CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: DO SMALL THINGS IN A GREAT WAY

 Close [Copy link]
Post time 6-1-2025 03:01 PM | Show all posts
2026 jugak ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 03:03 PM | Show all posts
Ujian air kencing antara syor masuk konsert di Selangor



Suee Lim ketika ditemui pada bengkel sesi libat urus penyelarasan dan penyeragaman amalan terbaik PBT di Kuala Langat hari ini.


KUALA LANGAT – Saringan ujian air kencing antara syor prosedur operasi standard (SOP) boleh dilakukan kepada para pengunjung konsert bagi mengelakkan pengambilan atau kematian akibat dadah dalam penganjurannya di Selangor.
Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, kelengkapan mesin pengimbas juga boleh dilaksanakan agar sebarang bahan terlarang dapat dikesan daripada dibawa masuk ke sesuatu konsert oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Katanya, sepatutnya penganjuran sesuatu konsert memberikan impak yang baik namun disebabkan insiden konsert Pinkfish telah beri imej negatif.
“Dulu saya pergi ke Genting Highlands menyaksikan konsert Kitaro, semua dicheck termasuk mesin pengimbas dan beg dompet pun kena keluarkan.

“Kali ini mungkin urin pun kena ‘check’. Itu antara mungkin syor supaya orang yang menyalahgunakan dadah atau penagih dadah tidak benarkan masuk.
“Jadi kita mahu perketatkan dan tengok mana boleh kerjasama dilakukan antara polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Apabila kita beri lesen atau permit, kita akan pastikan penganjur betul-betul periksa (terutama berkaitan dadah ini),” katanya ketika ditemui selepas bengkel sesi libat urus penyelarasan dan penyeragaman amalan terbaik PBT, hari ini.

Kosmo! kelmarin melaporkan garis panduan baharu dan pelaksanaan sesuatu konsert di Selangor dengan perbincangan akan dilakukan antara Exco Belia dan Sukan Selangor, Mohd. Najwan Halimi dan Suee Lim berhubungnya.
Ini selepas empat termasuk dua wanita berusia 20 hingga 40-an maut disyaki akibat pengambilan ekstasi selepas menghadiri konsert Pinkfish di Bandar Sunway dekat sini.
Suee Lim memberitahu, perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Rabu ini bagi melihat kembali mengapa ia boleh terjadi dan perkara yang boleh ditambah baik dalam penganjuran sesuatu konsert.
“Kalau perlu, kita bincang dan mesyuarat antara PBT dan polis. Kes atau orang sebeginilah ( yang mengambil atau mengedar dadah) diumpamakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga dengan dituduh kita membiarkan sesuatu konsert (tanpa pengawasan sewajarnya).
“Saya juga ambil maklum apa yang Exco Belia dan Sukan (Mohd. Najwan) nampak bahawa kita perlu ada satu garis panduan apabila kemasukan sesuatu pengunjung perlu dilakukan lebih ketat supaya elakkan orang sedemikian berada dalam kumpulan untuk kita mengadakan satu konsert,” jelasnya.
Ketika ditanya sama ada penangguhan permit konsert itu menganggu Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025, Suee Lim berkata, ia memberikan implikasi dan kesan kepada penganjur yang telah melaburkan wang bagi sesuatu persiapan penganjuran konsert.
Ujarnya, ini memandangkan sekurang-kurangnya tempoh antara tiga hingga enam bulan diperlukan bagi sesuatu konsert dilaksanakan dengan jayanya.
“Setakat ini, saya tiada jumlah konsert telah ditangguhkan namun saya dimaklumkan satu konsert yang sepatutnya diadakan di taman tema air di Bandar Sunway pada 11 Januari depan telah dipindahkan ke Kuala Lumpur.
“Mereka (penganjur) terpaksa tanggung kerugian sebab masa terlalu suntuk iaitu dalam tempoh masa seminggu (dari konsert Pinkfish). Penganjur tiada pilihan sebab ada arahan penangguhan daripada pihak polis disebabkan elemen keselamatan dan sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE







https://www.kosmo.com.my/2025/01/06/ujian-air-kencing-antara-syor-masuk-konsert-di-selangor/





