CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nanie

✤ ~ ✤ 1KLANG - JJCM ~ V16 ✤ ~ ✤

[Copy link]
Post time 26-1-2013 05:59 PM | Show all posts
Aku baru dua kali je jejaki Pulau Indah tu, sekali tu sebab nak cari rumah sewa 2 tahun lepas dan kali terakhir tahun lepas. Kali kedua tu aku dan rakan makan kat Chandayu Seafood, pendapat aku makanan kat sini biasa-biasa saja kecuali makanan lautnya memang segar. Harganya? entah lah tak ingat sangat tapi seingat aku lah harganya lebih kurang je dengan harga restoran tomyam biasa, tak silap rm60 per kilogram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2013 06:04 PM | Show all posts
Baru ni aku ada tengok berita di TV3, katanya restoran D'Selat Port Klang di arah tutup dan berpindah. Aku cari info ni dan dapat info dari Harian Metro, pernah sekali menjamu di sini dengan family tapi servisnya sangatlah lembap.




Pelabuhan Klang: “Sudah lebih 10 tahun bekerja di sini, mana lagi tempat saya mahu kerja? Restoran ini satu-satunya punca pendapatan. Kalau mahu rampas dan robohkan kedai ini saya nak kerja apa?

Demikian keluhan Mohamad Fazli Ibrahim, 25, mewakili 20 pekerja di Restolan D’Selat yang bakal kehilangan punca pendapatan selepas restoran berkenaan menerima notis mengosongkan premis yang beroperasi sejak 1999 itu.


Pemilik restoran itu, Nor Ilhami Abu Bakar, 28, berkata, sejak pentadbiran kerajaan negeri berubah, pengurusannya berhadapan kos sewa tinggi bernilai RM10,000 hingga RM12,000 bermula 2008 dan kini sewa mencecah hingga RM15,000.

Katanya, ia bukti penindasan kerajaan negeri terhadap golongan belia di Selangor dan ia tidak menepati manifesto mereka sebagai sebuah negara berkebajikan serta membantu peniaga muda untuk memulakan perniagaan.


“Saya kecewa dengan tindakan kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Klang (MPK) kerana mengeluarkan notis mengosongkan premis tanpa sebab dan alasan munasabah.


“Setiap arahan majlis (MDK) saya turutkan termasuk membayar peningkatan sewa mendadak secara bulanan. Saya berusaha dengan menunjukkan kesungguhan untuk meneruskan perniagaan namun mereka bertegas serta menolak untuk melakukan rundingan,” katanya.

Nor Ilhami berkata, selepas membayar sewa tinggi segala masalah ultiliti seperti pengurusan sampah, pembaikan bangunan serta pembersihan kawasan sekitar premis dilakukan sendiri oleh pihaknya dan bukan diselenggara MPK.


Katanya, jika restoran berkenaan ditutup dia khuatir nasib menimpa pekerjanya, malah berdasarkan surat yang diterima, tapak restoran berkenaan akan disewakan kepada peniaga lain.

“Saya tidak kisah untuk melepaskan tapak ini sekiranya mereka membina kemudahan orang awam di sini. Tetapi, berdasarkan maklumat ia akan disewakan kepada peniaga lain. Saya pelik mengapa perkara seperti ini berlaku,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/01/24

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 01:17 AM | Show all posts
dr.R posted on 26-1-2013 05:41 PM
Nak tanya Jalan Kastam tu kat mana?, aku pernah dulu naik KTM dari Port Klang ke Klang dan ada nam ...

Snang je. Kt simpang besar shell n char kuey teow port klang
Terus je ke dlm n terus smpi jln kastam
then jln dlm tu stret je selari dgn persiaran raja muda musa tu
akan lalu kg raja uda n port garden keluar kt simpang besar pandamaran plk.

Yg simpang empat tu kt Teluk Pulai
klo ikut main road oposite Harbour Place
terus je ke dlm stret je...jumpe le nnt.

Aku yg bab restoran Barat tu xde la nk eksen pn
sbb nk try je, semua pn aku gi skali je.
Tu pn hanya bila durian runtuh dan kebetulan bkn musim derian.
Begitu juga berbufet di restoran tertinggi di M'sia (sory tereksen lg )

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 01:52 AM | Show all posts
dr.R posted on 26-1-2013 05:59 PM
Aku baru dua kali je jejaki Pulau Indah tu, sekali tu sebab nak cari rumah sewa 2 tahun lepas dan ka ...

