CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
Post time 19-4-2005 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 2005-4-19 04:18 PM:


douitashimashite! welcome to the thread! :bgrin:

ahem, dengar tu Captain? :bgrin:


aku tgh dgr lar ni .. sebok jer .. :ketuk:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2005 10:33 AM | Show all posts
whitedove.. mane sinopsis ari ahad nyerr...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 11:58 AM | Show all posts
dh xde harapan nk tgk citer nih...:cry::cry::cry:

mekasih whitedove...baca sinopsis ko je la...

alahai.. azumi nnt buta...:cry::cry:
Reply

Use magic Report

amali This user has been deleted
Post time 20-4-2005 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 19-4-2005 11:56 PM:


meaning to say .. kenyataan si Shiki tu tak leh pakai? ..

& tak wajar utk hidup tanpa impian? .. camtu? .. :cak:



:stp:   ..... :hmm: menjawab bdsrkan teks   (sbb x tgk episode 3)

Shiki ada kata...impian itu tidak wujud... memang tak wujud kalo kita x usahanya menjadikan kenyataan......
memang ia musnah bila kita bangun esok arinya .... sbb kita masih blm memperolehinya
it depends on that person nak hidup ada impian atau tidak...tapi rasanya sukar nak cari org yang tak berimpian...
kalau manusia x de impian kita rasanya kosong. mcm gelas kosong.....kalo ada air lagi best kan
Reply

Use magic Report

amali This user has been deleted
Post time 20-4-2005 02:15 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by whitedove at 19-4-2005 04:18 PM:


douitashimashite! welcome to the thread! :bgrin:


tq whitedove
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2005 04:49 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 19-4-2005 11:45 PM:


apa as usual as usual .. perli ker? .. :ketuk:

due date sebelum episod terakhir citer ni .. kang kalau tak bg timer alamat bejanggut plak aku .. ngkowang tu bkn blh harap .. [/ ...


as usual tu, petikan dari quote kat Japanese Dorama Mania tu :lol

ye la ye la, dah dengar dah...nanti kang kalau aku buat esei psikologi kang baru berpinau mata kau nak baca...:lol

nanti le aku bagi jawapan...err, ada limit berapa patah perkataan tak, kih kih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2005 04:52 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 19-4-2005 11:57 PM:


aku tgh dgr lar ni .. sebok jer .. :ketuk:


alamak kena marah...tolong! :nyorok:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2005 05:16 PM | Show all posts

To the One I Love Episode 4 (17/4/2005)

lepas Shiki (Miho Kanno) dapat tahu dari Dr. Furiya pasal penyakit Shunsuke (Naohito Fujiki), Shiki terus pergi jumpa pakar mata yg rawat Shunsuke...doktor tu cakap Shunsuke dah tak nak datang buat rawatan lagi...Shiki tanya ada tak cara perubatan yg lain untuk penyakit Behcet...doktor tu tiba2 macam marah...

Dr. Furiya cakap kat Shiki yg doktor mata tu dah mengadu kat dia...Dr. Furiya tanya apa hubungan Shiki dengan Shunsuke...Shiki cakap Shunsuke tu abang kepada kawan dia...Dr. Furiya agak yg Shunsuke belum beritahu sesiapa pasal penyakitnya...Dr. Furiya beritahu Shiki yg kalau Shiki ambil berat sebagai seorang doktor, Shiki boleh beri cadangan...tapi kalau sebagai kawan, mungkin akan menimbulkan masalah sebab orang tu mungkin akan anggap dia menyibuk...

kat rumah Shunsuke, dia dengar mesej dari telefon...bos dia telefon dia pasal majalah New York tu...bos dia cakap gambar tu kurang memuaskan tapi orang New York masih yakin dengan kemampuan Shunsuke, jadi bos dia minta Shunsuke buat photoshoot sekali lagi...lepas tu Shunsuke dengar mesej dari Ryoko...Ryoko nak tanya pasal photoshoot hari tu sebab dia tengah risau...

kat wad kanak2, Shiki buat pemeriksaan kat Masami...Masami tanya bila lagi Shunsuke nak datang...Shiki cakap Shunsuke sibuk dengan kerja...Shiki tanya Masami suka Shunsuke ke...Masami cakap dia suka kalau Shiki kahwin dengan Shunsuke...Shiki cakap tak mungkin jadi macam tu...Masami tanya Shiki tak suka Shunsuke ke...Shiki cakap dia suka tapi bukan suka jenis yg tu, iaitu suka jenis yg nak buat sesuatu untuk orang tu, dan fikir tentang orang tu sepanjang hari...

