|
farahanafarah posted on 23-11-2012 02:29 PM
now full package lah kot tapi nanti korang mesti tak suka dengan dia dahhh ..
there must be a reason why naper kitaorg akan rasa nyampah ya hamats yea x?
pelbagai speku menerjah otak tp just want to reserve till i got the spot point
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 23-11-2012 02:53 PM
biasanya yg berani2 nih sure ler tak kena musibah segala...yg kena macm pelanduk masuk kg...sah2 k ...
ana nie kdg kala berani x bertempat pun yea gak itu yg arwah ibu dulu kala cukup seriau dgn ana nie masa mula2 dok berjauhan dr keluarga pastue ana pun a bit nakal gak, lglah pening pala mak ayah ana kat kg
ana pernah gak kena approach tp ana wat dunno until one mubaligh kristian dok usha2 pujuk kami ikut diaorg dgn cara paling lembut dan halus, mula2 tue cam kena pukau tp bila ana tersedar terus kena maki nasib x kuar semangat mat kilau mahu ada yg mati kena tetak
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 23-11-2012 03:07 PM
hamboi...dasr buaya puaka pak arb tuh ya...kalu saya ana...kata aje...mulut ko serupa unta...ahaha ...
hohoho xde maknanya ana ni shantek hokeh
klu org perati sure tergezut sbb ana ni penampilan cam makcik2 aje tp pelik sungguh si pak arab tue leh tgk kita cam x pernah jumpa pompuan cuma dr apa yg pembantu dia kat boss ana adalah si pak arab tue teruja dgn gaya ana yg simple, pakaian x menjolok mata, no make up at all, abis nak wat camner mmg dah lama ana x sentuh make up even lipstick, sejak ana membesar nie lg suka jadi cam biasa2 aje
sellie sure shomel aje kan
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 23-11-2012 10:25 PM
sori fara...x sempt nak tanya sbb ada sesi gotg royg kat ofis kita....huhu...ofis wat renovate...s ...
x abis2 sellie dok speku si TD nak anukan si lisa
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 24-11-2012 03:51 AM
ok itu sangat extreme punya imagination...haha...mana boleh reveal..tungguuuuu...
imagination sellie mmg selalu extreme ya hamats
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 25-11-2012 09:48 AM
x abis2 sellie dok speku si TD nak anukan si lisa
dh fara kata akan dibenci...apalg perkara jht yg TD wat...ahaks...harp2 taklah ya...tuan umh jgn kejam sgt ya...
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 25-11-2012 09:47 AM
hohoho xde maknanya ana ni shantek hokeh
klu org perati sure tergezut sbb ana ni penampilan cam m ...
Sy pon xlah hana...sama gak ler ghupa makcik2...ank buah dh 5 tau...
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 25-11-2012 09:43 AM
ana nie kdg kala berani x bertempat pun yea gak itu yg arwah ibu dulu kala cukup seriau dgn ana ni ...
xper...berani kerana benar...hahahh...takpe ler tuh...kiranya hana ni tabh & strong orgnya.......adik sy tuh pun jenis gitu tau hana...ikutkn macm2 gak dugaan dia...dia mmg matg dr kakaknya...huhu....
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 24-11-2012 03:52 AM
tu lah, sakit hati betul dengan perangai dorang ni...dorang mcm ada geng..dah macam flasher instit ...
Oh ya? Ya Rabbi...gila hapa...nk pi blajar ke wat maksiat...keje gila...
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 24-11-2012 03:51 AM
ok itu sangat extreme punya imagination...haha...mana boleh reveal..tungguuuuu...
dh abis cuti tuh ...smbg le cepat2...ya laling...i can't stand it...huhu...tak menyabor...
|
|
|
|
|
|
|
|
xde sambungan lg ke??
best crita nie... |
|
|
|
|
|
|
|
BAB 11
Maria, Suzy, Awin dan Leha sedang menikmati makan tengahari di kantin kilang sewaktu Amran menghampiri mereka. Tersenyum simpul Maria melihat jejaka pujaan hatinya ada di depan mata.
“Assalamualaikum…” tegur Amran.
“Waalaikumussalammmmmm….” Balas mereka berempat meleret-leret dengan suara yang tergedik-gedik. Maria apatah lagi, meliuk-liuk badannya cuba menggoda Amran. Amran yang melihat hanya memandang kosong. Langsung tidak terliur.
