CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lily_lyssa

Kata..........

 Close [Copy link]
Post time 19-9-2007 02:07 PM | Show all posts
Originally posted by telagamadu at 19-9-2007 12:18 PM
yup i pun nak macam ni gak


...yea2 telagamadu sokong...hehe...azizi tue xmatang lg kot..sbbtue xnmpk mana kaca mana intan berlian..tp yelakan kawen pon ekspress jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2007 02:08 PM | Show all posts
Originally posted by telagamadu at 19-9-2007 12:18 PM
yup i pun nak macam ni gak


bg dia matang sket..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2007 02:38 PM | Show all posts
hikhik....
nnt lily smbg....yek!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2007 02:54 PM | Show all posts
Nurin menghentakkan alat kawalan jauh di atas meja kopi dengan kasar.Azizi tersedak.Air yang sedang diminum terkeluar.

Nurin tersenyum sinis dan berkata,"Revenge accomplish."

Nurin kemudian naik ke tingkat atas.Gerak-gerinya diperhatikan Azizi.Revenge?You'll receive another.Worse...Azizi tersenyum sinis.

*******************************************************************************

"Nurin..."Datin Rubiah memanggil Nurin separuh berbisik.

Nurin masuk ke dalam bilik Datin Rubiah dan bertanya,"Apa dia?"

"2 jam lagi tetamu nak sampai.Tolong ajak Jiji masuk bilik dia and sekat dia drpd keluar.Lepas 2 jam lebih.Nurin katalah nak keluar.Suruh Jiji antarkan.Masa tu baru turun.Bila turun keadaan gelap cikit.Nurin lari ke tempat kitorang,pastikan Jiji tak nampak Nurin lari.Itu jelah perancangannya..."Datin Rubiah menarik nafas panjang setelah bertutur laju.

"Okey!Beres!"Nurin melemparkan senyuman kepada Datin Rubiah dan turun ke tingkat bawah.

"Azizi!"laung Nurin.Azizi berpaling kepadanya.Matanya merenung Nurin tajam.Dahinya berkerut marah.

"Nak balas dendam?"gurau Nurin.Azizi hanya kaku.Nurin mengeluh dan berkata,"Jom masuk bilik jap.Nak cakap siket pasal....pasal....Asila."

Azizi hanya mengikut Nurin masuk ke dalam bilik.Mulutnya tidak meluahkan apa-apa tetapi fikirannya ligat menduga apa yang akan dibicarakan Nurin.

Nurin menutup pintu bilik rapat-rapat dan menguncinya.Dia berpaling dan mengeluh.Azizi hanya memerhatikannya.Nurin baring di atas katil dan memandang Azizi yang duduk di atas sebuah kerusi di meja kerjanya.

Keadaan di dalam bilik itu masih sunyi.Nurin sudah terlupa apa yang dikatakan kepada Azizi sebentar tadi menyebabkan Azizi kebingungan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 04:08 PM | Show all posts
lagi.........
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2007 04:35 PM | Show all posts
lagi jugak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2007 05:46 PM | Show all posts
Bab 28

Umaira memandang langit biru yang agak kelam melalui tingkap di dalam apartmennya.Dia kemudian merenung pakaian-pakaian yang hendak dipilih untuk dipakai ke majlis hari lahir Azizi.Dia membelek satu persatu bajunya.Air matanya menitis.

Kalaulah aku masih boleh berdiri dan berjalan,mesti nampak cantik dengan baju-baju ni.Umaira mengeluh berat.Dia kemudian mengambil telefon bimbitnya di atas meja solek.Dia menekan butang-butang nombor dan melekapkan ganggang pada telinganya.

"Hello,Haz.Akak patut ke pergi?"

"Kenapa pulak tak patut?"

"Entahlah.Akak rasa tak sedap atilah."

"Hmm...Tak sedap ati?Akak,Haz kenal Kak Ara.Kak Ara memang suka kalau ader majlis.Mesti ader yang tak kena dengan Kak Ara ni sampai takder mood nak keluar.Kak Ara....Takkan...Sebab kaki."

"Eh,tak..hmmm..Takperlah.Nanti Haz ambik akak tau!"

Umaira menekan butang merah dan Dia tersenyum melihat sepasang baju kebaya berwarna pic.Dia mengembil pakaian itu dan menyarungkan pada tubuhnya.Dia mencalit sedikit gincu berwarna merah jambu pada bibirnya dan memintal rambutnya agar kelihatan kemas.

Umaira memandang wajahnya yang sudah hampir siap untuk ke majlis hari lahir Azizi.Dia kemudian mengambil seutas jam tangan pemberian suaminya yang tercinta,Hakim.Walaupun telah ditinggalkan Hakim,hatinya sentiasa untuk Hakim.Tiada lelaki yang biasa merampas cintanya yang setia itu.Sungguhpun Hakim telah beristeri baru,kenangan bersamanya tetap bersemi di jiwa.

