|
JDorama@8TV: SLOW DANCE (starts 9 Dec '06, Sat 3:00 PM)-page 148 (next: ENGINE)
[Copy link]
|
|
Originally posted by kEk_KeL@d| at 28-3-2005 09:18 AM:
uh ya ker.. abang takako matsu... aku mmg suke watak tomo nih. pastu mmg chemistry dia dgn halu kuat... nampak frenship derang tu real sgt.. u know.. the bond is there.pat tomo ngan halu yg aku ...
:setuju:
besides chemistry between 4 of them pon mmg kuat.. support each other.. |
|
|
|
|
|
|
|
memang citer ni tak habis lagi...bila aku check balik VCD, baru aku teringat final episode ada 90 minit...kiranya macam QoLT hari tu lah, final episode 90 minit, so 8TV dah split jadi 2...sebenarnya memang sampai episod 11 je... |
|
|
|
|
|
|
|
ANNOUNCEMENT!
SETELAH AKU CHECK WEBSITE 8TV, FINAL PRIDE AKAN DITAYANGKAN PADA HARI AHAD, 3 APRIL 2005 DAN BUKANNYA HARI SABTU, SEBAB HARI SABTU TU ADA F1 LIVE...
patutlah takde lagi iklan citer baru... |
|
|
|
|
|
|
|
[color=Red]Dewi ais Halu ialah Aki. Sbb tu la dia bagi tau Hyodo yg dewi ais tu tak sama rupanya pada setiap org. SJY rasa dewi ais yg memberi semangat pada iceman utk terus berjuan. Dlm situasi ini, Aki ialah org yg memberi semangat pada Halu utk terus berjuang. Btw, pandai tol 8tv dok panjjangkan final episode tu samapi ahad akan datang. Nasib baik dah tengok vcd. |
|
|
|
|
|
|
|
Period 10 & FINAL Period Part I
Adegan Favourite aku.
- Bila Tomo-kun jadi pemangku Kapten.. memula dialog yg keluar dr mulut dia,"Yamato telah mula menjalani terapi. Nampaknya dia telah menjadi bodoh, setelah dimarah beberapa kali." Hahahaha
- Lepas tu Tomo-kun memberi gelaran Halu dan Yamato sbg 2 org bodoh. Hahaha... kesian sgh Halu dan Yamato.
- Part Makoto kata pd Tomo-kun yg Tomo-kun nmpk lain bila serius dan dia dah ada pandangan terbaru terhadap Tomo-kun. Tomo-kun dgn selamba kata,"Jangan jatuh cinta dgn saya. (Makoto hairan dgn kata2 Tomo-kun) Dilarang bercinta di dalam pasukan." Hahahaha Siot je.
- Masa Halu sambut Yamato yg nak jatuh masa tgh cuba berdiri kat hospital. Yamato peluk Halu kuat2 sbb terlalu gembira bila jumpa dgn Halu. Beberapa minit lepas tu Halu kata,"Dahlah tu. Nanti org salah faham." Yamato jawab,"Tak apa" Halu pulak kata,"Dilarang bercinta dl pasukan." Yamato tak peduli pun, terus je peluk Halu.
- Part Tomo-kun marah dlm permainan. Halu nampak dan kata,"Dah Tomo-kun dah marah." Pastu Tomo-kun siap bergaduh dgn pemain lawan sampai kena denda 2 minittak bermain. Dari kawasan pemain simpanan,Halu siap bg isyarat suh Tomo-kun bertenang. Halu buat isyarat 'Peace'... dlm keadaan marah tak reda lagi, Tomo-kun paksa diri dia buat isyarat 'Peace'. Cumillah muka Tomo-kun masa ni. :love: Huhhuhuhu :bgrin:
- Masa Tomo-kun dan Chika g jumpa Natsukawa. Tomo-kun dan Chika saling menyudahkan ayat masing, lepas tu pandang sesama sendiri dan kata,"Ne?(kan?)"... cumilnya dia org!!!! :love:
- Masa Halu berborak dgn Coach Hyoudo kat Face Off. Coach Hyoudoa kata "Nak saya dodoi dan membaca cerita utk kamu sblm tidur?" Halu jawab,"Boleh juga...contohnya cerita Red Riding Hood." Pastu Coach Hyoudo kata,"Saya yang minta 'Red Riding Hood' kamu memujuk kekasihnya melepaskan kamu."