Chandayu Seafood...mcm best. Bole gugel dlu.
RM60/kg utk ape tu?
Setahun skali jln2 sane...klo dh bosan dgn tg gila.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 01:56 AM | Show all posts
dr.R posted on 26-1-2013 06:04 PM
Baru ni aku ada tengok berita di TV3, katanya restoran D'Selat Port Klang di arah tutup dan berpinda ...

Ada berbau politik, dan mgkin jgk sbb kelembapannya.
Xleh komen lebih2...sbb x prnh mkn ctu pn.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2013 02:00 AM | Show all posts
dr.R posted on 26-1-2013 06:04 PM
Baru ni aku ada tengok berita di TV3, katanya restoran D'Selat Port Klang di arah tutup dan berpinda ...

Chekidaut...

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2013 06:54 PM | Show all posts
Dzunnun posted on 28-1-2013 01:17 AM
Snang je. Kt simpang besar shell n char kuey teow port klang
Terus je ke dlm n terus smpi jln kas ...

Snang je. Kt simpang besar shell n char kuey teow port klang
Terus je ke dlm n terus smpi jln kastam
then jln dlm tu stret je selari dgn persiaran raja muda musa tu
akan lalu kg raja uda n port garden keluar kt simpang besar pandamaran plk.

Yg simpang empat tu kt Teluk Pulai
klo ikut main road oposite Harbour Place
terus je ke dlm stret je...jumpe le nnt.

Aku yg bab restoran Barat tu xde la nk eksen pn
sbb nk try je, semua pn aku gi skali je.
Tu pn hanya bila durian runtuh dan kebetulan bkn musim derian.
Begitu juga berbufet di restoran tertinggi di M'sia (sory tereksen lg )
Aku pernah sesat lalu dalam tu dulu, tapi sebab dah malam dan gelap aku berpatah balik. Sekali tu pula kat rumah flat tinggi-tinggi, aku tersalah masuk nak cari D'Selat tu lah rupanya termasuk ke perumahan mana entah kat situ ada rumah pangsa tinggi mau 10 tingkat kot. Kat situ ada jual Coconut Shake, bila aku jalan terus dan tembus rupanya keluar kat simpang Pearl Harbour. Nanti ingat nak pergi lah Jalan Kastam tu, esok lah kan pasar malamnya? agaknya parking senang tak nak dapat?.

Aku pun rajin juga cari port makan dengan family aku, suka juga buffet terutama makanan India Utara contohnya Taj Mahal, Sheesh Mahal, D'Tandoor tu terutama orang tua aku. Kalau steamboat memang family aku tak suka mungkin sebab banyak makanan berproses kan dan mak aku memang kena elakkan makan makanan macam tu, tapi sesekali pergi juga tapi makan makanan yang solid macam ayam, daging tu yang pentingnya kalau ada bbq sekali. Tapi kalau makanan nasi padang ke, masakkan kelantan ke tu memang favourite lagi-lagi makanan cina muslim.




Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2013 07:01 PM | Show all posts
Dzunnun posted on 28-1-2013 01:52 AM
Chandayu Seafood...mcm best. Bole gugel dlu.
RM60/kg utk ape tu?
Setahun skali jln2 sane...klo d ...

Situ port orang nak memancing ke laut, tempat tu sediakan sewa bot untuk memancing. Tapi hati-hati kalau parking kereta kat situ, sebab ikut rakan aku (ke terbaca kat internet) bila-bila masa air boleh pasang dan tapak parking dia bergenangan air masin. Maksud aku 60kg per kilogram tu harga ikan, harga standard untuk menu ikan kat tempat lain tapi kelebihannya ikan dia segar tapi bukan murah. Lepas kau tanya ni macam nak pergi pula jenguk area Pulau Indah tu, teringin pula nak pergi sana tapi aku tunggu review kau lah nanti boleh?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2013 07:08 PM | Show all posts
Dzunnun posted on 28-1-2013 01:56 AM
Ada berbau politik, dan mgkin jgk sbb kelembapannya.
Xleh komen lebih2...sbb x prnh mkn ctu ...

Oh ye ke mungkin lah juga, tapi restoren tu memang tersangatlah besar tapi sayangnya pelanggan dia ala kadar. Ada bilik VIP restoren tu besar dan dihias macam hotel 5 bintang, tapi gelap je bilik tu dan apa salahnya jemput pelanggan dia makan kat dalam tu bukannya dia sibuk suruh penuhkan dulu meja kat bawah tu dulu. Sampai ke sudah meja kat bawah tu tak penuh, jadinya tak digunakan pun bilik VIP yang dibanggakan tu dan sekadar hiasan je kot. Pendapat aku pekerja dia pemalas nak kemas banyak tempat tu yang sanggup suruh penuhkan dulu meja kat bawah tu, kat situ dah nampak tak ikhlas nak berniaga dan pekerjanya juga suka berkumpul satu tempat sambil berborak-borak.

