Originally posted by jue7269 at 24-3-2008 09:08 AM
Ingatkan Mawi balik tgn kosong mlm td, sbb kalah Lagu Paling Popular, rupa2nya x. Tp yg saya hairan...undian Mawi masa mula2 dia tunjuk 27%, Adam 20%...camner tup2 Adam naik 24%, Mawi terus menj ...
camno dino..eh dina boleh menang..?
sebab mmg dina layak menang lah maka dia menang. persembahan dia mmg mantap apa....
korang semua yang tak undi ni kiranya mcm nak bagi warning arr ni kat mawi.....supaya mawi bersara dari bidang ni lah kononnya.... aku pun tak undi sebenarnya bukan sebab aku nak mengajar dia tapi sajer jer......abp aku tetap undi dia....yang pasti mlm tadi lepas mawi nyanyi aku tgk peratus adam dah 4 % tinggalkan mawi, aku boleh off tv terus masuk bilik tido..pasalnya aku sakit ati mawi kalah sms ...tetiba bukak cari.com ni tgk2 mawi no. 2 lagu tbaik..... tperanjat gak tapi lega arr hati aku daripada dia tak dapat apa2....
SYABAS MAWI......DAH BUKA MATA JURI PRO. UTK NAIB JUARA LAGU TERBAIK. NI YG SEBENARNYA DNANTI2KAN. KALAU TERLEBIH POPULAR AKAN MELALAIKAN SESEORG ITU UTK BUAT YG TERBAIK, TAPI BILA TAHAP POPULARITI ITU MENURUN ( KATANYA.... ) DIA AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH2 UTK MENJADI YG TERBAIK, DAN AKHIR NYA....... :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: :pompom: YEAY....YEAY....
tapi still tak puas hati... sms banyak yg tak masuk:@ :@ :@ kalah lak ngan yg dah suam2 ....
apa2 pun puashati mawi perform mlm tadi. tahap keyakinannya semakin bagus. mawi nyanyi dgn begitu relax sekali.....bravo mawi.....:flower: :flower: :flower: :flower: :flower: :flower:
Mawi kalau sms ni dah menurun dah...
masa AJL tempoh hari persembahan terbaik pun menang banyak kpd juri kan.....\
hits1 kalah dgn Adam....
mungkin tiada rezeki Mawi untuk menang sms ..apa2 pun tahniah kerna menang pilihan Juri...
Eloklah dia tak menang by sms, at least orang tak cop dia raja sms lagi. Yang bagusnya dia menang tempat kedua, meaning he has been accepted by juri professional dah.
Originally posted by pikawa at 24-3-2008 12:36 PM
SYABAS MAWI......DAH BUKA MATA JURI PRO. UTK NAIB JUARA LAGU TERBAIK. NI YG SEBENARNYA DNANTI2KAN. KALAU TERLEBIH POPULAR AKAN MELALAIKAN SESEORG ITU UTK BUAT YG TERBAIK, TAPI BILA TAHAP POPULARI ...
prfttthhh..... itu utk pencipta, bukan kualiti nyanyian Mawi...
dgn Dina MI pun Mawi ler kalah...alahai
bz: dlm kategori persembahan terbaik, agak2nya Mawi nombor last kot....
KURANG impak! Itulah yang boleh dikatakan mengenai program Hits 1 yang telah pun menutup tirai musim kelima malam kelmarin di Stadium Negara.
Sungguhpun telah menemui penonton sebanyak lima musim tetapi prestijnya dalam menarik peminat muzik untuk menghayati sepenuhnya program ini masih kurang memberangsangkan.
Biarpun menampilkan nama-nama besar dalam industri hiburan, namun program yang disiarkan di RTM 1 ini dilihat seperti ada kekosongan yang harus dipenuhi untuk meletakkannya sebagai program yang berprestij, bukannya sekadar program hiburan semata-mata.
Bukan itu saja, sesetengah penyanyi yang bertanding dilihat tidak begitu komited dalam melakukan persembahan, tambahan dengan sistem audio di stadium yang kurang menyenangkan halwa telinga.
Nampaknya, habuan sebanyak RM25,000 yang ditawarkan kepada juara seakan kurang menarik daya saing mereka.
