View: 12551|Reply: 0
|
[Dunia]
Bulu, darah burung ditemui dalam kedua-dua enjin pesawat Jeju Air
[Copy link]
|
|
Seoul: Penyiasat menemui bulu dan darah burung dalam kedua-dua enjin pesawat Jeju Air yang terhempas di Korea Selatan bulan lalu dan, mengorbankan 179 orang, kata seorang individu yang rapat dengan siasatan itu kepada Reuters pada Jumaat.
Pesawat Boeing 737-800 itu, yang berlepas Bangkok menuju ke daerah Muan di barat daya Korea Selatan, mendarat tanpa tayar dan terbabas dari landasan lapangan terbang sebelum terbakar selepas melanggar tebing.
Hanya dua anak kapal yang berada di hujung ekor pesawat terselamat dalam bencana penerbangan terburuk di Korea Selatan.
Kira-kira empat minit sebelum kemalangan maut itu, salah seorang juruterbang melaporkan serangan burung dan mengisytiharkan kecemasan sebelum berpusing dan cuba mendarat di hujung bertentangan landasan, menurut pihak berkuasa Korea Selatan.
Dua minit sebelum juruterbang mengisytiharkan panggilan kecemasan Mayday, kawalan trafik udara meminta mereka berhati-hati kerana 'aktiviti burung' di kawasan itu.
Penyiasat berkata bulu berkenaan ditemui pada salah satu enjin yang ditemui dari tempat kejadian, sambil menambah rakaman video menunjukkan terdapat hentakan burung pada enjin.
Kementerian Pengangkutan Korea Selatan enggan mengulas sama ada bulu dan darah ditemui dalam kedua-dua enjin.
Dua kotak hitam pesawat itu - kunci untuk mengetahui punca nahas pesawat itu berhenti merakam kira-kira empat minit sebelum kemalangan, menimbulkan cabaran kepada siasatan yang sedang dijalankan.
Bekas penyiasat kemalangan kementerian pengangkutan, Sim Jai-dong, berkata data yang hilang itu mengejutkan dan mencadangkan semua bekalan kuasa, termasuk ketika kecemasan terputus, yang mana ia jarang berlaku.
Serangan burung yang memberi kesan kepada kedua-dua enjin jarang berlaku dalam penerbangan di seluruh dunia, walaupun terdapat kes juruterbang berjaya mendaratkan pesawat tanpa kematian dalam situasi seperti itu termasuk pendaratan sungai 'Miracle on the Hudson' di Amerika Syarikat pada 2009 dan pendaratan ladang jagung di Rusia pada 2019.
SUMBER: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|