CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sitilina

MERGED: ALL ABOUT Umbilical Cord Blood-StemCell / Darah Tali Pusat

[Copy link]
Post time 31-1-2008 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by Delifrance at 29-1-2008 12:30 PM
i yg dah jadi dorang nye staff ni pon mmg galakkan org amik (i sign up dulu baru jadi staff dorang..rugi loh takdak diskaun).. tp mende ni tak boleh paksaaa.. it is an option utk parents la kan
...


ko dah jadi agent ek deli.. staff ke agent by exact?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2008 04:54 PM | Show all posts

Reply #21 paulinevoon's post

staff le.. mende ni bukan insurance company ade agent2 yang

insurance pon aku ingat cam nak join jugak..tgh pikir co mana aku nak pilih ni.

[ Last edited by  Delifrance at 31-1-2008 05:07 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 05:09 PM | Show all posts

Balas #22 Delifrance\ catat

bole tak explain sket pasal stemcell ni.. tak paham la.

sorry..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2008 05:19 PM | Show all posts
Mase mula2 diapproach agent mmg teruja...tp lepas bace brochure & surf net, dah tak bape teruja...., end up..tak simpan pun...
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 11:30 PM | Show all posts
saya simpan stemcell anak keempat setelah anak ketiga disahkan conginential anaemia yang memerlukan pemindahan sumsum tulang tapi malangnya anak pertama dan kedua tak sesuai utk jadi penderma..
( kebarangkalian utk mencari penderma yg sesuai selain adik beradik adalah lebih jauh )

bila mengandung anak keempat tahun lepas dr sarankan saya simpan sebagai ikhtiar membantu anak ketiga..kerana darah tali pusat mempunyai fungsi yang sama dengan sumsum tulang dengan kelebihan penderma tidak merasa sakit..

Tidak siapa pun tahu apa akan berlaku pada hari esok...kita hanya berwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 02:19 PM | Show all posts
Originally posted by pinatbate at 1-2-2008 11:30 PM

Tidak siapa pun tahu apa akan berlaku pada hari esok...kita hanyaberwaspada dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.....



however though.. mereka tak gerenti jugak yg stem cells yg kita simpan kat bank stem cells tu tak akan rosak atau tercemar.. and we have to pay for the maintenance as well.... no guarantee on this.. which is why i tak jadi nak sign up...

one more thing.. my sister, she has signed up and paid deposit and whatsoever for this program.. unfortunately, doctor yg mengeluarkan stem cells dari blood cord her baby tak berhati2.. resulting pencemaran.. thus, that stem cells dah takde guna lagi.. fortunately, agent stem cells tu was considerateful and he refunded the deposits.. padahal doctor yg cuai...

so.... i don't know.. kalau i ada duit lebih, most probably i will sign up for my 2nd baby... i think  it is a good option though... kita hanya mampu berikhtiar kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2008 02:34 PM | Show all posts
kita hanya mampu merangcang.... apa salahnya kalau ada duit lebih....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 05:03 PM | Show all posts

Reply #26 paulinevoon's post

kalau ada contamination, mmg akan dipulangkan balik every single cent yg parents dah bayar..

doktor cuai ke tidak, mmg no questions asked lah, janji contmainated duit tetap dipulangkan.. kite tak tau masa dlm labour room tu cemana keadaannya, kadang2 doktor kelam kabut nak selamatkan nyawa mak dan anak ke..

once confirmed takde contamination (after a few moms parents akan dpt report to confirm that the stem cells are contamination-free, the cells will be kept in nitrogen liquid at -196 celcius. if kept properly, the cells shouldn't get damaged or die and even sepatutnya takde tarikh luput.. but in the event that one day u need to use it, the cells have to be retested again before the transplant takes place, and kalau this time didapati contaminated, mmg pencemaran tu berlaku mase retesting  tu lah.. bila jadi macam ni ade money back guarantee up to 50k (tgk package..but mine mmg 50k lah)

again..there is no hard and fast rule that says u must take up this thing..tp to those who keep their baby's stemcell, sekurang2 nya bila jadi apa2, the stemcell is there and ever ready for transplant.. tak perlu test adik beradik for bone marrow matching or Q for a donor or pay up for rabbit's stemcell yg rasanya way more expensive...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2008 05:39 PM | Show all posts

