CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 25-5-2015 07:27 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 27-5-2015 07:32 PM

Shahrul hanya memerhati dari tadi. Ingin mendekati takut mengganggu. Namun melihatkan wanita itu bermuram durja hati bagai digamit untuk menyapa.

"Zeeta , you okey ke?" Mengambil tempat disebelah Zeeta. Wajah cantik itu ditenung. Mengerti kepincangan dalam rumahtangga Zeeta dan Zulkarnain. Entah kenapa Shahrul merasakan Zulkarnain bodoh kerana mempersiakan isteri secantik Zeeta.

Serentak itu, terkenang kata kata Zeeta sewaktu mengacu pistol pada Jie kelmarin.

Bertapa Zeeta membenci Jie kerana Zeeta menganggap Jie perampas lelaki yang dicintainya. Zack dan Rayyan. Shahrul tahu Jie bukan perempuan murahan seperti itu.  

Hanya Shahrul yang buta tega mendendami Jie kerana beranggapan Jie menjadi punca kesengsaraan Azim selama ini. Mempergunakan Zeeta dan Safihah untuk kepentingan diri.

Ternyata dendam cuma mengundang musibah. Shahrul malu kerana Jie tetap memaafkan semua pelakuan jahat terhadapnya. Malah bersedia menggugurkan dakwaan terhadap Azim.

Tujuan Jie berbuat begitu kerana untuk menamatkan segala sengketa. Ingin hidup aman. Bosan menghadap segala kebencian dan dendam barangkali.

"Kaki you dah elok ke?" Zeeta mengubah topik. Air mata yang mengalir dipipi diseka. Telatah kanak kanak berlari diperkarangan hospital menarik perhatian Zeeta.

Shahrul hanya angguk. "Pedih sikit saja ." Mujur Jie cuma menembak dikaki. Silap Shahrul sendiri kerana berani menjolok sarang tebuan.

"Shah... Pernah tak you jatuh cinta, tapi cinta you hanya bertepuk sebelah tangan?" Zeeta menyoal pilu. Mengenang kasih sayang yang tersimpan rapi buat Zack.

Shahrul terpaku seketika dengan soalan yang tak diduga. Dirinya memang pernah jatuh cinta pada seseorang tapi tidak berbalas.

"Pernah..." Shahrul menjawab jujur. Pandangan dihala ke arah bertentangan. Membayangkan wajah yang pernah dicintai suatu ketika dulu.

" Tapi I sedar cinta I pada dia sia sia... I takkan boleh miliki dia. So I decide untuk pilih wanita yang cintakan I. Itu lebih baik dari mengharap balasan cinta insan yang tak cintakan kita. " Shahrul tahu cinta tak boleh dipaksa. Hadir tanpa diduga.

"Maksud you?" Zeeta kurang faham. Di mata Zeeta, karektor dan pemikiran Shahrul memang kontras dengan Azim.

"Kenapa you tak berusaha untuk dapatkan cinta you?" Bagi Zeeta pula Shahrul sepatutnya berusaha keras seperti Azim.

Walau dipenghujungnya Azim tetap jua gagal. Sekurang kurangnya Azim berani berusaha. Bukan berserah seperti Shahrul.

"Tak guna , Zeeta !" Shahrul menjawab selamba. "Dia cintakan lelaki lain."

Pernah mencuba nasib mengajak gadis itu keluar berdua menaiki super car yang dipandu dan memberi hadiah berjenama namun pelawaannya ditolak secara lembut.

Malah, gadis itu nampak lebih selesa menaiki pengangkutan awam sahaja sewaktu menuntut di luar negara. Berbahagia disamping seorang jejaka yang pada pandangan Shahrul hanya dari golongan biasa. Bukan anak orang kaya.

"Oh.." Zeeta simpati mendengar. " Tapi silap you sebab terus putus asa. Kalau I, I akan cuba sampai berjaya."  Tindakan Shahrul menyerah kalah terlalu awal adalah bodoh bagi Zeeta.

" Mungkin I boleh paksa dia untuk terima I masa itu, tapi ikhlas ke hati dia untuk jadi milik I?" ShahruI tahu sejarah silam antara Zeeta dan Zack. Mungkin inilah punca utama Zeeta bertanya soalan tadi. Sengaja menyoal balik supaya Zeeta dapat berfikir secara logik. Wanita itu tidak sepatutnya menaruh harapan pada Zack lagi.

Zeeta berfikir sejenak. Cuba mentafsir maksud disebalik kata kata Shahrul.

"I tahu you akan anggap I bodoh atau pengecut .." Shahrul bersuara kemudiannya. Topik yang dibuka Zeeta memang menggamit kenangan silam.

