CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BabyR

isteri ada boyfriend muda....

  [Copy link]
Post time 25-7-2011 05:02 PM | Show all posts
tadek ke komen2 yg suruh laki kawan TT tu bersabar..... muhasabah diri.... belek imannya.... carik punca kenapa bini boleh bercurangan dlm perkahwinan n bla bla bla....

rather than suruh laki kwn TT tu ceraikan biniknya kalau x jatuh nusyuz

opkoz la menduakan suami ini akan mendpt celaan yg hebat dr malay society dr suami bercurangan dlm perkahwinan atas alasan 'laki boleh kawin 4 maa'

so klise!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2011 05:16 PM | Show all posts
Reply  ajinomotonosuga

Rasullullah tu maksum abg aji. terpelihara dr dosa...
tp manusia hari in ...
afja Post at 25-7-2011 16:40



    okk..islam tekan aspek sekufu ek

dah tu camna suami keje tapi bini full time hauswaif? camna bini nak rasa SEIMBANG cam ko dakwa tuh

sure bini rasa rendah diri, tadak duit, arap suami uluq..tu pun kalo uluq

berapa ramai pompuan fulltime houswives tu apja..ko keje leh lah cakap


lai pelik sama sama keje pun masalah gak..btui dak apja?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 07:57 PM | Show all posts
okk..islam tekan aspek sekufu ek

dah tu camna suami keje tapi bini full time hauswaif?  ...
ajinomotonosuga Post at 25-7-2011 04:16


aji, u tulis bebanyak pun, me setuju dengan alja walau me suri rumah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2011 08:32 PM | Show all posts
aji, u tulis bebanyak pun, me setuju dengan alja walau me suri rumah
faraway1 Post at 25-7-2011 19:57



    maybe ramai tak paham kut..so saya cerahkan sikit ye

maksud sekufu tu pada saya sebenonya tindakan MEEEEYEEEEIMBANGKAN..perbuatan menyekufukan

so kalo bini tak keje maka suami beri lah duit macam elaun or gaji ikut kemampuan suami supaya HATI isteri tu gembira, ni termasuk bab melayan isteri

bukan makna kita faham sekufu tu MESTI SAMA..sebaik2 nya sama

kalooo suami tuaaaaaaaa..dan dia kawin bini mude maka suami wajar ler seimbangkan diri dia fisikali misal nya ngan isteri

kalo isteri ceo dan suami plak cuma konduktor bas, maka wajar lah suami meeeeeeeeeeeyeimbangkan diri dia misal pi amik study open learning or tambah pendapatan ke

so bila isteri tinggi..dan dia rendahkan taraf dia supaya suami tak rasa tersisih emosi dan fikiran DI MASA SAMA suami rendah jawatan tu usaha naikkan taraf dia lama2 jadi SEIMBANG

itu maksud sebeno sekufu


kalo suami takdok keje pun BUAT MASA ini dan budak pompuan tu nak nikah sangat..nikah lah..tu pasal rezki oang dah nikah ni tuhan tambah kendian dapat anak bertambah2 lagi rezeki ..seme ni semulajadi malah rasional or lojik di fikirkan, seme ni faktor peyeimbangan..so tadak masalah apa sebeno nya..cuma MASA dan pengetahuan tu jek..kene lah sabar..ujian gak


kalo suami sendiri kata takyah keje, gaji ai dah cukup tanggung kita anak beranak so taat je lah tapi suami kene lah kasik elaun esp kalo bini tu ada degree or terpelajar , bukan dia dok goyang kaki je tak wat pe  basuh berak anak jek jaga anak kendian dok mengemis suami nak beli apa pun..ramai cengini WALO SEKUFU SEPERTI YANG MASARAKAT HARI INI FAHAM malah saya yakin ramai sini faham sekufu ni mesti kene sama!! btui dak?


