CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

Pakaian/Aksesori/Senjata/Pengangkutan/Gaya Hidup Masyarakat China Zaman Silam

[Copy link]
 Author| Post time 28-9-2012 11:14 AM | Show all posts
Perang Jepun-Rusia (10 Februari 1904 – 5 September 1905)


Perang Jepun-Rusia (Bahasa Jepun : 日露戦争; Romaji : Nichi-Ro Sensō; Bahasa Rusia : Русско-японская война Russko-Yaponskaya Voyna; Cina ringkas : 日俄战争; Cina tradisional : 日俄戰爭; pinyin : Rìézhànzhēng, 10 Februari 1904 – 5 September 1905) adalah satu konflik yang timbul akibat cita-cita untuk meluaskan kuasa oleh Empayar Rusia dan Empayar Jepun ke atas Manchuria dan Korea. Medan pertempuran utama adalah di Manchuria Selatan, terutamanya di kawasan sekitar Semenanjung Liaodong dan Mukden, laut di sekeliling Korea, Jepun, dan Laut Kuning.

Rusia ingin mencari pelabuhan air suam di Lautan Pasifik, untuk tentera laut mereka selain perdagangan maritim. Vladivostok adalah satu-satunya pelabuhan yang beroperasi semasa musim panas, tetapi Pelabuhan Arthur akan beroperasi sepanjang tahun. Bermula pada akhir Perang China-Jepun Pertama dan tahun 1903, rundingan di antara Rusia dan Jepun adalah sia-sia. Jepun memilih peperangan bagi mengekalkan penguasaan ekslusif di Korea.

Keputusan kempen, yang mana tentera Jepun secara konsisten berjaya mengalahkan tentera Rusia, tidak dijangka oleh para pemerhati. Kemenangan ini secara dramatik mengubah keseimbangan kuasa di Asia Timur, menyebabkan penilaian semula kemasukkan terbaru Jepun ke pentas dunia. Kekalahan memalukan menyebabkan rakyat Rusia tidak puas hati akan ketidakcekapan dan rasuah oleh kerajaan Tsar, dan membuktikan penyebab utama pada Revolusi Rusia 1905.







http://www.youtube.com/watch?v=HT-1tZ_TUYM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-11-2012 02:20 PM | Show all posts
Kang Youwei, Pembaru Politik pada Penghujung Zaman Dinasti Qing









Kang Youwei dilahirkan pada tahun 1858. Beliau pernah menerima pendidikan tradisional China yang baik. Pada tahun 1879, beliau melawat ke Hong Kong. Di sana, beliau membaca beberapa banyak buku yang memperkenalkan keadaan di negara Barat. Ini menarik perhatiannya terhadap tamadun dan sistem politik di negara Barat. Tiga tahun kemudian, beliau melawat ke Shanghai untuk mencari lebih banyak buku tentang negara Barat. Setelah mengadakan penyelidikan, Kang Youwei berpendapat sistem pentadbiran negara Barat maju dan China perlu mencontohi pengalaman negara Barat untuk mengadakan pembaharuan politik. Selepas itu, beliau membuka kursus untuk mempromosikan pendiriannya dan juga menulis beberapa buku yang menjadi panduan teori pembaharuan politik di China.






Pada tahun 1895, Kang Youwei dan pelajarnya, Liang Qichao mengumpulkan 1300 orang sarjana menyerahkan surat kepada Maharaja Guangxu untuk memohon pelaksanaan pembaharuan politik. Ini menandakan beliau telah menjadi pemimpin daripada kampulan yang menganjurkan pembaharuan politik. Selepas itn, Kang Youwei pula beberapa kali menyerahkan surat kepada Maharaja untuk memohon supaya mencontohi pembaharuan politik di Jepun dan menubuhkan sistem politik raja berperlembagaan. Di samping mencari sokongan dari Maharaja, Kang Youwei juga menubuhkan badan pembaharuan dan menerbitkan majalah berkenaan untuk mendapat sokongan dari masyarakat.

