|
120# sok_suci
org muo gak ker? |
|
|
|
|
|
|
|
salam..aku orang tanjung gading, muor...
sekolah rendah dulu srk ismail (1)
pastu sek tinggi muor sampai tingkatan 6 (1997)
pastu aku keje kat cosmopoint muor from 2002 to 2004
skang ni aku keje kat jb..sebulan sekali jugakla aku balik muor..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca thread nie..senyum sorang.. teringat kampung halaman ku.... tempat ku membesar...
LAst balik Muar masa awal puasa hari tu... selepas dua bulan tak balik... banyak jugak perubahan Muar sekarang nie....
Sajer nak tambah... Leyya Hanna orang Sungai Abong, Muar... masa sekolah kat sekolah convent muar dari darjah 1 sampai form 5.... pastu dah keluar g study... tapi mama dengan babah still in Sungai Abong.. |
|
|
|
|
|
|
|
A brochure to get visitors 'lost' in Muar's charms Chong Chee Seong
2009/06/29 THEMuar Municipal Council's first tourism brochure is expected to hit thestreets soon. Council president Abdul Wahab Ridwan said the final draftis undergoing fine-tuning before being sent to the printer this month.
 | A sample of the council’s tourism brochure that will be distributed for free. | "I want the booklet to becomprehensive and contain all information that tourists need. I am opento views and suggestions to add more places of interest," he said.
The brochure, which will be given free, would contain information onaccommodation, history, culture, buildings, eateries, sightseeingvenues and fishing spots in Muar.
Some of Muar's culinary delights that will be featured include ikan asam pedas, otak-otak, mee rebus and mee bandung.
Theinteresting activities recommended are a visit to the Parit Tiramoyster fishing village and firefly homes, a boat ride to Pulau Besarand a trip to the legendary Gunung Ledang.
Wahab said Muar'sattractions and achievements like having the most number of migratorybirds stopping by, being a top furniture exporter, and its stunninglion and dragon dances would also be highlighted.
He said asteady flow of tourists to Johor, in particular Muar, would bring in anew source of revenue to offset the current global economic slowdown.
The council's tourism committee would also look into the proposals byChris Lee Ching Yong, the special officer appointed by Menteri BesarDatuk Abdul Ghani Othman to build replicas of the Lesser Adjutant stork(Leptoptilos javanicus) and the Chinese egret (egretta eulophotes) atits migratory site in Parit Jawa.
"Replicas of the lion and dragon dance and a furniture village will also be erected in town.
"Muar has so much to offer and the council is making every effort tomake the town a 'must' visit tourist destination," he said. |
|
|
|
|
|
|
|
JOHOR BUZZ: Kopi Cap 434 — our very own exotic coffeeI’M a coffee drinker. The state, which boasts two of the country’s bestcoffees, namely Muar’s Kopi Cap 434 and Kopi Kluang, made me one.
Twenty-threeyears in Kuala Lumpur has yet to convert me into a lover of gourmetcoffees from Starbucks and Coffee Bean & Tea Leaf, although I mustadmit I have acquired a liking for flavoured coffee especiallytoffeenut latte.
My family, especially my mother, still swears by Kopi Cap 434.
Wheneverwe drive down to Johor from Kuala Lumpur, my mother would insist onmaking a pit stop in Muar. Besides going to the jewellery store to getthe butang baju kurung to replace those that we have lost, she’ll gether supply of Kopi Cap 434
We’ve been doing this all our lives. Whenwe were growing up, our parents made it a point to stop in Muar eachtime we journeyed north to Kuala Lumpur or on the trip back.
FromJohor Baru, they would time it in such a way that we would be in Muartown for a breakfast of satay, lontong or soto ayam from the Malaystall in front of the coffee shop.
On the way home, we would stopfor lunch at the Makcik’s stall where the ikan sembilang masak asampedas is something to die for.
Having coffee at this corner lot coffee shop in town was a must for my late father.
Backthen I thought the black coffee, served in the thick porcelain cups andsaucers, were a tad bitter but it was drinkable. We kids would pour thecoffee from the cups into the saucers; blow into it to cool it beforeslurping it up. On a hot day, the iced black coffee could really quencha thirst!
Before we leave the town, we would get our supply of the ground coffee from the nearby shop.
