DUN Sarawak lulus perbelanjaan tambahan RM68.7 juta
Datuk Amar Douglas Uggah
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2024) dengan perbelanjaan tambahan berjumlah RM68,746,470 tahun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, perbelanjaan tambahan itu adalah untuk menampung kos pelbagai perkhidmatan yang ditanggung beberapa kementerian dan jabatan yang mana dana tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam Anggaran 2024 dan Anggaran Tambahan Pertama 2024. Beliau yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua turut mengemukakan usul merujuk kepada Jawatankuasa Pembekalan Anggaran Tambahan Pertama Perbelanjaan Pembangunan, 2024 yang dibentangkan pada Isnin depan. "Terdapat 22 sub-aktiviti dan 24 sub-sub-aktiviti yang memerlukan peruntukan tambahan.
"Jumlah peruntukan tambahan yang diperlukan ialah RM61,000,230.Jumlah yang diperlukan telah disalurkan daripada simpanan atau pendahuluan daripada rizab luar jangka," katanya. Beliau berkata demikian ketika membentangkan rang undang-undang yang disokong oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini. Uggah berkata daripada RM68,746,470 itu, sejumlah RM61 juta diperlukan untuk memenuhi perbelanjaan bagi pembangunan perumahan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1323772/dun-sarawak-lulus-perbelanjaan-tambahan-rm687-juta
|