"Tapi I tak mahu memiliki tubuh dia sahaja kalau I berjaya kahwini dia dulu. I nakkan hati dia tulus cintakan I." Lantaran itu Shahrul membiarkan saja cinta yang bercambah beransur pergi dan hilang dibawa arus masa.

"I tak macam you , Shah !" Zeeta sebak. " Walaupun Zafrey tak cintakan I, I tetap nakkan dia jadi milik I ! I tak boleh terima hakikat Zul suami I.." Air mata berderaian jatuh.

Shahrul terdiam. Memahami kekeliruan yang melanda Zeeta. Dirinya jua begitu dulu.

"Zeeta, you kena sedar..  Selagi you masih mengharapkan Zack selagi itulah you takkan bahagia.. Let him go ! Cuba you ikhlas terima suami you.. Tawan hati suami you.." Shahrul juga mengerti Zulkarnain masih mencintai Jie.

"Percayalah you akan bahagia seumur hidup you.."  Shahrul yakin. Kisah Zeeta tiada beza dengan Shahrul.

Shahrul pernah jatuh cinta dan tidak berbalas, kemudian ditunangkan dengan gadis pilihan keluarganya , namun syukur berkat usaha Shahrul dan tunangannya menghormati serta memahami antara satu sama lain, mereka akhirnya sama sama jatuh cinta. Kini menanti masa untuk bersatu dalam ikatan perkahwinan.

Shahrul yakin masih tidak terlambat untuk Zeeta dan Zulkarnain memulakan hidup baru. Tambah pula dengan adanya Danish pengikat hubungan antara mereka.

"Entahlah , Shah !" Zeeta mengeluh. " Macam mana you lupakan gadis yang tolak cinta you dulu?" Ingin tahu.Kata kata Shahrul ada kebenarannya. Zack hanya mencintai Jie. Mustahil untuk Zeeta mendapatkan Zack kembali.

" I buka pintu hati I untuk bercinta lagi. Sebab I tahu masih ramai lagi boleh jadi pengganti.. Then I bertunang dengan pilihan family I. Bercinta lepas tunang. Tunggu masa untuk bersatu." Shahrul senyum sendiri. Kelakar mengenang detik kali pertama bersua muka dengan tunangnya.

"Semudah itu?" Zeeta sukar percaya Shahrul yang kelihatan serba serbi moden boleh menerima pertunangan yang diatur keluarga.

Shahrul hanya mengangguk tanda mengiyakan. "Kalau I boleh buat, you pun boleh !" Kata kata semangat ditiup.

"You contact lagi dengan gadis itu ke?" Zeeta makin tertarik untuk tahu kisah Shahrul. "Dia dekat mana sekarang?" Yakin gadis yang berjaya menawan hati Shahrul bukan calang calang. Citarasa lelaki seperti Shahrul pasti tinggi.

Shahrul memikir sejenak. "I memang tak contact sangat dengan dia. Dia pun sampai dah lupakan I kot !" Ketawa kemudiannya.

"Tapi I tahulah sedikit sebanyak perkembangan hidup dia." Minda menerawang jauh mengenang kisah dulu.

"Dia kahwin juga akhirnya dengan lelaki itu.." Shahrul menarik nafas panjang pula. Lelaki yang dulunya Shahrul pandang rendah kini seorang yang berjaya dalam hidup. Malu sendiri. Apatah lagi apabila mendapat tahu lelaki itu juga berasal dari keluarga berada. Anak rakan kongsi Papanya sendiri.

"Oh.." Hanya itu sahaja yang keluar dari bibir Zeeta. "Dia dekat mana sekarang?" Soalan yang sama diulang oleh Zeeta.

"Dekat..." Lidah Shahrul kelu untuk menjawab pertanyaan Zeeta. Biarlah kekal rahsia. Wanita yang dicintainya juga tak pernah tahu isi hati Shahrul yang sebenar.

"Kalau you tak nak jawab I tak paksa.." Zeeta mengorak senyum. Lagi pula tiada kepentingan untuk diri mengetahui. Sekadar berborak kosong.

"You kenal siapa dia.." Shahrul bersuara akhirnya.

Zeeta tunduk memikir. Mengaitkan cerita Shahrul dengan ciri ciri wanita yang dikenali. Teringat kata kata Shahrul tadi.

"Apa maksud you bila you cakap dia kahwin dengan lelaki itu akhirnya?" Zeeta inginkan kepastian. Ada satu nama menerpa difikiran.

"Well, dialah punca adik I bertindak ganas selama ini.." Shahrul malas berahsia.

"You pun pernah jatuh cinta pada Jie..?!" Bicara Zeeta terhenti. Sukar untuk percaya.

Shahrul angguk. Memang cintanya dulu takkan berbalas. Mencintai Jie yang digilai Azim. Sedar Jie terlalu payah untuk digapai. Zack bertuah berjaya menakluk hati Jie ketika itu.

