|
Hotnya Adi Putra kat MyMetro
cikara Post at 4-11-2011 09:40
Sangat222222 hotzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 81# MekConkey
memanaskan cuaca dingin di musim tengkujuh - 39 darjah celsius |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 80# MekConkey
heyyyy sape kate cinta elysa ta best??/best hokay..hahaha aku pon fanatik fs gak...tp aku rase die mcm lg seswai ngn adi dr nd ni..sbb muke dorg ade chemistry gitu hehehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat222222 hotzzzz
MekConkey Post at 4-11-2011 09:54
mana mana.. tepek la citer.. mod bg la kredit skit yg tepek cite ni.. hehhehe{:4_181:} |
|
|
|
|
|
|
|
ady sangat hensem dan gojes dlm cerita ni.
tengok iklan ai da tangkap lentok.
tak sabar nak tengok dan dengar suara romantik ady |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 82# cikara
hahha...betul tu |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by MekConkey at 4-11-2011 10:18
Reply 85# bulan_gerhana
Pergi la website www.hmetro.com.my Bahagian RAP |
|
|
|
|
|
|
|
Adi Putra bukan kejar anugerah
RAMAI pengarah filem, drama dan teater handalan memuji aura dan bakatnya. Antara mereka, U-Wei Shaari, Osman Ali dan Syamsul Yusof. Perkara ini tidak menghairankan kerana Adi Putra sememangnya dilahirkan dengan bakat dan rupa.
Seperkara yang nyata, walaupun Adi semakin banyak berlakon, dia sendiri bukanlah seorang pengejar anugerah, sebaliknya sentiasa memburu kualiti dalam tugasannya.
Lantas formula yang Adi pegang sepanjang menggenggam status seorang pelakon adalah dia mestilah bekerja dengan sepenuh ikhlas kerana ia berkaitan soal rezeki dan imej lakonan anak seni tempatan.
Pertemuan dengan Adi di Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur, petang Rabu lalu berlangsung dalam suasana penuh gelak ketawa. Rap juga ingin berkongsi perasaannya selepas disebut-sebut bakal tersenarai sebagai finalis dalam Anugerah Skrin 2011 (ASK2011) malam ini.
Dalam memperkatakan mengenai peluang itu, Adi tetap ‘cool’ seperti seadanya.
Ramai menganggap, melihat kepada lakonannya dalam telemovie Air Mata Nur Salina dan filem KL Gangster, tidak mustahil dia boleh menggugat calon pelakon lelaki lain.
Kata Adi, kalau dicalonkan nanti, ia menjadi satu bonus kerana dia enggan meletakkan sebarang harapan.
“Susah untuk saya fikir apabila ada pihak bercerita nama saya mungkin tersangkut dalam sampul surat pada malam ini. Ia kerana semua itu hanya satu spekulasi. Ia lagi masih samar dan bukannya satu pengesahan.
“Bagaimanapun, saya hanya mampu berterima kasih kepada mereka yang berkata begitu (ramalan) kerana ia saya anggap satu pencapaian.
“Soal tersenarai atau tidak, menang atau kalah bukanlah menjadi isu buat diri saya kerana semua itu bergantung kepada rezeki. Lagipun selepas hampir 10 tahun menjadi pelakon, saya masih tetap yang sama, bekerja untuk kepuasan diri dan juga setiap produksi yang menawarkan peluang kepada saya.
“Insya-Allah kalau benar saya tersenarai atau menang malam nanti, ia satu hadiah yang indah. Bagaimanapun, saya percaya ramai lagi pelakon lelaki lain di Malaysia yang hebat-hebat daripada segi mutu lakonan,” katanya.
ASK2011 buat kesekian kalinya akan berlangsung dengan tema Kilauan Emas atau Golden Glamour di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia juga akan dipancarkan secara langsung menerusi TV3 malam ini dengan hos, Ally Iskandar dan Rozita Che Wan.
Acara itu antara lain bertujuan memartabatkan penerbitan drama, filem dan produksi.
Selain penyampaian trofi kepada pemenang, peminat juga akan dihiburkan dengan pelbagai segmen nyanyian serta acara laluan karpet merah.
Antara artis yang bakal membuat persembahan malam ini termasuk Tomok, Aizat, Awi Rafael, Ella, Dayang Nurfaizah, Alyah, Meet Uncle Husain dan ramai lagi.
Kata Adi yang menonjolkan lakonan cemerlang dalam teater muzikal Sri Mersing
di Istana Budaya (IB) tidak lama dulu dengan watak Damak, ASK adalah pentas terbaik bagi stesen TV menghargai anak seni dan karyawan kreatif tempatan.