- Part pasukan Blue Scorpion menampar Halu kat Face Off. Makoto takut nak tampar Halu...tapi selepas didesak Halu, Makoto tertampar wajah Halu si Yuri lak dgn selamba tampar muka Yamato bila dia minta org buat perkara sama terhadapnya. Yamato hairan kenapa Yuri tampar dia. Yuri jawab,"Saja. Nampak seronok." Hahahaha
- Masa Halu nampak 'Dewi Ais' lepas tu dia bangun dan nampak Aki betul2 depan dia kat tempat penonton. Halu kata,"Mama." :bodek: Sweeettt!!!!! Dan riak muka Halu lepas tu betul2 jadi lain... aku pun rasa lain... :bgrin:
- Masa Yamato buat jaringan sulung utk Blue Scorpion... BEST!!!!!
Saat yg aku tak suka.
- Masa 8tv letak iklan kat bahagian subtitle 1/2 part Halu borak dgn Coach Hyoudo... dan ada lagi rasanya... aku pun dah lupa.. tapi mmg byk kali lah... geram aku... :geram::agr:
|
|
|
|
|
|
|
|
- Aku punyalah frust bila episod semalam habis gitu je... dahlah aku tgk dia org main Hoki Ais mcm siaran lansung terus-menerus ke Malaysia je. :bgrin: tambah lagi masa nak start game tu intro lagu 'We will rock you', lagilah semangat. Hahahaha...
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pun enjoy game tu mcm tgk siaran langsung..... he..he... |
|
|
|
|
|
|
|
payah la pulak.. sampai nak kena tunggu ari ahad sbb nak tgk final episod.. kacau betul F1 ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pride - Period 10 (26/3/2005)
ada orang baru masuk sel tahanan Halu (Takuya Kimura)...orang tu tanya macam2 kat Halu tapi Halu tak jawab sebab dia still depressed dengan apa yg Hyoudo (Koichi Sato) beritahu dia...
Yoko (Yuriko Ishida) datang melawat Halu...Yoko cakap ramai yg bimbangkan Halu termasuklah Aki (Yuko Takeuchi)...Yoko cakap dia terjumpa Aki kat hospital semasa melawat Yamato (Kenji Sakaguchi), dan diorang dah banyak berbual...Halu cakap kalau coach Anzai masih hidup mesti Halu malu nak jumpa dia...Halu cakap dia dah kehilangan maruah dia...tapi Yoko cakap masih ramai yg percayakan Halu termasuklah Yamato, Yoko serahkan surat Yamato pada Halu...Yoko cakap Yamato dah mula berlatih lagi sebab nak kejar perlawanan akhir...Yamato tak pernah berputus asa...
Halu balik ke sel dan baca surat Yamato.."Halu-san, apa yg kau tengah fikirkan sekarang? Masih lagi nak bergurau? Aku serius kali ni, aku pasti akan balik ke gelanggang untuk perlawanan akhir. Walaupun aku pernah nak berputus asa...walaupun akan ambil masa setahun untuk aku kembali berdiri dan pada masa tu, badan aku masih lemah dan mungkin tak boleh bertanding lagi...tapi aku takkan mudah mengalah. Kau mesti masih ingat, kan? Kita mengalami perkara yg sama semasa di sekolah menengah. Bila kita keluar dari pasukan, kita tak tahu apa nak buat. Semasa kita di atas tasik beku, kita cuma nak berseronok tapi lama-kelamaan, kita jadi makin serius dan buat latihan sehingga ke tengah malam. Dan kemudian Anzai-san jumpa kita. Adakah kau fikir itu secara kebetulan? Aku tak fikir begitu. Mungkin dia dah lama perhatikan kita, dah pernah dengar pasal orang gila macam kita. Aku rasa itu takdir. Jadi, kita masih ada peluang. Selagi kita berusaha, kita pasti akan ada peluang. Halu-san, aku tahu kau tak dapat hidup tanpa hoki ais. Begitu juga dengan aku. Jadi, kita tak boleh putus asa walaupun orang kata kita bodoh. Kalau kita putus asa sekarang, tak ada maknanya. Maybe...Aku akan berdiri di atas gelanggang lagi bersama kau. Sebab aku percayakan diri sendiri, dan aku percayakan kau, Halu-san."