Tambah pula, dengan sikap Azim yang tak putus asa untuk mendapatkan Jie. Shahrul cuma membiarkan rasa itu pergi. Masih ramai lagi wanita yang boleh dipilih. Diri juga sudah beroleh pengganti.

"Tapi itu dulu, Zeeta.." Shahrul membetulkan tanggapan Zeeta.

"I bahagia  dengan hidup I sekarang sebab I pilih untuk tidak kejar cinta yang sia sia.. Azim pun dah moved on.." Adiknya memang masih mencintai Jie namun Azim sedikit sebanyak dilihat cuba berdepan kenyataan Jie bukan jodohnya.

"Sekarang you decide sama ada you nak terus hidup macam ini, masih kejarkan Zack.. Atau bahagia dengan suami dan anak you.. Kita ada pilihan Zeeta.." Usai berkata begitu Shahrul terkial bangun. Berjalan terhencut membiarkan Zeeta sendirian. Memberi ruang berfikir.

Zeeta masih termangu. Menimbang balik setiap ucapan yang keluar dari bibir Shahrul. Bayang Zack dan Zulkarnain silih berganti. Keliru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-5-2015 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 26-5-2015 02:30 PM

Langkah Jie terhuyung hayang. Pening teramat dirasakan tiba tiba. Cuba memanggil nama Zack yang sedang sibuk bermain PS Vita menemani si kembar di ruang depan. Khalisha kini berada dengan Mama dan Papanya dibilik mereka.

"Bie..." Jie bersuara lemah. Menggagahkan diri untuk melangkah keluar dari bilik mandi. Tangan menggapai tombol pintu untuk membuka. Berjalan pelahan namun gagal bertahan lagi Jie terus rebah tidak sedarkan diri.

Hampir 10 minit berlalu, Zack hairan kerana bayang Jie masih lagi tidak kelihatan. Takkan basuh tangan lama sangat.. Hati dilanda pertanyaan.

Segera bangkit menuju ke bilik mandi. Alangkah terperanjatnya Zack apabila melihat Jie sedang terbaring pengsan. Pantas berlari mendapatkan isterinya.

" Baby !!"

Zack panik. Menggoyangkan tubuh Jie tetapi tiada reaksi. Telefon bimbit dicapai. Menghubungi Viana yang berada dibilik sebelah.

Ketukan kedengaran dipintu. Zack bangkit membuka. Terpacul wajah Viana dan Khalid. Tan Sri Isa dan Tengku Safiah turut ada bersama.

"I nak bawa Najiha ke hospital. You tolong jaga kembar.." Zack mendukung tubuh Jie usai berkata begitu kepada Viana. Mahu segera berlalu.

"Mama dengan Papa jaga kembar." Tengku Safiah menawarkan diri menjaga cucu cucunya."Vee dengan Karl teman Zafrey.." Sekurang kurangnya Zack tidak bersendirian dalam keadaan begini. Tengku Safiah tahu anak bongsunya mudah paranoid apabila melibatkan isteri yang dicintai.

"Kita pergi hospital sekalilah ." Tan Sri Isa membuat keputusan kemudiannya. Risaukan menantu bongsunya.

Zack hanya akur. Berdoa semoga isterinya tidak mengalami sebarang penyakit serius. Langkah diatur pantas.

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:30 AM | Show all posts
k harap Jie preggy lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:09 AM | Show all posts
wahhh hebat la TT.. pusing pusing mcm sinetron pun layan... every character in this literature has it own story.. mmg layan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2015 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 27-5-2015 09:48 AM

Zack terpaku mendengar 'sakit' yang melanda Jie dari mulut Viana. Wajah kakak iparnya tampak murung. Manakala Tengku Safiah seperti menyembunyi sesuatu. Khalid berlagak biasa.

"Najiha kena buatan orang?" Sungguh Zack tak mengerti. Penyakit jenis apa itu. Resah gelisah. Otak tak mampu berfikir. Terlintas untuk mencari di internet jenis penyakit isterinya.

"Sampai hati you buat adik I sakit sampai pengsan... " Viana bersuara sayu. "I tak sangka !"

"Apa ni, Vee?" Zack makin keliru. Sebentar tadi Viana mengatakan Jie terkena penyakit buatan orang. Kini dirinya pula disalahkan sebagai punca.

" Takkan I nak buat macam itu dekat Najiha ! I cintakan dia !  Jentik pun I tak pernah.. I takkan sakiti isteri I sendiri !" Meraup wajah. Zack tekanan memikirkan keadaan Jie.

"Sebab youlah Jie jadi macam ini !" Giliran Khalid pula bersuara. "Pura pura tak tahu konon.." Merenung Zack yang tak keruan dari tadi.