Shiki: "Seperti membuka tingkap, daripada hanya kawan menjadi kawan baik. Seperti peredaran musim, daripada orang yg tak dikenali menjadi orang kesayangan. Kadangkala risau kerana dia, kadangkala gembira kerana dia. Kadangkala lemah lembut, kadangkala kesunyian. Jarak kita adalah jauh...jadi siapakah awak?"

kat rumah Shiki, Shingo (Hiroshi Tamaki) dan Mitsuo (Mirai Moriyama) tolong pindahkan barang2 Ai (Misaki Ito) sebab Ai akan mula tinggal di rumah Shiki...Shingo komen pasal ex-boyfriend Ai yg datang jumpa Ai kat kedai bunga hari tu...masa tu Ai koyakkan cek dan tampar ex-boyfriend dia...Ai cakap kalau lain kali jumpa lelaki tu lagi, dia pasti akan tumbuk lelaki tu...lepas tu Ai tanya pasal Shunsuke...Shingo cakap mesti Shunsuke susah hati sebab dahlah adik mati, lepas tu diri sendiri pulak akan hilang penglihatan...Ai cakap betul juga kata Dr. Furiya sebab kalau bukan ahli keluarga, tak elok mencampuri urusan Shunsuke...

masa Shunsuke makan dengan Ryoko, Ryoko tanya pasal photoshoot Shunsuke...Ryoko cakap lepas ni kena berusaha lagi...tapi perlu fikirkan hal kahwin sebab kalau kena kerja kat luar negara, Ryoko kena letak jawatan...jadi Ryoko nak bersedia dari sekarang...Shunsuke jadi makin serba salah...

kat wad, Kentai tengah cuba kamera Shunsuke tapi dia tak pandai nak guna...so Kentai tanya Shiki tapi lepas tu Kentai tak bagi Shiki pegang lagi sebab takut rosak...Kentai nak tanya Shunsuke sendiri jadi dia mintak Shiki call Shunsuke...

Shunsuke datang dengan Ryoko ke hospital...Shunsuke kenalkan Ryoko pada Shiki sebagai kekasih dia yg setengah cinta dan setengah kerja...Shunsuke pulak kenalkan Shiki pada Ryoko sebagai kawan kepada adiknya yg sekarang ni kawan dia juga...Shunsuke terangkan cara nak guna kamera tu pada Kentai...Ryoko pulak mintak diri nak telefon kat luar...lepas tu Shunsuke berbual berdua dengan Shiki...

Shiki: "Terima kasih sebab datang."
Shunsuke: "Tak adalah. Lagipun tadi sedang membeli-belah jadi terus datang ke sini."
Shiki: "Kekasih awak kan sangat bagus? Kononnya separuh kerana kerja."
Shunsuke: "Mula2 memanglah macam tu. Ah, beg yg dia pakai tu, cuba teka berapa harganya?"
Shiki: "Jangan ingat saya tak tahu. Rasanya...120 000 yen."
Shunsuke: "Salah tu. Sebenarnya 1.2 juta yen. Cincin pula? Cuba awak teka berapa harga cincin kahwin tu?"
Shiki: "Lebih kurang 200 juta yen ke?"
Shunsuke: "1800 yen."
Shiki: "Eh?"
Shunsuke: "Hairan kan? Beg tu bernilai 1.2 juta yen, cincin pula cuma 1800 yen. Sebab cincin tu saya yg beli. Dia tu anak orang kaya dan sukakan barang berjenama. Tak kira berapa mahal pun mesti dapat beli. Masa berjalan2 dan ternampak cincin tu, rasa nak yg itu. Tak kira kalau pergi majlis yg mewah sekalipun, dia tak pernah tanggalkan cincin tu. Dia bukanlah seorang yg tak bertimbang rasa."
Shiki: "Begitu ke? Kamu berdua dah nak kahwin?"
Shunsuke: "...Tak tahulah."
Shiki: "...Tak tahu?"
Shunsuke: "Ada satu pekara yg saya sembunyikan darinya."
Shiki: "...Walaupun saya tak tahu perkara apa, tapi kan tak elok sembunyikan dari kekasih yg sebegitu baik? Tak jadi masalah. Tentu dia akan faham."
Shunsuke: "Betul juga tu."