Air mata Umaira merembes keluar.Dia mengetap bibir dan menatap jam tangan berjenama Rolex itu.Jam itu sentiasa mengingatkannya kepada Hakim.Oh,Hakim....

*******************************************************************************

"Dah nak dekat 2 jam saya tunggu awak bersuara.Apa dia yang awak nak cakap.Lenguh tau tak!"tempelak Azizi yang sudah marah.

Nurin mengeluh.Dia hampir sahaja terlena tetapi kerana Azizi,dia tersedar malah tersentak.Dia memandang Azizi."Actually only a few words...Happy Birthday to you.The 34th,right?"

Azizi mengangguk dan mengerutkan dahi."Tu je?"

"Nak apa lagi?Adiah?Majlis?Hmm...Betul tu.Adiah...Jom kita keluar.Awak pilih apa jer.Saya belikan,"kata Nurin malas-malas.

"Hm...Apa lagi?Bersiaplah!"tengking Azizi.

"Huh...Sabarlah.Awak tu?"Nurin berkata lembut tetapi dia juga meletakkan nada sindiran pada kata-katanya itu.

"Saya sekejap jer.I'm almost done with this t-shirt."

Nurin menatap gaya Azizi dari hujung rambut hingga hujung kaki.Kemudian,dia tergelak."Your shirt looks like..like...kain buruk.With kain pelekat..make you look like someone in the asylum maybe."

"Don't you dare!"

"Sorry.."Nurin ketawa kecil dan masuk ke dalam tandas.

Azizi mengambil t-shirt berjenama Adidasnya yang berwarna merah dan putih.Dia juga memakai sepasang seluar jeans berjenama Levi's.Dia meraup rambutnya dengan minyak rambut.Sebaik sahaja dia ingin membuka pintu,Nurin menjerit,"JANGAN!NANTI!!"

"Yang menjerit-jerit ni naper?Gila?Buang tabiat?"tengking Azizi.Dia melepaskan pegangannya pada tombol dan berpeluk tubuh.

Nurin menarik nafas lega."Awak tunggu je,lah kat sini.Saya dah siap dah ni.Tak boleh sabar,ke?"

Azizi melabuhkan punggung di atas katil dan bermain-main dengan kunci keretanya.Dia berasa benar-benar bosan.Dia memandang Nurin yang sedang menocang rambut.Dia menggeleng.Walau bagaimana cantik pun Nurin,hatinya masih kepada Asila.ASILA!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2007 09:02 PM | Show all posts
Bab 29

"SURPRISE!!"jerit semua orang serentak kepada Azizi yang sudah menuruni anak tangga yang terakhir.

"Nurin?Tapi tadi...."Azizi aneh.Baru sebentar tadi dia menuruni tangga bersama Nurin dalam keadaan gelap tetapi sekarang Nurin berada dalam mereka yang membuat kejutan untuknya.

"Oh,kena lari cepat tapi diam-diam,susah!"omel Nurin.

Azizi mengangguk-angguk dan menuju ke arah Hazry.Mata Nurin tertancap pada wanita di sebelah Tia.Wanita itu seperti pernah ditemui tetapi tidak mungkin sudah duduk di atas kerusi roda!Secepat itu?

Nurin mendekati Tia."Hi,Tia!"tegur Nurin.

"Eh,Nurin!"

"Err...Saper ni?"tanya Nurin sambil tersenyum kepada Umaira yang duduk di atas kerusi roda.

"Oh!Ni Kak Ara,Umaira.Kak Ara,ni Nurin."

Umaira?Macam pernahku dengar...Oh,yang kat dalam kapal terbang masa nak gi honeymoon.Nurin berkata,"Kita dah jumpa.Dalam kapal terbang MAS baru-baru ni,kan?"

"Emm.."Umaira mengangguk.

"Macam mana boleh jadi macam ni?"tanya Nurin.

"Kesan daripada kapal terbang yang terhempas dulu.Lepas turun kapal terbang dari Perancis hari tu kaki rasa pelik.Pergi hospital,doktor kata lumpuh,"jelas Umaira yang mengeluh kecewa.

"Oh.Kak Ara dah kawin?"tanya Nurin.

Umaira mengeluh dan menatap jam tangannya."Dah.Laki akak ceraikan akak kat depan Hazry ngan mak akak lepas dapat tau akak lumpuh.Mak akak mati kena serang jantung kat situ jugak,"jelasnya lagi.Air mata sepatutnya sudah gugur tetapi ditahan menyebabkan dadanya terasa sesak.

"Astaghfirullah..."Nurin mengasihani nasib yang menimpa Umaira.Umaira pula hanya mengukir senyuman pahit dan paksa.

