|
blog2 india muslim kata guna azimat/tangkal dlm Islam? biar betul?
[Copy link]
|
|
NABI MUHAMMAD S.A.W dulu pun pernah disihir, kemudian beliau berjumpa dgn seorang tabib, tabib itu menyuruh NABI MUHAMMAD S.A.W pergi ke sebuah perigi, disana beliau akan berjumpa dgn seutas tali yg ...
ambia78 Post at 18-11-2009 00:01 
ada rujukan ke riwayat tu?
Bukan ke, dalam hal ghaib macam cerita tu, Allah lah yang akan berikan petunjuk, pedoman atau ilham kepada Nabi Muhammad? Kenapa tabib? |
|
|
|
|
|
|
|
ada rujukan ke riwayat tu?
Bukan ke, dalam hal ghaib macam cerita tu, Allah lah yang akan berikan petunjuk, pedoman atau ilham kepada Nabi Muhammad? Kenapa tabib?
ibnur Post at 18-11-2009 21:38  kerana ilham allah lah nabi sampai ke tabib tu.. bacalah kitab riwayat para2 nabi. tapi jgn cari kitab yg nipis atau yg berharga murah. carilah kitab yg benar2 lengkap menceritakan sejarah para2 nabi. dan klu bleh baca kitab biar berguru. klu saudara berminat bleh dtg tempat ana. kita blaja sama2..insyallah... |
|
|
|
|
|
|
|
jin kapir tu makhluk Allah juga kan? sama la mcm kita mintak tolong dgn doktor kapir mengubat penyakit. orang kapir & jin kapir kedua2nya dilaknat Allah. janji niat mahu betul. boleh mcm tu?
tobby Post at 17-11-2009 23:50  mcm ni saudara.. ana bgtau secara ringkas, jin tu walaupun kafir.. kita bleh islamkan die betul x.. ikut pengalaman ana, selepas diislamkan, isyallah jin tu akan bantu.. kerana allah. mengenai dr kafir plak.. bg ana tiada masalah klu kita pergi berubat dgn die selagi kita tidak terkeluar dari landasan akidah insyallah.. byk cth kita bleh ambil mengenai pertolongan dari org kafir ni.. 1. puak kafir zimmi, sesiapa yg menyakitkan hati puak kafir yg satu ni, sama seperti die menyakiti hati NABI MUHAMMAD S.A.W., guru ana ada cerita perkara ini sewaktu dlm kelas ana blaja tafsir quran. cuma ana x ingat surah apa, ayat apa, 2. bukan ke bapa nabi itu sendiri pun kafir, 3. bukankah raja yg menolong nabi sewaktu nabi berhijrah ke madinah itu pun kafir? byk lagi kita bleh amik cth mengenai pertolongan org kafir ni.. ana nak tanya saudara. kita pergi menunaikan HAJI, naik kapal terbang, siapa agaknya yg mencipta kapal terbang tu sampai kita bleh pergi MAKKAH? 4. DATO ISMAIL KAMUS baru2 ni masuk hospital GLEANEGLES AMPANG kerana darah tinggi, hospital tu siapa ownernye? ana minta maaf tujuan disini supaya saudara akan lebih nampak, walaupun org kafir dilaknat allah, ttp tiada masalah utk kita minta pertolongan dr mereka. dan perkara ini pernah di bincangkan oleh para ulama terdahulu dan hukuman adalah harus utk menerima pertolongan mereka. insyallah harapan ana supaya saudara faham akan maksud ana. semoga saudara dikurniakan hidayah oleh allah. |
|
|
|
|
|
|
|
PEMBETULAN BUAT SAUDARA TOBBY.. statment ana ada tersilap taip, iaitu bkn bapa nabi, tapi bapa saudara nabi? mohon maaf. semoga allah pun memaafkan ana insyallah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by tobby at 19-11-2009 00:36
mcm ni saudara.. ana bgtau secara ringkas, jin tu walaupun kafir.. kita bleh islamkan die betul x.. ikut pengalaman ana, selepas diislamkan, isyallah jin tu akan bantu.. kerana allah. mengenai dr kafi ...
ambia78 Post at 18-11-2009 23:20 
so boleh ke tak boleh mintak tolong kat jin kapir yg baik? klu tak boleh kenapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Hukum Memakai Tangkal
Menggantungkan tangkal di badan untuk dijadikan sebagai penghadang daripada gangguan makhluk halus atau untuk menyembuhkan diri daripada sesuatu penyakit boleh dibahagikan kepada dua bahagian ;
Pertama, menggunakan tangkal yang mempunyai bahan seperti tulang binatang atau kayu yang dikatakan berhikmah, atau seumpamanya, para ulama tidak ada khilaf untuk mengharamkannya, kerana ia boleh menjerumuskan seseorang itu kelembah syirik.
