CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fairyjasmine

[MERGED] All about BREASTFEEDING

 Close [Copy link]
Post time 1-8-2006 01:42 PM | Show all posts
ala xnampaklaa rodzie.. sale kat mana tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2006 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by HerSheys at 1-8-2006 12:31

tengok petang karang cemana... shey amik cuti lama weekend aritu... shey perasan makin ammar isap.. susu makin melimpah2 lah...


WOW!! bestnye makin melimpah.... bak ckit!!:nerd: susu kita dah makin kurenggg ntah apsal lah jadik mcm nie???:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by rodzie at 1-8-2006 12:38

   


zamnie kat sini...



tq rodzie, tp mmg betul tak nampak lah kat mane tue???
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by ViZieR at 31-7-2006 04:46 PM
zamnie..warehouse sale yg ana ckp tu ends 6/8 ni..so pegila tgk..
coolerbag tu aku tak ingat la rm brp..tp ok la price dia

aa..wujud ke situasi di mana susu tak kuar bila pump sbb kedudukan bre ...


cooler bag coleman tu aku tak tgk berapa rega dia tp masa aku beli kat pndan dulu $35, dia ada byk saiz, the cheapest $20+ kot aku beli yg boleh muat 6 botol. the icepack pun byk saiz. rega range fr $6-12 kot
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 02:21 PM | Show all posts
rozie, sale katne tu? yg aku pi tu kat dewan mbsa seky 19 s.alahm. bukan brg baby je..baju2 dewasa pun ada
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 1-8-2006 02:13 PM


WOW!! bestnye makin melimpah.... bak ckit!!:nerd: susu kita dah makin kurenggg ntah apsal lah jadik mcm nie???:hmm:

haha.. time tgh bnyk ni mmg aku kena wat stock ler... kang xsampai setahun dah xdpt nk kasik dia breast milk..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2006 02:39 PM | Show all posts
Originally posted by HerSheys at 1-8-2006 14:31

haha.. time tgh bnyk ni mmg aku kena wat stock ler... kang xsampai setahun dah xdpt nk kasik dia breast milk..


tu ah! kalau bb makin bsr makin kuat nenen makin kureng pulak susu nanti!! tp some ppl makin byk pulak susu!!:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2006 11:47 PM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 31-7-2006 08:51 AM


campur boleh kot kalau takde bau! tp kalau blh terus masuk dlm fridge sbb takut nanti bb sakit perut..:hmm:




thanks zamnie 4 d answer... actually ari tu masa pergi jalan2 .... bawa 2 botol susu EBM ... botol kedua tu tak abis minum ... ada lagi 2 auns ... sampai rumah terus masuk fridge ... malam tu ingatkan nak bagi baby ... my hubby tak kasi ... since botol susu tu dlm warmer bag dah 5 hours b'4 masuk fridge tu.... susu dlm botol tu mcm dah berketul2 dan berbau ... dia soh buang saja ... nasib baik 2 auns aje ... :geram:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2006 08:23 AM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 1-8-2006 02:13 PM


tq rodzie, tp mmg betul tak nampak lah kat mane tue???


Ni aku salin utk u all semua...


stock clearance promotion

venue: Summit Company (M) Sdn Bhd, Lot 6, Jln 19/1, 46300 P.J. Tel : 03-7628 8888
Date   : 5th August (Sab) & 6th Aug 2006 (sun)
Time 10.am - 6pm

Barang2...Baby diapers, Apparels, Toiletries,Accrssories, INCO Adult Diapers, Ault Toileteries, Sanitary Pad, Maternity Pads...
Brand : Pride n joy,basic pureen, hoe..Tracia Toileteries, Dr Mist...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2006 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by rodzie at 2-8-2006 08:23


Ni aku salin utk u all semua...


stock clearance promotion

venue: Summit Company (M) Sdn Bhd, Lot 6, Jln 19/1, 46300 P.J. Tel : 03-7628 8888
Date   : 5th August (Sab) & 6th Aug 2006 ...


laaaa... ini lah pureen sale yg ditunggu2 oleh forumer kat cni!! :tq: mmg nak pegi pon..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 11:44 AM | Show all posts
Perkembangan otak bayi - Susu ibu paling mujarab

Anakku Sayang
Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM

MESKIPUN sesetengah kanak-kanak kelihatan menonjol dan sangat cerdik, mereka gagal menunjukkan prestasi cemerlang sebagaimana yang dijangkakan oleh ibu bapa di sekolah.

Jika keadaan ini berlaku, mereka mungkin mengalami masalah pembelajaran yang berkait dengan tiga keadaan iaitu Masalah Penumpuan dan Hiperaktif (ADHD), Disleksia atau Dispraksia.

Walau tiada sebarang statistik rasmi berhubung perkara tersebut, pakar perubatan dan psikologi kanak-kanak menganggarkan lima peratus daripada penduduk Malaysia menghidap Disleksia.

