CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: farahanafarah

TAK ADA TAJUK (Cinta Seorang Mistress)

[Copy link]
Post time 9-5-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap tt sambung yaa ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap tt sambung yaa ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 03:42 PM | Show all posts
TT cepatlah update story ni... Meroyan teman menanti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2016 07:19 PM | Show all posts
ASSALAM U OLS....

Ya allah rasa berslahnya bila baca masing2 duk menunggu abam draco sayam.

sejujurnya abam draco mmg stuck sampai bab tu sajork. tak berjalan babnya ha.

yg ajaibnya novel yang lain siap dulu.

iols akan pos novel baru iols kat sini. dalam minggu ni or minggu dpn.

sabarrrr...i love u ols
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2016 05:58 AM From the mobile phone | Show all posts
farahanafarah replied at 27-8-2016 07:19 PM
ASSALAM U OLS....

Ya allah rasa berslahnya bila baca masing2 duk menunggu abam draco sayam.

Kami tunggu na ceghita baru dr ampa na ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 11:12 AM | Show all posts
Yuhuuu....meh nak belanja sikitttt....
rindu chuolsss kat sini, dari zaman belajar sampai dah kerja almost 2 years ni
rindu pada chuols tak pernah padam. phuiii!!



tapi iols hope rindu chuols pada Draco tak padam yer... hahaha


BAB 6

Jasmine mundar-mandir diruang tamu mewah itu. Adiknya yang sedang asyik menggigit buah epal hanya memandang tingkah kakaknya itu. Nak ditegur, karang dia pulak yang makan makian. Bukan dia tak kenal kakaknya itu. Kalau bab garang, bab marah orang bagilah kat dia. Memang champion! Semua kalah.

        “Kak! Sudah-sudahlah tu…pening kepala adik tengok. Naik juling biji mata ni tahu tak?” gara-gara tidak tahan Imani Jihan bersuara juga. Lantaklah nak kena marah pun, janji kepala tak pusing.

        “Eh kau ni…aku yang ke hulu ke hilir, engkau pulak yang pening. Aku bagi kang sedas.” Jasmine mengacah mahu menampar adiknya, tergolek Imani Jihan jatuh atas karpet tebal, terkejut punya pasal. Takut betul-betul kena penampar kakaknya itu.

        Jasmine ketawa kuat, kelakar tengok adik kesayangannya itu tergolek macam nangka busuk. Tadi dia acah je, mana mungkin dia sanggup nak pukul adik kesayangan dia ni. Dahla comel, cantik, pandai…uwekkk!! Hehe…

        Jasmine turut bersila disebelah adiknya yang juga bersila diatas karpet tebal itu. Dia susah hati sebenarnya. Rumah ini bakal dilelong, papa dan mama lesap macam tu saja. Tinggalkan dia dan Imani Jihan terkontang kanting sendirian. Balik-balik tadi ada surat daripada peguam yang menyentak tangkai jantung. Nasib baik tak ada lemah jantung, kalau tak memang gol tanpa bola jawab dia.

        “Apa kita nak buat ni Iman?” soal Jasmine perlahan, buntu fikirannya. Kalau rumah ni kena lelong mana dia dua beradik nak berteduh. Kalau ada duit boleh jugak sewa bilik atau hotel murah-murah. Ini apa pun tak ada, nak makan pun semput. Elaun praktikal pun tak seberapa. Dahla tak seberapa, lambat lagi nak dapat pulak tu.

        “Nak buat apa lagi kakak, kita duduk je la sini sementara belum kena halau.” Cadangan Imani Jihan tu bukanlah boleh pakai sangat tapi ada betulnya kata-kata adiknya itu. Selagi belum kena halau, duduk sajalah jawabnya.

        “Papa dengan mama tak call kakak ke?” soal Imani Jihan, matanya bercahaya merenung ke arah Jasmine, menanti jawapan yang mengembirakan. Jasmine mendengus geram.

        Papa dan mama dia pun satu, pergi tanpa khabar berita. Hilang macam tu je, biarkan dia dan Imani Jihan terkontang-kanting. Kalau tak difikirkan mereka itu ibu bapanya memang dia akan maki hamun sepuas hati. Belum pernah dia jumpa ibu bapa yang sangat tak bertanggungjawab seperti mama dan papanya. Sungguh dia sangat kecewa dengan mereka berdua.