Nevermind if you don’t know the shop’s address. Your nose will take youthere. The smell of the ground coffee can give you the sameexhilarating effect as the taste.
Kopi Cap 434 has been around for55 years. It was founded by Kiar Am Sai in a double-storey wooden housejust behind the Muar river at Jalan Ismail in Muar.
Kiar, who wasknown among his customers as Ah Sai, was said to be 17 years old whenhe arrived in the country from Hainan, China. The number 434incidentally is his three digit telephone number during the 1960s.
TheKopi Cap 434 is the company’s most popular house blend coffee but thereis also espresso coffee and instant coffee under the 434 label. Theycome in packets of 20, 50 and 100 sachets.
Do you know that the company also offers delivery service?
Callfor the best quotation, transfer the money into the company’s account,call again for a final confirmation and the consignment will becouriered to you on the same day. I haven’t tried it yet but wouldsurely do so once our supply of the 434 runs out.
And I discovered only recently that 434 is indeed a local coffee.
KopiCap 434 uses the Elephant Bean AA, which has been described as anexotic coffee that has a very outstanding flavour and unique taste thatcan be found in neither Arabica nor Robusta coffee. Belonging to theLiberica species, the beans are bigger in size and longer in shape.
Somewherein Muar, the company has a 1.6ha plantation cultivated with theElephant Bean AA coffee. It’s worth a visit when you’re next in Muar,eh? |
|
|
|
|
|
|
|
di ambil dari http://www.medkom.my/v5/index.php?option=com_content&view=article&id=303:mat-berani-panglima-yang-pernah-berkhidmat-dengan-sultan-mahmud-syah&catid=37:apa-cerita&Itemid=91
Mat Berani: Panglima yang pernah berkhidmat dengan Sultan Mahmud Syah | | | |
Ditulis oleh Nurhayati Abd. Rahim (Selipar Hijau/Jelajah Johor) | Khamis, 10 September 2009 13:12 | 57 hits | Dijagarapi...Pusara Mat Berani di Kampung Brohol. Pada papan tanda bertulisanJawi tertera “Panglima yang Gagah: Mat Berani”. Gambar oleh NorliezaKadmin.
MUAR: Pusara Mat Berani di Kampung Brohol. Pada papan tanda bertulisan Jawi tertera "Panglima yang Gagah: Mat Berani".
Mat Berani. Itulah nama yang tertera pada sebuah pusara yangterletak kira-kira lima meter dari tebing Sungai Muar di KampungBrohol, Panchor,.
Mungkin tidak ramai yang mengenalinya kerananamanya tidak pernah tercatat dalam sejarah. Tetapi menurut pendudukkampung berkenaan, Mat Berani adalah seorang panglima yang berkhidmatpada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah Ibni Almarhum SultanAlauddin Riayat Shah, sultan Melaka ke-7 yang memerintah di antara1488 - 1511.
Mat Berani dikatakan antara panglima yang sama-samaberjuang menentang serangan Portugis di Melaka pada tahun 1511. Apabilatidak mampu lagi menahan serangan Portugis, sultan dan pengikutnya yangsetia melarikan diri dengan kapal dan mudik melalui Sungai Muar.
Menurutketua kampung, Hj Johari bin Haji Abd Hamid, 62, Sungai Muar padaketika itu adalah laluan utama yang sibuk dengan kapal-kapal dagang dankapal perang.
"Sultan Mahmud bersama pengikut-pengikut setianyatelah mendirikan sebuah istana di hulu Sungai Muar dan bersemayam disitu sehingga kemuncak peperangan dengan Portugis," katanya.
Menurutnyalagi, Mat Berani yang menjangka Portugis akan menyerang kedudukansultan dari arah sungai telah membina kubu di tebing Sungai Muar.Tetapi Portugis telah menukar strategi peperangan mereka denganmelakukan serangan dari darat.
Kesan kubu tidak dapat dilihat lagi kerana telah dimusnahkan oleh hakisan tebing dan banjir besar yang melanda kawasan itu
Menurutteks yang ditulis oleh ketua kampung Olak Sepam, Haji Mohd Salleh binTahir, 64, tentangan yang diberikan oleh Mat Berani dan pasukannyaterhadap Portugis sangat hebat. Dalam peperangan itu, ramai yangterkorban, sama ada di pihak Mat Berani mahupun Portugis. Kapal-kapalperang Portugis juga dikatakan banyak yang musnah.