Pada 11 Jun tahun 1898, Maharaja Guangxu menerima cadangan Kang Youwei dan memulakan pembaharuan politik. Beberapa tokoh penting dalam kumpulan yang menganjurkan pembaharuan juga dilantik sebagai pegawai kanan. Boleh dikatakan, semua dasar pembaharuan yang dikeluarkan oleh Maharaja dicadangan oleh Kang Youwei. Bagaimanapun, dengan pelaksanaan dasar pembaharuan, pertikaian kaum pembaharuan dengan kaum konservatif menjadi semakin keras. Pada 21 September tahun itu, Ibu Suri Cixi yang menentang pembaharuan politik telah mengadakan rampasan kuasa, Maharaja Guangxu ditahan di rumah, Kang Youwei dan Liang Qichao melarikan diri ke luar negara, manakala, enam pemimpin pembaharuan dibunuh. Pembaharuan poltik yang dipimpin oleh Kang Youwei hanya dilaksanakan selama 103 hari sahaja di China.

Setelah melarikan diri ke luar negara, Kang Youwei terus berusaha untuk mempromosikan cadangan politiknya. Bagaimanapun, Kang Youwei beransur-ansur berubah menjadi pemimpin kumpulan pendukung sistem pemerintahan beraja dan menentang revolusi. Pada 31 Mac tahun 1927, Kang Youwei meninggal dunia.






Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2013 01:26 PM | Show all posts
Bagi aku,Aisien Goro atau Henry Pu Yi adalah Maharaja China yang paling malang.Sebabnya ketika berusia 3 tahun dan ditabalkan sebagai Maharaja,Dinasti Qing sedang menghampiri era kejatuhannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2013 05:32 PM | Show all posts
Apa konflik yang berlaku sekarang antara Jepun dan China kena tengok alik kepada Sejarah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-6-2013 12:01 PM | Show all posts
Kajian Tembok Raksasa China Bikin Gusar Korea Selatan




INILAH.COM, Jakarta - Kerajaan Korea Selatan akan menyemak dengan teliti kaji selidik baru China yang menyatakan tembok raksasa ternyata mengular hingga masuk ke wilayah negaranya.



Pemerintah China mengumumkan pertengahan minggu lalu bahawa benteng kuno ini sebenarnya dua kali lebih panjang dari yang diperkirakan sebelumnya. Untuk pertama kali pengukuran rasmi tembok raksasa menyimpulkan strukturnya membentang sepanjang 21.196 kilometer, yang menyemak semula anggaran pada 2009 yang hanya 8.852 kilometer.

Kajian China mengklain bahagian timur melingkupi beberapa daerah yang termasuk wilayah kerajaan Korea kuno. Para pejabat di Seoul tentu sewot dicipta oleh kesimpulan kajian China yang tergesa-gesa ini dan mereka akan menilai kajian secara menyeluruh.

" Prinsipnya kerajaan tidak mengabaikan penyelewengan sejarah kerana boleh langsung menyangkut hubungannya dengan identiti etnik Korea, " kata wakil jurucakap Kementerian Luar Negeri Han Hye-jin kepada para wartawan, seperti ditulis akhbar Korean Herald terbitan Jumaat (8/6).

" Kita masih meneliti dengan teliti seluruh teks kajian ini dan akan mengambil tindakan tegas (jika ada bukti penyelewengan). " Sejarawan dan aktivis Korsel menyebut tuntutan China ini sebagai " usaha politik untuk mengagungkan wilayah tua sebagai negara etnik dan merasionalisasikan penindasan atas kumpulan-kumpulan minoriti " .

Kajian ini dilakukan Badan Warisan Budaya serta Badan Negara Ukur dan Pemetaan China mulai 2007. Kedua badan ini mengaku telah mencari benteng yang membentang di 15 wilayah termasuk wilayah autonomi barat seperti Xinjiang, dan beberapa daerah timur yang termasuk wilayah Goguryeo dan Balhae di wilayah kerajaan Korea tua yang sekarang masuk wilayah Korea Utara dan Manchuria Selatan.

