View: 18918|Reply: 31
|
[Jenayah]
Ahli Parlimen Rayu PM Campur Tangan Kes Rakyat Malaysia Dihukum Gantung Sampai Mati Di Singapura
[Copy link]
|
|
Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dan tiga ahli Parlimen blok kerajaan lain merayu agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam kes hukuman mati ke atas rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang dijadualkan akan dilaksanakan di Singapura, esok.
Kata Ramkarpal dalam sidang media Isnin lalu, pihaknya berharap agar Kerajaan Malaysia memohon agar Kerajaan Singapura dapat menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut.
Kami berpendapat bahawa Pannir hanyalah ‘keldai dadah’ dan tidak patut digantung mati sedangkan sindiket dadah di luar masih bebas dan barangkali sedang menyusun strategi baharu merekrut mangsa dari Malaysia untuk membawa bungkusan merentas sempadan tanpa mengetahui kandungannya.
sidang media Pannir Selvam Pranthaman
Tambah Ramkarpal, kertas siasatan kes tersebut juga telah pun dibuka oleh pihak polis di negara ini dan sangatlah penting untuk Pannir memberi maklumat dan kerjasama terhadap proses siasatan di Malaysia.
Ramkarpal bersama Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid; Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran; bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthurri Patto dan adik Pannir, Angelia Pranthaman telah mengadakan sidang akhbar di Dewan Rakyat berhubung kes ini.
Merayu Singapura tidak laksana hukuman mati
Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) juga dilaporkan turut serta di sidang media tersebut.
Maka kami merayu supaya Singapura tidak melaksanakan hukuman mati terhadap Pannir.
Pannir Selvam Pranthaman
Untuk info, pada tahun 2017, Pannir, 30, telah disabitkan bersalah dan dijatuhkan hukuman mati mandatori kerana bertindak sebagai penghantar dadah membawa 51.84 gram heroin ke Singapura dan telah ditahan di pos pemeriksaan Woodlands pada 3 September 2014.
Ramkarpal menambah, pihaknya dan keluarga berharap Pannir dibawa pulang untuk meneruskan pemenjaraannya supaya dapat memberi maklumat dan memudahkan siasatan kes. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by TOPwind at 19-2-2025 09:11 AM
Wah gigih membantu
dulu kes ni- suruh Agong Pahang rayu, tapi tak laku rayuan t
sama juga XPM Ismail Sabri rayu juga tapi rayuan boh layan
dapat kemaluan je.
now nak soh PMX pulak.
kesian melayu dipergunakan |
|
|
|
|
|
|
|
ramai lagi pesalah kat sana
jgn nak campur tangan la
buang karen je |
|
|
|
|
|
|
|
yg dalam Malaysia pun masih ramai tak terbantu.....aku la..... |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah la nak bwk blk plak dah.
keldai ke rimau gajah kalau dah membabitkan dadah mmg sampah unless terbukti dikhianati kot2 org boh dadah dlm beg dia blh la merayu.
spore pun malas nak simpan lama2 pesalah hukuman mati, buat semak jail depa je.
laksana je la hukuman tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah gagal buktikan dia tu tak bersalah mmg kena hadap la hukuman tu. Harap yg lain2 lbh berhati2 |
|
|
|
|
|
|
|
Dah nak masuk 11 tahun duk kat dalam..lama jugak kes nie nak tunggu proses keseluruhan habis...apa2 pun semuga famili tabah menghadapi keputusan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
tidak ada sebarang kerugian kpd malaysia sekiranya keling ni di gantung di singapura, malah, ia memberi pahala yg besar kpd rakyat |
|
|
|
|
|
|
|

Author |
Post time 19-2-2025 02:32 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
syamzana replied at 19-2-2025 09:31 AM
tak payah la nak bwk blk plak dah.
keldai ke rimau gajah kalau dah membabitkan dadah mmg sampah unle ...
Wak Zahid pernah berkata
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kang diangkt mcm hero mcm kes yg sblm ni kononnye dia OKU lembam.. |
|
|
|
|
|
|
|
biar la kene hukum tu..selayaknye sapa suh wat jenayah kt tmpt org
sedangkn kerabat pun xlepas dri hukuman kalu dkt negara luar...ni kn ko bkn siapa2...bkn leh bntu ekonomi negara pun kalu ko terlepas hukuman mati |
|
|
|
|
|
|
|
TOPwind replied at 19-2-2025 09:09 AM
Wah gigih membantu
MELAYU memang suka jd HERO nak..sb tu ada ungkapan....HERO MALAYA...... |
|
|
|
|
|
|
|
Hormatilah kedaulatan undang2 Singapura...
Kita pon tak suka org asing masuk campur hukuman dan undang2 negara kita..
Sapa suruh jadi keldai babi dadah...ngko yg pilih nk jadi...padan muka...semoga kene gantung esok pagi...hahahahhaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Hormatilah kedaulatan undang2 Singapura...
Kita pon tak suka org asing masuk campur hukuman dan undang2 negara kita..
Sapa suruh jadi keldai babi dadah...ngko yg pilih nk jadi...padan muka...semoga kene gantung esok pagi...hahahahhaha... |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke yng ni depa claim iq rendah?ke orang lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa nak halang hukuman gantung tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
Konfiden betul kata keldai dadah.. pihak singapura pun tak yakin yang dia ni keldai dadah, maka dihukum sebagai pengedar dadah. Kalau tak ada bukti kuat, yg kata dia ni keldai dadah, maka mana mungkin hukuman akan berubah ..
saranan suruh pm campur tangan ni, aku rasa bukan tak boleh buat, tapi dah boleh agak, singapura mungkin akan terima dengan suatu tuntutan jugak, singapura ni dominan ada bisnes mentaliti... klu dia minta harga air mentah dikekalkan 500 tahun lagi mcm mana, atau tuntutan2 lain yang merugikan kita pada jangka masa panjang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku teringat kes penyanyi yg kt venezuela tu pun mangsa keldai dadah gak. Yg tu harey takdak sapa pun nak merayu utk die. Sempatla makan daging babi dlm penjara 2-3 tahun. Yg kes org Malaysia ditipu konon keje kt singapore skali tu dipaksa jadi scammer kt Myanmar and Thailand pun takde plak ko nak perjuangkan kan? |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 19-2-2025 06:10 PM
Aku teringat kes penyanyi yg kt venezuela tu pun mangsa keldai dadah gak. Yg tu harey takdak sapa pu ...
itula 'kami'..igt nk kasi najib turun jer ke.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|