"Dahlah ! I nak jumpa doktor Najiha.." Zack rimas dengan semua ini. Bimbangkan Jie yang masih lagi tidak sedarkan diri.

Pantas kaki melangkah untuk mencari gerangan doktor yang merawat isterinya. Mahu tahu maklumat lanjut penyakit yang ditanggung Jie.Takut kehilangan cinta sejati dalam hidup.

"Zaf.." Tengku Safiah tak mampu menyorok geli hati lagi. Tawa hampir meletus. Cuba bertahan. Kelakar melihat wajah kelat Zack.

"Cuba Zaf ingat apa yang Zaf dah buat pada Najiha?" Soalan diaju pada anak bongsunya yang tak mengerti dari tadi.

"La, kenapa semua orang ingat Zaf ini kejam sangat nak sakiti isteri sendiri ! Percayalah Mama.. Zaf tak tahu kenapa Najiha pengsan tiba tiba.. Zaf tak buat apa apa !" Berbuih sudah mulut memberi penerangan. Tetap saja diri dipersalahkan. Serabut.

Khalid mendekati adiknya yang kebingungan. "Tipulah ! You kan suami Jie!" Sengaja mahu mengusik Zack. "Kalau you tak buat apa apa, macam mana pula si kembar boleh wujud?" Senyum meleret. Jangkaan Khalid pasti Zack dapat memahami.

"Apa kena mengena dengan penyakit Najiha pula ?" Zack menyoal balik. Tak puas hati. Buntu.

Viana jadi geram dengan sikap 'lurus bendul' yang ditunjukkan Zack.

"Adik I kena sakit buatan you sendiri ! She's having your baby ! Congrats Zack !" Berniat untuk mengenakan Zack pada awalnya namun memandangkan reaksi adik iparnya yang agak 'blur' Viana tiada pilihan. Berterus terang lebih mudah. Zack tidak mengerti 'hint' yang diberikan.

"What?!" Zack teruja. "You tak bergurau , kan ?" Merenung Viana untuk kepastian.

"Serius !" Mata Viana bercahaya. "Dah 5 minggu." Turut sama gembira dengan kebahagiaan yang dikecapi Jie dan Zack.

Alhamdulillah ! Syukur diucap dalam hati Zack.

Nampaknya rencana 'baby made in Maldives' tidak menjadi. Masih terkejut dengan perkhabaran bakal menimang zuriat kedua. Zack senyum sendiri. Tak sabar menanti Jie sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2015 06:31 AM | Show all posts
harap2 kembar gegel
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-5-2015 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengku Safiah bahagia melihat ikatan kasih sayang yang terjalin diantara Zack dan isteri. Terpancar jelas cinta diwajah anak bongsunya. Sejak tadi tidak mahu langsung berenggang dengan Jie. Mengalahkan pasangan yang sedang asyik dilamun cinta.

Sedar dari dulu lagi Jie adalah inspirasi hidup Zack. Maka, Tengku Safiah hanya mampu berdoa agar jodoh Jie dan Zack berkekalan sehingga ke akhir hayat. Menitip harap agar si kembar dan anak dalam kandungan Jie membesar menjadi insan yang berguna dan sejahtera baik didunia maupun di akhirat.

Zack mengusap lembut ubun ubun isterinya. Mencium dahi Jie kemudiannya sebelum memeluk erat. Jie jadi segan dengan pelakuan Zack yang tidak mengendahkan kehadiran Mama mertuanya.

"Bie.." Jie menegur. "Mama tu.." Menolak lembut tubuh Zack. Rimas pun ada.

"It's okay ! Mama sporting.. Betul tak Mama ?" Zack endah tak endah. Terbiasa.

"Ala , kalau Mama tegur macamlah Zaf dengar.." Tengku Safiah senyum. "Gasak Zaf lah.. Dah jadi isteri Zaf pun.." Melangkah masuk mendekati Jie yang sedang duduk di atas katil.

Zack sengih umpama kerang busuk mendengar kata kata Mama. Tersindir.

Memang sejak dulu sewaktu Jie masih bergelar kakak ipar lagi Zack dilihat gemar mendekati Jie. Bergaul mesra dan bebas bersentuhan. Pernah ditegur oleh Tengku Safiah kerana takut Rayyan maupun Zeeta tersinggung. Lagipula tidak manis dipandang.

Tapi sekarang keadaan berbeza. Zack dan Jie sudah bergelar suami isteri. Tiada masalah bagi Tengku Safiah jika Zack ingin bermesra dengan Jie dihadapannya.

"Mama sayang menantu Mama ini.." Tengku Safiah mencium dahi Jie. Sebelum beralih ke pipi. Sudah lama ingin membelai menantu yang satu ini.