“Ada apa abang datang sini cari maria?” soal maria dengan lenggok manja yang dibuat-buat. Rambutnya yang dipotong paras bahu dipintal-pintal dengan jari, dengan harapan perlakuan itu dapat menggoda Amran. Dia seolah-olah yakin bahawa Amran mencarinya, padahal lelaki itu langsung tidak menyebut namanya.
Amran hanya melemparkan senyum.
“Kenapa Lisa tak datang kerja hari ni? Dia sakit ke?” soal Amran ingin tahu.
“Kau tak tahu ke Amran?” soal Awin pula. Amran pelik, tahu apa pula ni.
“Tahu apa Awin? Ada apa-apa yang perlu aku tahu ke?” belum sempat Awin mahu menjawab soalan yang dilontarkan Amran, Maria sudah terlebih dahulu menyampuk.
“Nenek kesayangan dia kan dah mati…duduk berkabung kat kubur lah agaknya tu sampai ponteng kerja,” balas Maria tanpa rasa sedih atas kematian neneknya.
“Hah?? Bila meninggalnya? Maaflah saya tak tahu, kalau tak saya pasti datang menziarah. Kalau macam tu Lisa ada kat rumah lah sekarang? Bolehlah saya melawat dia petang nanti, lepas habis kerja.” Amran terkejut dengan berita yang baru diterimanya itu.
Kasihan Lisa, pasti dia sedang bersedih. Sedikit sebanyak Amran agak terkilan dengan Lisa, sampai hati gadis itu tidak memaklumkan akan kematian neneknya. Sedangkan selama ini mereka boleh dikatakan agak rapat.
Maria tidak berminat mahu bercerita lebih lanjut tentang Lisa. Panas hati!
“Abang Amran dah makan? Kalau belum, jomlah makan sekali. Jomlah abangggg…” rengek Maria tanpa segan-silu meraih lengan kanan Amran dan memautnya manja. Amran rimas, dia tidak betah dengan perangai Maria yang mengada itu. Perangai Lisa dan Maria cukup berbeza walaupun mereka sepupu. Lisa lembut dan sopan orangnya tapi tidak Maria yang lebih kasar dan kurang ajar.
Maria makin mengada, dirapatkan tubuhnya dengan tubuh Amran. Amran cuba menjauhkan diri dan melepaskan tangan Maria yang erat memaut lengannya. “Saya dah makan tadi Maria, maaflah. Saya ada kerja sikit, lain kali kita makan sama okay. Tolong sampaikan sekali salam takziah saya pada Lisa ye. Saya mintak diri dulu.” Tindakan Amran yang tidak melayan Maria membuatkan Maria naik angin. Jatuh air mukanya didepan sahabatnya, Nampak sangat Amran tidak berminat padanya. Malu!
“Lisa kau tu dah lari dari rumah. Dia tu bukan baik punya manusia, ada ke patut nenek dia meninggal dia tak uruskan pun nenek dia tapi terus bungkus kain baju dan keluar dari rumah. Orang macam tu kau berkenan ye Amran. Tak payahlah, si Lisa tu perangai macam sundal, tapi kau je bodoh yang percayakan dia. Dia bukan nak pun kat kau, kau yang terhegeh-hegeh.” Maria mula buat cerita bohong. Dia sakit hati dengan sepupunya itu, apalah kelebihan yang Lisa ada sehinggakan Amran langsung tidak pandang perempuan lain.
Amran terkejut dengan tuduhan Maria. Dia tahu Lisa bukan sebegitu, pasti Maria saja mereka-reka cerita.
“Tak payah buat cerita tak elok pasal lisa lah Maria, saya kenal dia macamana. Dia budak baik. Ya, memang saya sukakan Lisa dan saya nak kahwin dengan dia. Walau jauh mana pun dia pergi saya yakin dia akan balik ke sini semula dan dia akan kawin dengan saya.” Amran berbicara dengan yakin seolah-olah Lisa pernah mengikat janji dengannya.
Maria ketawa sinis, seolah-olah mengejek sedangkan menggelegak hatinya mendengar pengakuan Amran.