Sementara dalam satu kaji selidik yang dijalankan pada tahun 1994 ke atas 20,000 murid-murid tahun satu, dua dan tiga pula mendapati 2,400 atau 12 peratus daripada mereka menghadapi masalah pembelajaran dan pembacaan.

Dalam pada itu, kajian terkini di United Kingdom (UK) mendapati bahawa khasiat daripada pemakanan mempunyai perkaitan yang rapat dengan masalah-masalah pembelajaran ini.

Pakar dan perunding pemakanan berpengalaman, Dr. Jacqueline Stordy berkata, kekurangan sesetengah asid lemak perlu dalam badan didapati punca utama bagi ADHD, Disleksia dan Dispraksia. Ini kerana ia memainkan peranan penting bagi perkembangan otak dan aktiviti mata kanak-kanak.

``Asid lemak perlu ialah asid lemak tidak tepu yang berantai panjang atau LCP yang banyak tertumpu pada bahagian otak dan retina mata.

``LCP yang mencukupi amat penting untuk perkembangan otak dan deria penglihatan serta membantu dalam fungsi normal organ-organ tersebut,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi ceramah Rawatan Pemakanan Untuk Masalah Pembelajaran di Petaling Jaya, baru-baru ini. Menurut Dr. Jacqueline, selain ikan, daging merah dan telur, susu ibu juga didapati kaya dengan LCP.

Hasil penyelidikan menunjukkan susu ibu mahu pun susu formula bayi yang diperkayakan dengan LCP berupaya mempercepatkan perkembangan daya penglihatan dan kecerdasan mental bagi yang sedang menyusu.

``Susu ibu adalah paling berkhasiat untuk bayi yang baru lahir mengandungi asid lemak perlu yang khusus untuk perkembangan otak dan penglihatan bayi.

``Bayi yang menyusu ibu lebih lama kurang risiko menghidap Disleksia berbanding bayi yang tidak menyusu atau menyusu dalam jangka masa yang lebih singkat,''ujar.

Bagi merawat kanak-kanak yang telah mengidap ADHD, Disleksia atu Dispraksia, pemakanan yang mengandungi LCP amat perlu. Ini kerana badan tidak mengeluarkan asid lemak perlu, tetapi mampu menukarkannya kepada LCP daripada makanan yang diterima.

``Satu suplemen asid lemak perlu yang digabungkan dengan minyak ikan yang kaya dengan DHA, minyak evening primrose, vitamin E dan dan minyak Thyme iaitu Efalex telah diuji secara klinikal dalam enam kajian berasingan.

``Selepas tiga bulan, kumpulan kanak-kanak Disleksia dan ADHD yang mengambil suplemen ini menjadi lebih tenang dan fokus serta mudah diajar,'' jelasnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 12:18 PM | Show all posts
sedih sgt, stok susu yg perah hari jumaat lepas terlupa nk masuk dlm fridge.. pagi esok baru perasan.. 2 botol buang camtu je la..
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 02:04 PM | Show all posts
Originally posted by ananur at 7-8-2006 12:18 PM
sedih sgt, stok susu yg perah hari jumaat lepas terlupa nk masuk dlm fridge.. pagi esok baru perasan.. 2 botol buang camtu je la..


ananur jgn sedih2.....nanti susu makin kurang
takpa perah lagi dan lagi....banyakkan session ...

aku dulu selalu kes camni la, selalu sgt lupa nk simpan susu...
pagi2 tu baru perasan lupa nak simpan, tuang je la, dah byk kali,..
lepas tu terus berazam, balik je rumah sampai je terus pi kat fridge nk simpan susu..
itu pn lupa gak kenkadang...heheheheheh....
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 02:12 PM | Show all posts
Originally posted by daisys at 7-8-2006 02:04 PM


ananur jgn sedih2.....nanti susu makin kurang
takpa perah lagi dan lagi....banyakkan session ...

aku dulu selalu kes camni la, selalu sgt lupa nk simpan susu...
pagi2 tu baru perasan lupa  ...


ok tq..
selalunya hubby yg tukang bawa masuk beg susu segala.. pastu tolong masukkan dlm fridge, but lately dia selalu lupa, kalau hr biasa takk kisah sbb susu dah tinggal kat rumah mil. so hr jumaat selalu lupa
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 02:13 PM | Show all posts
Kesihatan Anak: Susu awal ibu kaya protein, antibodi, vitamin


Bayi akan menyusu hingga kenyang yang mungkin mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk sebelah payu dara.

SUSU ibu bukan saja membantu membina sistem ketahanan tubuh, tetapi memberi perlindungan daripada pelbagai jenis penyakit berjangkit.