Yamato memang rajin berlatih untuk berdiri semula...Yuri (Noriko Nakagoshi) sering menemani dia...lepas Halu habis baca surat Yamato, semangat dia naik semula...dia beritahu diri sendiri yg dia dah fikirkan perkara bodoh...Halu mula berlatih, orang satu bilik tahanan dengan dia pun dah jadi confuse...
kat locker room,Tomo-kun (Somegoro Ichikawa) tengah bercakap dengan team Blue Scorpions selaku pemangku kapten...Tomo-kun cakap Yamato sekarang gigih berlatih untuk join perlawanan akhir...Tomo-kun nampak serius dan tak macam diri dia yg suka buat lawak...Tomo-kun cakap kalau pun Halu dilepaskan nanti, dia pun tak boleh terus balik ke pasukan...sebelum perlawanan akhir, ada 3 game lagi dan diorang perlu menang semua...tanpa Halu dan Yamato, team akan semakin lemah...Tomo-kun cakap diorang perlu menang walaupun apa saja diorang buat (bersemangat tinggi betul Tomo-kun masa bagi pep talk kat team)...keluar je dari locker room, Makoto tengah tunggu Tomo-kun...Makoto cakap dia ada pandangan yg lain pada Tomo-kun...Tomo-kun konon2nya serius dan suruh Makoto jangan jatuh cinta pada dia sebab dilarang bercinta sesama ahli pasukan (haha)...
Hyoudo dan Saeko (Saori Takizawa) pergi cari Aki kat office...Hyoudo minta tolong Aki suruh boyfriend dia tarik balik dakwaan ke atas Halu...bila Hyoudo cakap yg Aki mesti marah kat Halu sebab pukul boyfriend dia, Aki cakap dia pun bertanggungjawab juga...Saeko cakap tanpa Halu dan Yamato, diorang akan kalah...Hyoudo cakap ini bukan permintaan pasukan, ini permintaan dia sendiri...Hyoudo menunduk kepala pada Aki...Aki cakap walaupun Hyoudo tak minta, dia tetap akan lakukan juga...Saeko terkejut tengok Hyoudo macam tu...lepas tu Hyoudo suruh Saeko telefon peguam...
tengah malam tu, Halu still berlatih dalam bilik tahanan dia...orang yg satu bilik dengan dia terkejut dan suruh dia berhenti sebelum dia cederakan diri sendiri...Halu sindir dia balik dan tanya pernah tak dia mencabar diri sendiri dan dipuji orang lain walaupun sekali...bila orang tu naik marah dan cuba cekik Halu, Halu pegang tangan orang tu dengan kuat...orang tu tidur balik dan fikirkan kata2 Halu...
esoknya kat restoran, Aki minta Natsukawa (Sousuke Tanihara) tarik balik dakwaan terhadap Halu...Aki cakap diorang cuma rakan sekerja dan dia sedang merayu untuk Halu bukan sebab dia ada perasaan pada Halu tapi demi syarikat...Natsukawa cakap itu pun harapan Aki juga...Aki cakap memang betul tapi sebab bagi Halu, hoki ais dalah asegala2nya dan Halu tak boleh kehilangannya...Natsukawa cakap kalau dia tarik balik dakwaan tu bermakna dia bagi Aki bersama dengan Halu balik...Aki pegang tangan Natsukawa dan minta dia percayakan Aki sekali lagi...
kat dalam bilik tahanan, cell-mate Halu tanya semasa makan kenapa dia ditahan...cell-mate Halu beritahu yg dia bakal jadi ayah tapi dia tak tahu macam mana, jadi dia suruh girlfriend dia gugurkan kandungan...Halu marahkan dia dan cakap itu cuma alasan, yg sebenarnya dia tak bersedia nak bertanggungjawab walaupun girlfriend dia dan sedia...kemudian dia tanya sama ada Halu ada girlfriend...Halu cakap, "Boleh kata ada, boleh juga kata tak ada." |
|
|
|
|
|
|
|
sambungan Period 10...
kat hospital, Yuri temankan Yamato kat hospital...Aki datang melawat Yamato dan nampak Yuri banyak bergurau dengan Yamato...
Yuri: "Macam mana dengan Satonaka-san?"
Yamato: "Jangan begini. Aki-san cuma tak nak tunjukkan kesedihan dia."
Yuri: "Awak masih cakap macam tu. Saya yg sedang menjaga awak."
Yamato: "Yalah, yalah."
Aki: "Tak apa2."
Yamato: "Ya?"
Aki: "Halu takkan apa2."
masa makan kat restoran, Hyoudo minta Yoko pergi jumpa peguam dan jemput Halu bagi pihaknya...Yoko gembira tapi dia hairan sebab secara tiba2 je Halu boleh selamat...Yoko tanya sama ada Hyoudo ada minta Aki buat sesuatu yg dia tak nak demi nak selamatkan Halu, Halu pun takkan setuju dengan perkara tu...Hyoudo cakap Halu akan terima sebab Halu akan letak hoki ais di tempat pertama (masa ni nak je aku sepak muka Hyoudo)...Yoko cakap Halu bukan macam Hyoudo atau Anzai...Yoko naik geram dan nak tinggalkan restoran dengan Wataru...