“Tunggulah dia kalau kau nak tunggu…dia tu entah-entah tengah sedap berbahagia dengan jantan lain, sebab tu dia lari dari rumah. Kau tak pelik ke, dia tu mana ada saudara mara yang lain tapi dia berani lari dari rumah, kau rasa dia ikut sapa? Sah-sahlah dia ikut jantan! Dia mana ada kawan. Kau ni pun, bodoh sangat kenapa.” Begitu lantang Maria memburukkan Lisa.
Amran sakit hati dengan tuduhan Maria. Dia tidak percaya, baginya Lisa terlalu baik. Lisa tak mungkin berperangai seperti apa yang Maria momokkan. Dia yakin! Amran malas untuk berlama disitu, nanti entah apa lagi yang akan diceritakan Maria, dia segera berlalu.
Rakan-rakan Maria yang sedari tadi mendengar hanya diam, faham sangat dengan perangai Maria. Sepuluh yang terkeluar dari mulutnya, hanya satu yang boleh diguna pakai. Yang lain hanyalah penyedap cerita.
“Betul ke Lisa lari dari rumah, Maria? Setahu aku dia mana ada kawan, kat kilang ni pun dia kawan gitu-gitu je dengan budak kilang. Berani pulak budak tu lari dari rumah ye?” soal Suzy sambil menyedut air yang masih bersisa.
Maria mendengus, malas melayan. Dia sakit hati dengan Amran. Suka sangat nak bela Lisa tu. Tunggulah satu hari nanti, Amran akan dapat balasan yang setimpal. Dia kembali melabuhkan punggung ke kerusi. Suzy yang perasan akan mood Maria malas mahu bertanya lagi, silap haribulan kena maki. Bukan dia tidak tahu perangai kurang ajar Maria itu.
“Geng! Kau ingat tak mamat yang handsome yang kita nampak kat hotel hari tu?” tanya Leha teruja. Di pandang wajah rakan-rakannya.
“Ingat-ingat…! Aku ingat! Pehhhh…handsome kan?” sahut Suzy, pantang kalau dengar pasal lelaki kacak, mulalah datang miangnya. Terbayang-bayang diruang matanya seorang lelaki yang tegap, tinggi dan penuh aura sedang berjalan sambil membawa sekuntum ros merah untuk dipersembahkan padanya. Wah…bahagianya. Angan suzy.
Awin yang sejak tadi memerhati gelagat Suzy, menepuk kuat bahu sahabatnya itu. Ingin menyedarkan Suzy dari angan-angan. Sudah masak sangat dengan perangai sahabatnya itu. Berangan tidak habis-habis. Suzy mendengus, kacau betul. Baru nak berangan sikit dah kena sergah. Mulut yang tebal dengan lipstik pink itu dimuncungkan.
“Ha..ingat lawa sangatlah buat mulut macam tu,” giat Awin. “Mamat yang mana kau cakap ni leha? Bagi klu sikit, aku ni susah nak ingat muka orang,” sambung Awin sambil matanya tepat memandang ke arah Leha.
“Ala…kau ni, mamat yang kat lobi hotel masa jamuan kilang kita kat KL hari tu. Mamat yang mula-mula pandang kita lepas tu buat muka sombong tu. Yang putih-putih, tinggi, pakai baju warna hitam dengan tie merah kot kalau tak silap aku.” Terang Leha bersemangat. Lelaki itu sungguh kacak dan sempurna pada pandangannya tapi sombong. Leha sempat melemparkan semyuman pada lelaki itu tapi langsung tak balas balik senyumannya malah dipalingkan muka ke arah lain. Lelaki tu ingat dia kacak sangat agaknya. Tapi memang kacak pun.
Awin termenung seketika, cuba mengingati mamat yang digambarkan tadi tapi sayang, dia langsung tidak ingat. Sayang sungguh!
“Adoiiiiii….bengap betul otak kau ni.” Marah Suzy. Awin mencebik. Dah tak ingat nak buat macamana.
“Kau ingat tak mamat yang Leha cakap tadi, Maria?” tanya Awin pada Maria yang senyap dari tadi. Mungkin marah pada Amran masih belum hilang agaknya. Tiga pasang mata memandang Maria, menantikan jawapan. Maria menjeling rakan-rakannya.
“Time aku tengah bengang ni lah kau nak tanya pasal mamat tu lah, mamat ni lah. Korang dah tak ada kerja lain nak buat? Kalau dah rasa banyak sangat masa pergi buat O.T! dapat duit bagi kat aku!” jerkah Maria. Lantas bangun meninggalkan sahabatnya.
