CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: whitedove

JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 16-4-2005 03:07 PM | Show all posts

Episode 2 (10/4/2005)

sebelum pergi kerja hari tu, Shiki (Miho Kanno) teringatkan kata2 yang dia dengar dari Toshiya dalam telefon dan perbualan dia dengan Shunsuke (Naohito Fujiki)...Shiki tengok balik album foto Shunsuke...

Shunsuke pulak alami mimpi buruk pasal penyakit matanya...tunang dia Ryoko tanyakan keadaan dia...kat studio gambar, Shunsuke bekerja sungguh2 sampai tak ingatkan rehat...tapi dalam masa yang sama, dia teringatkan kata2 doktor pada dia tentang sindrom penyakit Bechet...doktor cakap penyakit dia jarang dijumpai...sindrom tu takkan berhenti sehinggalah Shunsuke benar2 jadi buta...bila doktor suruh dia datang buat pemeriksaan lagi, dia macam buat tak kisah...

Shiki: "Ada orang kata semua perkara adalah sia2 belaka apabila mengalami penderitaan yang tak putus2...Kehilangan sepasang kaki adalah perkara yang amat menyakitkan hati. Pejalan kaki yang melihat pun boleh merasainya, tetapi masih boleh mengingati perasaan semasa mempunyai sepasang kaki. Mungkin kerana semua orang tidak boleh menerima penderitaan yang dialami sendiri. Hati kita, adalah jauh berbeza dengan hari semalam. Hari esok pula, adalah jauh berbeza dengan hari ini. Apabila menghadapi penderitaan, kita menjadi lemah."

Shiki ternampak Shunsuke kat tangga depan hospital...Shunsuke naik tangga dengan pejamkan mata dia...bila Shunsuke hampir terjatuh, Shiki yang pegang dia...Shiki tanya apa yang Shunsuke tengah buat, tapi Shunsuke bergurau kata dia sedang berlatih...

Shiki: "Kita semua memang akan sentiasa takut dengan hari esok."

Shiki dan Shunsuke berbincang pasal nak ambil gambar budak2 kat wad...Shunsuke cakap dia dah dapat kebenaran hospital tapi kena jugak dapatkan kebenaran dari doktor wad...bila Shiki mention Dr. Furiya, Shunsuke mintak Shiki bercakap dengan Dr. Furiya, tapi Shiki nampak keberatan...Shunsuke suruh Shiki guna kecantikan dia pujuk Dr. Furiya...Shiki jadi malas nak layan Shunsuke dan nak sambung kerja, dia suruh Shunsuke balik sendiri...Shunsuke ingat Shiki marah sebab tinggalkan dia sorang masa makan hari tu...Shunsuke cakap girlfriend dia yg telefon sebab tu dia pergi dulu...Shunsuke cakap girlfriend dia tu ada kepentingan dalam kerjaya dia...Shunsuke beritahu yg girlfriend dia tu anak kepada tuan punya syarikat tempat dia kerja...Shiki jadi tak faham kenapa boleh jadi macam tu...

Shiki: "Saya tak fahamlah. Macam mana boleh jadi separuh kerja dan separuh cinta?"
Shunsuke: "Semua orang pun macam tu. Separuh kerana kerja, separuh lagi kerana suka. Kalau separuh kerana simpati, separuh lagi adalah kerana cinta."
Shiki: "Kalau kopi ditambah susu, dah tak jadi kopi lagi."
Shunsuke: "Sepatutnya kopi susu."

bila Shunsuke tanya pernah tak Shiki bercinta, Shiki tak nak jawab dan tinggalkan Shunsuke kat situ sorang diri...

dalam lift, ada doktor yg bercerita pasal penyakit Bechet yg dihadapi sorang pesakit dia...masa tu, Dr. Furiya pun ada dalam lift tu...