Penyelidik China sebelum ini berkata kaji selidik Tembok Raksasa ini hanya termasuk struktur yang dibina selama Dinasti Ming, yang berlangsung dalam kurun waktu 1368-1644. Tapi mengikut kajian terbaru Tembok Raksasa juga dibina oleh empayar Qing dan Han yang lebih tua.

Yayasan Sejarah Asia Timur Laut yang berpusat di Seoul berkata kajian terbaru ini mempunyai " kesalahan fakta " kerana mengambil kira tidak hanya potongan Tembok Besar tetapi juga benteng-benteng besar dan kecil yang lain tersebar di utara China.

" Landskap itu sebenarnya tidak sepanjang Tembok Besar yang dipanjang-panjangkan, tetapi terkumpul dari berbagai tembok yang berbeza-beza, " ujar seorang penyelidik. China telah dituduh terus berupaya memanjang-manjangkan Tembok Besar sejak melaksanakan undang-undang yang direka untuk melindungi destinasi pelancongan utama pada 2006.

Pada 2009, menurut tuntutan China, Tembok Besar membentang lebih daripada 8.852 kilometer, ini bermakna bentangannya sudah melampaui panjang bentangan yang dibuatdi 2006 yang hanya 6,000 kilometer.

Kontroversi muncul apabila kajian ini mendefiniskan Tembok Bakjak yang dibuat ooleh Empayar Goguryeo yang kini masuk wilayah Dandong di Korea Utara, sebagai sebahagian daripada Tembok Besar. Namun tidak jelas apakah kajian terbaru mengulang tuntutan yang sama.

Bekas wilayah kerajaan Goguryeo telah berulang kali menjadi sumber ketegangan diplomatik antara Seoul dan Beijing. Apa yang disebut Projek China Timur Laut bertujuan untuk mengesahkan bahawa timur laut China selalu di bawah kawalan Beijing.

Empayar Goguryeo, yang berlangsung dari 37 SM (sebelum masehi) hingga 668 masehi, dianggap mempunyai masa gilang gemilang kejayaan menurut para cendekiawan dan ulama Buddha. Nama moden Korea juga berasal dari empayar ini.

Tembok Raksasa dibuat untuk menangkis serangan asing yang dibina lebih daripada 2,200 tahun silam. Kemudian diperluas oleh dinasti-dinasti seterusnya yang berjaya di China.

Menurut kajian, hanya 8.2% tembok asli yang utuh saat ini. Struktur buatan manusia yang terbesar di dunia ini yang disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia Unesco pada tahun 1987. Kumpulan-kumpulan minoriti di China termasuk yang tinggal di Xinjiang dan Tibet telah lama memprotes pemerintah pusat. Mereka menuntut kemerdekaan atau autonomi yang lebih besar.

Beijing telah dikritik kerana melakukan penindasan terhadap kebudayaan dan kegiatan keagamaan walaupun kerajaan China selalu menyangkal tuduhan itu. Kira-kira sembilan juta warga Uighur Muslim diketahui tinggal di Xinjiang, yang diduga keturunan saudagar-saudagar Turki yang berdagang hingga ke China.

Dalai Lama, simbol Tibet dan pemimpin spiritualyang hidup dalam pengasingan, telah sering menohok hubungan dua hala antara China dan negara-negara demokrasi Barat.

Tuntutan Tembok Raksasa mengular sampai si Manchuria Selatan hingga ke Korea ini sebenarnya mirip dengan sengketa kepulaan Spartly. China mengklain gugusan pulau-pulau Spartly adalah tempat meneduh nelayan-nelayan tradisional China, yang secara historis masuk wilayah China.

Kenyataannya, kepulauan Spratly sangat dekat dengan Filipina dan sangat jauh dari daratan China. Nah usaha sama dilakukan China yang percaya wilayah kerajaan tua China masuk hingga ke semenanjung Korea.




Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 01:24 AM | Show all posts
Ni saja la saya nak tanya.

Di zaman dahulu,apabila pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat semasa Dinasti Manchu memerintah meninggal dunia,adakah mereka akan disemadikan bersama pakaian rasmi mereka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-9-2013 05:46 PM | Show all posts
Evolusi Busana Wanita Cina Mengikut Zaman








Last edited by HangPC2 on 14-9-2013 05:48 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2013 02:39 AM | Show all posts
edit....................... Last edited by HangPC2 on 21-9-2013 02:40 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2013 03:21 PM | Show all posts
A Note on the Orang Yunnan in Terengganu


http://www.persee.fr/web/revues/ ... _1991_num_42_1_2750













Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-1-2014 04:21 PM | Show all posts
DINASTI HAN: LIU BANG DAN ULAR PUTIH



Qin, adalah sebuah empayar yang menyatukan seluruh China. Selepas 200 tahun era di mana negara-negara kota di China saling berperang antara satu sama lain tamat di bawah penyatuan Yin Zheng atau nama maharajanya iaitu Qin Shi Huangdi. Dinasti Qin berdiri menaungi sebuah tamadun yang paling terpencil dikelilingi oleh hutan tebal di bahagian selatan dan banjaran Tibet di kelilingnya.

Namun, tidak lama kebangkitan Qin kerana sebaik sahaja Qin Shi Huangdi mati, maka bermulalah episod China kembali ke kancah perang saudara. Salah satu watak yang ditakdirkan untuk menyelamatkan China kembali adalah Liu Bang.

Diceritakan bahawa Liu Bang diminta untuk mengiringi banduan untuk ke Gunung Li bagi membina Makam Terhebat Dalam Sejarah Dunia untuk pengebumian Qin Shi Huangdi. Ketika perjalanan, banyak tawanan perang yang melarikan diri dan ini boleh membawa kepada Liu Bang dihukum bunuh. Mengelakkan daripada dibunuh, Liu Bang memilih untuk menjadi pelarian dan sempat melepaskan tawanan penjara. Menariknya, perbuatan Liu Bang melepaskan banduan dari penjara itu telah membuatkan dia mempunyai pengikutnya tersendiri.

LIU BANG DAN ULAR PUTIH

Maka mengembaralah Liu Bang ke Gunung Mangdang dan membina kubu mereka di situ. Diceritakan Liu Bang dan pengikutnya tersempak dengan seekor ular putih gergasi dan lagenda menceritakan bahawa Liu Bang dan pengikutnya telah bertarung sehabis nyawa melawan Ular Gergasi itu. Akhirnya, ular tersebut mati di tangan Liu Bang, Keesokan harinya, Liu Bang menemui seorang nenek kebayan yang sedang menangis. Lalu ditanyakan kepada nenek kebayan itu gegerangan apakah yang membuatkannya menangis.

“ Anakku, anak kepada maharaja putih telah dibunuh oleh anak maharaj amerah. ”
Mendengarkan kata kiasan daripada nenek kebayan itu, maka Liu Bang mula percaya bahawa dirinya ditakdirkan untuk menjatuhkan Qin dan kembali menyatukan seluruh China. Peristiwa ini dikenali dalam sejarah China sebagai, “ Uprising of the Slaying of the White Serpent. "

PENGHUJUNG USIA QIN

Ketika peristiwa Daze Village Uprising, ianya telah menjadi pencetus kepada pemberontakan melawan Qin. Chen Sheng dan Wu Gang yang ditugaskan oleh Qin untuk mempertahankan sebuah kota di utara akhirnya tidak dapat tiba ke tempat itu pada wkatu yang ditetapkan lalu memilih untuk memberontak kerana undang-undang Qin mengatakan siapa yang lewat menunaikan tugas untuk kerajaan, maka matilah hukumnya. Walaupun tewas, ianya telah mencetus kepada kebangkitan. Antara negara yang mula mahu memberontak ialah negara kota Pei, yang merupakan tempat tanah tumpahnya darah Liu Bang.