Bagi Adi, perjalanan seninya masih jauh dan dia akan tetap memberikan sokongan kepada setiap anugerah hiburan yang dianjurkan di negara ini termasuk juga ASK.
“Sejak dulu saya hanya menonton acara anugerah di kaca TV saja. Namun, apabila diundang ke setiap majlis anugerah, saya rasa sungguh berbesar hati serta gembira kerana di situlah saya dapat berjumpa rakan artis.
“Selalunya kita semua sibuk dengan tugas di lokasi dan agak jarang dapat bertemu dalam sebuah majlis yang besar. Saya juga akan cuba bergaya mengikut tema yang ditetapkan penganjur ASK2011 sebagai tanda menghormati majlis,” ujarnya sambil tersenyum.
Lakonan Adi dalam Air Mata Nur Salina dikatakan berupaya membuka mata juri ASK2011 meskipun dia hanya muncul dalam beberapa babak.
Kemunculan Adi sebagai antara teraju utama filem drama aksi KL Gangster juga berjaya membuka ruang yang lebih kepadanya untuk menembusi senarai Top 5 ASK2011 malam ini khususnya bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem.
Ramai berasakan kemunculannya bersama Aaron Aziz, Syamsul Yusof dan Zizan Razak menghidupkan KL Gangster sehingga mampu meraihkan kutipan RM12 juta.
“Saya gembira melihat perkembangan industri filem Malaysia yang semakin maju.
Banyak filem box-office tempatan dihasilkan dalam setahun dan ia satu peningkatan yang sangat positif. Selain itu drama di pelbagai slot terutama Cerekarama juga semakin berkualiti dalam memikat penonton untuk terus setia di kaca TV.
“Saya harap akan dapat berlakon di bawah arahan lebih ramai pengarah yang hebat di negara ini. Bagi saya ilmu filem tidak pernah habis,” katanya.
Terbaru Adi sedang terbabit dengan pembikinan drama rantaian bersama Nora Danish berjudul Tentang Dhia.
Jelas Adi yang menyifatkan lakonan sebagai nyawa dan jiwa buatnya, Tentang Dhia sebuah karya yang bakal memberikan sebuah kelainan pada warna lakonannya.
"Jujurnya watak dan pembangunan emosi yang saya tampilkan dalam drama ini cukup berbeza kerana ia banyak bermain dnegan air mata dan ekspresi wajah.
"Bagaimanapun, saya yakin dan percaya peminat akan berpuas hati melihat perbezaan itu nanti.
"Alhamdulillah saya sentiasa diberi kepercayaan untuk membawakan watak yang berat dan penuh jiwa seperti ini kerana sebagai seorang pelakon, saya puas menghidupkannya," katanya.
Tentang Dhia akan mula ditayangkan pada 9 November menerusi slot Akasia, mulai minggu depan, Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.
Ramai peminat menunggu kemunculan Adi dalam filem Hanyut arahan U-Wei Shaari yang turut dibintangi Datin Sofia Jane, Khalid Salleh, El Manik dan Diana Danielle.
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan acara anugerah gilang-gemilang, Anugerah Skrin 2011 malam ini jam 9 malam hanya di TV3. |
|
|
|
|
|
|
|
x sabarnya nk tgok putra ku ngan nd tu... sama cute sama padan awwww |
|
|
|
|
|
|
|
betul2...nk tunjuk watak heroin tu baik giler...padahal kalau kt realiti kehidupan xdenye ...
hemo_hemo Post at 4-11-2011 09:10
tu la..kalu aku laa jd sopiya tu xde laa aku nak bebaik2 lg ngan fiona tuh..dah wat aku mcm2 dahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
aha...aku pon nk ckp bende yg same...terus trg..aku xske lakonan botak dlm cite ni...kaku kayu je! ...
cik_ted143 Post at 4-11-2011 09:16
tp ramai gak suka kat dia kan..nak kata ensem sgt x jgk.. |
|
|
|
|
|
|
|
iolls tolong tepek kan
yatt_takez Post at 4-11-2011 10:51
merembessssssss sgttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
OH ADI PUTRA...deng peminat kome..pasti deng tgk kome belakon.... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.. adi dgn nd.. cam tak sesuai jer.. nd aku rasa cam tak brp menjadi sbg pelakon.. tak tau la nape.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa mcm tak der chemistry la pulak ND ngan AP tu.... tak tau naper aku lbh suka tengok AP ngan FS.... mcm dlm citer Chinta tu...nampak sesuaiiii sangat.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|