parking nama kat sini sebab ujung minggu ni nak gi KK. Asyik lupa nak park nama *sebab nanti senang nak cari balik posting* Tempat semua dah ada..tinggal nak cari sewa kereta jer.
Post time 16-9-2016 04:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
minahmanja replied at 14-9-2016 12:49 PM
stay kat mana ye... nnti bg review eh...hehe.. plan nk pi kk/kundasang oct ni... tp semua pun lum ...
Skrang kat kk lagi. Kat sini duk j&j budget hotel. Hampeh sikit dr segi keadaan bilik. Nasib baik toilet dia bersih. Hotel ni betul2 opposite pasar Philippine. Pagi tadi keluar gi pulau sapi dgn manukan. Ambik kat jesselton point. Rate standard. Boat kecik. Tak sampai 20org dlm boat. Tapi sakit kena ombak. Buat flying fox (zipline). Yg tu puas hati giler. Cuma beli tiket kat pulau sapi (kaunter bukak kul 10pg) lepas tu dia org akan bawak kita ke pulau gaya. Penat cuma part naik bukit nak gi kat point jer. Kalau nak gmbr2 sila lah mintak kawan2 yg kat pulau sapi ambik kan. Kan manukan just lepak je lah. Tapi kat sini satu jer...air mahal. Beli teh o ais kedai biasa2 pun rm4. Makanan ok.
Seri02 nak ke mana?
kalau kereta pun dah RM 120++ sehari. Plus pemandu mungkin harga jadi 2x ganda.
kalau ramai2 pergi bolehlah share.
Saya akan ke KK pertengahan bulan depan.
Di Kundasang booked di Ceasers Place.
Di KK mungkin sewa homestay di Cyber City
Ada sesiapa boleh review tempat ni?
Ada tak yang boleh cadangkan nak sewa kereta di mana?
Serik pula nak sewa kereta dengan orang sebelum ini sebab
dapat kereta viva tayar dah botak.
Heheheheh
Post time 23-9-2016 08:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Hi...27 ni..inshaallah akan pergi ke kk...eta12pm.....1st day akan bermalam di kk..n 2nd day b4 bertolak ke kundasang macam nak pegi pulau manukan (cuma nak lepak2 kat pantai sejam dua)....agak2 sempat x..sbb nak bertolak ke kudasang sebelum petang
hai kucha & family seramai 7 org akan ke kk 21 - 24 okt nanti. ETA dlm jam 1 tghri terus pecut pi kundasang. Sape pernah stay di TM Resort Kundasang? amacam review ok ke ko??
Lepas tuh nak tanya ok x kucha nya plan. Mcm ni..
Day 1
KKIA - Kundasang (TM Resort)
Day 2
Kundasang - KK (Marina Court)
Day 3
Taman TAR (nak try zipline di sapi kan?)
Day 4
Shopping & KKIA-KLIA
Boleh suggest kereta sewa yg reliable tak? Nak guna Exora, Auto, bajet dlm RM180 perday kalo lesser than that lagi suka
Post time 25-9-2016 08:45 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bace korang nyer itinerary best nyerr tak sabar pulak. I pegi bulan 1 depan.Dapat tiket murah return sorang 98 kali ni I mesti sampai kundasang. Dulu pernah terlepas
ok twin dah balik dari KK rabu minggu lepas. Iti simple sbb tak gi byk tempat plus mmg light and east jer.
Day 1 - KK
Gi Pasar Filipina & Night market kat belakang Pasar Filipina. Kalau korang sewa apartment kat KK..barang mentah cam sayur dgn seafood mmg murah giler.
Day 2 - Ronda ronda island
Gi Pulau Sapi, Pulau Gaya dgn Manukan. Time ni buat zipline. Balik dari pulau kita orag kat shopping compleks Suria (tak ingat nama penuh dia).
Utk dua hari ni mmg kita org jalan kaki jer.
Day 3 - KK - Kundasang
Dapat kereta terus drive ke kundasang. Kita org gi Dairy Farm tu tapi sampai dah tengah hari. Lembu2 pun tak byk kat luar. Lagi pun que kereta nak masuk panjang. so kita org patah balik ke pekan Kundasang utk lunch leppas tu check in kat hotel. Kat sini duk J Residence. Mmg dekat dgn Kinabalu Park.
Day 4 - Kundasang - Ranau
Pagi2 dah gi Dairy Farm. Kat sini setengah jam ok kot. Kalau bawak budak2 ..mahu sejam kot. Lepas tu drive ke Ranau gi Sabah Tea plantation. Sini kejap jer sebab janji nampak pokok teh lepas tu kita org gi Poring. Kat sini lama sebab ada Poring Hot Spring, Tmn Rama2 dgn Canopy Walk.
Day 5 - Kundasang. Kinabalu Park
Breakfast kat Kundasang. Ada satu akak jual karipap kat situ mmg sedap dan inti penuh. Dia ada gak jual donut dgn kasturi. Petang sikit ada goreng pisang. Lepas tu gi Kinabalu Park. Buat mini hiking.
Day 6 - Kundasang - Tamparuli - KK
SInggah kat pekan dulu semata-mata nak beli karipap sedap tu buat bekal dlm kereta. Kat tamparuli..jln kat jambatan gantung tamparuli. Sampai KK..check in dulu. Petang2 gi tengok sunset kat Tanjung Ari