Mereka semua terpinga-pinga dengan reaksi Maria. Dalam hati masing-masing timbul rasa meluat. Maria langsung tak reti nak jaga hati mereka sebagai sahabat. Tapi kalau hati dia bukan main nak suruh orang jaga. Malas mahu melayan mereka sambung berborak kosong sementara menantikan waktu rehat habis.
p/s : ampun semuaaaaa...lambat sikit, busy sesangat...enjoylah ye... |
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 25-11-2012 08:10 PM
dh fara kata akan dibenci...apalg perkara jht yg TD wat...ahaks...harp2 taklah ya...tuan umh jgn k ...
kejam sikit je kotttt
|
|
|
|
|
|
|
|
Cik_Andak posted on 25-11-2012 11:33 PM
xde sambungan lg ke??
best crita nie...
dah sambung dah..mari2
|
|
|
|
|
|
|
|
sellie003 posted on 23-11-2012 02:53 PM
biasanya yg berani2 nih sure ler tak kena musibah segala...yg kena macm pelanduk masuk kg...sah2 k ...
menakotkan dunia sekarang niii
|
|
|
|
|
|
|
|
fatehana posted on 25-11-2012 09:39 AM
there must be a reason why naper kitaorg akan rasa nyampah ya hamats yea x?
pelbagai speku menerj ...
mesti ada reason punya...heheh... cer citer speku yg ada dalam otak tuh..hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 12
Tengku Dennis yang terjaga dari tidur terkejut bukan kepalang apabila melihat lembaga berpakaian pelik dihadapannya. Hampir terjerit dia saat melihatkan lembaga tersebut yang sekejap terbongkok, sekejap duduk dan kemudian berdiri kembali. Dengan cahaya lampu tidur yang samar-samar tengku Dennis tidak dapat memastikan bahawa lembaga tersebut spesis manusia atau jembalang. Lama tengku Dennis memerhatikan lembaga tersebut kemudian barulah dia teringat bahawa lembaga tersebut mungkin gadis yang bernama Lisa.
Ternyata telahannya benar. Lisa yang sudah siap bersolat melipat tuala yang dijadikan sejadah. Dia masih belum perasan Tengku Dennis sudah bangkit dari tidur dan sedang duduk dibirai katil. Lisa menanggalkan pula tuala yang dijadikan penutup kepala bagi melindungi rambutnya sewaktu bersolat tadi. Ketika mahu menanggalkan kemeja kerja yang berwarna putih milik Tengku Dennis, Lisa dikejutkan dengan suara lelaki itu.
“Siapa benarkan kau pakai baju aku? Semalam bukan main banyak lagi aku beli baju untuk kau, yang kau rembat baju aku kenapa?” soal Tengku Dennis garang. Lisa menggigil apabila Tengku Dennis semakin menghampiri. Seram sejuk tubuhnya. Tengku Dennis sudah berdiri tegak dihadapan Lisa. Jarak tubuh mereka hanya sejengkal.
“Seluar aku kau pakai, stoking aku kau pakai, kau nak pergi mana pakai macam ni? Memang dasar gila betul lah kau ni,” ulas Tengku Dennis. Lisa dipandangnya atas bawah, lawak sungguh! Dengan seluar slack, kemeja dan stokin milik Tengku Dennis, gadis itu kelihatan sungguh aneh. Tengku Dennis mencekak pinggang sambil menunjukkan wajah garang dihadapan Lisa.
Lisa menutup mata dan menahan nafas tiap kali Tengku Dennis bersuara. Pehh!!! Bau jamban!
“Agak-agaklah encik, kalau nak sembur saya pun. Bawak-bawaklah pergi gosok gigi dulu. Bau jamban tau tak!” marah Lisa berani. Naik lemas rasanya dengan bau mulut Tengku Dennis.
“Pergi mandi dulu, gosok gigi, sabun wangi-wangi lepas tu baru sambung marah saya eh. Saya tak pergi mana-mana, saya janji saya tunggu kat sini,” usul Lisa takut-takut apabila terpandang wajah Tengku Dennis mula memerah. Entahkan sebab malu atau bengang tidak pula Lisa tahu.