Namun,akhirnya Panglima Mat Berani gugur di medan pertempuran dan disemadikandi Kampung Brohol manakala Sultan Mahmud Shah dipercayai melarikan dirike Kampar dan bersemayam di sana. |
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mungkin ramai yg tahu yg sejarah Parameswara pernah membuka sebuah kota di Muar. dan nama kota tersebut adalah Kota Buruk.
untuk pengetahuan pembaca, Kota Buruk ini terletak di Kg Tanjung Selabu (rumah nenek aku..kui..kui..kui --bangga kejap...)..
sayang nye, bla time aku balik kg je...asyik kesibukkan je nak menjenguk tempat bersejarah Kota Buruk itu. tapi menurut mak aku yg memang anak jati situ, kota tuu mmg buruk bla time malam.
sesiapa yg berminat nak menjejaki sejarah ini, boleh laa berkunjung ke Kota Buruk yg terletak di Kg Tanjung Selabu, area Parit Lanjut, Pekan Bukit Pasir. |
|
|
|
|
|
|
|
ei dah abih ker?
ader lagi kan, fortaliza de muar x abih citer lagi
denai penarikan
gunung ledang
lombong2
dulu atuk aku kerje stim boat dari singapore ke muar, amik aper ntah utk export |
|
|
|
|
|
|
|
ei dah abih ker?
ader lagi kan, fortaliza de muar x abih citer lagi
denai penarikan
gunung leda ...
Darthjal Post at 30-3-2010 17:58 
memang ade lagi... ko ler pulak masukkan... |
|
|
|
|
|
|
|
TIDAK perlu ambil masa yang terlalu lama untuk mencintai atmosfera bandar Muar. Ekspresi penduduknya yang berbilang kaum dan keturunan melayan tetamu luar yang datang bertandang sungguh memukau.
Dengan rasa senang hati, individu yang anda hampiri akan memberi panduan destinasi yang wajib dikunjungi oleh seorang pengembara.
Melewati Jambatan Sultan Ismail menuju ke bandar Muar bersama jurufoto, Amin Farij Hasan, kami seolah-olah kembali ke zaman kolonial. Semua itu dapat dilihat daripada bangunan-bangunan klasik yang mendominasi bandar Muar.
Untuk mengisahkan tentang kehebatan Muar atau nama kunonya, Bentayan adalah sangat panjang. Namun, sesuatu yang sangat sinonim dengan daerah yang pernah menjadi sebahagian daripada empayar Majapahit itu ialah cerita tentang variasi makanannya.
Cerita daripada mulut ke mulut yang mengatakan hidangan sarapan pagi orang Muar berbeza daripada tempat lain bukan satu dongengan.
Sebagai contoh, sekiranya sate dan mi bandung di Kuala Lumpur atau di Melaka, dimakan pada waktu malam, keadaannya berbeza di Muar.
Pagi di Muar, kita akan disajikan dengan pemandangan lelaki separuh umur membakar sate di kaki lima kedai masing-masing. Senario itu boleh dilihat di warung atau kedai-kedai di Jalan Abdullah, Jalan Maharani hingga ke Jalan Petrie di Tanjung Emas.
Antara kedai yang boleh disinggah ialah kedai yang terletak berhampiran Hotel Paris di Jalan Abdullah atau di Terminal Satay Muar berdekatan dengan stesen bas Bentayan.
Bagaimanapun, kami memilih untuk bersarapan pagi di restoran Selera Bandung Muar di Jalan Abdullah seperti yang dicadangkan oleh wartawan Utusan, Kamil Maslih.
MUAR merupakan sebuah bandar yang masih mengekalkan ciri-ciri klasik terutama pada seni bina bangunannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pemilik kedai itu, Abu Bakar Hanipah, 60, menyapa kami dengan penuh mesra. Dia bercerita tentang kelazatan mi bandung dan satenya yang telah menggamit ramai pengunjung termasuk dari Jepun, Arab Saudi dan Hong Kong.
Apakah rahsianya? “Saya mewarisi resipi mi bandung nenek moyang yang berasal dari India dan berhijrah ke Muar pada tahun 1930-an.
