CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
Author: GhostWalking

[Tempatan] Pelajar Hilang Selepas Sertai Marathon UPDATE #KENYATAAN BAPA

[Copy link]
Post time 4-11-2014 10:44 AM | Show all posts
aku harap cepat-cepatlah jumpa... kesian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 10:49 AM | Show all posts
Dah sampai siam kot atau kl ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2014 10:54 AM | Show all posts
Rafikin dipercayai masih hidup

Aziz (kanan) dan Samsuddin (dua, kanan) menuju ke bilik gerakan selepas keluar dari hutan bagi membantu menjejaki mangsa hilang.Abang mangsa, Ahmad Ridhuan Azman, 27, berbual dengan Jailani (dua, kiri) yang hadir ke bilik gerakan bagi memberikan sokongan kepada keluarga mangsa, petang semalam.[url=][/url][url=][/url]

        SEKAYU - Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga semalam bagi menjejaki pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (Sesma) Kuala Terengganu, Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu, masih belum menemui sebarang petunjuk.

        Komander operasi merangkap Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, operasi bermula jam 8 pagi dan tamat jam 7 malam itu diteruskan dalam kawasan carian berskala lebih besar.

        Menurutnya, seramai 143 anggota keselamatan termasuk NGO, orang kampung dan juga 35 anggota tentera dari Batalion 18 RAMD Kem Seberang Takir, Kuala Terengganu terlibat dalam operasi semalam, berbanding kira-kira 100 orang, kelmarin.

“Operasi pada hari ketiga dipertingkat dan diperluaskan melebihi satu kilometer dari jarak dan laluan asal, dengan semua pasukan terlibat dipecahkan kepada enam kumpulan. Pencarian juga melibatkan kawasan di darat dan pesisir sungai dengan bantuan pasukan tentera.

“Sehingga operasi tamat, pasukan penyelamat masih belum menemui petunjuk baru dalam usaha menjejaki mangsa. Bagaimanapun, kita percaya pelajar ini masih hidup,” katanya.

        Kata Mohd Rosli, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang andaian atau mempercayai sumber tidak sahih berhubung kes kehilangan pelajar berkenaan, sebaliknya perlu sama-sama berdoa agar segalanya dipermudahkan.

Adun turut sertai operasi

        Sementara itu, Sinar Harian semalam menyiarkan kes Ahmad Rafikin yang dilaporkan hilang oleh bapanya, Azman Othman, 50, setelah mendapati anak bongsu daripada tiga beradik itu tiada di kawasan air terjun Sekayu ketika menjemput mangsa selepas program Maraton Gunung Gajah Terom tamat, Sabtu lalu.

        Tinjauan mendapati, kes kehilangan remaja itu mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil secara sukarela untuk mencari mangsa, antaranya Persatuan Kembara Negara dan badan gabungan Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT).

        Malah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri merangkap Adun Telemong, Datuk Rozi Mamat turut menyertai operasi dua hari berturut-turut dan kelihatan tiba di bilik gerakan, kira-kira jam 5 petang.

        Selain itu, khidmat ustaz turut digunakan bagi membantu mengesan mangsa, selain solat hajat dan juga bacaan Yasin.

Pertama kali ada orang hilang

        Dalam pada itu, kes kehilangan Ahmad Rafikin ternyata mengejutkan penduduk setempat kerana kejadian seumpama itu pertama kali berlaku biarpun kawasan berkenaan memang diakui agak 'keras'.

        Malah, penduduk sering ke kawasan berkenaan untuk lakukan pelbagai aktiviti khususnya memancing dan mencari hasil hutan, dan sejak dua tahun kebelakangan ini, kawasan itu makin dapat tempat dalam kalangan orang luar.

        Seorang penduduk yang turut terlibat dalam operasi menyelamat, Aziz Jaafar, 58, berkata, dia mengetahui selok-belok kawasan berkenaan kerana kerap ke situ sejak kira-kira 30 tahun lalu.

“Orang kampung termasuk saya sendiri selalu masuk ke dalam hutan ini bagi cari hasil hutan dan memancing, apatah lagi pemandangan di situ begitu cantik dan strategik.

“Tidak dinafikan kawasan ini agak 'keras', tapi semua itu tidak diendahkan kerana kami sudah sedia maklum hal ini. Tidak pernah lagi berlaku kejadian orang hilang, sebab itu saya terkejut bila dapat tahu ada orang hilang di sini, apatah lagi berlaku pada siang hari.

        Hanya ALLAH SWT tahu segalanya, malah orang kampung turut bekerjasama dalam operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

        Menurut Aziz, dia bersama penduduk lain masuk ke sekitar kawasan mangsa dilaporkan hilang pada jam 9 pagi semalam, namun masih belum menemui sebarang petunjuk berhubung kejadian berkenaan.