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 01:35 AM | Show all posts
dr.R posted on 29-1-2013 06:54 PM
Aku pernah sesat lalu dalam tu dulu, tapi sebab dah malam dan gelap aku berpatah balik. Sekali t ...

Cuba2 le ronda, area ctu menarik sbb along KTM
Jln Kastam Rabu mlm, parking pn ok kot at either end.
(Harbour Place n Pearl Harbour...typical tounge splitter. )

Klo nk cerita mkn berempah ni port terbaik Al-Bidayah kt Andalas ngeteh
tp yg klas sket Arabia plk kt Saba' (Cyber/Jelatek KL) n Wadi Hadramawt Jln Ampg
Satu mamak style, satu Barakbah style
Mamaknye best sbb ayam goreng madu crispynya juga rib kambing blackpepper/kurmanya
Arabinya best sbb daging empuk dan kadang2 tu terus hancur masuk mulut lembutnya
tp masalah arabi ni selalu tercekik nasi sbb xde kuah, aku suke kari/dhal banjir punya
Yg happening Kayu Bkt Tinggi je le cni

Pak Li Kopitiam ade try? Asam Laksa n cendul durian...irresistable.

Pulau Indah? X jumpe plk location mapnye Candayu tu.

Mgkin De' Selat tu bilik gerakan ahli politik berkepentingan kot...tutop lg bagos.

p/s: I dedicate this clip to all mapleys out there!

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2013 10:13 AM | Show all posts
Dzunnun posted on 30-1-2013 01:35 AM
Cuba2 le ronda, area ctu menarik sbb along KTM
Jln Kastam Rabu mlm, parking pn ok kot at either e ...

Malam ni lah kan pasar malamnya? tak dapat pula pergi sebab malam ni ada farewell party kat Paradigm Mall tu, tapi aku ingat nak pergi ronda kawasan tu weekend ni nanti. Restoren Char Kuey Teow tu boleh bagi review tak? aku berkali-kali nak makan kat situ tapi asyik tutup je, tapi kalau dia buka aku tak pergi pula sebab restoran mamak NZ tu memanggil-manggil.

Ye lah Harbour Place, aku selalu tersalah sebut Pearl Harbour sebab dah terbiasa dengar kan sebelum ni tu yang jadi lagu ni dia terseliur sikit. Al Bidayah tu yang sebelah Mc Donald Andalas tu kan? ke bukan sebab aku pernah nampak restoran mamak kat sana, tapi aku tak pernah singgah lagi sebab rakan aku rajin ajak mengeteh kat Nasi Beriani King tu lagi pun aku ni orang Batu Pahat jadi kalau aku makan nasi beriani tu seakan berada kat kampung halaman.

Restoran yang kau dah senaraikan tu ada yang dah pernah aku kunjungi dan ada yang belum, sebab aku ni rajin beli kupon kat MyDeal, Groupon, LivingSocial dan macam-maccam lagi dan rasanya dah beratus aku beli. Boleh kata tiap minggu aku redeem kupon je kerjanya, kalau tempat tu sedap aku datang lagi tapi kalau tak sedap tu lah pertama dan terakhir. Waddi Hadramawt tu aku beli kupon kat Streetdeal.my dengan harga rm29 je untuk 2 orang, tapi aku pergi cawangan Kelana Jaya di area belakang Giant tu.

Pak Li Kopitiam Bukit Tinggi tu aku selalu juga pergi siap jadi member lagi, tapi situ parking masalah sikit. Kat Bukit Tinggi ada Kayu ke? aku dah try cari tapi memang tak jumpa pun, yang ada Pelita berdepan dengan Ikan Bakar Pulau Ketam tu. Chendayu tu tepi jalan sebelah kiri je kalau nak ke Pulau Indah, macam restoran kampung je dan dia atas air dan ada jeti. Lokasinya dekat je sebelum simpang Laguna Park tu tak silap, kalau nampak sungai dan banyak bot-bot nelayan bersusun kat situlah lokasinya.

Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2013 07:17 AM | Show all posts
dr.R posted on 30-1-2013 10:13 AM
Malam ni lah kan pasar malamnya? tak dapat pula pergi sebab malam ni ada farewell party kat Paradi ...