“Sate ayam dan daging pula tidak dihasilkan dengan sambil lewa. Sebaliknya menggunakan ramuan yang diwarisi daripada satu generasi ke generasi,” katanya yang menyediakan di antara 800 hingga 1,000 cucuk sehari.
Mi bandung air tangan Abu Bakar yang padat dengan daging cincang, udang segar, sotong, telur dan sayur, ternyata membuka selera.
Jika anda tidak mampu menghadam makanan berat pada waktu pagi, apa kata anda bersarapan di dua buah warung yang terletak di Jalan Hashim.
Barangkali pengunjung akan rambang mata melihat lebih daripada 25 jenis kuih tradisional seperti kuih bakar dan koci, dibariskan di atas sebuah meja panjang. Sekeping kuih yang cuma berharga 30 sen dan sebungkus nasi lemak berharga 70 sen membuatkan anda tidak lokek membelanja rakan anda.
Jika ingin beralih ke lokasi sarapan yang lebih eksklusif, singgah minum kopi 434 di Jalan Maharani. Jangan lupa menikmati roti bakar dan telur separuh masak yang mengenyangkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Asam pedas
Dari Muar kami ke Parit Jawa yang mengambil masa 20 minit untuk mencuba asam pedas. Jika terlewat, anda mungkin terlepas menikmati asam pedas istimewa di gerai Asam Pedas Pak Yahya jika anda bercadang ke sana lewat tengah hari.
Memang benar, sekitar pukul 1.30 tengah hari, Yahya Sapar, 62, sudah berkemas mahu pulang.
Kunjungan pada hari seterusnya tidak mengecewakan. Yahya yang mengusahakan perniagaan itu sejak tahun 1989 berkata, antara faktor utama asam pedasnya laris kerana harga dan pakej makanan yang ditawarkan.
SATU kemestian. Kunjungan ke bandar Muar tidak akan lengkap sekiranya tidak menjamah mi bandung dan sate ketika bersarapan.
“Pukul 11 pagi, orang Muar dah makan tengah hari. Menu kami pula ialah asam pedas mengikut pilihan ikan seperti siakap, sembilang, ikan pari atau kembung, sayur kubis, sambal belacan dan telur masin.
“Biasanya hidangan untuk lima orang, saya hanya akan caj kurang daripada RM20 saja,” kata Yahya yang hanya memasak ikan segar yang dibeli dari jeti Parit Jawa yang terletak berhampiran dengan kedainya.
Sebenarnya, bukan kedai Yahya saja menjadi tumpuan di Medan Asam Pedas Parit Jawa. Kedai Asam Pedas Mak Pon, Kedai Asam Pedas Kampung Nelayan dan Kedai Asam Pedas Parit Jawa tidak kurang hebatnya. Namun, jika anda enggan berjalan jauh, sila berkunjung ke warung asam pedas di Jalan Joned.
Selain sarapan pagi, menu makan tengah hari di Muar juga unik. Restoran Herba dan Rempah Ratus Nasuha yang terletak di Pagoh misalnya, menyediakan nasi beriani yang mengandungi ramuan tujuh herba.
Apam jepun
Di satu sudut terpencil di Jalan Abdullah, terdapat sebuah kereta tolak di Jalan Sisi milik Yusuf Daud, 45. Lelaki itu menjual sejenis kuih yang dinamakan apam jepun yang sesuai untuk hidangan minum petang.
Apam jepun yang diusahakan sejak tahun 1940 itu umpama apam balik dan dorayaki. Namun, ia berbentuk bulat dan intinya adalah campuran kacang tanah dan kacang merah.
Pada tahun 1960-an, harga sekeping apam jepun berharga 5 sen, namun hari ini, harganya mencecah 25 sen sekeping.
Cerita daripada mulut ke mulut tentang keenakan murtabak singapore turut mengheret kami ke restoran itu yang terletak di Jalan Kesang, Tanjung Agas.
Istimewanya tentang martabak itu ialah saiznya yang besar dan diadun bersama telur dan daging cincang.
Jika anda tidak kuat makan, memadailah memesan martabak berharga RM6. Kedai itu dibuka setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 12 tengah malam. |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak lengkap hidangan makan malam anda jika tidak mencuba tauhu goreng Bentayan, kata salah seorang penduduk bandar ini kepada kami.
