CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Bomoh / Dukun - yang JELIK, yang PELIK, yang SERIK

[Copy link]
 Author| Post time 23-1-2007 10:08 AM | Show all posts
Salim,
ko paste peta tuh
biar aku explain kat ko
arah mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-1-2007 10:17 AM | Show all posts
ok.
aku kasik ini link;

http://wikimapia.org/country/Malaysia/Selangor/Beranang/

rumah bomoh patah tuh

---> balai polis - depan balai polis, seberang jalan....pejabat pos...
selepas balai polis, sek men Khir Johari (mcm kedalam sket...tak pasan sangat...tapi ada papan tanda...
----> lepas trafik light tuh, on your kanan...lokasi..nampak lah pintu gerbang...jgn masuk kanan pintu gerbang tuh...hanya masuk kiri SETELAH pintu gerbang tuh...kat area2 umah bomoh tuh, ada kaw orang jual beli tin buruk.... Hati2 coz situ kaw kemalangan..sbb pintu gerbang tuh..kawasan curam/menurun...so bila nak naik atas...tak pasan kereta2 yang datang dari depan (dari Seremban)...

kalau dari Seremban, lokasi rumah bomoh nih...sebelah kiri...memula jumpa Staffield golf & country resort, pastu jupe kubur org Islam...pastu umah bomoh tu lah...

kat link tuh..korang klik satu2, dok tgk area2 yang aku dok ckp tuh
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 08:28 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 23-1-2007 09:46 AM
lepas balai polis Beranang, pastu jupe traffic light, menurun dan jalan terus
on your left lepas Pintu Gerbang (ada tulis sempadan N9/N Sel, Kg Jalan 6 kaki tak silap)
situlah rumah bomoh patah ...



Nama dukun patah tu Haji Idris.
No. telefon: 03-87667553

Waktu rawatan dari pukul 10.00 pagi sampai 4.00 petang sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 09:00 AM | Show all posts

Reply #103 pee3's post

thanks pee.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by salimrock at 25-1-2007 09:00 AM
thanks pee.....


URW
Cubalah call kalau nak pi sana
Kalau tak sure rumahnya bolehlah tanya coz ramai orang di sekitar Beranang yang kenali & tahu rumah Haji Idris.
Kaedah rawatan dia bukan cara urut yang seperti tukang urit lainnya tapi dia akan usap & urut secara lembut di tempat yang patah @ cedera sambil membaca doa selain tu dia juga suka buat lawak sambil berubat terutama utk kanak2 supaya hilang rasa takut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2007 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 22-1-2007 11:51 AM
korang tahu Beranang kat mana tak?
sempadan N.9/N. Sel

jalan lama nak p seremban
kalau dari kajang/kl

kat Bnang tuh ada satu bomoh Patah yang pemes
Amy Search tu hari masa patah kaki
p  ...



Haji Idris
Lot 5, Kampung Jalan 6 Kaki,
43700 Beranang

Tel No:03-87667553

Waktu Rawatan dari 10.00 am sampai 4.00pm
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-1-2007 04:39 PM | Show all posts
Pengaruh dan penglibatan Tok Bomoh dalam Adat Istiadat Orang Melayu Dan Amalan-amalan Khurafat.

Orang Melayu kebanyakannya begitu mengambil berat dalam perkara-perkara yang berhubung dengan adat istiadat, sehingga ada pepatah Melayu yang menyatakan " Biar Mati Anak Jangan Mati Adat " . Pepatah ini menunjukkan betapa kuat dan kukuhnya pegangan orang-orang Melayu tentang adat istiadat mereka. Persoalannya golongan manakah yang mengada dan memperkenalkan adat istiadat dan perkara Khurafat tersebut dan sejak bilakah mulanya adat istiadat dan perkara Khurafat itu telah bertapak dalam masyarakat Melayu ?. Persoalan yang yang lebih besar dan penting ialah adakah adat-istiadat yang diamalkan oleh orang-orang Melayu itu bertepatan dan selari dengan Hukum Syarak atau bertentangan sama sekali dengan Hukum Syarak.

Amalan Khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat Melayu moden sehingga ke hari ini. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat Melayu itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu. Sebenarnya banyak perkara Khurafat yang dilakukan oleh masyarakat Melayu antara contohnya ialah apabila ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita. Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mesti diadakan kenduri masuk kubur, 3 hari ( makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.

Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwal adat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Tok Bomoh, Tok Pawang, Mak Bidan, tok dukun, tok guru latihan pertahanan diri, mak andam dan seumpamanya. Peranan mereka dalam menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini bergantung kepada Bidang masing-masing. Antara Contoh-contoh adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukan oleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

a. Mendirikan Rumah Baru.
Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak / tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Tok Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh Jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu Jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

b. Upacara Menurunkan perahu / kapal yang baru ke laut.
Upacara ini di lakukan oleh Tok Bomoh dengan harapan perahu / kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.

c. Kenduri tolak bala.
Kenduri ini di lakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Tok imam di jemput untuk membaca doa dan Tok Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat :-
i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebut
ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.

d. Upacara Persandingan.
Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita. Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Tok Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini di arak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewi Sita, dengan sebab itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.

e. Mengandung / Kelahiran bayi
Sebelum ibu melahirkan anak, Mak Bidan di jemput untuk mengadakan upacara Lenggang perut . Semasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.

f. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.
Semasa seseorang meninggal dunia Tok Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat kekubur diadakan pula kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri makan serabai ( sejenis kuih ). Kenduri 40 hari sebagai tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100 hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alam kubur.
Sebenarnya memperbanyakkan sedekah walau apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada aruah-aruah orang yang telah mati daripada orang-orang Islam oleh waris-warisnya yang masih hidup, adalah memang menjadi amalan kebanyakan ulama-ulama mazhab khasnya di Asia Tenggara daripada dahulu hinggalah sekarang.

g. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.
Upacara ini biasanya di lakukan oleh tok guru latihan pertahanan diri yang juga merupakan seorang Tok Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan pertahanan diri di gelanggang tersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa berlatih. Antara alat dan upacara yang di lakukan ialah seperti menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dan kambing tersebut di semah di sekeliling gelanggang. Sesetengahnya menyapu darah tersebut di tapak kaki pelatih latian pertahanan diri. Selepas itu Tok Bomoh tersebut akan menyeru nama-nama panglima tertentu seperti Panglima Hitam dan sebagainya. Akhir sekali Tok Bomoh tersebut akan mengasapkan kemian di sekeliling gelanggang dengan tujuan untuk menghalau hantu-hantu jahat daripada menghampiri gelanggang latihan pertahanan dirinya.

Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua kepada anak-anak muda mereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi atau di padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempat tersebut dengan menyebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2007 04:40 PM | Show all posts
Peralatan yang sering digunakan oleh Tok Bomoh dalam pemujaan Jin yang kononnya dikatakan sebagai salah satu upacara dalam adat istiadat Melayu yang tidak boleh ditinggalkan antaranya adalah seperti berikut :-

a. Puja Kubur.
Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanya apabila mereka berada di dalam kesusahan.
Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau " jamu " seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat, yang hakikatnya adalah untuk " jamu " Jin . Yang jelas di sini sebenarnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang mahu menyesatkan mereka.

b. Keris, Kemian dan Limau. Keris sering dikaitkan dengan latihan pertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan kemashuran. Kebiasaannya banyak daripada keluarga orang Melayu yang mempunyai atau menyimpan keris sebagai sebahagian daripada barang pusaka yang perlu di pelihara dan di jaga dengan baik. Keris tersebut perlu dimandikan dengan limau dan di asapkan dengan kemian serta di balut dengan kain kuning atau hitam dan di simpan di tempat yang selamat. Pemujaan keris ini selalunya di buat pada malam jumaat dengan bacaan mentera dan jampi-jampi tertentu.
Pemujaan itu dilakukan dengan tujuan untuk memelihara kekuatan keris tersebut, supaya penjaga ( saka ) keris itu tidak menggangu keluarga mereka dan sebagainya. Sebenarnya keris tersebut tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana ianya adalah merupakan besi semata-mata tetapi yang berperanan terhadap keris tersebut, sebenarnya adalah terdiri daripada Jin yang menjadi khadam kepada keris tersebut.

c. Ancak.
Ancak di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada juga terdapat ancak yang di buat daripada daun pisang yang di isi dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.
Ancak juga di gunakan sebagai " jamu " untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supaya tidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaan menjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagi mereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-Nenek atau Jembalang-jembalang keturunan.

d. Sanggu
Sanggu atau sampan biasanya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok. Di ambil upih atau seludang itu mestilah pada waktu senja.
Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi-jampi tertentu. Tujuan pemujaan Jin yang menggunakan sanggu ini kebiasaannya adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka.