Shunsuke akhirnya beritahu Ryoko hal sebenar masa makan kat kedai...kat rumah Shunsuke, diorang berbincang lagi....Shunsuke cakap dia akan jadi buta dalam masa 3 bulan...air muka Ryoko berubah sangat...dia tanya kenapa baru sekarang beritahu dia...Shunsuke cakap sebab dia takut Ryoko akan tinggalkan dia lepas tahu...Ryoko tanya macam mana diorang nanti kelak...Ryoko minta maaf, dia nak sedikit masa untuk berfikir dan tenangkan diri...sebelum Ryoko pergi, Shunsuke cakap lain kali nak makan bebola ayam dengan Ryoko lagi...Ryoko peluk Shunsuke dan mula menangis...

Shiki tengah tengok album foto Shunsuke kat rumah dia...masa nak tidur, tiba2 telefon Shiki berbunyi...Shunsuke yg call...

Shiki: "Ya?"
Shunsuke: "Awak dah tidur ke?"
Shiki: "Dah...tidur."
Shunsuke: "Maaf, nanti saya telefon lagi."
Shiki: "Ada apa? Apa yg dah jadi?"
Shunsuke: "Kalau tak ada hal, tak boleh telefon ke?...Saya cuma nak bersembang dengan seseorang. Awak lapang tak?"
Shiki: "Ya. Saya kat rumah ni cuma dengan ayah dan seorang adik lelaki."
Shunsuke: "Bahagia nampaknya."
Shiki: "Mak Azumi-san masih tinggal seorang di Nagasaki ke?"
Shunsuke: "Ya, selalu hantar makanan dan sayur-sayuran, tapi saya tak tahu masak jadi selalu biarkannya rosak."
Shiki: "Melampaunya..."

Shiki dan Shunsuke berbual kat telefon sampai larut malam...Shiki ajak Shunsuke makan kat rumah dia Ahad depan...Shiki cakap sayang kalau biarkan sayur yg mak Shunsuke kirim tu rosak macam tu je...Shiki suruh bawa girlfriend dia sekali...Shunsuke tanya boleh tak dia pergi sendiri...Shiki tanya diorang bergaduh ke...Shunsuke cakap tak, cuma dia dah beritahu Ryoko hal yg dia sembunyikan tu...Shiki tanya macam mana, tapi Shunsuke cakap Ryoko faham...

kat Nagasaki, ada jiran mak Shunsuke bawak cucu pertamanya ke rumah mak Shunsuke...mak Shunsuke cakap dia pun teringin nak menimang cucu...mak Shunsuke beritahu jiran dia yg Shunsuke dah janji nak bawak balik tunang dia jumpa mak...

P/S: nanti aku sambung...ada lagi ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2005 06:57 PM | Show all posts
ff:

Originally posted by yellow belmont at 2005-4-19 11:41 PM:

ewah2 .. salahkan aku pulak .. bagus betul perangai .. :nerd:


Urgh... whatever! :geram:


Originally posted by yellow belmont at 2005-4-19 11:45 PM:

apa as usual as usual .. perli ker? .. :ketuk:



Hehehe... terasalah tu... :pmuka:


Originally posted by yellow belmont at 2005-4-19 11:57 PM:

aku tgh dgr lar ni .. sebok jer .. :ketuk:


Wah, wah... Captain ni... ada hati nak 'ketuk' whitedove.. ya? :no:


Originally posted by whitedove at 2005-4-20 04:52 PM:

alamak kena marah...tolong! :nyorok:


Abaikan Captain tu... eksyen je tu. :devil: Your synopses... awesome & excellent... keep it up! :pompom:

Mana backup... si Takki... ni...:jeling:
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2005 12:58 PM | Show all posts
Originally posted by amali at 2005-4-20 02:12 PM:

Shiki ada kata...impian itu tidak wujud... memang tak wujud kalo kita x usahanya menjadikan kenyataan......
memang ia musnah bila kita bangun esok arinya .... sbb kita masih blm memperolehinya
it depends on that person nak hidup ada impian atau tidak...tapi rasanya sukar nak cari org yang tak berimpian...
kalau manusia x de impian kita rasanya kosong. mcm gelas kosong.....kalo ada air lagi best kan


err .. which text? .. kalau post whitedove .. yg tu aku tak baca .. sbb dah tgk citer .. normally aku cuma baca bila tak tgk citer jer .. :nerd:

my question was based on my own text .. yg aku ambik dr translation kat tv .. memandangkan ko tak tgk tv .. so blh jadi ko tak nampak lar part mana yg aku maksudkan tu ..