Char kuey teow, stakat ni ctu je yg terbaik yg aku pernah mkn kt klang ni
dan aku bkn le peminat char kuey teow yg tegar
tp biasa aku bandingkn bilangan udangnya je, oder le yg special.

Yes, Al-Bidayah yg kadang2 aku singgah parking semata2 berwi-fi free luar McD
Krn tarikan kepelbagaian menu murahannya menafikan kehadiran Briani King di ctu.
- tp kna torai gk bila dtg keinginan nnt

Selalunya, port2 mkn ni direkemen family aku
or dorang yg sugest kn sbb slalu sgt mkn beramai2 sefamili
Klo bab kupon2 ni biase aku dpt pn utk restoran sejeras i.e. KFC, McD, Kenny Rogers, Nandos, etc.
itu pn kakdang-kakdang je dpt free kupon

Patot pn, dh sah aku tersalah review.
Sebenornya nk kata Pelita le yg happening pn.
Yg Kayu tu blkg Giant je, dkt EON bank - mmg jarang lpk

Laaaa...guna park ke? - pernah le ke sane
X igt plk namenye Chendayu. 2x kot smpi sane.
Mmg bkn dtg utk melantak pn, jln2 tgk laut.
Mkn kerang bakor dgn burger je pn...menarik gk port tu.
Cuma, dua2 kali smpi sane bdk2 lokal dok lyn rempit, momokak jo.

Haa...what say u? Makanan K-style!
Fullhouse ade singgah?
Punye le xtau nk oder ape, mkn spageti je le...yg murah2 gtu.
Ape yg spesel pn xtau, mahal je lbh. K-Brand gamaknye?
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2013 09:31 AM | Show all posts
Dzunnun posted on 31-1-2013 07:17 AM
Char kuey teow, stakat ni ctu je yg terbaik yg aku pernah mkn kt klang ni
dan aku bkn le peminat  ...

Macam menarik review ni sebab aku ni tak lah memilih sangat bab makan, semua aku makan je dan setakat ni kalau aku order apa-apa tak pernah lagi tak habis. Weekend ni lah aku nak try kat restoren char kuew teow tu, sebelum ni pernah cuba yang kat Malis Corner di Uptown Danau Kota tapi orangnya ramai sangat sampaikan kena beratur nak dapatkan meja. Selain char kuey teow apa lagi ye menu kat sana? kalau ajak family ada yang tak makan udang, nasi ayam ke atau goreng-goreng ada ke?.

Betul lah Beriani King tu mahal sikit, tapi sebab nasi beriani kan jadi aku no komen sebab tempat lain lagi mahal kot banding dengan kat sini sebab harganya sekitar rm10 sepinggan. Kalau kat JM Beriani dah rm13-rm15 sepinggan sudah lah nasinya sedikit, aku tak pasti ada wifi ke tak kat sini sebab aku tak pernah pula guna tablet untuk torrent kat sini. Aku biasa kalau nak torrent pergi kat Kopitiam MrKaya di Kota Kemuning, tidak pun kat area belakang rumah sewa aku di OTWC Pandamaran tu. Nantilah aku nak try Bidayah tu, tengok kat situ pelanggannya melimpah ruah sampai ke luar jalan kalau ada lawan bola.

Kalau area Klang dan Shah Alam aku lah yang rekemen kat family, tapi kalau luar dari tu memang family aku yang lain yang rekemen sebab family aku bertaburan kat Klang Valley ni dan semua kat jajahan berbeza. Restoren Kayu tu aku pernah pergi 2 kali, semuanya sebab aku redeem kupon beli kat everyday.com.my dulu. Ni contohnya http://www.everyday.com.my/coupo ... _kandar_dec2011.htm yang ni aku redeem kat Subang Jaya, 1 lagi ni http://www.everyday.com.my/coupons/kl/kayu_nasi_kandar.htm set roti tisu yang tinggi menggalah kat Seksyen 7. Gambar ada nantilah aku korek balik, maklumlah semua deal ni sekitar hujung tahun 2011.

Restoren Chendayu tu bukan kat Laguna Park tu, yang kat Laguna Park tu pun ada juga jeti dan restoren terapung tapi yang aku pergi tu restoren seafood tepi jalan Pulau Indah. Fullhouse aku pernah pergi sekali masa pembukaan di Setia City Mall, makan buffet boleh tahan juga makanannya. Tenshi No Cafe kat @curve pun dah pergi dan redeem kupon juga dan kalau nak cuba sekarang ni Groupon ada deal kat sini rujuk http://www.groupon.my/deals/klang/tenshi-no-cafe/716715760 ni, makanan boleh tahan tapi aku tak selesa lah sebab pelayan dia mengedik kat situ melentik-lentik mungkin konsep diorang kot. Baru ni aku menang voucher rm20 kat Little Pantry di IOI Mall melalui kuiz facebook, dah guna pun voucher tu dan boleh tahan lah makanan kat situ tapi konsep dia pun awek-awek melentik gedik.




Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 01:34 AM | Show all posts
dr.R posted on 1-2-2013 09:31 AM
Macam menarik review ni sebab aku ni tak lah memilih sangat bab makan, semua aku makan je dan seta ...

Perghhh...~! Kali ni aku kna angkat tangan la.
Ko sememangnya Raja Makan-makan Cari Jalan.
Wlpn aku belum bukak citer bufet durian tepi jalan.

Kt char kuey teow tu lum pernah lg order selain tajuk kedainya.
Sbb klo nk mkn goreng2 biasa gi warung pak Leman (Suwarno) blkg Giant port klg tu je.
Mee rebus (or Jawa) n soto kt ctu mmg sdap, tapau je pn. X brp berselera sekitarannye.

Nasi beriani sedap di makan ketika sblm/slps solat Jumaat kt luar masjid
biasanya dlm byk2 masjid yg aku gi, sume sedap2 dan less than RM10.
Spt biasa, kambing jd pilihan hati. Average RM7-RM12 (max. sbb 2 lauk)
Begitu juga dgn nasi tomato.
Dua2 menu yg melazatkan ni aku x jalan mencari sgt
sbb biasanya le dlm sebulan-dua pasti ada 1 or 2 kad jemputan kenduri.

Dlm bab makan aku biasa x plan sgt, ikut selera perut yg berubah-ubah.
So bersepah-sepah le vaucher 'free' yg x smpat nk guna terlps tarikh luputnye.


Bg aku menu typical di kdai mamak hanyalah teh/nescafe tarik + roti telur banjir dal sambal
Klo breakfast additional telur half-boiled x2 + roti bakar
Kedai mamak adalah destinasi makan-makan yg diiktiraf sbg menu-friendly.
Pendek katanya, macam-macam ada.
Yg x ada pn bole jd ada spt milo dinosaur, teh/nescafe susu kambing,
tongkat dan kacip juga ekstra jos, nasi lemak xnk telur xnk kacang xnk ikan bilis xnk timun, dan lain-lain.


Pulau Indah, lain hari aku jln - rasa jauh plk klo x byk tmpat menarik.
Baik gi Setia City Mall yg baru skali je aku pusing, x puas lg.
Tgk air pancut pn dh dkat sejam, ternganga masuk air.

Gedik-gedik? Nk kna piat tinge muleh.
Yg e@curve selalu gk lalu je...skodeng.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 07:57 AM | Show all posts
Dzunnun posted on 2-2-2013 01:34 AM
Perghhh...~! Kali ni aku kna angkat tangan la.
Ko sememangnya Raja Makan-makan Cari Jal ...

Nak kata aku raja JJCM macam kurang tepat, tapi kalau raja kemaruk makan guna kupon tu ye mungkin tepat sebab ramai rakan dan ahli family aku yang gelar macam tu. Semua hairan dan tertanya-tanya kenapalah aku sibuk sangat ajak diorang kat restoren tu walaupun tak pernah try sebelum ni, rupa-rupannya dah ready dengan kupon pun 3-4 keping.

Kekurangan orang sekitar aku satu je, diorang tak suka nak mencuba tempat baru dengan alasan nanti tak sedap dan harga mahal melampau. Bila dah jadi macam tu selalunya akan pergi tempat yang sama je lah jawabnya, macam rakan serumah aku sanggup dari Pandamaran ke Port Klang setiap hari sebab nak makan kat mamak tepi jalan tu AZ tak silap namanya. Situ makan pun sedap dan murah dan sekarang ni ada extra ada WIFI, percaya tak dah berpuluh kali aku ajak ke mamak sebelah tu tak silap namanya Langkapuri, tapi diorang tak nak dengan alasan takut nanti tak sedap dan mahal berbanding mamak AZ dan tu tak masuk lagi siap dah dengar kata si A review macam ni bla bla bla.

