perkara-perkara lalu. Saya sudah tidak mahu mengungkit hal lama.
“Saya mahu teruskan hidup, berbahagia dan sentiasa berdoa agar perkahwinan ini kekal abadi.”
Demikian tegas Awie yang mahu umum memahami bahawa majlis resepsi yang dilangsungkan pada malam Jumaat lalu di sebuah banglo persendirian di Batu 9, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan itu bukan untuk menunjuk-nunjuk.
“Kerana itu majlisnya tidak berlebihan. Saya adakan secara sederhana sahaja. Buat apa yang termampu,” kata Awie yang buat pertama kalinya memperkenalkan secara rasmi isterinya, Rozana Misbun kepada khalayak selepas berkahwin lebih setahun lalu.
Awie, 39 dan Rozana, 27 yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun telah bernikah pada 20 Jun tahun lalu setelah tiga tahun berkawan.
Perkahwinan kedua Awie itu menjadi kontroversi apabila dikatakan penyebab punca keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon/penyanyi Arni Nazira Anuar, 28 apabila Arni menuntut cerai setelah lapan tahun berkahwin.
Mereka yang mempunyai dua cahaya mata, Puteri Aleeya Antasha, enam dan Puteri Aleefa Antasha, empat kini berada di bawah penjagaan Awie.
Pada majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 tetamu yang juga diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Awie, penyanyi rock itu turut memakaikan seutas gelang emas bertatahkan batu permata bernama Awie di tangan kanan Rozana sebagai simbol pertautan kasih sayang mereka.
Merancang majlis meraikan perkahwinannya itu sejak lebih seminggu lalu, Awie dan Rozana turut diiringi kedua-dua anak Awie, Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa sebagai gadis bunga.
Hadir sama memeriahkan majlis ialah kedua ibu bapa Awie, Othman Maarof dan Azizah Abdul Hamid serta adik dan abang Rozana, Amanda dan Rosman serta beberapa rakan artis yang terdiri daripada anggota Kumpulan Wings, Afdlin Shauki dan Bob Lokman yang bertindak sebagai pengacara majlis.
Malu-malu
Rozana atau nama manjanya Joanna yang kini hamil empat bulan pula kelihatan malu-malu apabila ditanya mengenai perkahwinannya itu.
“Kami mula berkenalan sejak 2002 apabila bertemu di sebuah restoran. Saya memang peminatnya dan sejak pertemuan itu, kami mula berkawan rapat,” kata Rozana yang amat meminati lagu Sejati, dendangan Awie bersama Wings.
Ditanya mengenai pandangan negatif sesetengah pihak terhadap suaminya, tegas Rozana, “Dia lembut sebenarnya... Saya sukakan Awie kerana orangnya baik.”
“Malah dia langsung tiada masalah dengan anak-anak saya. Mereka sangat mesra dan manja,” pintas Awie sambil membayangkan mahukan anak seramai yang mungkin membuatkan Rozana tersimpul malu.
Mengenai kontroversi perkahwinannya, kata Rozana, dia tidak mahu ambil peduli dengan kata-kata orang.
“Mampukah kita menidakkan ketentuan Tuhan,” ujarnya lembut, satu ciri yang membuatkan Awie terpikat kepada Rozana selain seorang yang penyayang dan manja.
Malah kata Awie, Rozana bukan sahaja menepati ciri wanita pilihan, lebih penting, tiada jurang komunikasi dalam perhubungan mereka.
“Saya percaya dengan komunikasi dan dia mampu berbual dalam apa juga topik dan kami boleh bertukar-tukar pendapat. Itu yang bagus,” kata Awie lagi.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/info ... 1.htm#ixzz3DjiDmbjt
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
pd aqla...dah2la dduk smeja...bncang sama2 bina kembali hidup tu...Awie pun brapa kali nk bcerai...
b4 kwin pun mstla ko dh tahu si rzana ni mntnance tinggi....bincang2la...demi anak2 berderet dh pun...
mgkin awie kata dia mmpu bhgiakn anak2 dia tnp rzana....ttap x sama wei...kasih ibu tiada ganti... |
|
|
|
|
|
|
|
Patah tulang rusuk dipijak Awie
Oleh MOHD. IZUAN ROSELI dan MUHAMAD TARMIZE MOHD. NOR
[email protected]
AMPANG JAYA – Rozana Misbun memberitahu Mahkamah Majistret di sini semalam bahawa dua tulang rusuk kirinya patah manakala hidungnya pula retak akibat dibelasah suaminya pelakon dan penyanyi rock, Awie dalam perselisihan faham yang berlaku Jun tahun lalu.
Rozana, 37, berkata, sebelum dibelasah Awie, 46, atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, artis itu me-nuduh dia mencuri dan menggunakan duit RM400,000 yang disimpan di dalam akaun atas namanya tanpa kebenaran.