Reply #28 Delifrance's post

:pompom: :pompom:  mcm ni laaaa :pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 08:50 AM | Show all posts
Originally posted by Delifrance at 11-2-2008 05:03 PM
but in the event that one day u need to use it, the cells have to beretested again before the transplant takes place, and kalau this timedidapati contaminated, mmg pencemaran tu berlaku mase retesting  tulah.. bila jadi macam ni ade money back guarantee up to 50k (tgkpackage..but mine mmg 50k lah...


dari dulu ke ada money back guarantee tu deli, or drg baru je buat t&c baru tu.. kalo mcm tu ok la kan..

dulu agent/staff drg mmg approach aku kat klinik gynae.. masa tu benda ni baru lagi.. tp drg tak penah paksa la.. drg mmg quite professional
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 12:23 PM | Show all posts

Reply #130 paulinevoon's post

err aku tatau la mmg sejak azali ada ke takde..tp masa zaman aku sign up mmg ada.... nanti aku ushar2
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 03:09 PM | Show all posts
bukan ke sejak dari dulu lagi ada???
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 11:07 AM | Show all posts

Tulang Rawan Tumbuh Semula - Berita harian news

http://www.bharian.com.my/Curren ... 0203113329/Article/

Oleh Hafizah Iszahanid
[email protected]



FAUZIAH Fadzil, 44 seorang pengusaha taska. Ketika remajanya, dia aktif bermain hoki dan pernah menjalani pembedahan meniskus. Bagaimanapun, selepas berpuluh tahun dia mengalami masalah sakit lutut yang berpanjangan kerana kecederaan rawan.

"Saya sukar berjalan sebab kepala lutut seakan bergesel dan kadangkala terpaksa berhenti berjalan dengan tiba-tiba kerana tidak tahan menanggung sakit," katanya.

Dengan usia yang masih muda, Fauziah sukar membayangkan dia tidak boleh lagi berjalan. Apatah lagi jika perlu membuat prosedur pembedahan penggantian lutut. Prosedur itu hanya bertahan selama 10 hingga 15 tahun dan selalunya dilakukan mereka yang berusia 60 tahun ke atas saja.



"Saya mendapat tahu mengenai penggunaan sel stem dan mengambil keputusan untuk mencubanya selepas hampir tidak boleh berjalan dalam masa tiga ke empat bulan. Saya tahu prosedur ini baru tetapi bertekad mencubanya," katanya.

Selepas menerima lima kali suntikan sel stem, Fauziah sudah boleh berjalan secara normal malah hasil imbasan mendapati, kawasan yang pernah mengalami kecederaan rawan ditumbuhi rawan baru.

Rawatan hasil penyelidikan Pakar Pembedahan Ortopedik dari Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) Dr Saw Khay Yong dan Pakar Ortopedik Jabatan Ortopedik dan Pembedahan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Paisal Hussin itu, sudah menampakkan kejayaan sejak diperkenalkan kepada 50 pesakit dua tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2008 11:09 AM | Show all posts

Dua pakar Malaysia temui teknik terbaru rawat kecederaan lutut

PERNAHKAH anda terfikir, masalah kemerosotan rawan di sendi lutut yang anda alami boleh pulih dengan teknik 'menumbuhkan' semula rawan yang rosak atau disembuhkan tanpa perlu menjalani pembedahan berulang kali?

Semula kemungkinan itu kini menjadi kenyataan menerusi penyelidikan yang dirintis Pakar Pembedahan Ortopedik dari Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur (KLSMC) Dr Saw Khay Yong dan Pakar Ortopedik Jabatan Ortopedik dan Pembedahan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Paisal Hussin.

Penyelidikan dengan bantuan StemLife Therapeutics itu dimulakan dengan ujian ke atas haiwan. Ia menggunakan sel stem yang diambil pada haiwan itu untuk memulihkan kecederaan sendi sejak dua tahun lalu. Kajian itu berjaya dan segala bukti, pertumbuhan semula rawan didokumentasikan dan dimulakan kepada kira-kira 50 pesakit.

Kecederaan rawan pada lutut memang perkara biasa. Rawan adalah tisu putih nipis dan lembut yang membalut hujung tulang sendi. Dengan sifatnya sebagai cecair pekat yang kenyal, ia bertindak sebagai mekanisma pelincir dan membantu kelancaran pergerakan sendi. Ia juga bertindak sebagai penyerap kejutan.