        “Kakak…adik bukan nak susahkan kakak tapi yuran sekolah dah 6 bulan tak bayar. Office dah tanya, adik cakap papa tak ada dekat Malaysia, nanti papa balik sini papa akan pergi sekolah untuk settle. Adik cakap papa balik minggu depan. Nanti kalau diorang tanya lagi minggu depan adik nak cakap apa?”

        Jasmine mengeluh berat. Ini yang dia paling takutkan. Benda lain dia mampu lagi tanggung dan buat tak endah tapi kalau bab pelajaran adiknya, kebajikan adiknya dia memang tak boleh bertolak ansur. 6 bulan yuran sekolah Imani Jihan tertangguh dan dia tahu jumlahnya bukan sedikit. Inilah bahana International School, yurannya mencecah puluhan ribu ringgit.

        “Berapa ribu yang nak kena bayar yuran tu?” Jasmine menyoal perlahan. Matilah…mana dia nak cari duit.

        “Adik tak tanya sebab malu sangat masa tu. Tapi dulu mama pernah cakap, setahun yuran sekolah adik dekat 80k.”

        Jasmine tak terkejut sebab dia tahu yang sekolah adiknya bukan calang-calang. International School yang terkenal di Kuala Lumpur, terkenal dengan faciliti yang mewah, yuran yang mahal dan pelajar yang berstandard. Kalau income mak bapak tak cecah jutaan ringgit sebulan mimpilah nak bersekolah disitu tapi dimana silapnya sampai papa boleh jatuh bankrupt. Jasmine runsing tapi dia tahu dia tak boleh buat adik dia susah hati. Imani Jihan ni dahlah semput, karang jadi apa-apa tak pasal pulak.

        “Tak pe Imani, nanti kakak bayar yuran tu.”janji yang dibuat Jasmine hanyalah sekadar janji untuk menyedapkan hatinya tapi dia akan berusaha untuk jelaskan yuran sekolah adiknya.

        “Kakak ada duit ke?” soal Imani Jihan. Berkerut dahinya.

        “Ada…mestilah ada…Imani jangan risau. Kakak ada duit.” Balas Jasmine dalam nada gembira yang dibuat-buat. Kepala adiknya yang berusia sebelas tahun itu digosok lembut.

        “Sayang kakak…”

        “Sayang adik jugak…” mereka berpelukan namun hati Jasmine berdebar. Bagaimana mahu meneruskan hari yang mendatang.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2016 12:21 PM | Show all posts
kena baca balik la ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2016 02:19 PM | Show all posts
“Selamat pagi cik Jasmine….” Teguran itu buatkan Jasmine yang sedang asyik berkhayal tersentak. Terus dia berpaling ke belakang, kelihatan Kak Salmah yang sedang tersenyum lebar dengan tangan yang sedang menjinjit beg plastic berwarna merah.

        “Kenapa monyok je muka ni Cik Jasmine?” soal kak Salmah sambil menarik salah satu kerusi yang ada disitu dan melabuhkan duduk. Jasmine mengeluh berat. Nak dicerita pun serba salah, bukan kak Salmah boleh bantu pun. Tak dicerita rasa terbeban jugak. Entahlah…

        Hari ni sudah naik lenguh jarinya mendail nombor handphone papa dan mama namun langsung tak berangkat. Bila dia guna nombor officeberangkat tapi sebaik saja mendengar suaranya baik papa atau mama, keduanya terus memutuskan talian. Bila dia dail kembali, handphone mereka sudah dimatikan. Buntu sungguh!

        “Dahlah tu Jasmine, jangan nak buat muka tikus mondok tu. Meh makan nasi lemak ni. Sedap tau, akak beli kat depan simpang rumah akak. Jenuh beratur tau. Kalau lambat sikit je, memang licin la.”

        “Tak pelah kak…akak makanlah, saya kenyang lagi.” Jasmine tolak lembut pelawaan Kak Salmah, lapar tapi dia langsung tak ada selera nak makan. Masalah yang ada ni lebih penting dari segalanya.