Ai (Misaki Ito) dan Shingo (Hiroshi Tamaki) makan kat rumah Shiki bersama family Shiki...Ai bawak anak dia Kana sekali...ayah Shiki (Shigeru Izumiya) cakap Ai tu macam anak perempuan dia...ayah Shiki bagi hint lagi seolah2 nak suruh Shiki cepat kawin...ayah Shiki dan Mitsuo (Mirai Moriyama) buat kecoh lagi masa makan (asyik bergaduh je anak-beranak ni)...

masa ayah Shiki dan dan Mitsuo basuh pinggan kat dapur, Shiki, Ai dan Shingo berborak kat luar...Ai sebut pasal Shingo boleh jadi chef yg terkenal tapi Shingo cakap dia tak ada duit nak bukak kedai...Ai bergurau suruh Shingo cari 'sponsor'...Shiki tiba2 tanya Shingo boleh ke bercinta dengan peempuan kerana kerja...Shingo cakap dia bukan jenis yg macam tu...Shiki teringatkan kata2 Shunsuke...tapi Ai cakap ex-boyfriend dia pun kawin dengan isteri sekarang kerana kerja...bila Shiki tanya sama ada Ai masih marah kat lelaki tu kerana tinggalkan Ai dan Kana, Ai cakap dia susah nak marah orang macam ni sebab orang macam ni biasanya orang2 yg kesunyian...

Shingo temankan Ai balik rumah dan dukung Kana yg dah tertidur...

Ai: "Budak akan jadi lebih berat bila tidur."
Shingo: "Seperti beratnya cinta dalam hidup."
Ai: "Apa tu?"
Shingo: "Kerana adanya cinta, barulah ada Kana, kan? Kalau mengelak, tak dapat nak teruskan hidup."
Ai: "Hidup seberat 16 kg 800 g..."

Ai tanya ada tak orang yg Shingo suka...Shingo cakap ada tapi cinta yg tak berbalas...Ai harap Shingo akan bahagia...

kat bar, Shunsuke tanya pada Ryoko, macam mana kalau dia tak dapat teruskan kerja sekarang...Ryoko cakap dia tak dapat bayangkan, sebab kalau tak ambil gambar, Shunsuke bukanlah Shunsuke lagi...lagipun mungkin tak dapat teruskan hidup seperti sekarang...Shunsuke cakap pertunangan diorang pun mungkin akan dibatalkan...Ryoko cakap ayah dia pun akan membantah...

Shunsuke terus kerja keras kat studio gambar...Shunsuke mula tak nampak dari lensa kamera dia...masa Shunsuke nak betulkan sesuatu dalam photoshoot tu, dia tiba2 pengsan...

kat wad kanak2, sorang budak akan keluar tak lama lagi...Shunsuke datang jumpa Shiki lagi, tapi Shiki minta maaf sebab dia tak dapat tolong...bila Shiki minta beri dia masa, Shunsuke tiba2 menjerit cakap dah tak ada masa...Shiki bertegas tak boleh...bila Shunsuke nak terus jumpa Dr. Furiya, Shiki menghalang...Shiki anggap Shunsuke cuma nak pergunakan budak2 tu kerana kepentingan kerja, seperti mana dia mempergunakan girlfriend dia...

Shunsuke datang jumpa Shiki kat luar hospital...Shunsuke cakap dia cuma nak dapatkan pujian Toshiya...Toshiya sangat sukakan gambar2 Shunsuke, jadi Shunsuke lakukan semua tu demi Toshiya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-4-2005 03:08 PM | Show all posts

sambungan Episode 2...

Shiki dan Shunsuke terus berbual kat tepi sebuah padang...

Shunsuke: "Tak semua perkara dalam hidup adalah baik...Ada masa yg sedih, dan ada tempat yg sedih. Orang2 dalam hospital mengalami masa yg sedih di tempat yg sedih. Jadi, saya nak ambil gambar untuk memberikan harapan pada orang. Di tempat yg sedih itu, saya ingin memberikan sedikit harapan...ingin mengambil gambar orang yg dalam kesusahan. Gambar yg tersenyum untuk memberi galakan pada orang. Selepas kematian Toshiya, saya selalu memikirkan perkara ini. Sekali lagi, saya ingin mengambil gambar yg menjadi kebanggaan Toshiya."