Liu Bang yang sangat rapat dengan gabenor negara kota itu akhirnya dijemput untuk kembali ke Pei. Namun, tidak lama kemudian gabenor negeri Pei kemudiannya menukar fikiran dan menghalang Liu Bang dari masuk. Perang kecil telah meletus dan akhirnya Liu Bang berjaya menawan negeri Pei.

Namun, seperti yang diceritakan di atas, Daze Village Uprising sebenarnya menjurus kepada permulaan revolusi melawan Dinasti Qin. Keluarga bangsawan negeri-negeri kota yang jatuh di tangan Qin ketika ekpedisi Qin Shi Huangdi menakluk seluruh China mula mengerahkan pemberontakan. Antaranya ialah Yan, Zhao, Qi, Chu dan Wei.

Bermula daripada etik ini, bangkitnya seorang panglima perang yang bernama Xiang Yu dan pakciknya Xiang liang, telah memimpin keluarga Chu untuk turut menyertai pemberontakan negara-negara kota China ketika itu. Ketika inilah Liu Bang menyertai Xiang Yu sebelum penyertaan Liu Bang ini akhirnya menjadi duri dalam daging kepada Han…


Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 03:26 PM | Show all posts
Selain Dinasti Yuan dan Dinasti Qing,adakah terdapat mana-mana pemerintahan yang diasaskan oleh orang bukan Han di China pada zaman dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 06:22 PM | Show all posts
jkkkj posted on 13-8-2013 01:24 AM
Ni saja la saya nak tanya.

Di zaman dahulu,apabila pegawai-pegawai kerajaan yang berkhidmat semas ...

Ya. Ini antara adat istiadat Cina yang terasimilasi oleh orang Manchu ketika mereka menubuhkan dinasti Qing di China. Paling menarik, antara bibit kebencian masyarakat pribumi Han pada korupsi pegawai2 Dinasti Qing sehingga kan mitos 'Jumping Vampire' Cina yang haus darah sering digambarkan sebagai mayat hidup yang berpakaian rasmi pegawai & pembesar Qing Manchu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 06:24 PM | Show all posts
jkkkj posted on 7-1-2014 03:26 PM
Selain Dinasti Yuan dan Dinasti Qing,adakah terdapat mana-mana pemerintahan yang diasaskan oleh oran ...

Hanya Qing (Manchu) & Yuan (Mongol) sahaja penakluk bukan Han yang berjaya menubuhkan dinasti mereka di China. Namun begitu, akhirnya penakluk bukan Han akhirnya terasimilasi dengan budaya Han sehinggakan keturunan penakluk hanya sekadar Manchu / Mongol pada nama sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 07:53 PM | Show all posts
robotech posted on 7-1-2014 06:22 PM
Ya. Ini antara adat istiadat Cina yang terasimilasi oleh orang Manchu ketika mereka menubuhkan din ...

Owh...gitu rupanya.

Saya juga tertanya-tanya semasa bekas Maharaja Qing yang bernama Aisien Goro @ Henry Pu Yi mangkat pada tahun 1967,adakah beliau jugak disemadikan dengan pakaian istiadat seorang Maharaja Qing?

Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 07:57 PM | Show all posts
jkkkj posted on 7-1-2014 07:53 PM
Owh...gitu rupanya.

Saya juga tertanya-tanya semasa bekas Maharaja Qing yang bernama Aisien Gor ...

Tidak. Beliau mati sebagai rakyat biasa sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2014 10:24 PM | Show all posts
robotech posted on 7-1-2014 07:57 PM
Tidak. Beliau mati sebagai rakyat biasa sahaja.

Nampaknya Tuan ni seorang banyak pengetahuan tentang sejarah silam negara China.

Saya rasa gembira Tuan sudi kongsi pengetahuan dengan saya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2014 07:30 PM | Show all posts
jkkkj posted on 7-1-2014 10:24 PM
Nampaknya Tuan ni seorang banyak pengetahuan tentang sejarah silam negara China.