Jie tergamam menerima ciuman mesra dari Mama mertuanya.  Kali pertama menerima sentuhan kasih Tengku Safiah. Terharu. Diri rasa disayangi.

"Zaf..Najiha.." Ada sesuatu yang bermain difikiran Tengku Safiah.

"Dulu masa Najiha mengandungkan si kembar Mama tak sempat jaga Najiha.." Tengku Safiah kesal kerana gagal berada disisi anak dan menantunya saat si kembar menjenguk dunia.

Malah, sewaktu Jie didalam pantang selepas melahirkan,Tengku Safiah tidak berpeluang menjaga Jie dan si kembar. Hubungan mereka masih berantakan waktu itu. Maznah maupun Faridah menghalang keras Tengku Safiah dari mendekati Jie dan si kembar tanpa pengawasan. Diri tidak bebas bertemu menantu dan cucu cucunya.

"So , kali ini Mama harap sangat Najiha bagi Mama peluang untuk jaga Najiha sampai Najiha melahirkan.. Mama nak tebus balik masa yang Mama tak dapat habiskan untuk Najiha masa Najiha mengandungkan kembar dulu.." Berharap sangat Zack dan Jie setuju dengan cadangannya.

Jie kelu. Permintaan Tengku Safiah agak sukar untuk ditunaikan. Serba salah untuk menolak.

"Tapi Mama.."Zack mengerti Jie masih lagi kekok disamping Mama. "Zaf boleh jaga isteri Zaf sendiri.. "Beralasan untuk menghentikan niat Tengku Safiah.  

"Betul tu Mama !" Jie mencelah. "Lagipun Jie pandai jaga diri. Mama jangan risaulah ! Mama cuma doakan Jie dengan baby selamat dah cukup." Senyuman terukir dibibir Jie.

"Tak apalah kalau Najiha dengan Zaf tak sudi.. Mama tak nak paksa.." Tengku Safiah agak kecewa.

"Bukan Zaf dan Najiha tak sudi, Mama..."Zack tersepit antara isteri dan Mama. "Lagipun Safihah tengah mengandung, takkan Mama nak jaga Najiha seorang? Habis tu Safihah macam mana?" Sekadar menduga. Zack seboleh mungkin tidak mahu Tengku Safiah bersusah payah.

Tengku Safiah diam sejenak. "Pandailah Mama uruskan menantu menantu Mama.. Zaf jangan risau !" Masih giat memujuk. "Mama cuma nak habiskan masa dengan Najiha..."  Memang itu niat utama Tengku Safiah. Mahu merapatkan hubungan diri dan menantunya.

"Nantilah Zaf dengan Najiha fikir.." Zack tidak tahu bagaimana lagi mahu menolak permintaan Mama. Bimbang isterinya tak selesa. Risau pula Mama terasa hati. Pening kepala !
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dh nak tamat ke TT?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-6-2015 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 3-6-2015 12:18 AM

Perkhabaran Jie mengandung lagi diterima dengan penuh kesyukuran oleh Tan Sri Isa. Seronok kerana bakal menimang 2 cucu serentak. Bilangan keluarga mereka bakal bertambah. Dapat membayangkan kemeriahan jika seluruh cucu cucunya berkumpul sekali. Pasti tak menang tangan melayan kerenah si kecil.

Tengku Safiah dilihat sedang menemani Jie. Isterinya berubah prihatin terhadap menantu bongsu mereka. Senang hati dengan kemesraan yang kian terjalin antara Jie dan Tengku Safiah.

"Najiha ada terasa nak makan apa apa tak? Mama boleh carikan." Seboleh mungkin Tengku Safiah cuba memenangi hati menantunya.

Jie hanya menggelengkan kepala. Mengharap dapat berjumpa doktor yang merawat untuk meminta kebenaran keluar. Bosan duduk berbaring seharian.

"Kalau macam itu Mama dengan Papa pergi balik hotel kejap. Nanti Mama datang lagi." Tengku Safiah bingkas bangun. Mahu menemani Khalid dan Viana yang kini sedang mengambil giliran menjaga si kembar diluar.

"Zaf jaga Najiha elok elok." Sempat pesanan dititip buat Zack yang masih setia disisi Jie menemani. Zack hanya angguk tanda mengiyakan.

Tengku Safiah terus berlalu meninggalkan anak dan menantunya.

"Bie.." Jie bingkas bangun mendekati Zack usai pemergian Tengku Safiah. Memeluk mesra tubuh Zack sebelum duduk diribaan suaminya. Kepala disandar ke dada bidang Zack.

Melihat kemanjaan yang ditunjukkan isterinya, Zack yakin ada sesuatu yang diinginkan Jie. Masak dengan perangai Jie namun Zack senang dengan pelakuan isterinya.  