based on ur post above .. "Shiki ada kata impian itu tidak wujud" .. aku tak tau ni part bila .. cant recall it back .. :stp:

u said "memang ia musnah" .. err .. yg aku ingat .. which i can connect it with .. Shiki cakap .. "Masih ingatkah lagi saat impian itu musnah?" .. meaning dia bkn bercakap ttg kemusnahan akibat belum memperolehinya .. tp kemusnahan akibat kegagalan memperolehinya .. a fate that has been twisted .. more likely something that wont be achieve .. not havent been achieve .. :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2005 01:02 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 2005-4-20 04:49 PM:


as usual tu, petikan dari quote kat Japanese Dorama Mania tu :lol

ye la ye la, dah dengar dah...nanti kang kalau aku buat esei psikologi kang baru berpinau mata kau nak baca...:lol

...


aku tau ko quote dr situ .. tu yg rasa nak ketuk2 jer .. :ketuk:

nak buat esei psikologi? .. dipersilakan cik whitedove .. (err cik ker puan ni? .. ker makcik? .. :lol)

patah perkataan? .. ikut suka ngko lar labu ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2005 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 2005-4-20 04:52 PM:


alamak kena marah...tolong! :nyorok:


padan muka .. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2005 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by katt at 2005-4-20 06:57 PM:
ff:



Urgh... whatever! :geram:




Hehehe... terasalah tu... :pmuka:




Wah, wah... Captain ni... ada hati nak 'ketuk' whitedove[/colo ...


aiks .. ini sudah lebey .. main tag team pulak kenakan aku .. :siok:

cet! .. siap panggil Takki plak tu .. :ketuk:
Reply

Use magic Report

amali This user has been deleted
Post time 21-4-2005 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 21-4-2005 12:58 PM:


err .. which text? .. kalau post whitedove .. yg tu aku tak baca .. sbb dah tgk citer .. normally aku cuma baca bila tak tgk citer jer .. :nerd:

my question was based on my own t ...



sori kita tak tgk tv sabtu ari tu.....
so jawapan based on whitedove teks.....
why not kita tgk jawapan whitedove lak camne
jawapan bagi soalan 'open source' ni biasanya susah nak jawab cam ler 'open book'

P/S: ada markah tak nanti  ???????:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2005 08:26 AM | Show all posts

sambungan Episode 4...

Originally posted by whitedove at 20-4-2005 05:16 PM:
lepas Shiki (Miho Kanno) dapat tahu dari Dr. Furiya pasal penyakit Shunsuke (Naohito Fujiki), Shiki terus pergi jumpa pakar mata yg rawat Shunsuke...doktor tu cakap Shunsuke dah tak n ...


kat rumah Shiki, ayah Shiki masuk dalam keadaan tergesa2 dan beritahu semua orang yg Shiki bawak balik seorang lelaki...Shiki beritahu ayah dia yg Shunsuke tu abang Toshiya (kelakar je muka ayah Shiki masa ni)...masa makan, ayah Shiki beritahu Shunsuke yg Toshiya dan Shingo dulu selalu makan kat situ masa masih belajar...kat dapur, Shiki mintak Ai jangan cakap apa2 pasal penyakit Shunsuke sebab kalau ayah dia tahu, keadaan akan jadi kekok...ayah Shiki bersimpati pasal hal Toshiya...ayah Shiki suruh Shunsuke jaga kesihatan diri supaya tak bimbangkan mak dia...

tiba2 Mitsuo masuk balik ke rumah dan beritahu Ai ada orang nak jumpa dia...orang tu ialah Mishiba, ex-boyfriend Ai...Shiki suruh Mitsuo jaga Kana dalam bilik...Mitsuo cakap dia akan pertahankan Kana...Mishiba keluarkan cek lagi untuk Ai...Ai suruh Mishiba balik tapi Mishiba cakap mesti Ai dah tak ada duit sangat sampai kena duduk rumah orang...Mishiba cakap kalau Kana duduk dengan dia, masa depan Kana akan lebih cerah...Kana akan dapat penjagaan dan pendidikan yg terbaik, tak ada asuhan ibu pun tak apa...Mishiba cakap Ai tak memiliki apa2 jadi tak layak nak jaga anak...ayah Shiki naik marah bila dengar Mishiba cakap macam tu...dia nak serang Mishiba, nasib baik Shingo dan Shiki sempat halang...