“Makanan ini hanya terdapat di Muar saja, saya wariskan daripada ibu mertua saya sejak 15 tahun lalu,” kata pengusahanya, Adibah Shamsuri, 45.
SEPINGGAN tauhu goreng Bentayan cuma berharga RM2 saja.
Meskipun tauhu goreng itu dihidangkan bersama timun, taugeh dan dicicah dengan kicap cili padi, rasanya cukup enak. Kepedasannya mampu menitiskan air mata anda.
Air tangan Adibah pada rojak petisnya juga tidak kurang hebat. Berbeza daripada rojak biasa, rojak Muar dimakan bersama tempe.
Pada malam berikutnya, penulis ke Medan Ikan Bakar Sabok Awor. Barangkali, anda akan terkejut dengan harga makanan di Restoran Ikan Bakar Wak Jos.
Hidangan yang kami pilih termasuklah ikan siakap kukus, sotong goreng tepung, kupang berlada, udang sambal, ikan kembong goreng dan dua minuman jus hanya berharga RM40.
Justeru, tidak hairanlah, restoran milik Josri Alwee atau Wak Jos, 52, sentiasa sesak dengan pelanggan.
Minum cendol pada waktu tengah malam? Perkara itu tidak mustahil di Muar. Anda boleh mencuba cendol pulut atau kacang yang diusahakan oleh Abdul Nasir Meerasah, 54, di Uptown Muar, Jalan Sisi.
Di Uptown yang dibuka pada hari Sabtu dan Ahad di Jalan Sisi, anda berpeluang mencuba menu lain seperti tauhu bakar dan otak-otak Muar.
Selama empat hari berada di bandar Muar, terasa berat badan kami bertambah. Muar yang kaya dengan kepelbagaian makanan dan opera kehidupannya yang muhibah serta harmoni, ternyata memanggil penulis untuk ke sana sekali lagi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bandar pencen elemen klasik Muar
Oleh MAZLINA ABDUL MAJID
[email protected]
HISTORIOGRAFI bandar Muar yang ditelaah sentiasa menerawang di benak fikiran sehingga terpantul ke dasar mimpi. Penulis juga sentiasa dibayangi dengan ayat yang paling signifikan dalam sebuah naskhah lama yang dibaca.
Pada satu catatan, Muar yang merupakan kota kedua Portugis di Semenanjung Tanah Melayu adalah saksi kepada permulaan keagungan bangsa. Kota itu juga menjadi medan kepada kejatuhan empayar Kesultanan Melayu Melaka yang cukup masyhur pada zaman silam.
Baris ayat-ayat itu sememangnya mempunyai satu takwil yang cukup besar bagi penulis. Ia telah memberi pemahaman kepada penulis bahawa Muar adalah sebuah bandar yang bukan calang-calang pada suatu ketika dahulu. Tidak keterlaluan juga untuk disimpulkan, kekayaan sejarah Muar setanding dengan Melaka.
Benar, seperti kata tokoh sejarah Melaka, Baharam Azit, Muar atau Teluk Dalam dilingkari dengan gugusan pengkisahan lampau yang perdana.
Muar yang menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Majapahit pada tahun 1350 sememangnya tidak mewariskan sebarang artifak untuk ditatapi.
Namun, selepas Muar menjadi kubu terakhir serangan Jepun dan kemudian dicengkam oleh Inggeris, bandar itu telah meninggalkan banyak warisan yang kekal utuh sehingga kini.
Penulis dan jurufoto, Amin Farij Hasan menganggap Muar bukanlah sebuah bandar biasa. Jujur kami suarakan, aura zaman kolonial Inggeris di bandar yang pernah dihikayatkan dalam Suma Oriental masih segar menyapa.
Opera kehidupan khalayak Muar juga jauh berbeza dengan kota raya Kuala Lumpur. Masyarakat Muar bercitra tinggi. Semangat mereka memelihara apresiasi seni warisan jelas menunjukkan kesungguhan untuk memberitahu dunia bahawa Muar pernah makmur pada era silam. |
|
|
|
|
|
|
|
Seni bina klasik
Tidak hairanlah jika bandar diraja di selatan Johor itu digelar bandar pencen. Atas faktor itulah, Muar berjaya memukau pandangan si pengembara. Melintasi Jambatan Sultan Ismail, anda seolah-olah berada di ‘dunia’ lain.