Saya rasa gemb ...

Saya hanya pengkaji sejarah amatur. Cuma nasihat saya, jika saudara berminat dgn sejarah, jangan jadi bias. Perspektif perlu diluaskan. Lihat sejarah dari kacamata dua belah pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2014 04:48 PM | Show all posts
robotech posted on 8-1-2014 07:30 PM
Saya hanya pengkaji sejarah amatur. Cuma nasihat saya, jika saudara berminat dgn sejarah, jangan j ...

Terima kasih di atas nasihat Tuan itu.Saya akan pertimbangkannya kelak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-1-2014 02:16 AM | Show all posts
DINASTI HAN : 40 000 ORANG ASKAR MENGGEMPUR BALA 400 000 ORANG




Kisah Liu Bang pengasas Dinasti Han dangan kisah lagendanya mengenai dia berjaya menyembelih seekor ular putih gergasi dan bagaimana Liu Bang kemudiannya telah menyertai Chu yang ketika itu berada di bawah Xiang Lang, pakcik kepada seorang jeneral perang China yang kemudiannya akan dianggap salah seorang panglima terhebat sepanjang zaman.

Namun malangnya buat Xiang Lang apabila dirinya terkorban di dalam dan tugas memimpin Chu ketika itu diambil oleh anak saudaranya yang bernama Xiang Yu, seorang panglima perang terhebat dalam sejarah China. Dalam masa yang sama, Liu Bang ketika itu menyertai Chu untuk turut sama dalam penentangan menjatuhkan Qin.

Pertempuran Julu adalah penting dalam kita membincangkan mengenai sejarah kejatuhan Qin kerana di mana pada pertempuran inilah, kita dapat melihat bagaimana Empayar Qin yang sebelum ini memerintah China mula tunduk dan tewas di tangan Chu yang dipimpin oleh Xiang Yu.

Awal kepada episod perang ini adalah di mana pada Peperangan Ding Tao di mana panglima perang Qin iaitu Zhang Han telah mengalah askar daripada Kerajaan Chu yang dipimpin oleh pakcik kepada Xiang Yu iaitu Ciang Lang dan membuatkan pakciknya terbunuh.

Liu Bang dan Xiang Yu ketika itu terpaksa berpecah dengan askar Xiang Lang untuk menyelamatkan raja Qi yang ketika itu membuatkan Xiang Lang seorang diri terpaksa berdepan dengan askar Zhang Han. Detik ini, menyaksikan bagaimana kuasa ke atas Chu mula membuatkan Xiang Yu lupa diri.

Zhang Han ketika mula membawa askarnya menyebarang Sungai Kuning atau Hwang Ho untuk menyerang sebuah lagi negara kota yang memberontak iaitu Zhao dan mengalahkan askar Zhao.
Ketika itu, Zhao telah menghantar mesej untuk meminta bantuan Raja Huai daripada Chu. Dua orang telah dihantar iaitu anak saudara Xiang Liang iaitu Xiang Yu dan Liu Bang. Liu Bang telah diminta untuk menyerang pusat negara Qin manakala Xiang Yu pula diminta untuk menyerang askar Zhang Han yang sedang mengganas di Han Dan.

Ketika Xiang Yu diminta untuk menyerang askar Qin di Han Dang, Xiang Yu daripada Chu menyedari bahawa betapa askarnya itu telah kalah dalam bilangan di mana 40 000 orang askar Xiang Yu daripada Chu terpaksa berdepan dengan 400 000 orang askar Dinasti Qin yang beratus kali ganda.

Xiang Yu tahu dia akan kalah tetapi bagaimana mahu memenangi peperangan itu. Xiang Yu hanya membawa bekalan makanan untuk tiga hari sahaja dan menghancurkan bekalan makanan yang selebihnya ke Han Dang. Tak ketinggalan, jalan pulang yang hanya boleh dinaiki dengan menaiki sebuah bot juga telah ditutup oleh Xiang Yu. Sampan dan bot yang membawa mereka melintasi sebuah sungai untuk ke Han Dang juga ditenggelamkan. Xiang Yu mengnhantar mesej kepada askar-askarnya dengan perbuatannya itu.