Shiki cakap Shunsuke mungkin orang yg kesunyian...Shiki dah berbual dengan kawan dia (Ai), dan kawan dia rasa orang macam Shunsuke adalah orang yg sunyi...Shki cakap dia memang tak faham kenapa boleh buat macam tu kerana kerja...

Shunsuke: "Kalau tak boleh mengambil gambar, saya bukanlah saya lagi."
Shiki: "Taklah...Tak kira apa yang boleh buat atau apa yang tak boleh dibuat, bukankan Azumi-san tetap Azumi-san?"
Shunsuke: "..."
Shiki: "Betul, kan?"
Shunsuke: "...Terima kasih."

Shunsuke nampak budak2 main layang2 kat padang tu...dia turun ke padang sambil Shiki perhati dari tepi...Shunsuke panggil Shiki main sekali...masa main layang2 tu, layang2 Shiki ada problem so Shunsuke pegang tali tu dengan Shiki...masa tu Shiki cakap dia akan jumpa Dr. Furiya untuk berbincang pasal hal mengambil gambar...Shiki cakap dia boleh faham kata2 Shunsuke sebab dia pun ada janji dengan orang lain...bila Shunsuke tanya, Shiki tak jelaskan...

bila balik rumah, Shingo ada kat rumah Shiki tengah makan...ayah Shiki sebut lagi pasal kawin dengan Shiki...ayah Shiki bagi hint macam suruh Shiki kawin dengan Shingo...

masa jalan2 kat luar lepas tu, Shingo komen pasal Shunsuke, cakap Shunsuke tu orang yg pelik...tapi Shiki macam beria2 pertahankan Shunsuke, cakap Shunsuke bukan orang jenis macam tu...lagipun Shiki memang nak tolong Shunsuke ambil gambar tapi dia tak yakin boleh pujuk Dr. Furiya...Shingo tanya sama ada Shiki sukakan Shunsuke...Shiki nafikan, tapi tiba2 je Shingo marah diri sendiri...bila Shiki tanya, Shingo cakap dia marahkan diri sendiri sebab tak berani beritahu Shiki yg dia sukakan Shiki...Shiki ingat Shingo bergurau tapi muka Shingo nampak serius...Shingo tinggalkan Shiki kat depan kedai, tapi tiba2 je Shingo lari balik dan cakap orang yg baru bercakap dengan Shiki tu cuma menyamar sebagai Shingo, Shingo cuba nak jadikan benda tu perkara ringan...tapi lepas tu, nampak jelas yg Shingo sebenarnya serius...

malam tu, Shunsuke telefon mak dia dari rumah dia...Shunsuke bercerita pasal hal2 masa kecil...mak dia rasa pelik sebab tiba2 je Shunsuke banyak bercakap...mak dia dapat kesan ada hal yg tak kena, tapi Shunsuke cakap dia cuma ada problem dalam kerja...mak dia cakap yg penting Shunsuke sentiasa sihat dan gembira...Shunsuke cakap dia memag sihat...

kat wad, ada seorang budak akan keluar hospital esok harinya...semua kawan2 dia dalam wad tu datang jumpa dia dan beri macam2 hadiah...budak tu jadi happy...Shiki yg ternampak keadaan tu terus nekad nak jumpa Dr. Furiya...Shiki minta Dr. Furiya beri kebenaran untuk ambil gambar kat wad tu...Shiki tunjukkan album foto yg ada nama S.Azumi kat Dr. Furiya...Dr. Furiya tanya apa hubungan Shiki dengan jurugambar tu...