"Ada apa ni, Baby?" Zack menyoal sambil tangan mengelus lembut wajah isterinya.

"I nak baliklah, Bie.. Boring !" Jelas tampak kebosanan diwajah. Tak mungkin menghabiskan percutian mereka dihospital.

"I dah agak dah !" Zack senyum. Ada maksud disebalik perbuatan Jie. "Patutlah manja semacam aja.. Nakal lah Baby I ni !" Pipi Jie dicuit.

"Ala, bolehlah Bie !" Jie mendesak. "You tanyalah Doktor.. Please Bie !" Pandangan mata sayu merenung Zack. Memancing simpati.

"Nanti doktor datang I tanyakan ye Baby... Dahlah tak mahu masam muka tu.."Memeluk tubuh isterinya yang diribaan. Memujuk.

"Thanks Bie ! I love you !" Jie segera mencium pipi Zack. Suka hati kehendaknya dipenuhi.

"I love you more, Baby !" Zack mengeratkan pelukan mereka. Bahagia dengan kehadiran Jie disisi.

Pasangan suami isteri itu galak bergurau senda. Gelak tawa menghiasi perbualan mereka berdua.

Rayyan hanya mampu memerhatikan dari jauh. Niat hati untuk melawat Jie terbantut. Terbawa dengan rentetan masa lalu sewaktu Jie masih bergelar isterinya. Rindu menggamit saat indah dulu.

Lantas bunga mawar merah yang digenggam dicampak terus ke dalam tong sampah. Berlalu pergi lebih baik. Hati masih tidak tega melihat Jie  berada didalam pelukan lelaki lain.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2015 11:57 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 3-6-2015 12:00 AM

Kata kata Ustaz Hamdi yang ditemui berlegar difikiran Rayyan. Lelaki yang berilmu pengetahuan tinggi dari segi agama dan selalu menjadi tempat rujukan Rayyan ketika diri ditimpa musibah.

Tidak segan bercerita kisah perkahwinannya dengan Jie yang musnah angkara sihir yang dikenakan Juwita. Sekadar berkongsi penyesalan kerana telah menceraikan Jie tanpa sedar. Meluah kekecewaan yang terbuku dijiwa.

Satu perkara yang memeranjatkan Rayyan apabila mendengar penerangan dari Ustaz Hamdi tentang dugaan yang menimpanya.

Justeru, Rayyan berhasrat untuk menemui Jie berbincang lanjut. Sehingga kini diri gagal mengingati kisah sebenar disebalik perceraian mereka dulu. Bukan mahu mengungkit cerita lama namun Rayyan penasaran. Kabur dengan sejarah silam mereka berdua.

Sedar akan hakikat Jie sudah lama bergelar isteri kepada Zack. Rayyan cuma inginkan kepastian. Ada persoalan yang masih tak terungkai.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak berapa nak tamat lg ni TT...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2015 07:57 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 3-6-2015 07:41 PM
Tak berapa nak tamat lg ni TT...

Haha.. otw la nampaknye
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 3-6-2015 07:57 PM
Haha.. otw la nampaknye

Tak sabar nak tau endingnya TT... Chaiyok!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2015 04:45 PM | Show all posts
"Please Ray... Terimalah kenyataan Jie bukan lagi isteri you... Dah 5 tahun berlalu.. Zack dengan Jie pun dah ada anak.. Tolong fikirkan Safihah dan Rayna.. Safihah mengandungkan anak you sekarang ! " Khalid pening untuk menasihat Rayyan lagi. Tambah takut mendengar butir bicara Rayyan.

"You tak faham, Karl.." Rayyan hanya inginkan kepastian.

"Sah ke talak yang I jatuhkan ke atas Jie dulu? I dibawah pengaruh sihir.. Tak sedar dan gagal berfikir dengan baik.. Kalau I waras you rasa I akan ceraikan Jie ke?" Memang itu yang bermain difikiran Rayyan.

"Tapi you tak gila masa tu , Ray !" Khalid segera membantah. "Mungkin you dibawah pengaruh sihir, depan mahkamah , you dengan rela hati ceraikan Jie semata mata nak kahwin dengan Juwita... Please don't make thing complicated !" Cuak rasa jika Rayyan mempersoalkan status perceraian dengan Jie dulu.

Tambahan pula Jie kini sudah bergelar isteri Zack. Malah sudah memiliki zuriat. Bagaimana nasib perkahwinan Jie dan Zack jika Rayyan mengatakan talak yang dijatuhkan tidak sah? Status si kembar dan anak dalam kandungan Jie? Khalid memang bukan mahir dalam bidang agama.

Namun,  mahkamah sudah memutuskan Rayyan dan Jie bukan lagi suami isteri sebaik saja talak jatuh dan tempoh iddah Jie berakhir. Buntu otak Khalid memikir. Simpati pada Jie dan Zack.