Seperti kata seorang anak jati Muar, Salleh Minhat, 62, bandar itu sesungguhnya tewas dalam usaha mendirikan bangunan pencakar langit.
“Namun, Muar telah menjalankan tugas yang paling sukar iaitu mengekalkan seni reka bangunan yang dibangunkan sebelum Perang Dunia Kedua. Malah, di merata ceruk, banyak ejaan bahasa Melayu lama masih dikekalkan oleh si empunya premis,” katanya ketika bersembang bersama penulis baru-baru ini.
Kata lelaki itu lagi, wilayah bandar Muar juga unik kerana ia dikelilingi bangunan yang berciri klasik.
“Sama ada anda berada di Jalan Abdullah, Jalan Maharani, Jalan Sisi hinggalah ke Jalan Petrie, pasti terselit dua tiga buah kedai yang kebanyakannya menjual barang dapur kuno.
“Terdapat juga bangunan kedai yang berunsur pascakolonial seperti bangunan Hotel Embassy,” ujarnya bangga.
Selain itu, masih terdapat tulisan Cina yang dilukis dengan menggunakan cat merah pada tiang sebesar kayu balak.
Namun, yang paling mencuri tumpuan lensa pelancong ialah Bangunan Kastam. Bangunan itu siap dibina pada tahun 1909 ketika Muar menjadi satu-satunya bandar yang mempunyai landasan kereta api.
Jalan Petrie mungkin layak dilabelkan sebagai lorong bersejarah. Kawasan tersebut membariskan bangunan seperti Mahkamah Tinggi Muar yang berusia 126 tahun dan mempunyai sentuhan neoklasik.
Pejabat Tanah Muar (dulu Bangunan Sultan Abu Bakar) yang terletak bersebelahan juga mempunyai elemen sejarah yang tidak terperi. Begitu juga dengan Sekolah Tinggi Muar yang dibina dalam tahun 1914 dan Balai Polis Cawangan Trafik.
Berjalan kaki mungkin cara terbaik untuk menghayati keindahan dan sejarah yang terpatri di Muar. Jika tidak, para pengembara barangkali gagal menemui hotel-hotel lama seperti Hotel Federal, Hotel Embassy dan Hotel Paris. Premis-premis itu bagaimanapun hanya tinggal nama sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
Kopi Muar
Barangkali ramai yang bersetuju dengan penulis bahawa tidak lengkap rasanya jika tidak menikmati secawan kopi di Jalan Maharani. Bukan setakat rekaan dan susun atur kedainya yang unik, bahkan aroma kopinya mampu mententeramkan gelodak jiwa.
“Kata orang, apabila minum kopi di Muar ibarat mengembalikan nostalgia zaman 60-an kerana corak hidangannya tidak berubah sejak dulu,” kata Kiar Cher Yong, 26, pewaris jenama Kopi 434.
Di kala senja, ziarah terhenti seketika di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Papan tanda masjid masih mengekalkan ejaan lama. Percikan cahaya lampu neon melambai kami untuk singgah sebentar.
Rumah Allah yang dibina pada tahun 1927 itu mempunyai pengaruh Inggeris. Bumbung bangunan utama merupakan bumbung limas beratapkan genting lama. Menariknya tentang masjid yang terletak di tebing Sungai Muar ini, terdapat menara empat tingkat yang mempunyai kontur dan reka corak yang unik.
Mercu tanda terbaru di Bandar Maharani ini ialah Masjid Jamek Sultan Ismail yang didirikan betul-betul di utara tebing Sungai Muar. Pelan arkiteknya persis kepada Masjid Jamek Sultan Ibrahim.
ka posisi kedudukan anda dari bandar Muar atau dari Jambatan Sultan Ismail, lokasi penyatuan ummah itu dilihat seakan-akan terapung di atas sebatang sungai.
Untuk menikmati panorama masjid atau rutin aktiviti komoditi masyarakat Muar, apa kata anda menaiki bot menyusuri Sungai Muar yang memakan masa lebih kurang sejam.