Nak pergi makan seorang rasa macam dalam buangan sangat lah pulak kan, jadi sesekali keluar dengan rakan sepejabat aku ajak lah pergi tempat baru dan tak pernah pergi. Macam sekarang ni aku dah ketagih pergi ke Restoren Hameediyah di Seksyen 15 Shah Alam area Automobil tu, bila aku dah dapat 1 tempat dan ajak aku makan kat situ maka dengan rasminya kat situlah deport rasmi melepak pulak dah dan AZ Port Klang dah jarang pula pergi. Tapi sekali hari tu ada abang ipar aku ajak family makan kat Fareed Line Clear kat Sungai Buluh agaknya, aku saja-saja tunjuk gambar makan kat situ dan apa lagi rakan serumah aku dah menggigil  nak ajak makan kat situ gak malam tu. Dah lah murah tapi tu lah jauh sangat, kalau dekat maunya dah jadi port weekend kitorang.

Nanti kalau ada tempat best boleh lah share lagi, terutama kalau mamak sebab kat sekitar Klang ni tak banyak lagi mamak aku terjah sebab aku tak suka jalan Klang tu sebab sesak. Aku sampai sekarang ni belum pernah lagi rasa Lontong Klang yang rakan kat thread Klang ni cerita, hari tu aku cari nak makan breakfast tapi tak jumpa dan akhirnya makan kat Nasi Lemak Lido tapi memang rekemen lah makan kat situ sebab sedap.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2013 08:22 AM | Show all posts
Dzunnun posted on 2-2-2013 01:34 AM
Perghhh...~! Kali ni aku kna angkat tangan la.
Ko sememangnya Raja Makan-makan Cari Jal ...

Aku jarang makan nasi beriani kat mamak sebab harganya mahal betul ye, tapi sesekali tu aku order juga lah sebab portion dia besar. Tapi rakan aku selalu kata dari makan nasi beriani mamak yang sepinggn rm15 tak campur air tu lagi bagus kita makan kat D'Arab untuk seti nasi kambing 3 orang makan baru rm40 di Seksyen 7. Tapi kalau berdua je selaliu pergi D'Arab Taipan belakang Murni tu sebab kat situ ada set 2 orang harga kambing siap air rm32 je, kat Shah Alam tak ada set untuk 2 orang dan hanya ada set untuk 3 orang.

Semalam ada lah juga borak-borak pasal Pulau Indah ni tanya port makan best kat situ sebab kebetulan rakan serumah aku ada bawa 2 kenalan ida lepak sama, diorang blur semacam je tapi ada lah juga port diorang sebut contoh Dynaz kat jalan besar kampung area Nenas? entah lah dah lupa pula. Tapi aku cakap boleh lah pergi weekend ni, tapi budak tu kata dia buka weekday je sebab pelanggannya pekerja office sekiar tu. Tak silap menu dia cendol, nasi beriani, nasi dagang, tapi tu lah kalau nak merasa memang kena pergi wakti cuti lah jawabnya.

Jarang pula makan roti-roti ni kat mamak sebab aku ni kalau kalau wajib ada nasi, roti canai tu selalu aku tapau je makan untuk supper atau breakfast esoknya. Aku kalau pergi mamak biasa ambil nasi putih dengan kambing dan sayur je, tu je lah tapi wajib kari kambing banjir sebanjirnya. Paling suka pergi Syed Bistro sebab kan kita boleh cedok sendiri, maka tak nampaklah nasi dan hanya nampak letusan lava gunung berapi kat pinggan aku tu. Air pula biasa ambil tea o ais/limau je kalau harga nasinya murah sebab aku bajet bawah rm10, kan selalu masa ambik lauk dia dah siap-siap kira dan tulis harga jadi kalau tengok dah mahal tu aku order ais kosong je lah.

Pasal durian buffet tu aku pernah pergi sekali je tu pun kat Putrajaya baru-baru ni, aku ni bukanlah minat sangat durian tu tapi kalau ada aku makan je. Ada aku tulis review kat thread kat bod Selangor ni dulu, family aku semua makan buffet durian tu tapi aku dan anak buah aku makan durian king je sebab rugi ambil pakej tu sebab aku tau nanti aku makan sebiji je jadi aku beli sebiji Durian King harga rm8 tak silap dan makan dengan anak buah aku dah puas hati. Tapi kalau durian crepe tu aku makan 20 biji pun tak terasa, tapi pernah rakan serumah lama ajak buffet durian kat SS2 tapi aku malas dan perasan kat sebelah Giant Bukit Tinggi pun ada buffet durian tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2013 09:50 AM | Show all posts
Semalam aku ada ajak fakan makan kat Char Kuey Teow kat Port Klang tu, 2 kali pusing sebab tak ada parking hatta tepi jalan pun, Sesak lah situ dah lah tepi tu ada tokong kan? masa drive tu aku perasan di sebalah jalan tu ada restoren Mee Udang ke apa tapi sebab parking tak ada akhirnya makan lah buat keratusan kalinya ke AZ Corner makan nasi kandar. Masa nak buat pusingan pun leceh sebab kena lalu jalan Badar ke apa namanya keluar kat GPS aku tu. Aku plan nak pergi weekday je lah kalau macam tu, tapi tengok meriah je restoren tu tapi tu lah gelap semacam.