Sebenarnya, semakin kerap anda menyusukan bayi semakin banyak susu akan terhasil. Justeru istilah tiada susu dianggap mitos. Susukan bayi mengikut kemahuannya. Ia mungkin lapan hingga 12 kali sehari atau lebih. Kekerapan bayi menyusu mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut peningkatan usia.

Selalunya, bayi akan menyusu hingga dia kenyang yang mungkin mengambil masa 15 ke 20 minit untuk sebelah payu dara.

揂nak sebenarnya juga tahu bila masa dia hendak berhenti menyusu, tidak perlu memaksanya 憁emutuskan
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 02:15 PM | Show all posts
Khasiat susu ibu dan kebaikan kepada bayi


Kebaikan kepada bayi

Pergerakan dan persekitaran mendedahkan ibu dengan kuman yang boleh memberi kesan kepada bayi sebelum dilahirkan. Dalam keadaan ini, rahim bertindak melindungi bayi dari kuman. Selepas kelahiran, perlindungan kepada bakteria dan parasit diperoleh pula dari susu ibu.

Beberapa bahan dalam susu ibu bukan saja berupaya menentang penyakit tetapi sesetengahnya menguatkan lagi pembentukan sistem imun bayi. Ia memberi kesihatan yang baik kepada bayi walaupun selepas dia tidak lagi menyusu.

Ini kerana susu ibu memiliki ramuan terbaik untuk pertumbuhan bayi dari jumlah asid lemak, laktosa, air, asid amino untuk pencernaan, pertumbuhan minda bayi dan mengandungi antibodi. Selain membantu perkembangan retina dan memberi perlindungan kepada sistem saraf tengah bayi. Ia juga membawa enzim pencernaan yang membantu bayi mencerna nutrisi dalam susu.

Justeru, ia berupaya memberi bayi imuniti terhadap jangkitan dan penyakit seperti otitis media, pneumonia, mengurangkan masalah jangkitan darah dan radang otak. Malah dalam satu kajian di Denmark, susu ibu memberi kesan pada pembentukan minda dan meningkatkan IQ anak.

Kebaikan kepada ibu

Menyusukan bayi adalah sebahagian daripada kitar reproduktif wanita. Menerusi penyusuan bayi, ikatan kasih sayang antara ibu dan anak semakin dalam. Ibu yang menyusukan bayi berupaya menjarakkan kelahiran untuk sekurang-kurangnya enam bulan pertama adalah 98 peratus. Kaedah menjarakkan anak sebegini dikenali sebagai Laktational Amenorrhea Method (Laktasi Amenorrhea).

Selain itu, ibu yang menyusukan bayi berupaya menurunkan berat badannya dengan cepat selepas bersalin selain melindung diri dari masalah kesihatan seperti anemia, barah payu darah, barah ovari dan osteoporosis.


Risiko memberi susu formula kepada bayi dan kanak-kanak

Meningkatkan risiko asma

Meningkatkan risiko alahan

Mengurangkan pembangunan kognitif

Meningkatkan risiko penyakit pernafasan akut

Meningkatkan risiko jangkitan pada susu formula yang tercemar

Risiko kekurangan nutrisi

Meningkatkan risiko barah kanak-kanak

Diabetes

Penyakit jantung

Obesiti

Jangkitan jangkitan telinga tengah dan telinga

Jangkitan bahagian gastrointestinal

Risiko pemberian tidak memberi susu badan

Meningkatkan risiko barah payu dara

Risiko berhadapan dengan masalah terlebih berat badan

Berisiko terhadap barah ovari dan barah endometrial

Meningkatkan risiko osteoporosis

Mengurangkan peluang menjarakkan bayi secara normal

Meningkatkan risiko rheumatoid arthritis

Meningkatkan risiko tekanan dan kemurungan

Meningkatkan risiko maternal diabetes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2006 03:14 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 7-8-2006 14:15
Khasiat susu ibu dan kebaikan kepada bayi


Kebaikan kepada bayi

Pergerakan dan persekitaran mendedahkan ibu dengan kuman yang boleh memberi kesan kepada bayi sebelum dilahirkan. Dalam keadaa ...


byknye khasiat... tp susu dah makin kurenggggg!!!!:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 03:49 PM | Show all posts
so, kena baca thread katak_kiut, yang pasal nak tambah air susu tu tak silap

Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by Syd at 7-8-2006 15:49
so, kena baca thread katak_kiut, yang pasal nak tambah air susu tu tak silap



dah baca daa.. tp tetap mcm ni gak, mebbe faktor usia kot?? :hmm: sbb ni anak ke 3, so mebbe susu dah habis...:nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 04:17 PM | Show all posts
kena pilih makanan...
ada orang p urut

(tahu, sbb mak bidan. ramai orang mintak tlg mak soh urut...then air susu banyak. ada urat dia tak silap)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.206874 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list