CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ultra78

[Tempatan] Gurau tak bertempat, remaja lelaki rentung dalam tandas awam

[Copy link]
Post time 30-8-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok nama macam keturunan pendatang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2022 08:13 PM | Show all posts
'Boleh makcik maafkan tetapi akan ambil masa'


HIZANAWATI (kiri) menunjukkan gambar terakhir Muhammad Damin. FOTO Amirul Aiman

Kuala Selangor: "Saya mungkin boleh maafkan mereka, tetapi akan mengambil sedikit masa sebab kejadian ini baru terjadi," kata Hizanawati Abu Bakar, 48.

Ibu kepada Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16, yang terkorban dalam kebakaran tandas awam di Bandar Puncak Alam Fasa 3, kelmarin, reda dengan ketentuan Allah SWT namun bimbang perlakuan sama itu berulang dan mengenai anak orang lain.

Sehubungan itu, Hizanawati yang juga ibu enam anak menegaskan akan mengikuti perkembangan kes Muhammad Damin dari semasa ke semasa.

"Mungkin ajal arwah sudah tertulis, kalau ada di rumah sekali pun, mungkin dia akan meninggal dunia dengan cara lain.

"InsyaAllah, Muhammad Damin anak yang baik dan menurut perintah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kejadian kelmarin bermula apabila dua rakan mangsa bermain api di hadapan pintu tandas berkenaan sebelum api tidak terkawal.

Mangsa dikatakan tertidur di atas sofa, namun terjaga ketika kejadian tetapi baring semula.

Kata Hizanawati, jenazah Muhammad Damin yang juga anak kelima daripada enam beradik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Puncak Alam, kira-kira 6 petang semalam.

Pada masa sama, dia berkata, seorang daripada dua remaja terbabit datang berjumpa dengannya dan berkali-kali memohon maaf sambil menangis serta mencium tangannya.

"Dia datang kepada saya memberitahu, 'Makcik, saya minta maaf.' Saya hanya jawab, 'Boleh makcik maafkan, tetapi ia akan mengambil masa.'

"Si pelaku juga siap menawarkan diri untuk membantu kami sekeluarga," katanya.

Hizanawati berkata, dia mengakui terkejut selepas berita pemergian Muhammad Damin tular di laman sosial selain ramai rakan-rakannya terutama yang tinggal di Puncak Alam memberikan kata semangat kepadanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2022 08:15 PM | Show all posts
'Orang beritahu Muhammad Damin terkurung dalam tandas' - Ibu

Kuala Selangor: "Ada orang datang maklumkan arwah terkurung dalam tandas yang sedang terbakar. Saya tanya teruk atau tidak (keadaan arwah) tetapi orang itu meminta saya datang ke tempat kejadian.

"Dalam keadaan menggigil, saya bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, saya nampak pihak berkuasa membuat garisan tidak boleh masuk," kata Hizanawati Abu Bakar, 48.

Hizanawati adalah ibu kepada Muhammad Damin Mikhail Kamsol, 16, yang meninggal dunia dalam tandas awam yang terbakar di Bandar Puncak Alam Fasa 3 di sini, semalam.

Menurutnya, pada masa sama dia lihat ada trak polis dan melihat keadaan itu mula dapat mengagak bahawa anaknya sudah meninggal dunia.

"Semalam, arwah teringin sangat nak makan sambal ikan kembung dan minta saya masak untuk dia.

"Kebetulan, saya jarang sediakan juadah itu kerana ia merupakan kegemaran abang arwah (Muhammad Danial Haikal Khamsol) yang meninggal dunia kerana penyakit kencing tikus, tiga tahun lalu," katanya.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya iaitu remaja lelaki masing-masing berusia 15 dan 16 tahun sedang berbaring di atas sofa di dalam tandas berkenaan.

Kebakaran bermula apabila dua rakan mangsa bermain api di hadapan pintu tandas berkenaan sebelum berlaku kebakaran.

Mangsa dikatakan tertidur di atas sofa berkenaan, namun sudah terjaga ketika kejadian tetapi baring semula.

Mengimbau kembali detik terakhir bersama anak kelima daripada enam beradik itu, Hizanawati berkata, dia menitipkan pesanan melalui aplikasi WhatsApp kepada Muhammad Damin yang mahu keluar ke restoran mamak supaya mencuci luka di dua jari kanan yang terkena kaca, Jumaat lalu.

"Kedua-dua jari arwah luka ketika dalam perjalanan untuk bermain futsal di Alam Jaya.

"Jadi, saya ingatkan dia ajak kawan pergi ke klinik berhampiran untuk temankan dia cuci luka.

"Menerusi mesej sama, saya tanya arwah sama ada dia sudah makan atau belum. Dia kata sudah makan dan saya beritahu sambal ikan kembung sudah siap masak.

"Arwah membalas 'okey' dan memberitahu dia sudah makan ubat. Waktu saya mesej dengan arwah pada jam 2.26 petang," katanya sambil menahan sebak ketika ditemui di kediamannya di Bandar Puncak Alam Fasa 3 di sini, hari ini.

Hizanawati berkata, dia tidak pernah terfikir akan kehilangan Muhammad Damin selepas pemergian Muhammad Danial dan suaminya, Kamsol Abd Kadir.

"Suami meninggal dunia akibat strok pada April 2019. Selang beberapa bulan kemudian (September), Muhammad Danial pula menyusul.

"Pemergian arwah adalah kehilangan besar buat kami kerana dia banyak membantu keluarga terutamanya menghantar dan mengambil adik bongsunya (Qawiem Razin, 10) pulang sekolah.

"Jiran dan guru sekolahnya juga terasa kehilangan arwah yang mana sifatnya peramah dan rajin," katanya.

Pada masa sama katanya, dia sekeluarga menuntut polis menjalankan siasatan menyeluruh berhubung punca sebenar kematian Muhammad Damin.

"Ketika ini, kami masih menanti keputusan bedah siasat arwah yang dijangka diperoleh pada petang hari ini (semalam).

"Walaupun reda dengan pemergiannya, kami mahu tuntut keadilan agar punca sebenar dapat diketahui dan didedahkan kepada orang ramai," katanya.

Hizanawati berkata, sekiranya kes itu meragukan dia akan membuat laporan.

"Saya tidak anggap kejadian ini sebagai satu gurauan kerana ia membabitkan kehilangan nyawa selain bimbang selepas ini perlakuan tidak disengajakan seperti ini berlaku kepada pihak lain," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2023 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah kes tahun lepas rupanya, ingatkan baru2 jadi. Nampak kat tiktok maknya ada explen kenapa anak dia lalok2. Anak dia ni sehari sebelum kejadian, tangan dia luka sampai berjahit. So dia ada makan pain killer. Maybe pain killer tu buat anak dia lalok2 and memang anak dia ni sejenis kalau tidur susah nak bangun.
Lepas tu pasal sofa tu, benda ni bukan kat tandas tapi kat stor futsal. Dalam stor tu ada tandas. Sofa yang terbakar tu bentuk L betul2 menghadang pintu masuk stor. Stor tu xda daun pintu. So budak2 ni bakar sofa yang cun2 d muka pintu. Arwah ni tidur kat hujung sofa belah dalam stor. Bila area pintu tu dah terbakar, arwah ni terperangkap kat dalam stor. So dia lari ke tandas yang ada dalam stor tu. Huhu sedih plak. Mak dia tabah sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 11:46 AM GMT+8 , Processed in 0.268564 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list