Shiki: "Kami cuma ingin membuat album foto untuk budak2 tu...Walaupun mereka tak dapat bersekolah, tapi mereka tetap dapat berkawan di hospital. Walaupun ada kesedihan, tapi saya rasa ada perkara yg wajar dicatatkan. Sebab tu saya ingin simpan kenangan masa tu."
Dr. Furiya: "Tak perlu. Lagipun itu bukan kerja kamu."
Shiki: "Saya rasa ini pun tugas seorang doktor! Dalam hospital, ada kesusahan dan kesunyian, dan juga kesakitan. Ini sajakah yg ada? Saya selalu nampak senyuman pada wajah budak2 tu. Saya selalu nampak budak2 lawan kesakitan tapi masih mampu tersenyum. Hari mereka meninggalkan tempat ni bukan saja akan meninggalkan kesakitan, tapi juga kawan2 di sini...janji2 di sini...Semua hanya boleh disimpan dalam hati mereka."

tapi selepas dipujuk, Dr. Furiya tetap tak nak bagi orang ambil gambar kat wad dia...

Dr. Furiya jumpa pakar mata yg periksa Shunsuke...doktor tu sahkan yg Shunsuke Azumi disahkan menhidap penyakit Bechet...bila dengar je nama Shunsuke, Dr. Furiya teringatkan album foto yg Shiki tunjukkan pada dia tadi...

Shingo jumpa Ai dan Kana untuk lunch...bila Ai tanyakan Shiki, Shingo cakap dia tak panggil Shiki sama...Shingo cakap lepas ni mugkin dia dan Shiki takkan boleh jadi kawan lagi...Ai terkejut dengar pasal tu, dia boleh agak yg Shingo dah luahkan perasaan dia ada Shiki...tapi Ai cuba jadi ceria balik dan pergi makan tengah hari dengan Shingo...

ayah Shiki dan Dr. Furiya berjumpa untuk makan kat sebuah kedai...ayah Shiki tanya pasal Shiki...Dr. Furiya cakap prestasi Shiki baik dan sangat rajin bekerja...Dr. Furiya cakap cuma itu yg dia boleh buat untuk bantu Shiki...ayah Shiki ingatkan Dr. Furiya yg dia tak salahkan Dr. Furiya atas apa yg berlaku pada mak Shiki dulu...lagipun masa tu Dr. Furiya cuma doktor pelatih, dan orang yg patut disalahkan adalah doktor mabuk tu...tapi Dr. Furiya tetap rasa bertanggungjawab...ayah Shiki bercerita pasal Shiki...dia cakap Shiki tu memang tegas orangnya, dia akan buat apa yg difikirkan betul...lepas tu ayah Shiki cakap pasal janji Shiki pada mak dia sebelum mak dia mati...Shiki dah berjanji akan sentiasa tersenyum walau apa pun yg terjadi...

Shiki terjumpa Dr. Furiya kat hospital malam tu...rupa2ya Dr. Furiya datang melawat wad...Dr. Furiya bagi kebenaran untuk ambil gambar budak2 kat wad lepas dia fikirkan kata2 Shiki dan kata2 ayah Shiki...lagipun, dia pun nak tengok budak2 tu tersenyum...

Shiki telefon Shunsuke untuk beritahu berita baik tu...Shunsuke janji akan datang esok harinya...tapi Shunsuke kat rumah macam sedang menanggung derita yg amat berat...Shunsuke sedang fikirkan penyakitnya...

Shingo hantar Ai dan Kana balik malam tu...Ai jemput Shingo masuk rumah minum teh...kata Ai, itu jemputan dari seorang ibu dan tak ada maksud lain...tiba2 je Ai ternampak sebuah kereta sedang tunggu depan rumah dia...bila Ai nampak ex-boyfriend dia dalam kereta, terus je muka Ai berubah...

kat wad kanak2, Shiki sedang tunggu Shunsuke datang ambil gambar...seorang budak dari wad tu akan keluar hari tu...mak ayah budak tu pun dah datang nak jemput budak tu...Shiki minta mak ayah budak tu tunggu sekejap sebab ada ada orang akan datang ambil gambar budak2 tu nanti...