apa sekufu nya putra raja dok carik anak oang kampung dan kawin dia, apa sekufu nya orang darah di raja pi kawin oang umum?


maybe anak raja tu rasa kemanusiaan tu tinggi, rasa dia macam oang biasa gak, pangkat seme tu sementara, so dia soang yang HUMBLE so dia prefer oang kebanyakan jek, tak dulik protokol enggang sama enggang pipit sama pipit


kalo kita rajin berilmu maka tak banyak masalah kita, banyak masalah salu nya sebab salah faham jek.


bila faham penerangan saya cengitu maka nanti kita faham napa nabi masa 25 kawin janda 2 kali umur 40 dan kendian masa nabi umuq dah tua 50an kut kawin anak dara sunti baru 13 taun


bila SEIMBANG sebab di seimbangkan baru lengkap esp aspek jiwa

manusia sampai mati, walo dah tua camna pun tetap ada dalam diri depa 'the innocence of a youth or child'

kebudakan or sifat anak kecil tu tetap terpelihara dalam diri manusia sampai dia mati, tak kire umuq dia..ini inbuilt dalam diri dia

nabi dah tua pun main anak patong ngan aisha, main lumba lari ngan aisha tapi ngan khadijah nabi rasa dia di manjakan oleh soang macam ibu dia yang dia takdak , ibu nabi mati masa nabi masih kecil dan ayah dia mati masa nabi dalam perut mak lagi

nabi pun manusia, takkan tak rindu kasih mak ayah..kat sapa dia nak rasa seme macam manusia lain kecik2 rasa? kat pakcik dia abu talib dan lelain tu, kendian kawin dia rasa dari siti khadijah yang dah berumur tu kasih sayang soang kekadang macam ibu, macam akak pompuan

saya pun masa mude kecik2 salu nak AKAK tapi takdok..seme adik badik jantan...tu pasal masa kecik2 salu berangan kalo kawin nak yang tua tuaaaaa btuiiiiiii , sebab saya tak ramai macik..ada adik abah soang je pompuan haa..tadak akak, ada akak jiran je tu pun dekat2 umuq..so kekok tu banyok tapi keinginan tu tinggi nak punya akak ..kawan saya dok cite dia penin2 akak2 dia seme tolong picit pasal dia soang jek adik lelaki lelain seme pompuan


so pengaruh cam ni kalo saya cari jodoh misalnya tentu terbawa2..bab menyeimbangkan gak..misal kalo de lelaki bujang cakap dia suka pompuan yang tua or matang maybeeee just maybe dia tu sayang sangat mak dia, or dia rindu nak ada akak macam saya ni haaa..ni seme mana kita nampak..DALAM JIWA kita je kan?


serupa gak pompuan, kalo misal nak ada abang or adik lelaki, suke manjekan adik lelaki dia so dia jadi isteri nanti tentu pembawakan dia lain, esp pompuan kalo ayah dia mati masa kecik, kendian rapat ngan atok lelaki kendian atok dia mati plak masa dia meningkat remaja, maybe dia kawin suke pada lelaki sangat matang, fatherly walo dia CEO besar tapi ini JIWA dia so dia berkenan soang konduktor or dreber lori tuaaaaa doh tapi duda or bujang tua lagi..maybe dia suka..so nak kata tak sekufu?


susah nak kata tak sekufu pasal ni soal JIWAAAA


arap pencerahan cengini ramai terbuka luas skit aspek sekufu ni..wasalammmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 11:52 PM | Show all posts
Reply 60# cingai
hari jumaat ngan ari ni member tu cuti...semenjak kenal jantan tu asyik cuti memanjang...

alasan gi wat aktiviti sukarela....

kitorang dah x leh nak pantau apa yg dia wat kat luar...
rasa nyesal x hambat dia masa gi bercuti tu...
memasing takut dia merentan kat sana...
member tu leh tahan mulutnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2011 11:55 PM | Show all posts
Reply 63# lizaliza
rasanya member tu dah tau org tengah bergosip pasal dia...coz dia pernah tanya kawan lain apa org cakap pasal dia lepas balik bercuti tu....

