Update:
RAMAI pengguna media sosial meluahkan suatu perkara yang pelik dengan algoritma X (dahulu dikenali sebagai Twitter), Instagram, Facebook dan TikTok. Ia menjadi lebih pelik apabila kekacauan algoritma ini berlaku ketika peperangan penghapusan bangsa (genocide) Israel-Palestin berlaku.
Seorang pembikin filem dan aktivis daripada Belgium, Thomas Maddens antara figura besar yang lantang bersuara memperjuangkan hak kemanusiaan rakyat Palestin, turut mengalami masalah yang sama.
Bercerita kepada Al-Jazeera, beliau berkata salah satu videonya berkaitan Palestin yang mempunyai penggunaan perkataan genocide telah dimuat naik ke TikTok. Tetapi, secara tiba-tibanya video tersebut tidak mempunyai jumlah tontonan yang banyak.
“Saya fikir video tersebut akan mendapat berjuta-juta tontonan. Tetapi ia seakan-akan engagement untuk video tersebut telah berhenti,” katanya kepada Al-Jazeera. Shadowban kandungan berkaitan Palestin.
Maddens adalah salah satu daripada jutaan pengguna media sosial yang mendakwa platform media sosial terbesar di dunia seperti Facebook, Instagram, X, YouTube dan TikTok menapis akaun atau secara aktif mengurangkan capaian kandungan pro-Palestin yang lebih dikenali sebagai shadowbanning.
Pengarang, aktivis, wartawan, pembikin filem dan pengguna tetap di seluruh dunia berkata kandungan yang mengandungi tanda pagar seperti “#FreePalestine” dan “#IStandWithPalestine” serta mesej menyatakan sokongan untuk penduduk awam Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel sedang disembunyikan oleh platform-platform tersebut.
Sesetengah pengguna juga mendakwa Instagram yang dimiliki oleh Meta, dengan sewenang-wenangnya menurunkan kandungan yang hanya menyebut Palestin kerana melanggar garis panduan komuniti.
Pengguna-pengguna lain juga berkata berkata Instagram Story mereka disembunyikan kerana berkongsi maklumat tentang protes menyokong Palestin di Los Angeles dan sekitar San Francisco.
Ada juga yang mengadu tentang perkataan “pengganas” yang muncul berhampiran biografi Instagram mereka.
Dalam sebuah hantaran di X pada 15 Oktober, jurucakap Meta, Andy Stone menyalahkan pengurangan jangkauan hantaran kepada pepijat.
“Pepijat ini menjejaskan akaun secara sama rata di seluruh dunia dan tidak ada kaitan dengan subjek kandungan. Kami sedang membetulkannya secepat mungkin,” tulis Stone.
Apabila ditanya mengenai dakwaan shadowban, Stone menjelaskan kepada Al-Jazeera dengan memaparkan catatan blog terbitan Meta yang menonjolkan usaha mereka dalam menangani maklumat palsu berkaitan perang Israel-Palestin.
Siaran itu berkata pengguna yang tidak bersetuju dengan keputusan untuk bersederhana oleh syarikat tersebut boleh membuat rayuan.
Ini bukan kali pertama platform media sosial dituduh menapis suara rakyat Palestin.
Tipu helah algoritma
Sesetengah orang yang mengatakan mereka mengalami penapisan di media sosial telah menggunakan penyelesaian.
Seorang aktivis Palestin yang tidak mahu namanya disiarkan mendedahkan salah satu helah yang digunakannya untuk memuat naik kandungan berkaitan Palestin agar tidak disembunyikan.
“Apabila saya menulis ‘Palestin’ atau ‘pembersihan etnik’ atau ‘aparteid’, saya akan memecahkan perkataan itu dengan titik atau garisan. Saya akan menggantikan huruf ‘A’ dengan ‘@’. Inilah cara saya mula menipu algoritma,” dedahnya.
Seorang pengasas Bydotpy iaitu sebuah syarikat blockchain yang berpangkalan di Kaherah, Mesir, Mohammad Darwish telah mencipta laman web yang dipanggil “Free Palestine.bydotpy” yang mengautomasikan proses yang sama.
Apabila anda menaip “Gaza” di laman webnya, ia akan secara automatik ditukarkan kepada “ğaza”, yang kemudiannya boleh disalin dan ditampal oleh pengguna ke dalam aplikasi media sosial pilihan mereka.
|