Khalid sendiri tidak pasti mengapa Rayyan harus mengungkit perkara yang lepas. Hanya abang sulungnya ada jawapan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2015 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 10-6-2015 01:41 PM

Jie bosan menanti Zack keluar membeli roti coklat yang diinginkan. Hampir setengah jam berlalu namun bayang suaminya masih tidak muncul. Lantaran tidak betah bersendirian Jie mengambil keputusan untuk berjalan keluar. Ingin melawat Zulkarnain yang masih lagi dirawat disini. Sekurang kurangnya Jie ada teman berbual daripada duduk bersendirian di dalam wad. Jie hanya dibenarkan keluar esok. Tekanan darah Jie agak rendah dan perlu dipantau.

Melihat Zeeta yang berada disisi Zulkarnain membatalkan hasrat Jie untuk melawat. Takut mengganggu kemesraan yang baru berputik antara mereka.

Jie berpaling untuk balik ke wad. Mungkin Zack sudah kembali.

"Najiha !"

Satu suara garau memanggil namanya. Jie menoleh. Wajah kacak Azim ditenung. Senyuman diukir membalas sapaan lelaki itu.

"You melawat Shah ke?"

Azim hanya mengangguk tanda mengiyakan.

"Kalau you nak lawat Shah , boleh ikut I !" Azim mempelawa. Teruja dapat bertemu Jie.

"Itu pun kalau you sudi.." Nada suara berubah. Azim sedar dirinya dan Shahrul pernah berdosa pada Jie. Kebodohan lantaran mengikut hati yang kecewa kerana cinta tidak berbalas.

Jie hanya senyum.  "Abang you duduk wad mana?" Jie ikhlas memberi kemaafan pada Shahrul. Biarlah persengketaan dulu berlalu.

"Dekat sebelah sana.." Jari telunjuk Azim menghala ke satu arah. Langkah diatur menuju ke arah kanan.

Jie hanya mengikut langkah Azim sambil berbual kosong.

Sesampai didepan bilik wad yang dihuni Shahrul pintu ditolak. Shahrul dilihat sedang membaca majalah. Tekun sehingga tidak menyedari kehadiran Azim dan Jie.

"I bawakan buah tangan untuk you.." Azim meletakkan buah anggur dan bubur ayam kegemaran Shahrul diatas meja.

"Thanks bro !" Shahrul senyum. Pandangan beralih ke arah Jie. Terkejut.

"Najiha..." Shahrul kelu. Tak sangka Jie sudi melawat dirinya.

"Kaki you dah ok, Shah?" Jie menyoal. Tenang mengambil tempat duduk dikerusi disisi Shahrul.

"Dah.." Shahrul terpaku seketika. Sejenak perasaan bersalah kian menerpa. Malu dengan dosa silam.

"Maafkan I Najiha ! I tersilap menilai you !" Melihat ketulusan Jie melawat membuatkan Shahrul sebak. Jari jemari runcing itu disentuh.

"It's ok Shah !" Jie membalas genggaman tangan Shahrul.

"Just forget it ! I dah maafkan you !"  Biarlah semua dendam dulu terkubur. Jie hanya ingin hidup tenang disamping suami dan anak anak.

Azim hanya memerhatikan gelagat Shahrul dan Jie. Terusik mendengar ucapan tulus Jie. Bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah ke arah kebaikan.

Harapan Azim agar Jie bahagia selalu. Cukuplah penderitaan yang Jie lalui gara gara kegilaan Azim dulu. Kesal.



Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2015 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Hurmmm ape kebenda nye si rayyan nie nak lagi? Tamak tul la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-6-2015 08:09 PM | Show all posts
Jie merasakan kesakitan yang teramat sangat diperutnya. Tiba tiba. Pandangan mata kuyu. Azim yang berada disebelah Jie gusar melihat wajah Jie yang berubah pucat lesi.

"Najiha... You ok tak?" Azim cemas.

"I tak tahu.. Perut I sakit sangat !" Jie tunduk menahan kepedihan.

"I panggilkan jururawat.." Shahrul menekan loceng yang terletak dihujung katil.

Azim bergegas keluar. " I cari Doktor untuk rawat you !" Risau melihat Jie yang tidak bermaya.

Jie pusing. Pandangan jadi kabur. Suara Shahrul dan Azim yang bertingkah semakin samar didengari. Pitam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2015 11:57 AM | Show all posts
Edited by elia201 at 16-6-2015 12:02 PM

Zack gagal mengawal perasaan. Lantaran bimbang melihat Jie yang terlantar pantas saja menuduh Azim penyebab isterinya berkeadaan begitu. Yakin Azim masih memusuhi Jie. Hampir saja pergaduhan terjadi antara mereka. Mujur ada Ku Iz menjadi orang tengah. Meleraikan keadaan yang kelam kabut.