Sabda Rasulullah saw,
من علق ودعة فلا ودع الله له ومن علق تميمة فلا تمم الله له
Maksudnya : “ Barangsiapa yang menggantungkan manik-manik (tangkal) maka Allah tidak akan menjaganya. Barangsiapa yang menggantungkan tamimah (tangkal) maka Allah tidak akan menyempurnakan sesuatu untuknya”. (Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)
Kedua, adapun menggantungkan tangkal yang bahannya adalah ayat-ayat Al-Quran, maka dalam hal ini para ulama berbeza pendapat. Satu golongan mengatakan hukumnya adalah haram dan satu lagi golongan menyatakan harus.
Antara golongan ulama yang menyatakan haram ialah Ibnu Abbas, Huzaifah, Abdullah bin Mas’ud, sebahagian ulama Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal (salah satu riwayat daripadanya). Mereka berpandukan kepada maksud umum hadis di atas tadi, yang menyebut dengan jelas bahawa Nabi saw melarang umatnya menggunakan tangkal. Tidak kiralah sama ada bahan yang digunakannya itu daripada Al-Quran atau bukan daripada Al-Quran.
Hujah mereka, menggantungkan tangkal pada badan, boleh menyebabkan diri seseorang hilang penggantungan (tawakal) kepada Allah SWT. Sedangkan tawakal yang sebenar seseorang hamba hanyalah kepada Allah SWT sahaja, tidak boleh lain daripada itu.
Perbuatan menggantung tangkal yang terdapat ayat-ayat Al-Quran juga boleh membawa kepada penghinaan terhadap ayat-ayat suci Al-Quran. Apatah lagi jika ia di bawa masuk ke dalam tandas atau sipemakainya terlibat dengan pekerjaan yang bercanggah dengan syariat seperti pekerjaan maksiat dan sebagainya.
Manakala golongan ulama yang berpendapat hukum memakai tangkal yang bahannya adalah daripada ayat-ayat Al-Quran itu adalah harus, didokong oleh Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘As, Abu Jaafar al Baqir dan Imam Ahmad bin Hanbal (salah satu riwayat daripadanya). Hujah mereka, sahabat Rasulullah saw pernah berbuat demikian untuk anak-anak mereka yang belum menghafaz Al-Quran.
Menurut Prof Dato’ Dr. Haron Din, walaupun terdapat perbezaan pandangan ulama tentang hal ini, akan tetapi perubahan zaman boleh membawa kepada perubahan hukum. Jika dirujuk kepada zaman sekarang, akidah umat Islam sedang terancam, umat Islam tidak begitu kuat bergantung kepada Allah, iman mereka begitu rapuh, mereka tidak lagi memperdulikan halal dan haram, apa yang mereka mahu ialah kenikmatan hidup yang sementara di dunia, tanpa memperdulikan untung nasib di akhirat.
Ditambah pula dengan suburnya gejala maksiat, syirik dan kufur kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, jika penggantungan ummah kepada tangkal, tidak dibendung atau dicegah dengan sejelas-jelasnya ia akan mendorong masyarakat terjerumus kepada kerosakkan akidah.
Kesimpulannya, pendapat yang sahih, keharusan memakai tangkal yang menggunakan ayat-ayat Al-Quran sebenarnya adalah di awal permulaan Islam. Apabila keimanan para sahabat sudah kuat tertanam dalam diri, maka Rasulullah saw melarang sama sekali memakai tangkal walaupun menggunakan ayat-ayat Al-Quran.
Hikmahnya ialah untuk mencegah daripada keburukkan yang lebih besar, memelihara kesucian Al-Quran dan seterusnya untuk membulatkan keyakinan bahawa hanya Allah SWT sahaja yang mampu melindungi manusia daripada segala-galanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi perawat yang mengamalkan rawatan islam secara batin (kuasa dalaman) tanpa menggunakan jin. tenaga boleh berpindah kebentuk lain. E=mc2.
Pagi pengamal perubatan yang rajin beramal menghasilkan kuasa dengan izin Allah yang boleh digunakan untuk merawat pesakit. Ianya adalah tenaga zikir yang diamalkan oleh perawat dan ianya susut apabila digunakan. Zikir ni umpama duit. Tenaga ini boleh dipindah kebentuk lain seperti air, batu, kayu, besi, kain dan sebagainya kerana tenaga boleh berubah bentuk dan boleh dipindahkan melalui frekuensi gelombang warna. Air jampi yang selalu orang baca juga adalah sejenis tangkal. orang panggil tangkal air. Kenapa air selalu digunakan kerana air adalah perakam gelombang yang sangat baik.
Bagi yang mahir dengan penggunaan wafak. Ianya juga boleh digunakan dalam rawatan islam. Last edited by NasrullahHaq on 25-11-2013 03:43 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak hairan la kalu mamak ramai yg guna kas-kas di mapley..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|