Yoko: "Awak pernah beritahu Satonaka-kun yg Aki cuma seorang perempuan. Tapi hakikatnya, dialah yg selamatkan Satonaka-kun. Jangan pandang rendah pada perempuan."
masa Halu nak tinggalkan bilik tahanan, cell-mate dia tanya nama Halu sebab dia nak pergi sokong Halu dalam perlawanan...cell-mate dia suruh dia berusaha...Halu akhirnya keluar dari bilik tahanan dan pandang matahari...
kat hospital, Yamato tengah berusaha nak berdiri...Halu sempat sambut Yamato sebelum dia jatuh...Yamato happy sangat nampak Halu dan peluk dia...Halu suruh dia berhenti, Halu bergurau yg perhubungan macam tu dilarang dalam pasukan, tapi akhirnya dia benarkan Yamato peluk dia selama 10 saat lagi...
Halu dan Yamato menonton perlawanan dari grandstand...Yamato tanya kenapa Halu tak nak main, Halu cakap dia sedang menebus dosa sebab menyusahkan teammates...Yamato komen yg perlawanan nampak teruk, tapi Halu cakap diorang akan menang sebab tengok dari muka diorang yg bersemangat tinggi...Tomo-kun kemudian terlibat dalam pergaduhan dengan pemain pasukan lawan dan diberi penalti 2 minit...Halu beri sign 'Peace' kat Tomo-kun...kemudian Reiji muncul dan kutuk Blue Scorpions lagi, dia cakap ini adalah perlawanan paling teruk yg dia pernah tengok...Reiji ingatkan Halu yg diorang tahu gerak-geri Halu dan ini menaikkan kemarahan Halu...Tomo-kun akhirnya masuk balik ke gelanggang...Tomo-kun pass bola pada Makoto dan Makoto pukul terkena kaki goalkeeper, bola akhirnya masuk gol...team Blue Scorpions akhirnya menang dan team melambai pada Halu dan Yamato kat grandstand...Yamato tiba2 je berdiri dan team bersorak gembira...
kat dalam locker room, Halu berterima kasih kat Hyoudo sebab keluarkan dia...Halu tanya sama ada offer untuk tryout NHL masih terbuka...Hyoudo tanya Halu sama ada Halu boleh lupakan Aki, Halu jawab boleh dengan teragak2...Hyoudo cakap Halu kena jalani banyak ujian dulu, kalau gagal kena balik ke Jepun...lepas tu Hyoudo cakap dia dah beri tape dan maklumat Halu pada team Green Monsters, sebab tu team tu tahu gerak-geri Halu...Hyoudo cakap kalau Halu boleh tembusi pertahanan Green Monsters dan menang perlawanan akhir, Halu boleh pergi Kanada...
Aki minta Chika (Megumi) temankan dia untuk makan malam dengan Yoko...
kat Face Off, Halu berterima kasih pada teammates dan minta maaf sebab banyak menyusahkan team...jadi Halu suruh buat upacara 'pembersihan' untuk Halu menebus dosa...Halu cakap dia takkan balik ke team kecuali semua orang dah maafkan dia...jadi Halu suruh semua tampar dia sorang demi sorang...Yamato pun nak join sekali sebab dia pun dah susahkan team...team members cakap Yamato tak payah, tapi Yuri yg mula2 sekali tampar dia...Yuri cakap macam seronok pulak upacara tu...
masa dinner dengan Yoko, Aki beritahu yg dia akan kahwin dengan Natsukawa...Yoko cakap dia dah agak, tapi Chika macam confused...
Yoko: "Jadi inilah syaratnya untuk tarik balik dakwaan ke atas Satonaka-kun? Sebab ni, kamu sanggup korbankan diri..."
Aki: "Bukan macam tu...Jangan salah faham. Selama ni saya memang menunggu Natsukawa."
Yoko: "Walaupun begitu..."
Aki: "Natsukawa memang lemah lembut selama ni. Hari tu saya nampak muka dia yg lain, sebab tu saya terperanjat dan rasa keliru. Tapi puncanya adalah saya...Hubungan ibu bapa saya tak baik. Mereka selalu bergaduh pasal hal yg remeh-temeh. Saya tak nak hal ni berlaku lepas dah berkahwin. Saya tak nak bergaduh depan anak-anak."
Yoko: "Tapi, bukankah impian tu dah hancur?"
Aki: "Taklah. Walaupun saya dah nampak muka teruk dia, dia masih cakap yg dia cintakan saya. Itu bukan hal yg tak baik, boleh kata lebih tenang dari sebelumnya."