Ku Iz merenung sepupu dan kawan rapatnya. Silih berganti sebelum berhenti menghadap Zack.

"Sabar Zack ! Aku tahu kau risaukan Jiha. Kita tunggu sampai Jiha sedar. Aku yakin Azim tak bersalah !" Ku Iz cuma berkata yang benar.

Doktor mengatakan keadaan Jie normal. Begitu juga dengan bayi yang dikandung. Mungkin kekurangan gula dalam badan. Itu saja. Tiada kena mengena dengan Azim. Lainlah kalau Azim yang mencederakan Jie.

"Dahlah ! Kau blah ! Aku tak ada 'mood' nak tengok muka kau.." Zack bersuara agak kasar. Mengusir Azim yang masih lagi terpaku risaukan keadaan Jie.

Azim diam tidak berganjak. Ingin menunggu sehingga Jie sedar. Hati tak tenang.

Jie membuka kelopak mata pelahan. Sempat cuping telinga mendengar keributan yang melanda.

"Azim..." Pandangan mata Jie tertancap pada Azim. Samar mengingati kejadian sebelum pengsan.

"Thanks sebab tolong I !" Jie senyum ke arah Azim.

"It's ok Najiha !" Tanpa menghiraukan Zack,  Azim mendekati Jie.

"I cuma nak pastikan you selamat." Satu kelegaan terbit dihati Azim melihat Jie sudah sedarkan diri.

"I pergi dulu Najiha... Take care !" Usai berkata begitu Azim terus berlalu meninggalkan Zack dan Ku Iz.

Jie hanya angguk. Berkalih ke arah Zack.

"Bie.."Jie bersuara lembut. "Azim tak buat apa apa pun ! Janganlah salah sangka.."

Zack hanya diam. Menggenggam erat jari jemari isterinya.  Perasaan berkecamuk.

"You apa khabar Jiha?" Ku Iz masih lagi cuba untuk memulihkan hubungan mereka.

"Ok.." Ringkas saja jawapan yang diberi. Tidak mengendahkan kehadiran Ku Iz.

Ku Iz hanya mampu mengeluh. Jie tetap saja dingin. Nampak ketara hubungan antara mereka mungkin takkan pulih buat selamanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2015 07:37 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 11-6-2015 08:28 PM

"Ya Allah Najiha.. Mama takut betul bila Zaf telefon Mama tadi.. " Hampir tercabut tangkai jantung Tengku Safiah menerima perkhabaran Jie pengsan. Lantas bekejar semula ke hospital. Lega melihat tiada kecederaan terhadap menantunya.

"Papa pun sama.." Tan Sri Isa mengurut dada.

Jie senyum. Bahagia dengan kasih sayang kedua mertuanya. Bersyukur kerana diri disayangi.

"Jie okay Mama, Papa..." Senyum mekar dibibir. "Mama dengan Papa jangan risaulah !" Jie tak mahu baik Tan Sri Isa ataupun Tengku Safiah khuatirkan keselamatannya.

"Kalau tak nak Mama risau biarkan Mama jaga Najiha.. Sekurang kurangnya Najiha ada depan mata Mama." Mata Tengku Safiah bercahaya mengharap.

Jie berubah riak. Serba salah. Berpaling ke arah Zack memohon bantuan supaya membantah niat Mama.

Zack menyentuh lembut jari jemari Jie.

"Zaf sendiri akan jaga Najiha.. Itu tanggungjawab Zaf sebagai suami.." Entah kenapa Zack bimbang untuk membiarkan Jie lepas dari pandangan mata. Paranoid melihat Jie pengsan tadi.

"Tapi kalau Mama tak kisah, Mama boleh singgah jenguk Najiha dekat rumah masa Zaf dekat office.." Sekurang kurangnya Zack tidak menolak terus permintaan Mama. Masih menjaga hati isteri tercinta.

"Mama tak kisah saja.." Tanpa perlu berfikir Tengku Safiah bersetuju.

"Tapi lepas balik PD ini Najiha dengan Zaf tidurlah sekejap rumah Papa. Boleh Papa dengan Mama main dengan si kembar.." Satu lagi permintaan terluah.

Khas datangnya dari Tan Sri Isa pula. Jarang untuk Zack sekeluarga tidur di Villa Safiah. Boleh dikatakan tidak pernah langsung.

"Zaf ikut Najiha." Kali ini biarlah isterinya yang membuat keputusan. Zack senang begitu.

Jie diam seketika sebelum mengangguk setuju. Tak sanggup menolak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2015 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm2 depa ni... Kekusutan belum tamat lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.195875 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list