|
Borak2 Menjelang Hari Bahagia Part 53 (KeLuaRGA BaHaGia)
[Copy link]
|
|
Hai korang!!!!! aku baru blik lunch!!!:pompom::pompom:
tiba2 aku "ter" beli rompers lg... 4helai jer..
Kat Reject Shop... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg x cun pun..aku budget dia tu cun habis..wakakkak
mmg muda pun ok!! 
akudancinta Post at 15-1-2010 15:13 
skang nie takut kan... bahaya betul... org sanggup menipu bagai nak idup.. yg xleh blah mamat 2 siap bagi 5k tuk beli lembu 3 ekor tuk kenduri.. |
|
|
|
|
|
|
|
skang nie takut kan... bahaya betul... org sanggup menipu bagai nak idup.. yg xleh blah mamat 2 siap bagi 5k tuk beli lembu 3 ekor tuk kenduri..
uglybetty08 Post at 15-1-2010 15:16 
tu la..mamat tu mcm kene bomoh je..ikut jek..
aku rasa klu org berfikiran waras mst selidik btl2..x kan sng2 jek serah duit
mak laki tu nk tuntut rugi 25k wei |
|
|
|
|
|
|
|
kwn aku cite lagi la..abes la pegawai atasan yg meluluskan borang permohonan azura ni
sbb bdn uniform klu nk kwen mmg pegawai akn luluskan.
klu nk kawen 2 pon, gaji pas dihitung2 klu di ta ...
ji_ji Post at 15-1-2010 15:18 
2 la pelik... diaorg kalo nak kawen semua strict kan.. kena mohon semua.. kalo dah approve br lepas... masak la pegawai2 dia yg x buat kije 2.. |
|
|
|
|
|
|
|
meh aku tepek..pastu baca same2 ek
BUKIT MERTAJAM: “Saya berhabis sebanyak RM25,000 untuk majlis perkahwinan ini, tapi apabila sampai di rumah pengantin perempuan untuk majlis pernikahan, bakal isteri hanya berkain batik dan baju-T menyambut ketibaan rombongan kami.
“Lebih mengejutkan, rumahnya tiada tanda persiapan untuk majlis kenduri dan ahli keluarganya juga tak kelihatan sedangkan saya lengkap berpakaian pengantin dengan rombongan lima kereta membawa hantaran,” kata Nurr Fahmy Abu Samah, 28.
Nurr Fahmy, inspektor polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah dekat sini, mendakwa dia dijadual diakad nikah dengan Lan Koperal Wan Azura Wan Ahmad, 28, di Masjid Jamek Kampung Gial, Arau, Perlis, pada 1 Januari lalu, diikuti majlis persandingan di rumah pengantin perempuan keesokannya.
Majlis kenduri pihak lelaki pula ditetapkan 10 Januari lalu di sebuah hotel di Sungai Petani.
Wan Azura bertugas di sebuah balai polis di Subang Jaya, Selangor.
Nurr Fahmy berkata, anggota rombongannya terpinga-pinga apabila ketibaan mereka tiada disambut sesiapa sama ada di masjid atau rumah bakal pengantin perempuan. “Majlis pernikahan dijadualkan pada jam 10 pagi dan kami tiba di masjid jam 9.45 pagi, tapi mendapati tiada sesiapa di situ. Hampir setengah jam menunggu, bakal isteri menelefon dan meminta saya dan rombongan ke rumahnya.
“Mengejutkan apabila kami dapati tiada persiapan dilakukan, malah hanya dia berseorangan di rumah dengan cuma berkain batik dan baju-T. Apabila ditanya ke mana ibu bapanya, dia kata tak tahu, sebaliknya mengajak saya berkahwin di Thailand.
“Selepas rasa tertipu, saya mengajak rombongan kembali ke hotel sebelum kami pulang ke rumah ibu angkat di Sungai Petani,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.
Kejadian itu menyebabkan keluarga Nurr Fahmy membuat dua laporan di Balai Polis Bukit Mertajam pada 12 Januari lalu selain melaporkannya kepada Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia untuk tindakan susulan.