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:03 PM | Show all posts
zaman Bila tu pak cik
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:04 PM | Show all posts
konsert kitaro
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:04 PM | Show all posts
Tashu replied at 6-1-2025 02:39 PM
tgk kejap...sampai liza aziz je

best ke anak emas tok ram nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:05 PM | Show all posts
asteruk pun upah cybertroopers dekat x sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2025 03:05 PM | Show all posts
untuk backup setiap peserta dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:05 PM | Show all posts
asteruk %#%#%#%
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 03:07 PM | Show all posts
Mayat datuk dijumpai terapung dalam Sungai Muar

ANGGOTA bomba mengangkat mayat Hua Seng yang ditemui mati lemas berhampiran Jeti Jabatan Laut, Sungai Muar, Muar hari ini. -Foto IHSAN JBPM


MUAR – Mayat lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Muar selepas hilang dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Ismail di sini awal pagi hari ini.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Fettry Mahat, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.04 pagi.
“Seramai sembilan anggota dan sebuah jentera fire rescue tender (FRT), dua unit bermotor bomba (Rapid) dan sebuah bot dikejarkan ke tempat kejadian.
“Mangsa dikenali sebagai Chua Hua Seng@Chua Ah Chung berusia 76 tahun dijumpai di hadapan jeti Jabatan Laut dan disahkan sudah meninggal dunia
“Sebelum itu dia dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Ismail. Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/01/06/mayat-datuk-ditemui-terapung-di-sungai-muar/






Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:08 PM | Show all posts
Dadah RM120,000 dalam milikan rakyat Malaysia untuk pasaran Thailand


Seorang rakyat Malaysia (duduk, tengah) ditahan selepas dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah bernilai RM120,000 di Sungai Golok, Thailand pada Isnin lalu. - Foto Balai Polis Sungai Golok


KOTA BHARU – Dadah dan air ketum dianggarkan bernilai RM120,000 yang dirampas bersama seorang rakyat Malaysia di Sungai Golok, Thailand pada Isnin minggu lalu dipercayai untuk dijual di pasaran negara tersebut.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, berdasarkan maklumat, lelaki yang berusia 24 tahun itu merupakan pekerja kepada seorang pengedar dadah yang berasal dari Pulau Pinang, manakala teman wanitanya merupakan warga Laos.


-ADVERTISEMENT-












Menurutnya, polis Kelantan ketika ini sedang memeriksa kaedah kemasukan suspek ke Thailand sama ada melalui laluan sah atau pangkalan haram.
“Mengikut maklumat yang diterima, kesemua dadah yang dirampas di Sungai Golok itu untuk dijual bagi pasaran di Thailand dan bukannya akan diseludup ke Kelantan.
“Lelaki terbabit merupakan rakyat Kelantan dan bekerja dengan sindiket pengedaran dadah yang didalangi oleh seorang lelaki di Pulau Pinang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpuhan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, siasatan lanjut berhubung kes tersebut sedang dijalanlan oleh pihak polis Thailand.
Kosmo! Online semalam melaporkan, selepas lebih sebulan, seorang lagi rakyat Malaysia dicekup di Sungai Golok, Thailand selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan sindiket pengedaran dadah dan air ketum yang dianggarkan bernilai RM120,000 pada Isnin minggu lalu. – KOSMO! ONLINE





https://www.kosmo.com.my/2025/01/06/dadah-rm120000-dalam-milikan-rakyat-malaysia-untuk-pasaran-thailand/






Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:09 PM | Show all posts
Hakim ‘terganggu’ mengapa AGC tidak cabar kewujudan Titah Adendum Najib


Najib


PUTRAJAYA – Salah seorang panel tiga hakim mempertikaikan mengapa tiada surat daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) atau kerajaan memfailkan afidavit balasan untuk mencabar kewujudan Titah Adendum sepertimana yang didakwa Datuk Seri Najib Tun Razak.
Semasa prosiding, Hakim Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril berkata, beliau ‘terganggu’ apabila kurangnya komunikasi daripada responden untuk mempersoalkan kewujudan titah itu.