Perkakas dan alat " jamu " yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

e. Sangkak
Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah di proses dengan syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai " jamu " bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu.
Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.
Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

f. Pemujaan Tanduk Kerbau.
Tanduk kerbau sering dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan orang yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Adakalanya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.
Kepercayaan ini sebenarnya ada hubungan dengan kepercayaan puja Dewa bagi satu puak di Tanah Jawa, yang mempercayai adanya kuasa pada tanduk kerbau itu apabila di puja dan di sembah. ( sebenarnya adalah kuasa Jin )
Pemujaan tanduk kerbau sering dikaitkan dengan sesuatu keturunan. Namun apa yang jelas tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau " jamu " kepada Jin tersebut. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung tersebut atau anak cucu orang yang berkenaan.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di atas suatu tempat tertentu, di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Tok Pawang atau Tok Bomoh akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah tertentu untuk memanggil Jin berkenaan. Kadang kala apabila Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh Tok Pawang atau bomoh tersebut, dan bomoh itu akan bercakap sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.

Ringkasnya pemujaan-pemujaan seperti yang dilakukan di atas adalah terang-terang bertentangan dengan agama Islam yang mulia dan semata-mata perkara Khurafat yang mesti kita jauhi demi keselamatan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki manusia sebenarnya telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2007 04:42 PM | Show all posts
Pengertian Tok Bomoh.

Tok Bomoh menurut Kamus Dewan ialah tabib kampung yang mengubati orang sakit dengan menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi yang tertentu dan sebagainya. Termasuk juga dalam istilah ini ialah Tok Pawang dan dukun.

Pecahan-pecahan Tok Bomoh.

Tok Bomoh dalam masyarakat Melayu secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada beberapa pecahan dan bidang mengikut kepakaran masing-masing. Antara yang terkenal ialah :-
a. Tok Bomoh Kayap
Tok Bomoh Kayap biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti daun sireh, kapur makan, pinang dan sebagainya.

b. Tok Bomoh Santau
Tok Bomoh Santau biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti tanah liat, bawang merah, sireh pinang dan sebagainya.

c. Tok Bomoh Barah
Tok Bomoh Barah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti telur ayam, akar lalang, sireh pinang dan sebagainya.

d. Tok Bomoh Patah
Tok Bomoh Patah biasanya mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak, daun mengkuang, air telaga dan sebagainya.

f. Tok Bomoh Ekor
Tok Bomoh Ekor biasanya menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu dan jampi serapah menyeru Jin dalam usaha untuk menghadirkan nombor ekor yang diingininya. Manakala peralatan yang sering digunakan ialah seperti telur ular tedung, cawat besi, keris atau senjata lama dan sebagainya.

g. Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit.
Tok Bomoh Harta Karun/Tarik Duit menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu dalam usaha mereka menarik duit atau mencari harta karun yang tersembunyi di mana-mana. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti stareka cap kepala ayam, talam tembaga, batu delima merah, lesong batu berlubang, keris samar kucing dan sebagainya.

h. Tok Bomoh Urat/urut
Tok Bomoh Urat dan urut mengubati pesakitnya dengan menggunakan jampian yang di ambil daripada ayat-ayat Al-Quran dan mentera-mentera tertentu. Manakala peralatan yang digunakan ialah seperti minyak angin, air telaga dan sebagainya.

i. Tok Bomoh Budak, Tok Bomoh kecil dan sebagainya
Tok Bomoh budak, Tok Bomoh kecil yang boleh berubat berbagai-bagai jenis penyakit yang pelik-pelik tanpa belajar dari mana-mana, walaupun beliau masih kecil dan belum akhil baligh.
Senarai di atas adalah merupakan sebahagian daripada pecahan-pecahan Tok Bomoh dalam istilah masyarakat Melayu. Walaupun begitu masih banyak lagi pecahan Tok Bomoh yang tak dapat di terangkan dan dimasukan dalam tulisan ini kerana terlalu banyaknya pecahan tersebut.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 08:32 AM | Show all posts
pagi tadi dengar kat ERA ada mamat nie bengang pasal bidan kampung tinggalkan 4 toyol kat bini dia selepas mengurut bersalin.  mamat tu dapat trace dan sound bidan tu jangan buat lagi.

adakah banyak kes-kes mengurut sebegini yang mana membolehkan kita akan makin sakit dan seterusnya perlu meneruskan khidmat tukang urut nie tanpa kita sedari?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 08:43 AM | Show all posts
wahh
bidan ada toyol
sambil menyelam minum air
sambil mengurut nak 'curi' harta pelanggan eh?

dulu bidan sinonim ngan hantu penanggal or pelesit
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 10:45 AM | Show all posts
yup...kes bidan tinggal mende2 or hantu dia mmg selalu berlaku...