Nurr Fahmy berkata, dia bingung dan tidak tahu mengapa Wan Azura yang dikenali sejak tiga tahun lalu sanggup bertindak demikian dan lebih mengecewakan tergamak membohonginya.
“Beberapa saudara saya di Perlis yang menyiasat selepas kejadian itu kemudian memberitahu bahawa pernikahan saya tidak dapat dijalankan kerana Wan Azura sebenarnya sudah berkahwin dan masih isteri orang.
“Kenyataan ini amat mengecewakan kerana sebelum ini dia mendakwa masih bujang.
“Tiga tahun berkawan selepas mengenalinya di Kuala Lumpur, dia tidak menunjukkan sebarang tanda atau dokumen bahawa dia isteri orang atau sudah ada kekasih,” katanya.
Nurr Fahmy yang kini masih bercuti sempena ‘majlis perkahwinan tak jadi itu’ berkata, wang RM25,000 yang diperuntukkan untuk majlis berkenaan lebur begitu saja.
“Daripada jumlah itu, RM15,000 adalah wang yang saya keluarkan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana sebelum ini saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan kini bertukar kepada skim pencen.
“Jumlah berkenaan digunakan untuk membuat perbelanjaan seperti membeli cincin, hantaran, wang hantaran RM8,008, mas kahwin RM1,331 serta kos Wan Azura membeli tiga ekor lembu berjumlah RM5,000,” katanya.
Sementara itu, kakaknya, Zainuha, 35, berkata mereka sekeluarga malu apabila diperlakukan sedemikian selain sedih dengan nasib menimpa adik lelaki bongsunya.
Katanya, masalah perkahwinan itu mula timbul akhir Disember lalu apabila kad perkahwinan pasangan berkenaan tidak siap seperti dijanjikan.
“Pernikahan mereka ditetapkan 1 Januari dan bersanding di rumah perempuan 2 Januari. Tetapi pada 30 Disember lalu, Wan Azura membawa balik kad kahwin yang tidak siap dengan mendakwa ada masalah percetakan.
“Kami sekeluarga terkejut kerana sebelum ini dia bersungguh-sungguh mahu menguruskan sendiri majlis perkahwinannya tanpa meminta bantuan sesiapa termasuk keluarganya,” katanya.
Zainuha berkata, dia juga hairan mengapa Wan Azura mengajak Nurr Fahmy berkahwin di Thailand sedangkan adiknya tidak mempunyai sebarang masalah.
“Adik saya kata, sebagai pegawai polis dia tidak mahu menimbulkan masalah terhadap kerjayanya, malah dia ikhlas untuk mengahwini Azura,” katanya.
Berikutan tidak puas hati dengan tindakan kejadian itu, Zainuha membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah SPT di Bandar Perda dekat sini, Selasa lalu, diikuti laporan ibunya, Zainab Saad, 56, yang mahu menuntut ganti rugi RM25,000.
Sementara itu, Zainab berkata dia sanggup berhabis hampir RM5,000 untuk membeli cincin buat bakal menantunya sebagai pemberian ikhlas pada majlis perkahwinan pasangan berkenaan.
“Saya gembira dan tak sabar menerima menantu dan tak sangka kejadian ini berlaku,” katanya sedih. |
|
|
|
|
|
|
|
tu la..mamat tu mcm kene bomoh je..ikut jek..
aku rasa klu org berfikiran waras mst selidik btl2..x kan sng2 jek serah duit
mak laki tu nk tuntut rugi 25k wei
akudancinta Post at 15-1-2010 15:18 
tuntut selagi leh tuntut... kesian laki 2... beria dia nak kawen...
pompuan 2 silap2 kena buang kije kan.. padan muka dia.. |
|
|
|
|
|
|
|

ni umo 28 tahun
bukan julieana & farah pon umur 28 tawon gak ker..tp naper derang still cumil lagik  |
|
|
|
|
|
|
| |
|