Shunsuke datang  jumpa doktor mata kat hospital...doktor cakap penyakit Bechet ni ada macam2 jenis...ada orang akan buta selepas bertahun2, tapi penyakit Shunsuke ni dah dalam keadaan yg teruk...Shunsuke akan buta dalam masa 3 bulan...lepas dengar tu, Shunsuke nak tinggalkan hospital dan seolah2 terlupa yg dia dah janji untuk ambil gambar kat wad kanak2 hari tu...

kat wad kanak2, Shunsuke akhirnya tak datang...nurse kat situ komen yg orang macam Shunsuke memang jenis yg tak menepati janji...lepas tu, Shiki nampak Shunsuke kat luar wad dan kejar hingga ke luar hospital...

Shiki: "Kita semua mempunyai impian yang berlainan, mencari tujuan hidup ini. Tapi kita terlupa, ada perkara yang kita takkan dapat walaupun puas berusaha dalam hidup."

Shiki nampak Shunsuke naik tangga dalam keadaan yg serba tak kena...tiba2 je beg kamera dia terjatuh, tapi Shunsuke macam tak perasan hal tu...Shiki ambil beg kamera Shunsuke dan panggil Shunsuke...Shiki sangka Shunsuke terlewat datang, sebab tulah Shunsuke tak ke wad kanak2...Shiki cakap dia sendiri dah ambil gambar untuk budak2 tu...Shiki nak berikan beg kamera Shunsuke pada dia tapi Shunsuke macam tak endah...Shiki minta Shunsuke jangan berputus asa untuk ambil gambar2 yg baik...Shiki cakap walaupun dia tak tahu apa2 pasal fotografi, tapi dia kagum dengan Shunsuke...dia paling kagumi mata Shunsuke, sebab mata Shunsuke boleh nampak apa yg orang lain tak nampak...tapi lepas tu Shunsuke jawab dalam nada yg sinis yg dia sendiri tak nak ambil gambar budak2 tu...katanya dia sendiri yg nak tarik diri dari buat kerja yg takkan dapat duit ni...Shiki tak faham kenapa Shunsuke boleh cakap macam tu...Shiki tanya kenapa tapi Shunsuke tak jawab dan terus tinggalkan tempat tu...

Shiki: "Kita sedang menaiki keretapi yang dipanggil "Hari ini" dan meninggalkan keretapi yang dipanggil "Semalam", dan hendak menaiki keretapi yang menuju hari esok. Tetapi...kita telah terlewat..."
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 08:49 PM | Show all posts
agaknya apa yg akan korang lakukan dgn fujuki... macam tunang dia ke.. atau macam shiki...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 09:53 PM | Show all posts
Originally posted by eyka at 17-4-2005 08:49 PM:
agaknya apa yg akan korang lakukan dgn fujuki... macam tunang dia ke.. atau macam shiki...


:hmm:..kalo dh sayang sgt aper salahnya jadi cam shiki..
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 09:23 AM | Show all posts
aku tunggu whitedove buat sinopsis/screen caps utk 2-2 episode.... sbb:

1) subtitles masa ari sabtu tu ntah ape2 ntah...:ketuk:
2) aku termiss dlm 5 minit masa beginning smlm... :nyorok:
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by dak_abu at 2005-4-18 09:23 AM:
aku tunggu whitedove buat sinopsis/screen caps utk 2-2 episode.... sbb:

1) subtitles masa ari sabtu tu ntah ape2 ntah...:ketuk:
2) aku termiss dlm 5 minit masa beginning smlm... :nyorok:


ha'ah subt giler... aku terus tgk cd citer ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-4-2005 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 2005-4-17 08:49 PM:
agaknya apa yg akan korang lakukan dgn fujuki... macam tunang dia ke.. atau macam shiki...


u never know until u face that situation by urself .. :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2005-4-18 09:55 AM:


u never know until u face that situation by urself .. :nerd:


:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2005 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 18-4-2005 09:26 AM:


ha'ah subt giler... aku terus tgk cd citer ni...


eyka..ko ada cd dia ke..? mahal tak ..aku baru je lunch time nak g cari...aku pun dah minat giler tgk citer.ni...atleast aku faham gak sikit2 apa dia ckp.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by hadiff at 2005-4-18 10:04 AM:


eyka..ko ada cd dia ke..? mahal tak ..aku baru je lunch time nak g cari...aku pun dah minat giler tgk citer.ni...atleast aku faham gak sikit2 apa dia ckp.....


ha'ah.. aku ada cd dia.. dah lama aku beli.. aku beli kat S&M lebih kurang RM20++
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2005 10:13 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 17-4-2005 08:49 PM:
agaknya apa yg akan korang lakukan dgn fujuki... macam tunang dia ke.. atau macam shiki...