Ayah Shiki: "Apa yg kamu cakap pasal persekitaran, penjagaan?! Kalau dapat makanan yg bagus dan mahal sekalipun, tapi kalau tak ada hati, tak dapat mendidik anak! Kalau tak ada kehendak hati, tak dapat mengasuh anak! Kamu tak layak jadi seorang ayah! Dengar ni, kalau nak menjaga anak, mesti jaga dengan sepenuh hati! Kamu ni faham tak?! Baliklah!"

Shunsuke pandang ayah Shiki dengan rasa kagum...Ai pulangkan balik cek pada Mishiba dan Mishiba akhirnya balik...Mitsuo bawak Kana turun dan Ai yg tengah menangis peluk Kana...

masa nak hantar Shunsuke, Shiki mintak maaf kat Shunsuke pasal hal di rumah dia...

Shunsuke: "Tapi saya sangat gembira. Ayah awak begitu hebat, patutlah ada anak macam awak."
Shiki: "Apa maksudnya tu?"
Shunsuke: "Kalau nak dibandingkan dengan bunga, awak macam kasumiso."
Shiki: "Maknanya tak menarik perhatianlah?"
Shunsuke: "Kalau bandingkan dengan roti..."
Shiki: "Kenapa pulak tiba2 cakap pasal roti?"
Shunsuke: "Macam roti stim."
Shiki: "Wah, memang biasa je."
Shunsuke: "Kalau bandingkan dengan peempuan..."
Shiki: "Saya memanglah perempuan."
Shunsuke: "Chiemi-chan."
Shiki: "Siapa pula tu?"
Shunsuke: "Kekasih pertama saya."
Shiki: "...Terima kasih."


sebelum naik teksi, Shunsuke tiba2 ucap terima kasih kat Shiki...walaupun Shiki tak faham kenapa, tapi dia senyum je...

Shiki terjumpa dengan Ryoko kat hospital...Shiki tanya kenapa Ryoko datang unit oftalmologi...Ryoko mintak Shiki contact dia kalau Shiki tahu apa2 pasal penyakit mata Shunsuke...Shiki puji cincin Ryoko cantik...Ryoko cakap cincin tu dah tak sesuai lagi untuk dia...Ryoko cakap yg selama ni, dia sangka dia sukakan Shunsuke kerana Shunsuke sendiri dan bukannya sebab Shunsuke berkaliber dan ada nama...tapi akhirnya, bila terfikir kena menjaga Shunsuke yg buta, Ryoko rasa tak sanggup...

lepas berjumpa Ryoko, Shiki terfikirkan kata2 Shunsuke pasal Ryoko...tiba2 je Shiki bertekad nak tolong Shunsuke...Shiki mula telefon banyak hospital yg ada pengalaman dengan penyakit Behcet...Shiki jugak pergi jumpa pakar2 mata di hospital2 ternama...

kat wad kanak2, penyakit sorang budak perempuan bernama Akiho tiba2 je jadi tenat...Dr. Furiya sempat periksa Akiho...Akiho macam nak cakap sesuatu pada Dr. Furiya...sorang doktor pelatih lain kat situ cakap Akiho di bawah jagaan Shiki, tapi Shiki selalu sibuk akhir2 ni...

Shiki mintak maaf kat Dr. Furiya pasal kejadian hari tu...Dr. Furiya tegur Shiki sebab sibuk cari maklumat pasal penyakit Behcet sampai abaikan pesakit sendiri...Dr. Furiya cakap masa tu Akiho masih tanya mana Shiki...Dr. Furiya suruh Shiki fikir siapa sebenarnya yg perlukan Shiki...

Shiki jaga Akiho semalaman...akhirnya pagi tu, Akiho dapat bercakap dan panggil Shiki...

doktor mata datang jumpa Shiki dan bagi recommendation letter kat Shiki untuk hospital Kanazawa yg terkenal dalam merawat penyakit Behcet...doktor tu cakap memang tak boleh elak Shunsuke dari jadi buta, tapi kalau kat Kanazawa, boleh dapat penjagaan dan rawatan yg terbaik...doktor tu suruh Shiki berterima kasih kat Dr. Furiya sebab Dr. Furiya yg minta dia buat sesuatu...