-ADVERTISEMENT-











“Saya merasa terganggu kerana pihak responden tidak mengemukakan afidavit balasan bagi menyatakan (pendirian) sama ada titah itu wujud atau sebaliknya,” ujar hakim berkenaan.
Hakim Mohd. Firuz berkata demikian ketika Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan berhujah mewakili responden-responden dalam rayuan Najib untuk mendapat kebenaran mencabar kewujudan titah adendum.
Hakim berkenaan berkata, sebelum ini, pihak responden memaklumkan bahawa mereka memerlukan masa untuk mengesahkan sama ada dokumen yang dikatakan draf tambahan itu dikeluarkan oleh pihak istana.
“Namun, di hadapan kami (panel bersidang) , tiada surat daripada AGC atau mana-mana responden lain yang mempertikai adendum yang dikatakan itu dan ini menunjukkan seolah-olah kewujudannya diakui,” katanya lagi.
Terdahulu, Shamsul berhujah, permohonan semakan kehakiman Najib berkaitan titah adendum, difailkan berdasarkan spekulasi semata-mata.
Prosiding permohonan ditangguhkan dan bersambung semula pukul 1 tengah hari ini.
Berdasarkan rayuan itu, Najib, 71, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lalu yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/01/06/hakim-terganggu-mengapa-agc-tidak-cabar-kewujudan-titah-adendum-najib/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:10 PM | Show all posts
Insiden kekecohan warga Palestin dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri


Tangkap layar antara video tular berhubung kekecohan oleh warga Palestin di WTKL kelmarin.


SEPANG – Insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) Sabtu lalu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat itu dijangka membincangkan tindakan selanjutnya susulan insiden itu.
Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini juga telah dimaklumkan mengenai situasi semasa warga Palestin di pusat transit itu.
“Dalam beberapa mesyuarat Jemaah Menteri yang lalu, ada dibangkitkan aspek pemindahan warga Palestin itu ke premis yang baharu.
“Setakat ini, belum dimaklumkan (isu pemindahan) kepada Jemaah Menteri, tapi saya pasti selepas mesyuarat hari Rabu ini akan ada sedikit perkembangan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) di sini, hari ini.
Katanya, mesyuarat Rabu ini pastinya akan mendapat perkembangan terkini mengenai isu berkenaan daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2025/01/06/insiden-kekecohan-warga-palestin-dibawa-ke-mesyuarat-jemaah-menteri/





Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:12 PM | Show all posts
GV11: Tiada penyingkiran, Liza tertinggi, Fairuz tercorot

Tiada penyingkiran pada konsert minggu kelapan GV11 yang menyaksikan Liza Aziz sekali lagi menjadi peserta dengan markah tertinggi.


SHAH ALAM – Sembilan bintang Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran dilakukan pada konsert minggu ketujuh yang berlangsung di Auditorium MBSA di sini, hari ini.
Berita gembira itu sekaligus melayakkan Liza Aziz, Sheila Abdul, Dadali Dyrga, Ronnie Hussein, Ning Baizura, Fairuz Selamat, Zehra Zambri, Arrora Salwa dan The Lima mara ke konsert minggu kelapan.
Minggu ini, persembahan hebat Liza yang mendendangkan lagu Damelodendangan asal kumpulan Dolla meraih markah tertinggi daripada barisan juri tetap sekali gus melayakkannya membawa pulang Anugerah Terpaling Adabi dan membawa pulang wang tunai RM2,000.
Sementara, Fairuz pula mendapat markah terendah apabila berada di kedudukan tercorot dalam segmen Ada Lagu Ada Lagi minggu ini.
Sebelum itu, Liza diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi selain dipilih menjadi Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian peminat.
Minggu depan, kesemua bintang yang layak bakal berentap dengan tema Kengkawan.
GV11 menampilkan barisan juri profesional Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat serta dikemudikan oleh dua pengacara popular Nabil Ahmad serta Sherry Alhadad yang menggantikan Jihan Muse. – KOSMO! ONLINE



https://www.kosmo.com.my/2025/01/05/gv11-tiada-penyingkiran-liza-tertinggi-fairuz-tercorot/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:14 PM | Show all posts
‘Tak nak nampak alim, nanti kalau tersilap dikata munafik’


Nora enggan terlampau 'dilambung' selepas mula berhijrah ke arah Muslimah lebih baik.