" Kamu harus lawan sampai ke titisan darah terakhir atau kalau kamu lari sekalipun, bekalan makanan tak mencukupi untuk kalian dalam hutan. Menang atau mati ! "

Ajaibnya, setiap askar Chu yang ditunjukkan jalan mati itu berlawan dengan sangat hebat. Mereka tak menyerah walaupun beribu tusukan pedang dan lembing menembusi tubuhnya. Dan tahukah anda bahawa hampir separuh askar Dinasti Qin ketika itu yang bertempur dengan askar Chu mati? Dan askar Chu yang mati hanyalah dalam lingkungan 5000 orang sahaja.

Detik Pertempuran Julu ini menjadi saksi di mana Qin akhirnya menyerah apabila tewas di tangan Xiang Yu.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2014 04:00 PM | Show all posts
DINASTI HAN : JAMUAN MAUT DI HONG GATE



Kemenangan yang tidak dijangka di Pertempuran Julu telah menyebabkan kesemua negara kota ketika itu yang memberontak menyatakan kesetiannya kepada Xiang Yu dan Chu kerana dengan hanya membawa 40 000 orang askar Chu sahaja sudah cukup untuk mengalahkan askar Qin yang begitu banyak.

Raja Chu ketika itu, telah mengisytiharkan siapa yang sampai dulu dan menawan Kota Xiang Yang (pusat pemerintahan Qin) maka dia akan dianugerahkan kawasan Central Plains di China yang kaya raya. Liu Bang yang ketika masih berada di dalam Chu serta Xiang Yu adalah dua general yang diperintahkan oleh Raja Chu ketika itu.

“ Sesiapa yang berjaya menawan pusat pemerintahan Qin iaitu Xiang Liang maka beta akan hadiahkannya kawasan di tengah China yang penuh dengan kekayaan. ”

Maka ketika itu, berlumbalah Liu Bang dan Xiang Yu untuk ke China. Setiap seorang daripad amereka diminta untuk mengambil undian laluan yang manakah yang akan dipilih untuk ke Xiang Yang daripada Negara Chu.

Liu Bang bernasib baik apabila mendapat laluan timur yang lebih senang berbanding dengan Xiang Yu yang mendapat laluan barat yang berliku. Pada aslanya, kedua-dua tokoh dalam sejarah ini adalah sahabat baik bahkan mereka telah bersumpah setia mahu kekal bersama walaupun sesiapa yang menawan Kota Xiang Yang.

Namun, apabila Liu Bang telah sampai dahulu ke Liu Bang, dan Xiang Yu terlambat. Di sinilah api mula bercambah antara sahabat dunia akhirat ini. Apabila Xiang Yu menyedari bahawa dia mula kalah, maka ketika itulah perasaan tidak puas hati lahir dari jiwanya.

Pada detik 207 S.M menyaksikan askar yang dipimpin oleh Liu Bang berjaya menawan Laluan Wu dan sekaligus menguasai Guangzhong dan ibu negara Qin iaitu Xiang Yang, Mahajara terakhir Qin ketika itu akhirnya menyerah diri kepada Liu Bang.

Pengkhianat yang ada di dalam pasukan Liu Bang, Cao Wushan ketika itu telah mengantar mesej secara diam-diam kepada Xiang Yu melaporkan bahawa Liu Bang telah mengisyitiharkan dirinya sebagai “Raja Guangzhong” berdasarkan janji daripada Raja Huai II daripada Chu bahawa sesiapa yang berjaya menawan Xiang Yang, maka dialah pemilik sebenar Tengah China, atau Guangzhong. Cao Wushang juga telah mengatakan kepada Xiang Yu bahawa Liu Bang telah merampas segala harta kekayaan Xiang Yang dan mengatakan bahawa ianya adalah miliknya. Xaing Yu yang pana baran mula bengang mendengarkan khabar berita itu.