Yoko: "Jadi, kamu sendiri yg rela berkahwin?"
Aki: "Sudah tentu. Saya bukannya jenis yg akan korbankan diri demi orang lain."
Yoko: "Macam mana dengan Satonaka-kun? Boleh ke kamu lupakan dia?"
Aki: "Tak perlu sengaja nak lupakan dia. Halu adalah kenangan yg indah, sama seperti gambar foto dalam album...Gambar yg akan mula luntur warna dan buat orang rindu..."
Yoko: "Betul ke...sama seperti gambar yg lain?"
Aki: "Ya."
Yoko: "Yakah?"
Aki: "Tapi, walaupun gambarnya mungkin akan jadi putih...selepas turun salji, akan bercahaya semula pada musim bunga (halu/haru)."
Halu hantar Yamato balik rumah dan tolong lap roda kerusi roda Yamato...Halu tanya pasal hubungan Yamato dan Yuri yg bertambah baik, tapi Yamato cakap dia masih orang yg tak berduit...kemudian Yamato tanya pasal Aki...Halu suruh Yamato jangan sebut pasal Aki lagi...Halu cakap dia menyesal sebab tak dengar nasihat Yamato pasal cinta bukannya permainan...kalau dah jatuh cinta akan kehilangan diri sendiri...walaupun Yamato mungkin tak percaya, tapi sekarang ni dia rasa hoki ais lebih penting dari segala2nya dan dia tak nak fikirkan benda2 lain...lagipun, tak ada perempuan yg sesuai untuk Halu walaupun dah mencari di seluruh dunia...
bila Halu nak keluar, Aki dah berdiri kat luar pintu...Aki dah dengar segala2nya...Aki cakap dia nak tengok sama ada Yamato dah balik sebab dia nampak cahaya lampu...Aki berjalan balik ke rumahnya macam tengah marah...kunci rumah dia terjatuh...Halu yg tolong ambilkan dan serahkan balik pada Aki...Aki cakap dia akan kahwin tak lama lagi...Halu ucapkan tahniah pada Aki dan minta Aki cakap terima kasih pada Natsukawa sebab batalkan tuduhan...Halu rasa bersalah sebab dah hampir merosakkan kebahagiaan Aki...Aki tiba2 cakap yg memang tak ada perempuan di dunia ni yg sesuai untuk Halu...Aki cakap ini sebab Halu terlalu pentingkan diri...Aki mula menangis dan cakap yg Halu tak tahu mencintai orang...Aki masuk ke rumah dalam keadaan yg sedih dan marah...Halu cuma mampu pandang Aki dengan sedih dan seolah2 bersetuju dengan Aki...Aki masih menangis kat dalam rumah...Yamato pulak dah terdengar semuanya...Halu akhirnya balik ke keretanya... |
|
|
|
|
|
|
pearl This user has been deleted
|
pride
semalam (ahad petang) nyer pride apa citer yer???
kol enam tu on the way balik KL.....
ada saper2 bleh citer kat I X. |
|
|
|
|
|
|
|
Ermmm
- Dah ada thread pasal PRIDE..cuba klik SINI.. gi kat laman hujung sekali!
|
|
|
|
|
|
|
|
- Teringat masa Tomo-kun kata,"Biarpun kita menjadi bodoh sekalipun, kita harus menang!"... :bgrin:
|
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by aYuGiLeR at 28-3-2005 01:40 AM:
a ah la... beria |
|
|
|
|
|
|
|
haik...cik pearl...dah 2 kali salah buat rumah...:gila: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove at 28-3-2005 11:15 AM:
wah, bestlah best! :pompom::pompom::pompom:
alin pun dah tukar avatar nampak...:bgrin:
[ Last edited by whitedove on 28-3-2005 at 11:17 AM ]
- :bgrin: huhuhuhu... sbb dah terberkenankan si Tomo-kun tu, nak jugak letak gambar dia dlm avatar... tu yg cari semua gambar pelakon2 PRIDE yg diminati pastu buat avatar. :bgrin:
|
|
|
|
|
|
|
|
boleh tak senaraikan lagu2 dari soundtrack cite prideni? |
|
|
|
|
|
|
|
Start dari 4th April 2005, channel u kat singapore akan tayangkan Good Luck.....munna harap yg gantikan pride.....cite good luck |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dak_abu at 28-3-2005 10:20 AM:
payah la pulak.. sampai nak kena tunggu ari ahad sbb nak tgk final episod.. kacau betul F1 ni..
La... ahad ke baru nak tunjuk citer nie...?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|