Sungguh, Lisa bukan mahu mengaibkan Tengku Dennis tapi bau nafasnya boleh buat Lisa pitam kalau dia menunggu lebih lama. Nak tak nak terpaksa diberitahu. Lisa yakin, bau nafas Tengku Dennis berkait rapat dengan aktiviti menghisap rokok. Nasib baiklah gigi Tengku Dennis putih, bersih dan teratur cantik. Kalau tidak….
Tengku Dennis hilang kata. Tentu saja dia malu dengan teguran itu. Bodoh betul! Tengku Dennis menjarakkan tubuhnya dari tubuh Lisa.
“Cakap orang, kau ingat mulut kau wangi sangat! bau mulut kau lagi dahsyat, bau longkang!” balas Tengku Dennis geram.
Lisa langsung tidak terasa. Nampak sangat Tengku Dennis nak cover line. Kalau busuk tu mengaku sajalah, tak payah putar belit cerita.
“Bau longkang pun longkanglah…asal jangan jamban,” ujar Lisa perlahan. Entah kenapa dia tetap berlawan kata dengan Tengku Dennis, sedangkan dia tahu lelaki itu seorang yang baran. Seorang lelaki yang tidak teragak-agak untuk naik tangan pada perempuan, buktinya sewaktu pertama kali mereka berjumpa dan bergaduh. Lelaki itu hampir melayangkan penampar tapi nasib baik Pak Dollah ada time tu, kalau tak memang pecah bibir. Tapak tangan dahlah besar macam King Kong. Nasib baik putih, kalau hitam memang sebijik King Kong lah.
Walaupun kata-kata itu perlahan namun Tengku Dennis masih dapat mendengarnya dengan jelas. Dengan perasaan malu dan bengang Tengku Dennis segera menuju ke pintu tandas dan menghempasnya kuat. Lisa yang masih tercegat berdiri terperanjat, kus semangat. Kalau ada masalah jantung dah lama arwah.
Lisa cepat-cepat menanggalkan kemeja dan seluar Tengku Dennis yang masih tersarung dibadannya dan mencapai t-shirt polo ala dress paras lutut dan menyarungnya tergesa-gesa, bimbang Tengku Dennis keluar dari tandas. Karang tak pasal-pasal pula.
Tengku Dennis yang asyik menjamu selera tidak mempedulikan Lisa yang masih menguis-nguis makanan. Dia tidak punya banyak masa, ada banyak kerja yang perlu diselesaikan dengan segera. Dari pagi hinggalah ke petang dia akan menghabiskan masa di pejabat untuk menyiapkan kerja yang bertimbun, bimbang andai ditangguh akan bertambah bebanan kerjanya itu.
“Yang terkebil-kebil lagi ni kenapa? Aku sibuk ni, banyak kerja nak buat. So, jangan buat perangai boleh?” lagaknya seperti marahkan kekasih hati yang mengada-ngada pula. Lisa hanya mengeluh. Pagi-pagi macam ni tak berselera untuk menjamah apa-apa makanan walaupun banyak makanan ala buffet yang tersedia. Ditambah pula dengan pandangan para pekerja hotel dan mata-mata nakal yang tajam memandang ke arahnya.
Tengku Dennis yang duduk berhadapan dengannya dipandang sekilas, lelaki itu masih setia memandangnya. Lambat-lambat Lisa membuka mulut.
“Saya tak selesa lah encik…pekerja hotel kat sini pandang saya semacam je. Rasa macam orang bersalah pulak,” adu Lisa persis berbisik sambil mendekatkan sikit wajahnya ke arah Tengku Dennis. Bimbang andai lelaki itu tidak mendengar.
Tengku Dennis buat muka selamba dan mendekatkan pula wajahnya ke arah Lisa, mahu berbisik.
“Tak payah nak perasan sangat yang semua orang pandang kau. Kau bukan cantik sangat pun.” Bisik Tengku Dennis kembali. Lisa ketap bibir, ada saja jawapan Tengku Dennis yang bakal menyakitkan hatinya. Menyesal bagitahu!
“Dah! Makan cepat…aku tak ada masa nak layan kau,” gesa Tengku Dennis. Dia sebenarnya perasan, pekerjanya sibuk memandang ke arah Lisa dan dirinya, kemudian saling berbisik. Entah apalah yang diumpatkan.
Lisa buat muka meluat. Macamlah dia yang memaksa Tengku Dennis bersarapan. Lelaki itu yang beria-ia memaksanya turun untuk sarapan. Sudahlah selipar kesayangannya dibuang ke dalam tong sampah, lepas tu kena paksa pakai heels pula.