PETALING JAYA – Terharu kerap menerima pujian selepas bertudung, pelakon Nora Danish enggan dianggap terlalu alim sehingga boleh membuka ruang kepada orang lain menghakimi setiap tindakannya.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, berkata, dia bimbang andai perubahan yang masih dalam fasa belajar ketika ini membuatkannya dilabel suci sehingga tidak boleh melakukan kesilapan.
“Dalam proses penghijrahan, saya tak nak sangat orang nampak saya ini suci, alim.
“Itu yang paling saya takut sebab nanti apabila saya melakukan satu kesalahan orang akan menilai kita munafik dan sebagainya,” katanya menerusi perkongsian dalam laman sosial sebuah produk kesihatan.
Memahami harapan ramai, begitupun ibu kepada dua cahaya mata itu memaklumkan, dia masih berusaha ke arah menjadi muslimah yang lebih baik.
“Saya pun memang dalam proses untuk menjadi yang lebih baik. Tidaklah sempurna tetapi lebih baik, itu sahaja yang saya nak sangat,” ujarnya.
Sebelum mengambil keputusan berhijab, pelakon filem Polis Evo 3 itu bukan sahaja kerap menghadiri majlis ilmu anjuran rakan selebriti bahkan sering dipuji netizen melihatkan penampilannya yang bertambah manis bertudung.
Keputusan Nora, 42, untuk kekal dengan penampilan menutup aurat selepas bercerai dengan bekas suaminya, Nedim Nazri sekitar Jun tahun lalu.
Sejak itu dia semakin kerap mengikuti sesi kuliah serta ceramah agama bersama rakan selebriti lain bagi menambahkan ilmu. – KOSMO! ONLINE




https://www.kosmo.com.my/2025/01/06/tak-nak-nampak-alim-nanti-kalau-tersilap-dikata-munafik/






Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:15 PM | Show all posts
‘Tak patut kita pukul rata semua pelawak ambil dadah’


Afdlin berkata, tidak adil menghukum semua anak seni terutama pelawak hanya kerana perbuatan segelintir individu.


PETALING JAYA – Meledak isu selebriti tanah air terjebak dadah, penerbit dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki menegaskan tidak adil menghukum semua anak seni terutama pelawak hanya kerana perbuatan segelintir individu.
Afdlin atau nama penuhnya Afdlin Shauki Aksan, 53, berkata, isu melibatkan dua pelawak yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah baru-baru ini tidak wajar dijadikan alasan untuk memandang serong terhadap keseluruhan golongan tersebut.
“Dulu dadah selalu dikaitkan dengan penyanyi. Hakikatnya, masalah dadah tidak mengenal sesiapa malah melibatkan semua lapisan masyarakat, bukan hanya pelawak atau penyanyi.
“Tidak patut kita pukul rata dan anggap semua pelawak mengambil dadah.
“Ramai yang bekerja keras demi keluarga mereka tanpa terlibat dengan barang terlarang,” katanya kepada Kosmo! Online.
Tambah pelakon filem Papadom itu, orang ramai sepatutnya bersikap adil dan tidak terlalu cepat menghukum tanpa memahami situasi sebenar.
“Kita tak tahu apa yang mereka lalui. Jangan terus melulu menghentam.

“Saya juga tak setuju apabila ada netizen mengatakan semua pelawak sama sahaja.
“Lebih baik kita mendoakan supaya mereka yang terlibat dapat berubah, memperbaiki diri, dan menerima keadilan yang sewajarnya,” jelasnya.
Pun begitu, Afdlin tidak menafikan kes-kes seperti ini memberi imej buruk kepada industri seni tempatan.
Namun dia tetap menyeru masyarakat agar lebih berlapang dada dalam menilai sesuatu isu tanpa melibatkan keseluruhan kumpulan individu yang tidak bersalah.
Baru baru ini, kecoh apabila seorang lagi pelawak popular ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara enam bulan di Jeddah kerana atas kesalahan memiliki dadah jenis ganja ketika dalam perjalanan menunaikan umrah.
Terdahulu, pelawak Along Cham pula mengakui tidak bersalah atas kesalahan memiliki ganja dan kes sedang dibicarakan di mahkamah. – KOSMO! ONLINE.




https://www.kosmo.com.my/2025/01/06/tak-patut-kita-pukul-rata-semua-pelawak-ambil-dadah/






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:15 PM | Show all posts
nona84 replied at 6-1-2025 03:12 PM
GV11: Tiada penyingkiran, Liza tertinggi, Fairuz tercorot

Tiada penyingkiran pada konsert minggu ke ...

no satu lagi nampaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2025 03:16 PM | Show all posts
pergi benang gv jap
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:17 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:17 PM | Show all posts
tinggi markah liza
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2025 03:18 PM | Show all posts
mesti tok ram bagi tinggi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 10:10 AM GMT+8 , Processed in 1.569562 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list