        Kak Salmah sentuh lembut bahu Jasmine. Dia tahu gadis cantik itu ada menanggung beban yang berat. Tengok saja air muka yang keruh dan tidak ceria itu. Jasmine selalu ceria dan riang tapi kali ni nampak dengan jelas wajahnya yang penuh kegusaran.

        “Walau berat mana masalah kita ni, kita kena jaga kesihatan…kena makan. Nanti jatuh sakit lagi bertambah masalah yang sedia ada tu.”

        “Nah ambik nasi lemak ni. Makan…akak tahu kamu belum makan lagi.” Bungkusan nasi lemak ditolak mendekati Jasmine.

        “Eh akak makanla. Penat-penat akak beratur panjang lepas tu bagi saya pulak.” Jasmine menolak lembut.

        “Alah kamu ni, kalau akak offer tu of course akak beli lebih. Akak ni perut kampung, mana boleh tak pekena nasi pagi-pagi ni. Nanti menggigil satu badan.”

        “Seganlah saya kak…”

        “Ish! Apa nak segannya. Akak ni lagi segan, kamu selalu belanja akak makan. Kali ni biarlah akak pulak yang belanja. Lagipun anak akak yang kerja dekat Singapore tu ada kirim duit. Rezeki yang akak dapat tak salah untuk dikongsi dengan orang lain.”

        Jasmine tersenyum manis. Rezeki, ambik jelah…jimat sikit hari ni.

        “Yelah kak…terima kasih banyak-banyak belanja nasi lemak ni.” Mereka sama-sama menikmati sarapan itu di dalam pantry sambil berborak kosong. Sedikit sebanyak dapat juga Jasmine larikan diri seketika dari memikirkan masalah yang ada.

        “Kak Salmah, saya pergi buat kerja dululah. Walau hakikatnya saya ni tak ada kerja pun nak buat, saya tetap kena buat-buat sibuk. Kang ada yang mengadu kat bos saya nahas jugak. Tak nak saya failed.” Ujar Jasmine sesudah membancuh nescafe. Mug berisi air itu dibawa bersama.

        “Jumpa lagi Kak Salmah.” Jasmine terus berlalu tanpa menunggu balasan dari Kak Salmah.

        Elok saja Jasmine melabuhkan duduk dimeja kerjanya, dia terasa seperti ada yang berdiri disebelah mejanya. Meja yang agak tersorok membuatkan Jasmine pelik, siapa yang nak datang ke mejanya. Sudahlah dia ni ibarat melukut ditepi gantang, ada ke tak ada ke sama je. Bukan ada kerja dia nak buat pun. Nak kata Kak Seri, dia cuti hari ni. Jasmine kalih pandang, terkejut bukan kepalang apabila melihatkan Draco terpacak ditepi mejanya. Wajah itu tiada riak, hanya renungan tajam yang diberikan buat Jasmine. Telan liur gadis itu dibuatnya.

        “Ss…Sir. Apa…apa sir buat kat sini?” datang dah penyakit gagap dia.

        Lelaki itu hanya tersenyum, sinis tapi sangat kacak. Ish! Jasmine! Sempat lagi dia memuji. Jasmine masih beku dikerusinya dan Draco dengan selamba melabuhkan duduk dipenjuru meja, sangat rapat dengan Jasmine. Iyelah…besar mana sangatlah meja budak intern. Ni kira nasib baik dapat tempat sendiri, ada je kawan-kawan dia yang ibarat orang nomad. Pindah sana sini, duduk je kat mana-mana tempat yang stafnya tak datang. Sedehhhh…

        “Good morning…Intern…” tegur Draco. Suara perlahan sebab kedudukannya sangat dekat dengan Jasmine. Dan Jasmine tahu bosnya itu sengaja menghimpitnya begitu supaya senang untuk dia berbisik ditelinganya seperti tadi. Hanya 3 patah perkataan, tapi nak tercabut skru lutut Jasmine dibuatnya. Kalau tak kerana dia tengah duduk memang jatuh tergolek dibuatnya.