yala..klu dah baik org x mai lagi...kalu sakit mesti org pi berurut kat dia byk kali
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 10:52 AM | Show all posts
...aku baru je kene kes berurut bidan tinggal mende masa balik raya haji kat kg itu ari...

pi berurut kak kakak sorang tu...yg pelik masa berurut dia ckp dia tu puteri ntah puteri hapa tah ...tak ingat lak...berurut perut ngan badan...

bila balik umah ...makin sakit tak boleh tido...nak tunduk x boleh nak smyg lagi laa tak boleh...last2 minta abah ubatkan..buatkan air tawar baru laa lega...rupanya2 bidan tu tinggalkan pelesit..tak tau laa utk apa...hii..takut...klu laa kene org mengandung pi berurut ngan bidan ni mmg naya...jahat tul dia huh:@
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2007 11:02 AM | Show all posts

Reply #113 dreamy_forest's post

ko pi berurut kat mana dreamy???? dia jadi puteri hapa??? kakak aku dulu penah kene gak...tp bidan tu mengaku 'puteri selendang kuning'...kahkah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 11:14 AM | Show all posts

heheheheh bahana bomoh?



12 belasah junior 3 jam

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

KUALA LUMPUR: Hanya kerana telefon bimbit, lebih 12 pelajar matrikulasi sebuah universiti di Petaling Jaya membelasah seorang pelajar junior hampir tiga jam tanpa henti sehingga menyebabkan mangsa melecur.

Kumpulan pelajar terbabit menggunakan pelbagai barang termasuk paip getah, kerusi plastik, kaca tingkap, puntung rokok, penyapu dan air panas untuk menyeksa mangsa semata-mata mahu dia mengaku mencuri telefon bimbit berkenaan.

Berikutan kejadian itu, Afif Azmi, 19, cedera di tangan, badan, dada serta melecur di bahu kiri.

Afif ketika ditemui semalam, mendakwa dia disepak dan ditumbuk bertubi-tubi selepas dipaksa masuk ke dalam stor di kolej kediamannya yang menempatkan pusat matrikulasi sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA).

Kejadian berlaku apabila Afif yang sedang tidur dalam bilik tiba-tiba dipaksa turun ke lobi kolej pusat matrikulasi terbabit oleh dua pelajar senior.

揔etika kejadian jam 2 pagi Khamis lalu, rakan sebilik mengejutkan saya dari tidur sebelum memberitahu ada rakan sedang mencari saya.

揝aya yang kebingungan kemudian mengekori kedua-dua pelajar terbabit ke lobi kolej tanpa mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2007 11:34 AM | Show all posts
慗angan percaya pawang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2007 04:55 PM | Show all posts

Reply #115 Syd's post

ni news paper bila punya syd??? x sempat selak paper lg ari ni...jahatnya student IPT yg pukul budak junior ni...:@

patut tangkap sumbat dalam jel...pastu dera dia org balik...padan muka ...mak bapak hantar belajar tinggi2 suruh jadi pandai...depa pandai jadi samseng lak...hiysss:@
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2007 11:30 AM | Show all posts
bomoh neh kena tgk gak..

jangan main sebat jek..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2007 09:24 AM | Show all posts

Padan Muka!

Rogol: Bomoh kena 18 tahun
Oleh Junita Mat Rasid


Siswi diperkosa selepas minta penerang hati





MUAR: Mahkamah Sesyen, di sini, semalam menjatuhkan hukuman 18 tahun penjara dan 14 sebatan terhadap seorang lelaki yang mengaku bomoh, selepas didapati bersalah merogol seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah resort, dekat Tangkak, tahun lalu.

Zulkifly Mustafa, 44, dari Pasir Gudang, Johor, yang juga dikenali sebagai Ustaz Zul, didapati bersalah selepas pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kesnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol pelajar berusia 22 tahun di bilik bernombor 106, Gunung Ledang Resort, Tangkak, jam 2.30 petang, 2 Februari 2006.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz, memerintahkan hukuman dijalankan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 7 Februari tahun lalu.

Ketika membacakan hukuman, Mohd Haldar berkata, pendakwaan berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh bersalah dalam kes berkenaan.

Terdahulu, Zulkifly dalam rayuannya, memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan beliau mempunyai tanggungan isteri dan lapan anak serta kes itu kesalahan pertamanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul mengemukakan hujah bahawa mahkamah perlu menjatuhkan hukuman berat kerana kesalahan tertuduh adalah serius.