Maklum jika anjur program

        Kenyataan Aziz turut disokong Samsuddin Mamat, 55, yang menyifatkan kawasan berkenaan mempunyai cerita tersendiri, tetapi tidak pernah berlaku kejadian orang hilang.

“Agak pelik apabila ada kes hilang begini kerana tidak pernah berlaku. Kira-kira 10 tahun lalu, pernah berlaku kejadian seumpama ini, tetapi tidak dikategorikan sebagai hilang. Kalau kes lemas termasuk fenomena kepala air, sudah biasa, tetapi bukan kejadian orang hilang.

        "Kawasan ini memang agak 'keras', namun ‘benda’ itu sekadar mengusik terutama dengan bunyi-bunyi pelik. Laluan kawasan gunung ini agak mencabar kerana bercerun, selain agak mengelirukan terutama bagi mereka yang belum biasa dengan selok-belok keadaan di sini,” katanya.

        Justeru, Samsuddin mencadangkan orang luar terutama penganjur program agar memaklumkan kepada penduduk kampung sekiranya ingin mengadakan sesuatu aktiviti supaya dapat mengadakan solat hajat bagi memohon keselamatan.

Belia dipecah dua kumpulan

        Dalam pada itu, seramai 15 belia di bawah badan gabungan MBDHT turut sama menyertai operasi bermula jam 10 pagi hingga 4 petang semalam bersama pasukan keselamatan lain bagi membantu mencari dan menyelamat mangsa.

        Pengerusi Gerakan Belia 4B Daerah Hulu Terengganu yang juga ahli jawatankuasa MBDHT, Ahmad Hamidan Yusof berkata, pihaknya bergerak masuk ke dalam hutan dengan dipecahkan kepada dua kumpulan.

        Menurutnya, beliau mengetuai satu kumpulan, manakala satu kumpulan lagi diketuai Penasihat MBDHT, Datuk Rozi Mamat.

        "Kami secara sukarela membantu pasukan keselamatan untuk sama-sama berusaha mencari mangsa. Tambahan pula, kami pernah adakan latihan untuk menguji stamina dan kemampuan fizikal serta mental di sini bagi menjayakan misi pendakian XPDC Kinabalu Daerah Hulu Terengganu yang diadakan bermula 20 hingga 25 Oktober lalu.

“Trek dilalui peserta secara keseluruhannya sama dengan laluan yang kami gunakan ketika adakan program pendakian di Gunung Gajah Terom sebelum ini. Memang diakui laluan agak mencabar kerana adanya tebing begitu curam. Selain itu, terdapat juga beberapa simpang yang mengelirukan. Tidak mustahil jika tersilap percaturan, seseorang itu boleh sesat,” katanya, di sini, semalam.

'Ada peserta main kotor'

        Bagi peserta kategori Lelaki Terbuka, Muhammad Luqmarul Hakim Hamidi, 19, pula, dia terkejut apabila dimaklumkan mengenai kes kehilangan mangsa, apatah lagi dia juga hampir tersesat.

“Saya sendiri sesat kira-kira 100 meter sebelum berpatah balik setelah menyedari tersilap laluan bagi kategori disertai yang melibatkan perlumbaan sejauh 22 kilometer. Ada dalam kalangan peserta lakukan permainan kotor dengan mencabut pelekat yang ditandai penganjur,” katanya.

Usah sensasikan kejadian

        Sementara itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari mengingatkan pengguna laman sosial agar tidak mensensasikan kes kehilangan Ahmad Rafikin dengan pelbagai spekulasi tidak sahih.

        Menurutnya, tindakan itu mampu mengganggu emosi keluarga mangsa yang kini sedang berdukacita atas kejadian berkenaan.

“Tidak perlu mensensasikan kejadian ini dengan pelbagai andaian sehingga menjadi 'viral' di laman sosial. Sebaliknya, marilah kita membantu dan berdoa mudah-mudahan mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

“Malaysia sudah 57 tahun merdeka, jadi kita seharusnya lebih bertanggungjawab, bukan sewenang-wenangnya buat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan. Malah, kita juga tidak teragak-agak ambil tindakan terhadap pihak bertanggungjawab,” katanya.

        Jailani juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata demikian bagi mengulas kehilangan Ahmad Rafikin yang kini ’viral' di laman sosial.

        Terdahulu, Jailani mendengar taklimat disampaikan Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir serta Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar.