“Kau cari apa ni sampai bawah katil pun nak cari? Ini hotel, tak ada ruang bawah katil untuk membolehkan guest simpan apa-apa pun kat bawah tu. Jangan nak jakun sangat,” ejek Tengku Dennis apabila melihat Lisa melutut mahu menyelak cadar untuk mencari sesuatu dibawah katil
Bibir itu kelihatan terkumat-kamit. Macam baca mantera pun ada.
“Encik…encik ada nampak tak selipar saya? Puas dah saya cari serata bilik tapi tak ada. Saya rasa saya dah letak sebelah kasut encik semalam. Ishh…tak kan ada perompak pulak.” Lisa hairan, puas dicari namun seliparnya tidak juga ditemui. Bilik hotel Tengku Dennis bukanlah sebesar rumah banglo sehinggakan barang hilang tak jumpa-jumpa bila cari.
Lisa bangun dan menolak pula pintu bilik air. Bawah sinki, dalam jakuzi, dalam kabinet, semua tak ada. Dia mula berputus ada. Tengku Dennis pula hanya buat tidak tahu sambil tenang berdiri dihadapan cermin untuk membetulkan tali lehernya. Senyuman dibibir cuba disembunyikan.
“Tak payah nak cari lagi, pakai je kasut yang aku beli semalam tu. Kau ni suka sempitkan otak tu. Takat selipar buruk tu tak ada orang nak curilah,” ejek Tengku Dennis. Dicapai salah satu kotak berisi kasut dan dicampakkan ke arah Lisa yang masih berdiri dihadapan pintu bilik air. Kelam kabut gadis itu menyambut.
“Perlu ke nak campak-campak? Bagi elok-elok tak boleh?” soal Lisa geram.
“Cepat sikit! Jangan nak banyak bunyi lagi,” marah Tengku Dennis. Dalam paksa, Lisa tetap menyarungkan kasut bertumit yang tingginya mencecah 3 inci. Terkial-kial dia berlari anak untuk menyaingi langkah Tengku Dennis yang sudah keluar dari bilik hotel.
“Lisa! Lisa! Jangan nak berangan boleh tak? Aku tak ada masa nak layan kau.” Tengku Dennis naik angin. Gadis itu dilihatnya seperti berada dalam dunia lain. Naik lenguh tangannya dilambaikan di depan gadis itu namun tiada respon.
Lisa mendengus. “Dah sudah dah…jomlah,” ajak Lisa malas. Dia segera bangkit dari duduknya dan merapati Tengku Dennis yang sudah berdiri. Bob dan Adam yang bersarapan bersama tapi berlainan meja tergesa-gesa bangun. Sewaktu Tengku Dennis berdiri tidak pula mereka berdiri, sibuk sangat melantak. Tapi apabila Lisa berdiri terus mereka kelam-kabut, takut dimarahi Tengku Dennis.
Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu masuk lobi hotel. Lisa yang masih membuntuti Tengku Dennis hampir terjatuh apabila lelaki itu tiba-tiba berhenti dan memusingkan badannya ke belakang. Nasib baik Adam berada dibelakangnya. Lelaki itulah yang memaut lengannya menghalangnya dari terjatuh. Nak harapkan Tengku Dennis mimpilah. Sombong!
“Eeee…jangan nak buat roadblock mengejut tengah jalan boleh tak? Nasib baik saya tak jatuh.” Lisa segera memarahi Tengku Dennis apabila tubuhnya sudah stabil. Sudahlah pakai high heels, nak berjalan pun susah. Pantang silap langkah terus nak tergolek.
“Yang kau ikut aku ni kenapa?”
“Lah…tadi yang encik pot pet pot pet marah saya sebab lambat tu kenapa? Dah encik marah-marah saya lambat, saya ingat encik suruh saya ikut enciklah. Lagipun takkan saya nak duduk kat restoren tu sorang-sorang.” Luah Lisa panjang lebar.