Mohd Ashrof Adrin berkata, sepanjang perbicaraan dijalankan, tertuduh juga tidak menunjukkan rasa bersalah terhadap kesalahan yang dilakukannya.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan kira-kira jam 8.30 malam 7 Februari tahun lalu lalu di Tangkak, hasil laporan polis yang dibuat mangsa sehari sebelumnya.

Siswi IPTA yang berasal dari Pahang itu dikatakan dibawa ibunya sendiri untuk bertemu lelaki yang turut mendakwa seorang bomoh di Tanjung Agas, di sini, 2 Februari tahun lalu.

Dalam pertemuan jam 11 pagi itu, ibu mangsa menyatakan hasratnya kepada lelaki berkenaan supaya membantu anaknya supaya terang hati dalam menghadapi pelajarannya.

Dia kemudian bersetuju untuk membantu dan meminta wanita berkenaan meninggalkan anak gadisnya sambil menyuruhnya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu membawa mangsa ke resort itu dengan alasan untuk rawatan sebelum merogolnya.

Pada 3 April 2006, Zulkifly turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, atas dua tuduhan merogol gadis berusia 17 tahun yang juga anak rakannya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Taman Desa Bandar Country Homes, Rawang, antara jam 10 malam hingga 11 malam pada 18 Julai 2004 dan pada 5 petang keesokan harinya.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 10:49 AM | Show all posts
masa aku terkena buatan orang dulu (orang buat muka aku jadi nampak hodoh la...muka rasa merenyam kegatalan, tebal, merah), aku berubat ngan sorang pak haji dari kluang..dia tawarkan minyak kelapa, kapur barus dan jadam...tapi b4 that dia 'tarik' (tak sentuh pun muka aku walau dia minta izin kat org tua aku untuk pegang kepala dan muka aku) 'kegatalan' kat muka aku..masa dia tarik tu, tangan dia yg rasa gatal..dia 'cekut2' dari muka aku dan baling ke luar tingkap dia...dia kata ada bulu ulat bulu, miang rebung dan bahan gatal lain yg org 'bubuh' kat muka aku...

satu keistimewaan dia...dia tengok je muka kita dia dah tau sakit moden or sihir...and dia blh citer apa puncanya terus...dia takkan bagitau sape buat secara direct...tapi dari pesanan dia, kita paham la apa berlaku...masa aku dulu dia sebut sebijik2 apa yg aku dah pernah nampak padahal aku tak cakap apa2 pun kat dia...dia baca 3 qul kuat dan jelas...bayaran, dia tak penah lak mintak berapa2...just bagi ikhlas...letak sendiri dlm kotak yg disediakan...pastu dia suh aku dtg lagi utk putus ubat...dik kerana aku tinggal jauh, aku pun tak p...

rupanya, sakit tu berbaki...muka dah ok...kena santau lak singgah kat kaki..dalam kaki aku ni mcm ada alien bergerak daaaa...mcm ada ulat bergerak gitu...bengkak...lebam...lama gak ngidap...pi hospital siap scan...tapi clear aje...

so, kwn abg aku cadangkan aku berubat kat sorang tukang ubat kat sijangkang (aku tak tau la nak panggil dia apa...nak panggil dukun, bukan...dia muda belia lagi...dengar citer ex sekolah tahfiz..)..nak berubat kena bawak muhrim...umah dia memang banyak elemen warna kuning...dari langsir, alas itu ini segala mcm...b4 berubat dia ada bgtau, masa start berubat nanti dia akan bertukar nama jadi nama lain...kira tengku2 gitu...dia akan mulakan dengan merokok dan minum air...ntah pesal apa aku tak tau...tapi aku dengar la dia byk baca selawat...coz dia baca kuat...dia ada kata, kalau aku rasa ragu2 bila dia cakap camtu and rasa nak kensel berubat, dia tak marah...coz dia tau ada orang mungkin pelik...so, aku diam je la...and teruskan la proses...mula2 dia bercerita satu persatu latar belakang hidup aku...clear! sejibik...! last sekali dia bagitau apa punca sakit and dia tau b4 this aku dah berubat merata tapi tak baik 100%...

then, aku dan abg aku (angkut sekali ngan akak ipar aku) dia suruh masuk bilik dia...perawat ngan mak dia sekali laa...masa kat bilik dia tu memang dia citer habis dgn detail punca dan rawatan yg akan dia lakukan...dalam pada tu aku perasan bilik dia dihias indah bak bilik peraduan raja...kuning segala...so dia pesan suruh aku solat hajat 7 hari berturut2 seberapa banyak yg aku mampu卬ext datang kena bawak bunga, kelapa, etc yg aku tak ingat dah la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.103742 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list