“Awie minta wang RM400,000 dari akaun saya tetapi saya beritahu tiada wang sebanyak itu dalam akaun saya.
“Duit tunai yang diberikan kepada saya pula saya belanjakan untuk urusan keluarga tetapi Awie tidak percaya lalu menumbuk muka saya bertubi-tubi terutama di hidung,” cerita Rozana.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rozana beritahu mahkamah, tulang hidung retak, tulang rusuk patah dipukul Awie
Published: 22 April 2015 9:43 PM
Isteri penyanyi rock Awie (gambar, kanan) memberitahu Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, tulang hidungnya retak dan patah tulang rusuk akibat dipukul, ditumbuk dan ditendang suaminya itu selepas berlaku perselisihan faham.
Rozana Misbun, 37, memberitahu mereka bertengkar selepas Awie atau nama sebenarnya Mohd Azhar Othman menuduhnya mencuri dan menggunakan wang tanpa kebenaran suaminya itu.
"Dia tanya saya, di mana wang tersebut ... saya memberitahunya kesemua wang tersebut dibelanjakan untuk urusan perbelanjaan keluarga, tapi dia tidak mempercayainya," katanya.
Katanya, Awie turut bertindak agresif dengan menghayunkan batang kamera (monopod) terhadapnya dan mengakibatkan telinga kirinya pula berdarah.
Selain itu, beliau berkata Awie memijaknya di bahagian badan sebelah kiri menyebabkan beliau mengalami pendarahan sehingga dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada 4 Jun tahun lepas, selama empat hari.
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene tentang perasaan dan reaksinya ketika kejadian itu, Rozana berkata beliau yang sedang menahan kesakitan merayu kepada suaminya itu untuk berhenti berbuat demikian.
Rozana berbaju dan berselendang biru memberi keterangan pada perbicaraan kes Awie yang menghadapi tuduhan mencederakan isterinya itu, pada Jun tahun lepas.
Pada 4 Julai lepas, Awie, mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Rozana, 36, di sebuah rumah di Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Kelang pada 1.30 tengah hari, 2 Jun tahun lepas.
Awie didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Ibu kepada lima anak itu berkata, Awie kemudian memberikan sehelai sapu tangan untuk membersihkan luka dan kemudian mengajaknya pergi ke sebuah bank di Ampang.
Bagaimanapun, Rozana berkata dia enggan pergi ke bank dalam keadaan demikian menyebabkan Awie bertindak menariknya masuk ke dalam kereta.
"Ketika di bank tersebut pemandu dia sentiasa berada di belakang saya dan dia (Awie) berada di luar bank itu," katanya yang mengeluarkan wang berjumlah RM30,000 daripada akaunnya di Alliance Bank pada 2 Jun tahun lepas.
Rozana kemudian pergi ke sebuah bank lain untuk mengeluarkan wang tambahan, namun gagal kerana beliau terlupa membawa buku simpanan bank itu.
Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Hazman Harun, Rozana memberitahu suaminya itu tidak mendengar terlebih dahulu penjelasan mengenai wang yang dibelanjakan sebaliknya memukul, menendang, dan memijaknya beberapa kali.
Rozana bagaimanapun, bersetuju dalam kejadian itu beliau tidak menjerit meminta tolong sedangkan lima anaknya dan pembantu rumah turut berada di dalam rumah pada masa kejadian.
Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung 3 Jun ini. – Bernama, 22 April, 2015.
|
|
|
|
|
|
|
|
Musykil lah..wang simpanan 400k sejak tahun bila perkahwinan?
|
|
|
|
|
|
|
|
400k belanja untuk keluarga ke untuk beli henbeg? adoilaaaaa
patut sawie warning lah siap2.. tumpang akaun u duit i meniaga ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti kita tunggu awie punye giliran plak kasi keterangan
sejak jaman bila kasi 400K tuh?
huntung sawie meniaga
mmg banyak duwit dia
takde ke awie cadang nak kawen lagi?
sape nak uruskan diri dia dan dua anak dia lagi tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 23-4-2015 08:00 AM
nanti kita tunggu awie punye giliran plak kasi keterangan
sejak jaman bila kasi 400K tuh?
sawi kawin tak jadi hal... perangai sawi suka kropok bini tu yg ngeri.
Kesian anak2 jadi mangsa.. mak diorang pulak ckp duit 400k habis sebab uruskan anak2..
Really?
|
|
|
|
|
|
|
|
itu yang nak tunggu sawie jawab plak
harus loyar dia akan korek sana sini
|
|
|
|
|
|
|
|
Rozana ni boros...xsayang duit.padan muka kena blasah. |
|
|
|
|
|
|
|
well
kita boleh putar selagi boleh
tapi akhirnya sure terpusing2 balik
so jangan nak goreng sangat
takut ada bukti nanti dah pening berpusing |
|
|
|
|
|
|
| |
|