Dalam lipatan sejarah tertulis akan keunggulan Muar. Bandar itu satu-satunya bandar di negara ini yang mempunyai sistem kereta apinya sendiri yang ditubuhkan pada tahun 1889 dan berakhir pada tahun 1925. Ia menghubungkan Jalan Sulaiman dan Sungai Pulai sejauh 22.5 kilometer (km).
Pencapaian itu dikatakan sungguh luar biasa memandangkan tiada satu bandar pun di Malaya pada ketika itu mengimplemenkan idea yang sedemikian.
Memetik kenyataan dalam beberapa rujukan, pihak pentadbiran Keretapi Kerajaan Muar (MSR) mempunyai perancangan untuk memanjangkan landasan kereta api hingga ke Batu Pahat. Bagaimanapun, impian itu tidak kesampaian ekoran halangan geografi dan kewangan.
Kesan landasan kereta api telah hilang selepas tapaknya digantikan dengan pembinaan Jalan Temenggung Ahmad. Bagi membuktikan cerita tentang kewujudan MSR bukan dongengan, lokomotif MSR yang diiktiraf tertua di Malaysia kini dipamerkan di Taman Tanjung Emas.
Kata seorang pengunjung ketika berbual bersama penulis, Haseena Seelan, 29 : “Saya teruja melihat Muar lebih hebat daripada mana-mana negeri di Malaysia kerana ia memiliki segala-galanya sejak dulu lagi.” |
|
|
|
|
|
|
|
Khazanah berharga
Hari terakhir di Muar, kami mengalihkan stereng menuju ke Kolam Air Panas Sungai Gersik yang terletak di Kampung Sungai Gersik, Mukim Sungai Balang. Lokasi itu kira-kira 30 km dari bandar Muar.
Kolam Air Panas Sungai Gersik merupakan satu-satunya lokasi air panas semulajadi yang kini dikomersialkan. Terpercik perasaan gerun tatkala dikisahkan tentang peristiwa ganjil di kolam berkenaan. Namun kolam yang ditemui oleh seorang penduduk kampung yang bernama Abd. Rahman Harshad pada tahun 1911 merupakan khazanah yang tidak ternilai untuk bandar Muar.
Penerokaan sejarah di bandar Maharani semakin bermakna apabila berpeluang melawati Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Kampung Raja, Pagoh. Almarhumah permaisuri Sultan Alauddin juga dimakamkan bersebelahan dengan makam baginda. Batu nisan kedua-duanya dipercayai ditempah khas dari Acheh dan diukir dengan kalimah al-Quran. Kawasan makam dikawal rapi oleh penduduk kampung dan pihak berwajib bagi mengelakkan aktiviti pemujaan di makam itu.
Meskipun Muar dibaluti dengan kepadatan sejarah, bandar pencen itu turut membangun selari dengan arus kemodenan. Program mengindahkan pesisir pantai dan pembukaan penempatan baru yang lebih moden telah memesatkan pembangunan bandar itu.
Seperti kata seorang anak jati Muar, Mohd. Zamani Abdullah, 75 : “Kita telah membangun tapi kita sedikit pun tidak jejaskan elemen-elemen klasik yang di tinggalkan oleh nenek moyang dan penjajah kita. Orang Muar harus berbangga kerana bandar ini sebenarnya telah menyimpan banyak peristiwa sejarah walaupun tiada bukti arkeologi yang mengesahkannya.” |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
di amek dr kosmo
Taman herba untuk keluarga
DI SEBALIK kehebatan bandar Muar, Johor, yang kaya dengan seni bina klasiknya, destinasi itu sebenarnya mempunyai sebuah ladang herba dan rempah ratus seluas 1,295 hektar. Keluasannya telah melayakkan kawasan itu dinobatkan sebagai ladang herba yang terbesar di Asia.
Ladang yang dikenali sebagai Rempah Ratus dan Herba Nasuha yang terletak di Pagoh dikelilingi oleh lebih 10,000 tanaman herba dan pokok kayu berkhasiat.
Antara tanaman popular seperti tongkat ali, kacip fatimah, kemangi, akar tarum, hempedu bumi, jarum mas dan urang-aring. Semua tumbuhan itu boleh dimiliki dengan membeli produk kering yang siap dibotolkan mengikut formula penjagaan kesihatan tertentu.