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 02:10 AM | Show all posts
dr.R posted on 2-2-2013 07:57 AM
Nak kata aku raja JJCM macam kurang tepat, tapi kalau raja kemaruk makan guna kupon tu ye mungkin  ...

Ok le tu, lg byk tmpt yg ko dh melantakkan.
Aku kalo restoran yg jenis gamble masuk cuma utk buang air jah.
Biasanya, adalah perlu sekurang2nya testi yg baik2.
Kalu bkn krn sedap rasanya pn ckop sekadar kedai yg bersih dan cantik.
Sbb, aku x rasa taste lidah aku sama dgn sesape pn, lg2 dgn selera yg sederhana ni.

Kalo ikut pengalaman aku, kdai mamak jd meletop sbb pelayan2 yg melayan.
Keselesaan, pencahayaan, kekemasan, etc. antara ciri pnting gk.
Yg plg penting skali bila kita oder dan angkat tangan kata "Macha, order!"
pasti ade satu atau dua yg dtg berlari...ini yg dikatakan mamak gred A.
Pendek kata, drpd mkn beriani mamak, lg best dinner plate KFC...

Memandangkn dh masuk citer lontong, kt cni ada lontong/laksam specialist
utk brekfas kt jln sri swk, lorong esso-caltex andalas...last week bedal 3 hari berturut2
tp 3rd day je kuah die kureng sket, mebi aku beli lewat gtu...
Yg kata 'lontong Klang' tu ktne?

Nasi lemak? Nnt dulu, takut 3 page citer pn x abis...this is my faveret menu of all time ok.

Berkenaan dgn durian bufet, aku saje umpan ko utk start cite.
Sebenarnya, aku x pernah pn mkn secara bufet...malangnye.
Dulu dpn ofis kota dmsara, kt padang kota ade memanggil2 tp xda kaki derian plk masa tu.
Jd, tinggal kenangan je le...
Durian crepe yg dipanggil krepek itu sgt le memuakkan
juga sgt x asli dan to much creme for me...edible gk le.

Haa...ni dua mlm nye jln mkn.
Dua malam lps aku gi mkn burger bakar Abg Bakar (Burn) kt Botanic (oposite bkt tinggi 2)
Ini kali kedua aku mkn, yg 1st kt ninetynine99 UK.
Kalau mkn tu biasa je le, cuma kali ini amek lamb n beef bacon special RM13+
Xde yg special pn aku rase, cuma jarang dpt mkn burger kamben.
Secara lapar, mmg lazat. Tp bila difikirkn, biasa je.
Masalahnya, perasaan sedap tu dh terbiasa krn aku mmg pemasak burger!
- Home made lg best...KLCC ke tower ke condo ke, u ask for it. More mustard n cheese!

Semalam plk aku gi sek 7 Shah Alam, mkn ayam penyet Wang Solo
x mkn pn yg penyet, amek ayam goreng biasa je.
Wlpn sekering-kering nasi dan lauk, aku tambah oder sup ayam yg sgt biasa rasanya.
Umpama rebusan sayur yg dicampur daging ayam begitu shj...
Dan ikan keli (pecel lele) yg garing dan xde rasa isinya.
Yg menarik di sini cuma sambalnya, wlpn nasi x banjir tp muka aku x kering2.
Khidmat pelanggan yg baik dgn tersedia sekotak tisu utk setiap meja, well done.


Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 09:08 AM | Show all posts
Dzunnun posted on 5-2-2013 02:10 AM
Ok le tu, lg byk tmpt yg ko dh melantakkan.
Aku kalo restoran yg jenis gamble masuk cuma utk b ...

Aku pun tak pasti Lontong Klang tu kat mana, tapi aku pernah google masa teringin nak makan dulu dan katanya kat bandar Klang deretan kedai lama tu dekat masjid baru. Sri Sarawak tu area depan dari Taman Andalas tu kan? aku macam pernah termasuk area tu dulu tapi aku berpatah balik bila sampai simpang tiga di depannya, tengok macam perumahan orang kaya zaman 70an dan 80an saja.

