|
Sebenarnya tiada salahnya kita mencerita kisah org lain sebagai pengajaran atau peringatan. Cumanya, jangan sebut orangnya atau hingga mengaibkannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi ustaz kurang setuju sekiranya kisah pengalaman seseorang menunaikan umrah/ibadah itu dijadikan seperti reality show. Ibadah ni suatu yang suci dan peribadi antara hamba dan Pencipta. Kalau dijadikan tontonan umum, maka hilanglah kesucian dan keperibadian itu. Apabila keaiban timpul dan dipertontonkan, siapa yg patut dipersalahkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya, ustaz pun tak tahu apa2 pun tentang rancangan yg dibincangkan, kerana rumah ustaz tiada astro... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum...
semuga segala urusan kita pd hari ini dipermudahkan..amin |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1203 ustaz's post
ooo nape ustaz x subscribe astro? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1205 Hanni's post
Assalamu'alaikum
Setuju kata Hanni...sbb tu kita terus bercerita untuk pedoman dan panduan bersama. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1208 IDB's post
ya..betul IDB...dari coretan2 disinilah....telah byk membantu lemon sebelum pergi keTanah Suci dulu....
Kadang2 ada byk perkara yg tidak kita dpt semasa mengikuti kursus melainkan pengalaman individu ketika berada disana....
Tapikan ustaz kata kalau untuk pedoman dan panduan tak pe kan ustaz |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hanni at 17-6-2008 08:38 AM
ooo nape ustaz x subscribe astro?
Pasal kalau subscribe astro... dari pagi ke malam... katun, katun, katun...
tak dapatlah saya nak tengok tv... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa2 pun penerbit harus bijak menyusun dan menyunting rancangan agar ia tidak mengaibkan seseorang, tidak menonjolkan keriakkan seseorang. Yang pentingnya mesej sebagai panduan atau pedoman itu dapat disampaikan dgn jelas dan efektif. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 17-6-2008 10:12 AM
Pasal kalau subscribe astro... dari pagi ke malam... katun, katun, katun...
tak dapatlah saya nak tengok tv...
eemmm...sama la dgn anak2 lemon ustaz..kalau tak dicontrol ...mengadap katun je la... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1201 ustaz's post
Terima kasih ustaz kerana saya banyak menulis di sini dan kadang-kadang timbul juga perasaan bimbang dengan apa yang ditulis. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ustaz at 16-6-2008 10:32 PM
Tapi ustaz kurang setuju sekiranya kisah pengalaman seseorang menunaikan umrah/ibadah itu dijadikan seperti reality show. Ibadah ni suatu yang suci dan peribadi antara hamba dan Pencipta. Kalau d ...
Saya juga berpandangan begitu. Pada pendapat peribadi kakaklah, apabila seseorang itu telah berjaya menerima jemputan umrah itu, selepas memfokuskan kenapa ia terpilih.aboleh juga dipaparkan kisah peribadinya Kemudian krew merakamkan suasana semasa bertolak ke Makkah dan ketika dia kembali ke tanah air sahaja. Itu sudah memadai untuk memberitahu penerima jemputan itu telah berangkat ke tanah suci dan selamat kembali. Biarlah penerima jemputan itu melaksanakan ibadah tanpa gangguan kamera yang sudah tentu sebanyak sedikit akan mengganggu konsentrasi ketika melaksanakan ibadah terutama ketika solat dan berdoa. Biarlah peluang keemasan yang diperolehi mereka untuk ke tanah suci dimanfaat sepenuhnya antara hamba dengan penciptanya tanpa sebarang gangguan dengan peralatan teknikal dan sebagainya kerana selepas itu episod itu akan menjadi tuntutan ramai pula. Tapi bila difikirkan kembali, ada juga kebaikannya. Sedar diri, siapalah kita nak memberi komen begini. Wallahhua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1206 Hanni's post
Insya Allah setelah membaca komen ustaz, sekiranya ada kelapangan masa ibu akan bercerita lagi. Ibu ingin menceritakan dua perkara yang masih ibu ingati semasa ibu mengerjakan umrah akhir Ramadan 2004 yang lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Rosputih at 17-6-2008 11:14 AM
Saya juga berpandangan begitu. Pada pendapat peribadi kakaklah, apabila seseorang itu telah berjaya menerima jemputan umrah itu, selepas memfokuskan kenapa ia terpilih.aboleh juga dipapark ...
tapikan kalau tak salah lemon ketika penerima jemputan umrah ni melakukan ibadah umrah,solat,berdoa rasanya tak dirakamkan...
selalunya pengambaran tak dibenarkan didalam masjidkan terutama kat masjidil haram ngan masjid nabawi kecuali masjid lain kot..
So far lemon rasak rancangan ni ok lagi..byk pengajaran yg kita dapat dan juga dapat tgk Tanah suci every week.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu masa haji ada crew RTM ambil gambar saya dan kumpulan jawa tepi tengan minum petang di dalam khemah di Mina... lepas tu saya sound pakcik2... eh.. ada org shooting filem daaaa... cepat buat muka hensem... tanpa berlengah kita pun pasang muka hensem... tak tahulah dia siarkan di TV malaysia ke tidak... hehehehee... agaknya kalau tersiar pun... mesti org komen... errr... apasal pakcik2 tu control hensem? heheheheeee...
ada sorang pakcik ni... crew RTM ambil gambar dia tengah melontar... punyalah jauh dia melontar... lepas tu RTM siarkan terus dalam berita. Malam tu anak pakcik tu call... anak dia kata... wahhhh... bapak keluaq tv laaaa... tapi awat jauh betul bapak melontaq... agak2 masuk kaaaa?... hehehe... cepat betul RTM siarkan.
[ Last edited by ustaz at 17-6-2008 12:01 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1216 lemons's post
Memang betul lems.
Yang ada rakaman solat dan berdoa rasnya ketika solat sunat ihram masa nak bertolak ke Makkah. Kalau tak silap tontonan kakak, ada ketika dapat dilihat ketika solat dan berdoa mata masih menjeling camera. Tentunya ketika melaksanakan rukun umrah mereka tidak diganggu. Tetapi mereka ditaja dan perlu akur dengan kehendak penaja untuk merakamkan perjalanannya. Walau bagaimanapun mereka adalah antara insan yang bertuah kerana dapat mengerjakan umrah secara percuma.
Seperti yang kakak katakan, bila difikirkan kembali, ada kebaikannya kerana banyak juga mafaat yang kita perolehi dan kakak juga tak mau lepas peluang untuk menontonnya setiap minggu. |
|
|
|
|
|
|
|
Macamanalah kita nak khusyuk apabila kita tahu camera sedang merakamkan segala aksi kita... asyik fikir nak control hensem/cun je... nak2 org macam saya ni... |
|
|
|
|
|
|
| |
|