"Beberapa hari lepas,akak dapat kad...kad jemputan kawin suami akak ngan sorang perempuan ni.Baru 3 hari kawin,"kata Kak Ara lagi sementara Nurin menolak kerusi rodanya perlahan-lahan meninggalkan Tia,hazry dan Azizi berbual.

"Akak tak sedih ke?"

"Kalau suami akak tu happy,takper.Akak doakan kebahagiaan dioranglah,"Umaira berkata sayu.

Nurin benar-benar kagum dengan Umaira.Malang betul suami dia tu.Detik hati Nurin.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Nurin macam mana pulak?Akak bukan nak jaga tepi kain orang,tapi Hazry ader citer.Ari tu dia pergi ambikkan baju pengantin Tia kat butik Kak Piah.Kak Piah citer yang Nurin ngan Azizi tak mesra.Betul ke?"

Nurin mengeluh.Dia membuka mulut,"Betul.Bukan aper,kitorang kawin tanpa rela.Kata lain,kawin paksa tapi takderla teruk sangat.Dia pon suka kat pompuan lain."

"Biasanya akak pun banyak jugak baca novel.Banyak novel buat pasangan ni kawin tanpa rela,tapi last-last in-love.Jadi,jangan risaulah Nurin.Hidup ini kadang-kadang macam citer hindustan jugak,tau!"usik Umaira.Mereka berdua ketawa.

"InsyaAllah...Moga-moga Nurin ni Ashwaria Rai,ye.Azizi pulak agaknya Abishek Bachan,"kata Nurin pula.

"Hazry?Jo?"tanya Umaira.

Nurin mengerutkan dahinya.Umaira menyambung,"Jangan risau,akak dah tau sumer kisah Nurin.Dari first love hinggalah Nurin kawin."

"Hmm...Hazry mungkin Salman Khan,Jo pulak Shahrukh Khan,"kata Nurin sebelum ketawa bersama Umaira.

Tia datang dan mencelah,"Wah,mesra nampak?"

"Memang.Kak Ara ni baiklah,"kata Nurin.

"Eh,dia yang baik,kata orang pulak,"kata Umaira.

"Dua-dua skali baik,"kata Tia.

"Ye,ke?Eh,bukan tiga-tiga nakal?"celah Hazry pula.

Nurin menunduk.Air matanya kian laju menitik.Umaira mengerling Hazry marah dan mengisyaratkannya supaya membawa diri bersama Tia.Tia yang tidak perasan yang Nurin sedang menangis,ketawa.Hazry akur dan menarik Tia masuk ke dalam rumah.

"Nurin...Nurin tak tau kisah sebenar ke?"tanya Umaira sambil menarik tangan Nurin.

Nurin menyeka air matanya,"Kisah sebenar?"

"Sah.Hazry ni...Akak tak boleh cakap.Yang ni biar korang dua orang je selesaikan,okey!"

"Akak citerlah.Nurin nak tau,"kata Nurin.Terdapat nada sebak di dalam kata-katanya itu.

Umaira hanya memandang Nurin.Dia tersenyum.Dia kemudian mengalih topik.Dia menceritakan pelbagai jenaka.Walau kuat pun tawa Nurin,Umaira masih bisa melihat redup sedih di mata Nurin yang kelam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2007 09:03 PM | Show all posts
.............................................
........................
terpost 2 kali.......

[ Last edited by  lily_lyssa at 20-9-2007 06:15 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2007 07:23 AM | Show all posts
waaaa...........
bowingnyerrrrrrrrrrrrrrrrr
MC ari ni..........
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 07:38 AM | Show all posts
mc ek.. per lagi.. sambung ar.. hehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 08:03 AM | Show all posts
lg2..
nk lg..
cpt la lily smbg..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 08:16 AM | Show all posts
nak lagi....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2007 09:29 AM | Show all posts
sabau....
ader hal sket ngan si dia ni....

[ Last edited by  lily_lyssa at 20-9-2007 11:14 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 12:10 PM | Show all posts
lagi.........
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 02:39 PM | Show all posts
lagi laaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2007 04:32 PM | Show all posts
"Nurin,jom makan.Eh,ader orang,"tegur Datin Rubiah dari dalam rumah.

"Ni Umaira,"Nurin memperkenalkan Umaira kepada Datin Rubiah.

"Oh,hi.Umaira,jom makan skali,ye!"pelawa Datin Rubiah.

"Okey,"balas Umaira ringkas dan Nurin lekas menolak kerusi roda yang diduduki Umaira ke meja makan.

Bab 30

Malis hari lahir Azizi berlanjut hingga waktu malam.Tetamu masih lagi ramai.Nurin sudah penat melayan tetamu.Suasana di rumahnya benar-benar bising apabila kanak-kanak yang hadir berkejar-kejar dan bertelagah.Rumah itu seperti rumah kebajikan untuk kanak-kanak pula apabila bilangan kanak-kanak di situ telah mencecah angka 30.