Ladang itu juga menyediakan pelbagai prasarana untuk menyokong aktiviti rekreasi. Paling mencuri tumpuan adalah Restoran Herba. Memasuki pintu masuk restoran itu, pengunjung pasti terpukau dengan seni dekorasi dalaman yang mengadaptasikan suasana hutan khatulistiwa.
Kerusi dan mejanya diperbuat daripada kayu balak asli dan kemudian dicat menggunakan warna coklat terang. Selain itu, terdapat juga lantai pijak yang berfungsi untuk membuat urutan refleksologi.
Menurut Pengurusnya, Mohd. Aminudin Malek, restoran itu menyediakan hidangan berasaskan herba dan rempah ratus asli.
“Menu istimewa di sini ialah beriani herba ayam, daging dan kambing, sup herba serta teh dengan pilihan pelbagai herba,” katanya.
Tambah Aminudin, pengunjung boleh mendapatkan nasihat dan rundingan daripada pihak restoran untuk memilih makanan yang bersesuaian dengan keperluan kesihatan masing-masing.
Seusai menikmati makanan yang serba berkhasiat, pengunjung boleh menikmati urutan tradisional di pondok Spa Herba dan Terapeutik yang terletak di puncak bukit berdekatan restoran.
Sekali lagi, reka bentuk spa yang menggabungkan corak binaan spa dari Jepun, Korea, China, Finland dan Arab Saudi mencuri perhatian.
Untuk mandian herba dan urutan tradisional, ia dikendalikan oleh seorang tukang urut bertauliah dari Indonesia.
Kepada pengunjung yang mendapat khidmat sauna pula, mereka dapat menyaksikan bilik sauna yang disalurkan dengan wap yang dihasilkan daripada pelbagai jenis herba menerusi terowong bawah tanah.
“Batu-batu di bilik-bilik berkenaan akan dipanaskan secara perlahan hingga ke suhu 90 darjah Celcius. Air herba yang disembur ke atas batu untuk mengeluarkan wap dan kemudian menghasilkan ion negatif yang sangat berfaedah untuk kesihatan tubuh,” jelas Aminudin.
Pakej menarik
Beliau menambah, Nasuha Herbs and Spices merupakan lokasi terbaik untuk aktiviti hari keluarga.
“Kami turut menawarkan beberapa pakej menarik untuk keluarga ataupun untuk organisasi.
“Selain menikmati hidangan di restoran, pengisian pakej turut menyenaraikan aktiviti kembara di ladang herba di samping tawaran bermalam di resort,” katanya.
Penginapan resort pula, Aminudin menjelaskan, pengunjung boleh memilih sama ada mahu mencuba penginapan jenis log kabin atau set dormitori yang berkadardi antara RM250 hingga RM600 semalam.
“Log kabin yang diperbuat daripada kayu yang beraromaterapi terletak di lereng bukit dan dikelilingi oleh pokok-pokok herba.
“Anda berpeluang menikmati udara yang sejuk daripada tiupan angin gunung dan aroma yang datang dari beratus-ratus pokok eucalyptus,” katanya.
Sementara itu, satu unit dormitori boleh memuatkan seramai 11 orang. Bezanya di sini, terdapat sebuah jakuzi yang airnya mengalir dari sumber mata air bertapis.
Selain menawarkan pakej pelancongan herba, Nasuha Herbs and Spices juga ideal untuk menjalankan program aktiviti lasak seperti menjelajah hutan, berakit, berkayak dan merempuh halangan.
Kepada mereka yang berminat meneroka lokasi yang sarat dengan pelbagai kegiatan, tempahan boleh dibuat menerusi laman web www.nasuhaherbsparadise.com. |
|
|
|
|
|
|
|
di amek dr kosmo
Taman herba untuk keluarga
DI SEBALIK kehebatan bandar Muar, Johor, yang kaya d ...
muor76 Post at 20-5-2011 14:10 
Muor76,
Kwn rasa lebih afdal buat satu benang khas untuk petikan artikel / cerita2 menarik / unik tentang muor mcm ni... benang yg ada ini kita khaskan utk sejarah & asal-usul tentang muor saja..  |
|
|
|
|
|
|
|
Muor76,
Kwn rasa lebih afdal buat satu benang khas untuk petikan artikel / cerita2 menarik / un ...
blackpurple Post at 26-5-2011 08:44 
ok gak tu... hehehehhee |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|