Ahad lepas pun aku sekalu lagi ke Port Klang ingat nak pergi makan char kuey teow tu tapi tutup pula, jadinya makan kat KFC Port Klang tu je. Susahnya nak dapat parking kat situ, kebetulan sampai 8.40pm jadi barisan beratur panjang betul sebab semua dah nak habis jam 9.00pm kan jadi terlepas promotion set. Tapi aku teringin nak makan ayam bungkus baru dia tu, boleh tahan sedap tapi terlampau pedas untuk kanak-kanak sebab rasa lada hitamnya sangat menyengat sampaikan aku rasa panas badan semalaman. Tapi dengan harga rm11.55 tak silap ianya berbaloi, dapat ayam suku ekor dengan nasi dan 1 gelas besar air Pepsi.

Aku suka crepe mungkin macam kau kata tu lah, mungkin tak sukakan rasa asli durian tu dan lebih pada cream cheese tu. Aku pun biasa makan donut durian Big Apple tu jadinya crepe durian ni tak jadi masalah sebab rasanya hampir serupa kecuali donut tu terlampau manis yang buatkan aku kurang selera menjamahnya banyak, tapi sekarang ni macam dah berlalu musim durian ni sebab dah tak banyak gerai durian tepi jalan di sepanjang jalan Pandamaran ni yang dulunya meriah dengan peniaga durian.

Aku pun ada hari pembukaan burger bakar Abg Burun hari jumaat tu, tapi saja skodeng dari jauh sebab nak tengok ramai ke tidak pelanggannya. Boleh pula ada pekerja Myanmar dan Nepal bermain bola kat tengah jalan tu, masa buat U Turn tu sikit lagi kena kereta aku dan bolanya masuk ke restoren burger bakar tu. Sebenarnya sebelum burger bakar Abg Burn tu, ada restoren western + tomyam buka kat situ dan aku pernah mencubanya sekali. Bagi aku hiasannya cantik dan rasa makanannya boleh tahan dengan harganya tapi mungkin di sebabkan lokasi dan pengiklanan, sekarang ni kuasa pengiklanan penting terutama pengiklanan percuma macam Facebook, Tweeter semua tu.

Burger bakar yang aku pernah makan setakat ni yang menepati citarasa aku mungkin burger bakar Lava di Seksyen 7 Shah Alam, aku dah cuba Rawang, Kaw Kaw dan aku lebih suka kan kat Lava ni. Abg Burn ni aku tak pernah cuba lagi sebab tu lah aku skodeng sekejap hari tu, tapi aku tak pergi pun sebab dah ada plan lain malam tu maklumlah malam sabtu biasanya rakan aku cari port yang boleh lepak lama sambil berborak contohnya Kopitiam atau restoren mamak. Tapi kalau tanya aku mana burger bakar aku pernah makan sedap setakat ni antara semua, yang aku boleh jawab Carl's Jr.



Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2013 09:19 AM | Show all posts
Dzunnun posted on 5-2-2013 02:10 AM
Ok le tu, lg byk tmpt yg ko dh melantakkan.
Aku kalo restoran yg jenis gamble masuk cuma utk b ...

Kalau burger kambing bakar rasanya aku pernah makan 2 kali kat tempat sama iaitu di IOI Mall Puchong, nama restoren tu Darabif Burger dan dah tutup pun restoren tu. Aku beli kupon je melalui online, puas hati sebab harga kupon tu murah dan rasanya tak mengecewakan. Ni link promotionnya dulu http://www.everyday.com.my/coupo ... urger_combo_set.htm memang murah dan berbaloi, aku tak tau kenapa restoren tu boleh tutup sedangkan pelanggannya boleh tahan ramai juga kalau nak di bandingkan dengan MyRice kat tingkat paling atas dan restoren lain kat dalam pasaraya tu.



Aku pun pernah makan sekali nasi ayam penyet Wong Solo tu, pelanggannya ramai sangat sampaikan perlu menunggu meja tu yang buatkan aku malas dah nak ke sana. Aku selalu makan kat Sharin Low dan Ikan Bakar Bubu di sekitarnya, tak silap ada nasi ayam penyet Nusantara juga berdekatan dan aku pernah pergi masa bulan puasa lepas. Ayam penyet Wong Solo tu memang sedap sebab sambalnya, aku ni tak tahan pedas jadi aku selalunya minta sambal asing sebab takut diarrhea pula nanti. Tapi aku paling suka makan ayam penyet RIA di Summit USJ, dulu masa aku tinggal kat sana itu lah port aku dan rakan selalu terjah dan di Klang ni pun ada iaitu di Centro Klang.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.324413 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list