Bagaimanapun, kecederaan dan kemerosotan pada rawan boleh berlaku kerana faktor penuaan. Bagaimanapun, ada banyak faktor lain yang boleh menyebabkan kemerosotan rawan. Kemerosotan rawan di lutut selalunya dikaitkan dengan kecederaan pada lutut sama ada ligamen atau meniskus.

Tidak terhad kepada golongan berusia, masalah kemerosotan rawan juga berlaku pada ahli sukan dan suri rumah. Antara 25 hingga 30 peratus mereka yang pernah menjalani pembedahan lutut akan mengalami masalah ini.

Selalunya keadaan ini sangat sukar dirawat dan hasilnya juga tidak memuaskan. Ini kerana rawan berada pada struktur yang tiada bekalan darah (avascular). Justeru, proses penyembuhan secara spontan memang sangat mustahil.

Penemuan terbaru dalam merawat masalah kecederaan rawan memberi pilihan lebih baik kepada pesakit. Ia dimulakan dengan pengambilan sel stem daripada pesakit itu sendiri. Kemudian, kawasan rawan yang rosak ditebuk bagi menghasilkan pendarahan di kawasan tulang. Teknik itu menyebabkan darah beku terbentuk.

Seminggu kemudian, beberapa siri suntikan yang mengandungi sel stem dan asid bagi menstimulasi penumbuhan rawan dibuat. Setiap pesakit memerlukan lima kali suntikan dengan setiap suntikan mengandungi sejumlah 2.5 mililiter sel stem. Suntikan itu pula hanya dibuat di klinik pesakit luar.

Daripada penyelidikan, Dr Saw dan Dr Paisal berjaya membuktikan tulang rawan boleh tumbuh semula. Kelebihannya berbanding prosedur sebelum ini adalah ia hanya membabitkan satu pembedahan saja, lebih murah dan prosedur itu senang dibuat dan membabitkan pembedahan invansif yang minimum.

Rawatan yang menggunakan sel stem untuk menjana pertumbuhan rawan itu berpotensi untuk merawat banyak kecederaan sukan manakala bagi pesakit yang mengalami kemerosotan rawan disebabkan penuaan, prosedur ini memberi pilihan terbaru selain pembedahan penggantian lutut.

Sel stem seperti yang diketahui memiliki keunikan tersendiri kerana keupayaannya menjadi apa saja jenis sel dan tisu dalam tubuh. Justeru, ia membolehkan rawan membentuk di kawasan yang rosak. Ia membekalkan penggunaan secara semula jadi sendi tanpa memerlukan implan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 01:16 PM | Show all posts
untuk kelahiran baby yg baru ni saya signed up dengan stemlife...cost RM1900...yearly kena bayar RM250.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 01:25 PM | Show all posts

Reply #135 Acun's post

kat sini ko rupanya heheeh.. aku moyan kat sana

tahniah cun sbb dah signed up to stemlife..

RM1900 tu nett ke? takde additional cost bagai?

dulu masa aku pegnan darren RM2500 ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2008 01:27 PM | Show all posts

Reply #135 Acun's post

kat sini ko rupanya heheeh.. aku moyan kat sana

tahniah cun sbb dah signed up to stemlife..

RM1900 tu nett ke? takde additional cost bagai?

dulu masa aku pegnan darren RM2500 ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 02:53 PM | Show all posts
Poline...

Rm2500 tu gold package.. RM2000 tu silver package..

Puan Acun ni mesti dapat diskaun 100 sebab bayar full.. he he he

To all other pregnant parents, kalau tak nak simpan utk diri sendiri pon, boleh juga menderma stemcell tu utk digunakan bg tujuan R&D... mcm kisah tulang rawan kat atas tu, akak tu treated with DONATED stemcell tu.. kan macam amal jariah jugak la, kite tak simpan, sekurang2 boleh dimanfaatkan cara lain drpd terbuang begitu saje..

sapa2 nak donate, let me know.. it's FOC - we will absorb whatever cost - collection fee, administrative fee etc..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 02:56 PM | Show all posts

Reply #138 Delifrance's post

ooo.. thanks del

2nd child aku nak sign up.. tapi nak sign up dgn ko je.. cemana tu ekekeke..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2008 04:04 PM | Show all posts
Originally posted by paulinevoon at 13-3-2008 02:56 PM
ooo.. thanks del

2nd child aku nak sign up.. tapi nak sign up dgn ko je.. cemana tu ekekeke..



kakakakak i'm flattered pol!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.557079 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list