        “Good…good morning Sir.” Aduh! Masalah betullah lidah dia ni. Asal depan lelaki ini mesti tergagap. Padahal dalam sejarah keluarga atau sejarah perubatan dia mana ada gagap. Tak adanya genetik gagap macam ni. Gagap bila nampak lelaki super kacak! Choi!

        Draco tersenyum, matanya tak lepas dari wajah Jasmine yang dilihatnya sedikit pucat. Pucat tapi tetap nampak cantik. Sejak dari pertama kali melihat wajah itu, dia sudah tertarik dia dapat merasakan gadis ini sangat sesuai dengan apa yang dia telah rencanakan selama ini. Cuma dia tunggu masa yang sesuai saja.

        “Let’s grab something to eat.” Ajak Draco, Jasmine berpeluh. Aduh…dia ajak makan pulak…aku ni dahlah kecut perut kalau jumpa dia, getus hati kecil Jasmine namun semuanya tidak terluah. Dia sekadar senyap sambil mencari jalan mahu melepaskan diri.

        “Tak apalah sir, saya dah makan tadi. Heavy breakfast. So, still kenyang.” Jelas pada mata Jasmine wajah bosnya itu nampak kecewa tapi hanya beberapa saat saja.

        “Hmm…what a waste. Rugi…?” soal Draco. Mug yang berisi air nescafe diangkat tinggi, selari dengan bibir lelaki itu. Air yang masih berasap nipis dihirup perlahan. Jasmine hanya mampu melihat, tak berdaya nak menahan atau berkata sesuatu. Draco nampak sangat seksi! Ish…sewel kau Jasmine, sewel!

        “Manis…sama macam tuan dia. Kalau breakfast tak boleh, lunch kan ada. Wait for me okay. Kita lunch sama.”Habis saja ayat itu Draco berlalu, bukan dengan tangan kosong tapi siap dengan mug yang berisi nescafe milik Jasmine.

        “Air aku…mug aku…hadiah Bobby bagi tu.” Jasmine mampu menangis dalam hati saja.




p/s: nah untuk hari ni  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2016 04:07 PM | Show all posts
farahanafarah replied at 17-11-2016 02:19 PM
“Selamat pagi cik Jasmine….” Teguran itu buatkan Jasmine yang sedang asyik berkhayal tersentak. T ...

Kesiannya Jasmine... Kenapa mak ayah dia buat anak sampai mcm tu sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2016 09:24 AM | Show all posts
nice story farah. macam manalah hensemnya si draco. tak dapat nak imagine
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2016 12:23 PM | Show all posts
MMISS replied at 18-11-2016 09:24 AM
nice story farah. macam manalah hensemnya si draco. tak dapat nak imagine

Tq darling,

Handsomeeee Draco ni, kalau tengok tak tentu arah dibuatnya haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 01:13 PM | Show all posts
abg draco takde ke this week

btw ada tak novel farah yg dah ke versi cetak
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 01:37 PM | Show all posts
Follow hat ni pulak..tlg jangan kecewakan i...hikhiik
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2017 12:36 PM | Show all posts
tak ada sambungannya lg ke TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
MMISS replied at 21-11-2016 01:13 PM
abg draco takde ke this week

btw ada tak novel farah yg dah ke versi cetak

Hai dear. TSS tu kita tengah usahakan supaya dapat peluk yg real bukan peluk pc je. Hopefully ada good news this week
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2017 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
cycra replied at 6-1-2017 01:37 PM
Follow hat ni pulak..tlg jangan kecewakan i...hikhiik

Uols kecewa sekali iols kecewa 1000x  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2017 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
takayama replied at 9-1-2017 12:36 PM
tak ada sambungannya lg ke TT

Ada uols. Prob apa tah bila paste n post keluar sekerat je. Bakar darah betol hehe
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2017 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambungan nye cik tt ku syggg
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2017 03:56 PM | Show all posts
TT nak lagi....jgn lah tunggu sampai 1/2 tahun nak update. Kesian kat kita org ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 04:31 PM | Show all posts
dik tt yg manis bila lah nak sambung. lama bebeno tunggu abam draco
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.473989 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list