Dari Zaimi 2 orang,Diana 5 orang,Maria 4 orang,Malia 7 orang,Malinda 2 orang,Mardia 3 orang,Malini 6 orang,Marinna seorang dan Maliza 2 orang.Nurin mengira kanak-kanak yang sedang bermain-main di hadapannya.

"Hello,As,"kedengaran suara Azizi di belakang Nurin.Nurin berpaling dan melihat Azizi sedang tersenyum sendiri sambil melekapkan telefon bimbitnya di telinga.

As?Asila...Nurin mengeluh.Ye,pasti Azizi akan keluar untuk menemui buah hatinya itu pada hari lahirnya.

"Ok,guys.Let's end this party here,"ujar Azizi menapak masuk ke dalam perut kereta.

Semua tetamu tidak berpuas hati tetapi mereka pulang juga.Mereka bertemu dengan tuan rumah sebelum pulang.Para tetamu juga turut berbual kosong buat kali terakhir.

"Tia,kau ni selau sangat sibuk.Takder masa ke nak lawat aku kat sini?"kata Nurin ketika Tia telah memasukkan kerusi roda Umaira ke dalam kereta.

"Bukannya aper.Sibuk kat hospital tu.Banyak sangat yang sakitnyer.Ni,pn aku lari,tau!"jelas Tia.

"Emm...Kak Ara pon kalau ader masa,lawatlah Nurin,ek!"kata Nurin kepada Umaira yang berada di dalam kereta.

"Bukannya aper.Akak tak boleh bawak kereta.Kalau nak keluar kena telefon Haz.Haz pon selalu flight.Kadang-kadang kalau takder flight,Haz kena balik Kelana Jaya,office tu,"kata Umaira kepada Nurin melalui cermin tingkap kereta yang telah diturunkan.

"Oh,ye Tia.Cam mana your wedding?"tanya Nurin pula.

"Hemm...Tia nak tangguhkan.Dalam 7 bulan lagilah.Sebab sejak kebelakangan ni memang takder rehat untuk surgeon kat DEMC,tu!"rungut Tia.

"Cian dier...."usik Nurin pula.Dia berasa tidak senang apabila melihat Hazry tidak lepas memandangnya.Dia cepat-cepat memberhentikan perbualan itu dan masuk ke dalam rumah bersama Datin Rubiah.

*******************************************************************************

"As...Kenapa pergi tempat awam ni?Orang semua tengok kat kita.Kalau masuk surat khabar,I'm the one who will take the responsible.I mean Ummi..."ujar Azizi sambil memandang Asila yang sedang memaut lengannya.

"Ala...Habis tu.Kalau pergi rumah I,nanti kena tangkap basah pula.Mana I nak letak muka ni,"omel Asila sebelum melentokkan kepalanya ke atas bahu Azizi.

Azizi mengeluh.Dia mengelus-ngelus jari-jemari Asila.Asila bangun dan mengambil sesuatu dari tas tangannya.

"Nah,happy birthday old man!"usik Asila sambil menghulurkan sebuah kotak kecil.

"Aper ni?"tanya Azizi.Kotak itu sudah bertukar tangan.

"A present."

"I know but what's inside?"

"Just open it."

Azizi membuka kotak kecil itu dan mengeluarkan segugus kunci.Dia menggoyang-goyangkan kunci itu di hadapan Asila."What for?A car?Motorcycle?A home?"

Asila ketawa melihat gelagat Azizi dan melentokkan kembali kepalanya ke bahu Azizi dan berkata,"Do you remember 2 years ago.Bila kita tahu kita sama-sama mencintai.We run to a forest and we decide to live there.But there's no house so you built a treehouse.Actually,I ader upah orang supaya baiki rumah tu siap letak kunci sebab I dah letak perabot dalam tu.You tau tak orang perabut tu merungut sebab tinggi sangat kena naik tangga sebab nak letak perabut tu."

"Tangga?You also built stairs.Hmm..Brilliant!"

"Of course.Jadi tulah hadiah untuk you.Kalau kita nak berjumpa,kita pergi situ,okey!Situ pedalaman.Takder orang.Privacy!Lagipun I dah letak kipas.Ke you nak air-cond?"

"No,it's already enough I get you,"Azizi merangkul pinggang Asila.Dia berasa puas bersama Asila.

"That's cute."

"You are cute,"kata Azizi.

[ Last edited by  lily_lyssa at 20-9-2007 04:34 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2007 06:19 PM | Show all posts
eeeeee... menyampah nyer.. meluat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2007 08:28 AM | Show all posts
hahaha...
Itulah lily pon meluat gak....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2007 08:31 AM | Show all posts
nympah2..

emo pulak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.071450 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list