Shiki telefon Ryoko nak beritahu pasal hospital Kanazawa, tapi Ryoko minta Shiki sendiri yg cakap...Ryoko cakap dia dah tak boleh...

masa Shunsuke balik ke rumah dia, ayah Ryoko dah tunggu Shunsuke...ayah Ryoko cakap walaupun Ryoko baik hati dan berbelas kasihan, tapi Ryoko tak ada ketabahan untuk menyokong seseorang...ayah Ryoko minta Shunsuke berpisah dengan Ryoko...Shunsuke cakap dia dah tak ada ayah sejak kecil, jadi dia sangat gembira bila dapat minum bersama ayah Ryoko...Shunsuke berterima kasih atas jagaan ayah Ryoko selama ni...

mak Shunsuke telefon dia...mak Shunsuke cakap dia teringin nak timang cucu, mak Shunsuke mintak dia kenalkan tunang dia...tapi Shunsuke cakap dia tak nak tergesa2...Shunsuke cakap dia nak balik rumah, dia dah minta cuti lama...tiba2 Ryoko telefon Shunsuke...Shunsuke jumpa Ryoko kat bawah rumah dia dalam hujan...Ryoko pulangkan balik cincin pada Shunsuke...Ryoko cakap dia beli cincin kat gerai tu dulu sebab kawan dia cakap akan bahagia kalau beli cincin kat situ...tapi akhirnya dia takkan bahagia...lepas Ryoko pergi, Shunsuke terkenangkan saat2 gembira dia dengan Ryoko...

Shunsuke pergi jumpa doktor mata kat hospital...Shunsuke minta tolong doktor rawat dia...Shiki pulak dapat panggilan dari doktor mata tu...

Shiki: "Terfikirkan dia sepanjang hari, ingin buat sesuatu untuk dia. Saya tahu sangat apa yg orang panggil perasaan ini...Tapi saya tak nak mengakunya cinta, kerana saya takut dilukai. Kalau bukan dipanggil cinta, sepatutnya ia adalah perkara yg lebih penting."

Shiki berlari nak dapatkan Shunsuke dan terjumpa Shunsuke kat koridor hospital...Shiki serahkan maklumat penyakit dan hospital pada Shunsuke...Shiki cakap dia sanggup temankan Shunsuke kalau Shunsuke nak teruskan rawatan...Shunsuke terkejut sebab Shiki tahu pasal penyakit dia...Shunsuke cakap dia tak pernah pun minta Shiki tolong dia dalam hal ni...Shunsuke tak suka Shiki bersimpati pada dia...Shunsuke marah Shiki dan suruh Shiki jangan campur tangan...bila Shunsuke tinggalkan hospital, Shiki pandang je dari belakang...masa tu Shiki dah tekad nak kejar Shunsuke...Shiki sempat kejar Shunsuke dan minta maaf dari Shunsuke...

Shiki: "Saya minta maaf! Tapi saya minta awak pergilah ke hospital. Kalau tak pergi..."
Shunsuke: "Tak ada kena-mengena dengan awak. Awak bukannya keluarga saya, bukannya kekasih saya...Awak cuma orang luar! Jangan bersimpati dengan saya..."
Shiki: "Bukan simpati! Betul juga, saya bukannya keluarga awak tapi saya masih cakap begini. Mungkin awak rasa pelik, saya pun fikir begitu. Tidak, tidak...Tidak, mana mungkin jadi begini. Saya selalu fikir macam tu. Tapi...saya tahu tak ada cara lain lagi. Mungkin sebab saya sukakan awak...Mungkin sebab saya dah jatuh cinta pada Azumi-san."


Shunsuke pusing balik dan pandang Shiki...

Shiki: "Saya tak mengaku ia cinta, sebab saya takut cinta akan hilang suatu hari nanti."

[ Last edited by whitedove on 22-4-2005 at 08:34 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 09:17 AM | Show all posts
ff:

ada sape2 yg dah tgk Love revolution...tlg bg tau ending dia boleh tak..pm ke......TQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2005 10:05 AM | Show all posts
whitedove... aku suka part kat bwh ni... very sincere...

Shiki: "Saya tak mengaku ia cinta, sebab saya takut cinta akan hilang suatu hari nanti."
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2005 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by dak_abu at 2005-4-22 10:05 AM:
whitedove... aku suka part kat bwh ni... very sincere...

Shiki: "Saya tak mengaku ia cinta, sebab saya takut cinta akan hilang suatu hari nanti."


:ah: akupun suka... nak pinjam buat signature la...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2005 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 22-4-2005 10:39 AM:


:ah: akupun suka... nak pinjam buat signature la...


wah, dah pinjam dah? :bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2005 02:13 PM | Show all posts

Episode 4 screencaps...

















Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.202042 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list