tp dia wat hal gak... wat bodoh gak...:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-7-2011 12:00 AM | Show all posts
Reply 65# nuryakmal
memang nak cakap ngan member tu pasal hal curang dia tu...tp saya lom kawin lagi...

nanti mesti kene lahar ngan dia....

pas tu dia tu kalau nak jatuhkan air muka org leh tahan gak mulut dia....
selalu gak dia malukan kawan2 lain termasuk saya...
agaknya tu balasan dia wat cam tu....
dia sendiri yg conteng arang kat muka dia....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2011 12:06 AM | Show all posts
dah x tau nak wat apa ngan member tu....
sekarang ni kalau ngadap muka dia dah hilang hormat pada dia...
sampai ada lelaki kat opis tu anggap dia pompuan murahan....
dulu dia x macam tu....
sedihlah tengok member sendiri jadi cam tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 01:07 AM | Show all posts
Reply  cingai
hari jumaat ngan ari ni member tu cuti...semenjak kenal jantan tu asyik cuti memanja ...
BabyR Post at 25-7-2011 10:52

dont worrylah, tupai yg handal melompat pun boleh jatuh,
inikan manusia, selama manalah dia boleh sorokkan pucuk muda dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 08:42 AM | Show all posts
out of topic

alang2 dah termasuk bab sekufu / kafaah ni.... maka mari kita mendalami maksudnya...
cuma sekufu ni penting dlm aspek pemilihan jodoh iaitu di awal2 pembentukan perkahwinan...

kalau ikutkan artikel ni... sekufu ni lebih berkait dgn harta jek. biasa la.. manusia boleh berbunuhan hanya disebabkan harta kan...

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8518.0
Pembentukan keluarga memainkan peranan penting dalam agama Islam. Jadi apabila Islam menggalakkan sekufu, ini bermakna Islam melihat lebih jauh lagi mengenai peranan sesuatu keluarga itu. Ini kerana perbezaan yang terlalu banyak dan ketara di antara pasangan suami dengan isteri dalam pelbagai perkara, hanya akan menimbulkan berbagai-bagai masalah untuk meneruskan kehidupan berkeluarga yang akan dibina kelak. Bahkan sekiranya tiada sekufu antara kedua-duanya, maka isteri atau walinya berhak menuntut fasakh selepas perkahwinannya.

Ia berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Muslim: Tidak berhak mengahwinkan seorang anak perempuan kecuali dengan wali, dan tidak berhak mengahwinkan wanita kecuali dengan lelaki yang sekufu dengannya.

"Sekufu didefinisikan oleh para ulama sebagai 'al musawah wal muqarab' atau yang bermaksud persamaan atau hampir. "Yang dimaksudkan dengan persamaan atau hampir ini lebih ditekankan dalam Islam kepada pihak perempuan. "Jadi di sini, sekiranya seorang lelaki itu mengambil seorang isteri yang lebih rendah pendidikannya atau yang lebih sedikit hartanya dan sebagainya, ia biasanya tidak menimbulkan sebarang masalah kemudian hari.

"Berlainan pula seandainya seorang isteri bersuamikan seorang lelaki yang jauh lebih rendah daripadanya dalam semua perkara. Dalam hal inilah, Islam melihat kafaah sebagai satu aspek yang perlu dijaga.

Menurut ulama fiqah, keseluruhan mereka mengambil kira kepentingan sekufu, sehingga didapati Mazhab Syafie meletakkan sekufu sebagai hak seorang perempuan dan hak walinya. Sementara bagi Mazhab Hanafi, walaupun tidak ada wali mujbir (wali yang boleh memaksa anaknya untuk berkahwin atau tidak berkahwin, misalnya ayah dan datuk) seorang perempuan itu boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali.

