View: 31234|Reply: 9
|
Dah 20 tahun tak rakam lagu, Ashira buat comeback!
[Copy link]
|
|
Lebih 20 tahun tidak merakamkan lagu, penyanyi Ashira akhirnya kembali ke studio dan bakal muncul dengan sebuah karya baharu dijangka dilancarkan pada April depan.
Bukan sekadar mengubat rindu peminat, Ashira atau Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 42, berkata kemunculannya ini juga bagaikan permulaan baharu dalam kerjaya seni.
"Selepas saya keluar program Gegar Vaganza 7, ramai yang mula bertanya tentang lagu baru. Malah sehingga hari ini pun ada lagi yang mengharap saya rakam lagu.
"Pastinya saya teruja sebab lagu ini saya tujukan buat peminat. Lebih kepada penghargaan orang-orang yang percaya untuk saya bangkit.
"Dalam masa masa karya kali ini juga merupakan kolaborasi bersama bakat muda. Jadi ini mungkin rezeki mereka untuk lebih menyerlah," katanya kepada mStar.
Kali terakhir Ashira merakamkan lagu sebelum ini adalah menerusi lagu Selamanya Tak Akan Berakhir pada tahun 2002.
Dia kemudian dilihat sedikit memperlahankan penglibatan di arus perdana dan lebih memberi fokus kepada pekerjaan sebagai penyanyi secara jemputan.
Selepas namanya kembali menyerlah di pentas GV7, Ashira sekali lagi memaklumkan enggan mendapatkan liputan kerana lebih selesa untuk tidak aktif dalam dunia seni.
"Selepas GV7 saya ada terima beberapa tawaran, namun sekadar cakap atas angin. Saya pun tidak amhu terlalu bertanya dan diamkan sahaja.
"Saya tidak rancang untuk buat comeback. Cuma kita lihat sahaja bagaimana sambutan lagu ini nanti. Jika diterima ramai saya akan terus menyanyi.
"Mungkin ini permulaan baru atau yang terakhir dari saya," ujarnya.
Lagu baharunya nanti merupakan ciptaan sepenuhnya Ana Boang dan tajuk akan diumumkan dalam masa terdekat.
Bercakap lanjut penyanyi ini juga mengakui gementar menunggu maklum balas peminat terutama bagi mereka yang mungkin sudah lupa kewujudannya sebagai penyanyi.
"Mungkin lagu ini boleh bawa saya lebih bersinar. Menyanyi adalah sebahagian hidup saya, jadi mengapa perlu putus asa jika masih ada percaya?
"Selama ini putus asa mungkin sebab saya tak percaya pada diri sendiri," luahnya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Syukurla. Sekarang banyak post gmbr dgn anak. Bercuti pun dengan anak.. heheheee |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik aku baca dulu setiap caption sheol sebelum komen
Kalau tidak, mau aku komen, aikkk dah kapel ngan pengkid ke  |
|
|
|
|
|
|
|
aritu follow je ig dia.. tp sjak kapel dgn pemuzik tu she bgtau taknak terlibat lagi dengan dunia hiburan. meols pun terus unfollow sbb rasa tak selesa juga versi ashira pada waktu tu..
tak sangka lak arini baca sheols nak buat lagu baru balik.... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan pernah kata nak bersara dari dunia hiburan ke? Tapi aktif je menyanyi kt club as periuk nasi |
|
|
|
|
|
|
|
2 kali aiol terkezut malam2 ni
1. Itu anak dia rupanya
2. Hengatkan pompuann |
|
|
|
|
|
|
|
mcm dah putus dgn bf yg haritu.. xde dah upload gambar sama2.. iols suka vokal ashira especially utk lagu2 ballad 90s adnan abu hassan, azmeer... blh tahan la merdunya.. hrp lagu baru ni best la |
|
|
|
|
|
|
|
doubleA replied at 19-2-2025 10:07 PM
Bukan pernah kata nak bersara dari dunia hiburan ke? Tapi aktif je menyanyi kt club as periuk nasi
Sheols nyanyi kat club mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke ramai yg bertanya ? |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 20-2-2025 12:01 AM
Sheols nyanyi kat club mana?
Tom dick & harry oasis damansara antaranya. Boleh tgk kt ig sheols ashiraaziz public jah ig pun |
|
|
|
|
|
|
| |
|