Ryoko tu anak orang kaya, dia pun akhirnya mengaku yg dia sukakan Shunsuke sebab Shunsuke tu jenis lelaki yg dia suka, dan bukannya sebab Shunsuke adalah Shunsuke...

manakala Shiki lak jatuh cinta ngan Shunsuke sebab Shunsuke adalah Shunsuke...

jadi memang bergantung pada kita la, kita nak terima dia kerana dia adalah dia ataupun sebab dia lelaki/perempuan hebat yg semua orang sanjungi & kagumi...

IMO...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2005 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 18-4-2005 10:06 AM:


ha'ah.. aku ada cd dia.. dah lama aku beli.. aku beli kat S&M lebih kurang RM20++


Sabtu lepas aku gi S&M beli M no Higeki, harga dia dah jadi RM18-19 kat satu kedai belakang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 10:23 AM | Show all posts
8tv mesti selalu ada problem dgn subtitle.....selalu sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 2005-4-18 10:04 AM:


:bgrin:




wat about u? .. wat would u do? .. :cak:
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 10:27 AM | Show all posts
Originally posted by whitedove at 2005-4-18 10:16 AM:


Sabtu lepas aku gi S&M beli M no Higeki, harga dia dah jadi RM18-19 kat satu kedai belakang tu...


biasala tu dah lama2 dia jadi murah... aku beli time first citer tu kuar:bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by yellow belmont at 2005-4-18 10:25 AM:




wat about u? .. wat would u do? .. :cak:


:cak: kena tgk dulu... cintakan shunsuke sbg shunsuke atau sebab dia adalah jenis org yg kita suka...:bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2005 10:49 AM | Show all posts
aku hari tue baru tgk citer nie...terus aku tgk pasalnyer feveret actor aku belakon naohito fujiko...aku mmg minat nga dier nie..tapi sedihla plak watak dier dah nak buta...dah la hensem plak tue...aku mmg suker ngan nurse pompuan tue kalau ngan dier...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by c-mei at 18-4-2005 10:49 AM:
aku hari tue baru tgk citer nie...terus aku tgk pasalnyer feveret actor aku belakon naohito fujiko...aku mmg minat nga dier nie..tapi sedihla plak watak dier dah nak buta...dah la hensem plak tue.. ...


bukan nurse la..doc. practikal.............

eyka...ada sub -malay tak..? aku nak g beli ni...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 10:54 AM | Show all posts
Originally posted by eyka at 2005-4-18 10:29 AM:


:cak: kena tgk dulu... cintakan shunsuke sbg shunsuke atau sebab dia adalah jenis org yg kita suka...:bgrin:


ceh ..

btw ..

dont u think that "sukakan shunsuke sbb dia adalah jenis org yg kita suka" is apart of "sukakan shunsuke sbg shunsuke"? .. its 2 in 1 .. mingling around the same person .. dont u think so? .. :hmm:

:stp:
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2005 10:56 AM | Show all posts
Originally posted by c-mei at 2005-4-18 10:49 AM:
aku hari tue baru tgk citer nie...terus aku tgk pasalnyer feveret actor aku belakon naohito fujiko...aku mmg minat nga dier nie..tapi sedihla plak watak dier dah nak buta...dah la hensem plak tue.. ...


hehehe fujiki naohito... dulupun beli cd ni sebab fujiki.. c-mei citer ni dari episod 1.. rasa nak nangis je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.268581 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list