Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau simbolik sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran. Secara teknikalnya Nuzul-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.
Peristiwa Nuzul Al-Quran Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril AS di Gua Hira’ Makkah. 5 Ayat pertama yang diturunkan adalah daripada surah Al-‘Alaq.
Al-Quran diturunkan secara berperingkat selama 23 tahun, sebelum ia lengkap keseluruhan 6,236 ayat.
Ucapan SALAM NUZUL-QUR'AN beserta gambar hiasan = +15 kredit (sekali sahaja) untuk 48 jam bermula dari sekarang (zohor 16 Ramadan) sehingga lusa (zohor 18 Ramadan)