Malah, pihak RTM turut meletakkan risiko apabila memilih E'one, Nabila, Darling dan Danny untuk mengendalikan program sebesar ini.
Mereka dilihat terlalu bergantung kepada skrip yang diberikan dan tiada keserasian yang wujud antara mereka dan menyebabkan timbul sedikit perasaan bosan dengan gelagat mereka.
Ada juga yang mengatakan mereka terlalu melebih-lebih ketika mengacara sehingga terlupa dan terlepas apa yang ingin disampaikan.
Harus diingat ini program siaran langsung. Banyak mata yang memandang setiap kesalahan yang dilakukan.
Bagaimanapun, kemenangan penyanyi senior Ramlah Ram yang mendendangkan lagu ciptaan Azlan Abu Hassan dan Ad Samad berjudul Ketentuan merupakan satu kejutan.
"Saya pun tak sangka akan menang sebab lagu-lagu lain pun hebat belaka. Saya cuma mampu lakukan yang terbaik dan alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya.
"Sebelum diumumkan sebagai pemenang saya langsung tidak jangka akan kemenangan ini tetapi pihak juri merasakan lagu ini mempunyai kualiti dan sebab itu saya bersyukur," ujarnya lagi.
Mungkin dengan kemenangan ini Ramlah Ram kembali bangkit untuk bersaing dengan barisan penyanyi generasi baru?
"Kadang-kala rasa malu juga untuk masuk pertandingan seperti ini, tetapi dengan sokongan peminat saya cuba dan saya rasa jika lagu ini diterima pastinya saya juga diterima peminat baru," akuinya.
Jika sebelum ini, Ketentuan pernah menjadi kontroversi ekoran ia dipandang sepi oleh segelintir pihak yang enggan memutarkan lagu nyanyian Ramlah Ram ini di stesen radio mereka, tetapi dengan kemenangan ini ia menjadi bukti bahawa lagu ini berkualiti.
"Itu isu lama. Saya pun tidak boleh buat apa, saya dah bagi yang terbaik dan saya mengambil masa selama dua minggu hanya untuk mencipta melodinya sahaja," ujar Azlan.
Penulis liriknya Ad Samad pula memberitahu, tiada sebarang simbolik di sebalik bait-bait kata lagu ini.
"Saya ada berbincang terlebih dahulu dengan syarikat rakamannya dan mereka mahukan lirik yang boleh meruntunkan perasaan orang, jadi lahirlah Ketentuan dan saya rasa Ramlah dapat sampaikan dengan baik sekali," jelas Ad Samad.
Mawi kalah kepada AdamSelain Ramlah Ram yang membawa pulang RM25,000, Raja SMS, Mawi pula gagal mempertahankan kategori Lagu Paling Popular yang diundi secara pesanan khidmat ringkas (SMS) oleh peminat.
Mawi yang memenangi kategori tersebut untuk tiga musim berturut-turut telah tewas kepada Adam yang mendendangkan lagu Joget Lambak.
Apa pun, Mawi tetap membawa pulang RM20,000 apabila dia muncul sebagai pemenang di tempat yang kedua.
Malam itu, Mawi yang mendendangkan lagu Mungkin Langitmu Lebih Biru ciptaan El Widyan dan lirik oleh Norman Rasyid dan Al Walid, tetap menang sorak daripada peminat yang hadir di stadium.
Dina pula yang mendendangkan lagu Malu Tapi Mahu pula, sememangnya layak untuk memenangi kategori Persembahan Terbaik, sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000.
Selain mereka, enam lagi penyanyi yang turut berentap malam itu ialah Sahri (Izinku Pergi), Fiq (3 Malam Tanpa Bintang), Farawahida (Semuanya Ada Di Sini), Sofaz (Salahku), Misha Omar dan Andy Flop Poppy (Sembunyi), serta Spider (Mabuk).
Semua keputusan pertandingan, kecuali bagi kategori Lagu Paling Popular telah ditentukan oleh barisan juri yang berpengalaman iaitu penyanyi Aishah, komposer Boon Tan, Fauzi Marzuki, Datuk Johari Salleh dan ketua juri Datuk Mokhzani Ismail.
Walaupun terdapat kekurangan, apa pun sekalung tahniah buat pihak RTM kerana mempunyai inisiatif untuk meningkatkan lagi martabat dunia muzik tempatan.