Fan Zheng, penasihat kepada Xiang Yu yang sebenarnya telah lama mendapat ilham daripada ilham dan pemerhatiannya pada ilmu astrologi bahawa Liu Bang akan jadi pesaing utama kepada Empayar Qin telah memujuk Xiang Yu untuk membunuh Liu Bang yang suatu masa dagulu pernah bersama meminum darah masing-masing sebagai simbolik bahawa mereka adalah adik beradik angkat.

Maka, Xiang Yu pun mengadakan sebuah jamuan yang konon-konon mahu meraikan kejayaan Liu Bang menawan Xiangyang. Liu Bang yang tidak mempunyai prasangka apa-apa memandangkan Xiang Yu adalah sahabatnya.

Mujurlah ketika itu, pakcik kepada Xiang Yu iaitu Xiang Bo yang merupakan sahabat baik kepada Zhang Liang, penasihat ketenteraan untuk Liu Bang telah memaklumkan kepada Zhang Liang. Zhang Liang sempat menasihatkan Liu Bang untuk meminta tolong Xiang Bo dalam hal ini.

[Jamuan Maut Di Hong Gate]

Liu Bang datang ke jamuan di Tembok Besi Hong sambil membawa 100 orang askar bersamanya. Liu Bang dengan rendah hati mengatakan bahawa kejayaannya menawan Xiangyang adalah sekadar nasib baik dan meminta maaf merampas kejayaan yang seharusnya dilakarkan oleh Xiang Yu.

Ketika jamuan berlangsung, beberapa kali Fan Zheng memberi isyarat kepada Xiang Yu supaya membunuh Liu Bang yang sedang asyik makan namun semuanya tidak diendahkan oleh Xiang Yu yang masih ada ras abersalah di hatinya.

Fan Zheng ketika itu kemudian meemanggil sepupu Xiang Yang iaitu Xiang Zhuang untuk melakukan tarian pedang dengan niat untuk mencari peluang membunuh Liu Bang, Xiang Bo ketika itu pula menyedari sesuatu yang buruk akan berlaku menawarkan diri untuk menyertai jamuan itu dan setiap kali lembing Xiang Zhuang hampir sahaja menusuk tubuh Liu Bang, Xiang Bo akan berada di situ melindungi Liu Bang.

Zhang Liang pula menyedari apa yang cuba disampaikan oleh Fan Zheng lantas meminta permisi untuk keluar sebentar daripada jamuan itu atas sebab tertentu tetapi sebaliknya pergi menjcari jeneral perang Liu Bang, iaitu Fan Kuai untuk datang menyelamatkan Liu Bang.

Fan Kuai pula sebaik sahaja mendengar apa yang berlaku telah menyerbu ke dalam jamuan dengan pakaian perang lengkap dan ianya telah membuatkan Xiang Yu kagum lalu mengatakan bahawa Fan Kuai adalah seorang jeneral perang yang berani.

Fan Kuai kemudiannya membuat ucapan panjang memberi sebab kenapa Xiang Yu tidak harus membunuh Liu Bang. Antara kandungan ucapannya adalah askar yang diletakkan berjga di beberap atembok besi yang harus dilalui untuk memasuki kawasan sekitar Xiang Yang adalah kerana untuk menghalang bandit yang mengganas manakala Liu Bang tiada niat untuk menggangu kegemilangan Xiang Yu dan sebaik sahaja menawang Xiang Yang, Liu Bang telah mengubah askarnya ke Bashang menunggu ketibaan Xiang Yu.

Selepas ucapan itu, Liu Bang mengatakan bahawa dia ada hal untuk diselesaikan sekejap sekaligus menjadikan alasannya untuk meninggalkan jamuan itu. Peluang itu digunakan oleh Liu Bang untuk melarikan diri sambil Zhang liang dihantar berjumpa dengan Xiang Yu untuk mengatakan Liu Bang terlalu mabuk untuk hadirkan diri.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.040569 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list