“Sepatah aku cakap, berpatah-patah kau jawab. Aku nak pergi office aku, kau ikut Bob dan Adam pergi buat report pasal i.c kau semua tu, lepas tu pergi JPN buat i.c and apa yang patut. Cakap je kat Bob, mana kau nak pergi. Nanti mereka bawakkan. Dah! Pergi sana, menyusahkan betullah kau ni.” Tengku Dennis segera berlalu ke keretanya. Tanpa pamit, dia memecut laju meninggalkan Lisa bersama dua orang pengawal peribadinya. Dia tidak memerlukan pengawal peribadi hari ini kerana masanya hanya akan dihabiskan di pejabat.
Lisa agak kecil hati dengan kata-kata Tengku Dennis. Menyusahkan! Ya, memang dia selalu menyusahkan orang disekelilingnya. Dari dulu perkataan menyusahkan sentiasa dijadikan halwa telinganya. Tidak sangka, walau sudah jauh dari kampong halaman, perkataan menyusahkan itu tetap dilagukan kepadanya.
“Cik, jom kita ke kereta. Bob dah tunggu dalam kereta,” ajak Adam. Kasihan melihat wajah muram gadis itu. Pasti sedih kerana dimarahi Tengku Dennis. Adam pun pelik, kadang-kadang layanan Tengku Dennis terhadap gadis ini seperti layanan seorang kekasih terhadap kekasih tapi kadang-kadang macam orang yang dibenci. Pelik sungguh!
Lisa cuba mengusir rasa kecil hati dan sedih yang mula bertamu dihatinya. Tanpa sebarang kata dia melangkah menuju ke arah BMW X6 milik Tengku Dennis yang dipandu oleh Bob. Adam membuka pintu tempat duduk belakang untuk Lisa.
Sebelum sarapan Tengku Dennis sudah menerangkan tugas mereka pada hari ini iaitu menemani Lisa ke balai polis dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk menguruskan dokumen pengenalan diri gadis tersebut dan menjaga keselamatannya.
“Cik lisa dah lama kenal dengan Tengku Dennis?” soal Adam memecah kesunyian dalam kereta.
“Hah..taklah, saya baru je kenal dia,” jawab Lisa ringkas. “Panggil Lisa je lah, seganlah nak bercik-cik ni. Lagipun saya bukan majikan Abang Adam dan Abang Bob,” tegur Lisa.
Adam telan liur. ‘Abang Adam’…haishhh..sedap pulak bunyinya bila disebut oleh orang cantik ni. Bob hanya tersenyum.
“Tak boleh Cik Lisa, nanti tengku dennis marah. Dia dah pesan suruh panggil Cik Lisa. Nanti tak pasal-pasal kena buang kerja pulak.” Bob menerangkan pada Lisa tentang arahan Tengku Dennis. Mereka tidak berani mengingkarinya kerana Tengku Dennis seorang yang garang dan baran. Dia terlalu berkuasa.
Lisa mencebik. “Alah…jangan cakap depan dia, belakang dia panggillah Lisa. Depan dia panggil Cik Lisa. Tak sukalah cik-cik bagai ni. Tak mesra…” saran Lisa sambil tergelak. Bob dan Adam saling berpandangan lantas mengangguk. Mereka bertiga ketawa serentak.
“Abang Bob, Abang Adam…Tengku Dennis tu kerja apa?” tanya Lisa ingin tahu. Sejak melihat kereta Tengku Dennis semalam membuatkan Lisa tertanya-tanya akan pekerjaan Tengku Dennis.
Adam dan Bob kelihatan teragak-agak untuk menjawab. Adam garu kepala sambil tersengih-sengih memandang Lisa dibelakang kemudian pandangannya dihala pula ke arah Bob yang sedang memandu. Seolah-olah menyuruh Bob yang menjawab.
Setelah seketika menunggu barulah Bob menjawab.
“Tengku Dennis tu jutawan. Dia ada banyak perniagaan. Hotel tu Tengku Dennis yang punya. Ofis yang Tengku Dennis cakap nak pergi tadi HQ Hotel Emperor lah. Bangunan tu ada 25 tingkat. Tingkat bawah sampai sepuluh, ofis Hotel Emperor, ofis tu macam pusat untuk urusan semua rangkaian Hotel Emperor seluruh dunia. Tingkat sebelas sampai atas sekali, ofis shipping company Tengku Dennis.” Terang Bob serba ringkas. Lisa kagum dan terkejut. Kayanya! Tapi...
“Tengku Dennis tu garang dan baran tau Lisa. Pantang ada salah sikit mesti dia mengamuk. Tengku Dennis tu ketua…” Belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, Bob segera menyampuk.