[url=]
[/url]Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/rafikin-dipercayai-masih-hidup-1.330225

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 10:57 AM | Show all posts
keras kehulu keras kehilir...
selayaknye dihencap oleh sis famri ummah sebegini
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:01 AM | Show all posts
Saya sendiri sesat kira-kira 100 meter sebelum berpatah balik setelah menyedari tersilap laluan bagi kategori disertai yang melibatkan perlumbaan sejauh 22 kilometer. Ada dalam kalangan peserta lakukan permainan kotor dengan mencabut pelekat yang ditandai penganjur,” katanya.


lahanatnya sapa yg buat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:06 AM | Show all posts
“Saya sendiri sesat kira-kira 100 meter sebelum berpatah balik setelah menyedari tersilap laluan bagi kategori disertai yang melibatkan perlumbaan sejauh 22 kilometer. Ada dalam kalangan peserta lakukan permainan kotor dengan mencabut pelekat yang ditandai penganjur,” katanya.



slalu klu buat jungle trekking benda mcm ni slalu jd
urusetia kene check slalu

jgn2 disbbkan ade lahanat yg buat onar, adik kita tu smpai sesat
sian ko dik
be strong
allah ade kt mana2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2014 11:07 AM | Show all posts
ada orang kampung yang pernah ternampak atau terserempak dengan binatang buas tak kat area gunung gajah terom tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:07 AM | Show all posts
sanggup buat keje giler utk menang lah tuh... Ya Allah temukan lah adik ni dgn selamatnya..

Pasukan Penyelamat Turut Meneruskan Operasi Pencarian Pada Jam 3 Pagi Tadi. Bagaimanapun, Ahmad Rafikin Masih Tidak Ditemui Sehingga Kini.
Last updated by Farouq Johari about 7 hours ago









Sama-Sama Kita Dapat Doakan Agar Pasukan Penyelamat Berjaya Menemui Ahmad Rafikin Dalam Masa Terdekat. Semoga Segala Urusan Dipermudahkan Oleh-Nya. #PrayForAhmadRafikin
Last updated by Farouq Johari about 7 hours ago




Last edited by zamnie on 4-11-2014 11:11 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 11:08 AM | Show all posts
atira posted on 4-11-2014 10:57 AM
keras kehulu keras kehilir...
selayaknye dihencap oleh sis famri ummah sebegini

betullah keras. banyak batu dan kayu kayan serta pokok2.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x guna kucing untuk mengesan ek?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:41 AM | Show all posts
edee_91 posted on 4-11-2014 11:08 AM
betullah keras. banyak batu dan kayu kayan serta pokok2.

kalau depa cakap pasal keras batu kayu semua tu.. tak pe la
ni keras yg 'keras'..
selayaknye la dihencap
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 11:59 AM | Show all posts
penganjur ni memang layak dihencap....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:02 PM | Show all posts
alahai posted on 4-11-2014 11:01 AM
Saya sendiri sesat kira-kira 100 meter sebelum berpatah balik setelah menyedari tersilap laluan bagi ...

akak tak hairan pun kalau ummah m elayu sunni bermazhab shafir ahli sorga buat sebgini,
di kalangan kawan2 akak pun ramai yg jenis bergurau bodoh tak fikir pasal orang lain.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:04 PM | Show all posts
penganjur dah gabra...
tu yg disalahkan segala menda keras lembut hantu pontianak bunian bagai...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:06 PM | Show all posts
tahun depan kut nak buat gak acara camni - mohon di berikan setip peserta  - alat gps -
kalau lah adik ni sesat sebab dek ada orang cabut2 tanda2 jalan - memang sial sangatt orang tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:07 PM | Show all posts
atira posted on 4-11-2014 11:41 AM
kalau depa cakap pasal keras batu kayu semua tu.. tak pe la
ni keras yg 'keras'..
selayaknye  ...

saja je aku in denial mode tak mahu mengiyakan kebodohan mereka, dengan sahaja aku mengatakan diorang caka pasal keras batu batuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2014 12:10 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 4-11-2014 11:36 AM
Kenapa x guna kucing untuk mengesan ek?

kau dah gila nak bawak kucing?
ke sungai dia bawak kita, suruh tangkapkan sekor buat ikan masak tiga rasa untuk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:17 PM | Show all posts
atira posted on 4-11-2014 11:41 AM
kalau depa cakap pasal keras batu kayu semua tu.. tak pe la
ni keras yg 'keras'..
selayaknye  ...

Dalam hutan sunyi mcm tu, kalu duk berdua-duaan pon boleh "keras" gak...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:19 PM | Show all posts


Tak guna anjing pengesan ker?
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2014 12:20 PM | Show all posts
Bodo punya wartawan sinar.
Dia sendiri pergi laporkan konon kon kawasan keras lepas tu ujung ujung quote plak menteri tu kata jangan hebah kan benda bukan bukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.099288 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list