“Saya rasa cukuplah itu saja yang Lisa perlu tahu, kalau nak tahu banyak perkara, Lisa kena tanya dia sendiri. Kami tak berani nak cerita lebih-lebih. Apa yang kami cerita hari ni, jangan pulak Lisa bagitau Tengku Dennis. Nanti dia marah, masak kami.” Pinta Bob. Adam disebelah Bob terus terdiam sehinggalah mereka sampai ke balai polis. Setelah selesai urusan di balai polis, mereka segera ke Jabatan Pendaftaran Negara.
Lisa tidak selesa apabila dia melangkah masuk ke dalam bangunan Pabatan Pendaftaran Negara. Sudahlah sewaktu turun dari kereta tadi ramai yang memerhati. Siapa yang tidak akan tertarik melihat kereta mewah yang diparkir dihadapan pintu masuk Jabatan Pendaftaran Negara dan pintu bahagian penumpang pula ada tukang yang membukanya. Lisa dilayan persis puteri raja sedangkan dirinya hanya orang miskin yang menumpang harta orang, harta siapa? Harta Tengku Dennis lah.
Segalanya diuruskan oleh Bob, mereka langsung tidak perlu menunggu. Entah apa yang Bob katakan pada pekerja dikaunter, mereka terus diberi borang, ambil gambar dan siap! Tidak perlu mengambil nombor giliran seperti orang lain. Lisa diberikan sekeping kertas sebagai ganti kad pengenalan sementara. Dalam masa sebulan barulah kad pengenalannya siap.
Sewaktu kereta baru bergerak keluar dari perkarangan Jabatan Pendaftaran Negara, Adam menghulurkan telefon bimbitnya pada Lisa. Lisa menggerakkan mulutnya bertanya siapa yang menelefon. Adam tidak menjawab, hanya tersengih sambil mengunjukkan telefon itu kepada Lisa. Adam ni tak habis-habis dengan senyuman dia tu, fikir Lisa. Namun handphone itu tetap disambut dan dilekap ke telinga. Suara garau kedengaran.
“Kat mana?” tanpa hai apatah lagi salam, Lisa terus diterjah dengan soalan itu dari pemanggil.
“Waalaikumussalam…siapa ni,” soal Lisa kembali. Dia tahu itu suara Tengku Dennis tapi dia sengaja menyakat. Tak ada adab! Main redah je..padanlah dengan muka tu.
Lisa tutup mulut dengan tangan kirinya menahan tawa. Dapat dibayangkan wajah kemerahan Tengku Dennis yang menahan amarah.
“Jangan nak perli-perli aku Lisa.” Tengku Dennis memberi amaran. Lisa ketawa perlahan.
“Ada apa call ni, kitorang dah on the way balik dah ni…”
“Nanti lunch kau bagitau Adam nak makan apa nanti dia akan suruh waiter hantarkan kat bilik. Aku sibuk ni, bye!” Tengku Dennis segera memutuskan talian setelah menuturkan ayat tersebut. Tidak sempat untuk Lisa bertanya apa-apa. Handphone bertukar tangan.
“Tengku cakap apa? Dia marah ke?” tanya Adam tidak sabar apabila melihat wajah Lisa yang berkerut sewaktu menyerahkan handphone tersebut.
“Tak lah…dia tak marah, eh..kita nak lunch kat mana ni?” soal Lisa, cuba untuk menukar topik. Pesanan Tengku Dennis sudah hilang entah ke mana. Lantaklah…bukan dia tahu pun kat mana aku makan dan apa yang aku makan. Boleh kawtim dengan Abang Bob dan Abang Adam supaya jangan bagitahu lelaki itu. He..he..
p/s : buat peneman tido malam nih...kui kui |
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 26-11-2012 11:44 PM
kejam sikit je kotttt
Kejam sikit.....! adkh lisa kena pukui ka...
|
|
|
|
|
|
|
|
farahanafarah posted on 26-11-2012 11:47 PM
menakotkan dunia sekarang niii
Tulah pasal...nasib adik saya...ikutkn dia dah macm2 dugaan kena kt dia...tp tabh gaklah...cuma kepala angin sikt...lepas kahwin...ada 2 anak lelaki yg sgt kiut...bahagia dah idup dia sekrg...kurg dh sikp barn dia...huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
kelakolah LISA nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|