Namun wali mujbirnya iaitu bapanya contohnya, masih berhak untuk membubarkan perkahwinan itu sekiranya mendapati pasangan tersebut tidak sekufu. Sebagaimana dijelaskan di atas bahawa sekufu merupakan hak kepada wanita dan walinya, maka sekiranya salah seorang daripada orang yang berhak ini menghalang perkahwinan disebabkan tidak sekufu, maka perkahwinan itu tidak boleh dilangsungkan.

Contohnya, seorang perempuan membawa calon suaminya tetapi tidak dipersetujui oleh bapanya sebagai seorang wali mujbir dengan alasan lelaki tersebut tidak sekufu dengan anaknya, maka alasan itu dianggap munasabah dan hak bapanya sebagai wali tidak boleh dipindahkan kepada wali hakim atau wali selepasnya. Begitu juga sekiranya seorang perempuan yang dipaksa berkahwin oleh wali mujbirnya, sama ada bapa ataupun datuk tetapi dia menolak dengan alasan bahawa perkahwinan ini tidak sekufu, maka dia berhak untuk menghalang perkahwinan ini.

Jelas di sini,  bahawa semua mazhab meletakkan sekufu sebagai satu perkara yang penting. Jumhur mengatakan, sekufu adalah syarat untuk meneruskan perkahwinan, bukannya syarat sah perkahwinan tetapi tidak dinafikan bahawa sekufu penting dalam perkahwinan. Sementara menurut Imam Shirazi, apabila seorang wanita ingin berkahwin dengan orang yang tidak sekufu, tidak menjadi kewajipan kepada wali mengahwinkannya. Manakala, bagi Imam Imrani pula, pemerintah tidak boleh mengambil alih ataupun wali tidak boleh dipaksa untuk mengahwinkah anak perempuan dengan pasangannya yang tidak sekufu.

Sekufu adalah hak kedua-dua belah pihak, iaitu calon isteri dan walinya. Pun begitu ia boleh digugurkan dengan syarat dipersetujui oleh kedua-dua. Ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat Aisyah, Rasulullah s.a.w. bersabda: Pilihlah olehmu untuk keturunan kamu dan bernikahlah dengan orang yang sekufu. (Riwayat al-Baihaqi)

Manakala di dalam kitab Fathul Qadir, "Tidak boleh menikahkan seorang perempuan itu kecuali walinya dan mereka tidak akan menikahkannya kecuali yang sekufu". Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang hamba bernama Burairah yang dimerdekakan oleh Aisyah r.a. Setelah dia dimerdekakan, Rasulullah bertanya kepadanya kerana dia telah berkahwin dengan seorang hamba. Baginda memberi pilihan kepada Burairah sama ada mahu meneruskan perkahwinannya atau bercerai. Nyatalah bahawa Rasulullah begitu menitikberatkan soal sekufu, memandangkan suami Burairah masih menjadi hamba berbanding dirinya yang sudah merdeka. Kata Dr. Amilah lagi, ayat al-Quran yang begitu terang menceritakan tentang sekufu ini tidak ada. Cuma yang ada ialah ayat yang agak hampir dalam masalah sekufu ini, iaitu surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya:

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (juga), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik, dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)".

Malah kepentingan sekufu ini tidak terhad kepada gadis dan wali sahaja, wanita yang berstatus janda juga perlu dititikberatkan soal sekufu.

Ini terbukti apabila Rasulullah s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib, Tiga perkara jangan kamu tangguhkan. Pertama, menunaikan sembahyang apabila masuk waktunya. Kedua, menguruskan jenazah, dan ketiga, janda sekiranya didapati ada lelaki yang sekufu dengannya, maka langsungkanlah pernikahannya. (Riwayat Tirmizi) .

Menyedari kepentingan sekufu ini, adalah di sarankan kepada ibu bapa dan remaja perempuan, agar mengambil berat mengenainya tetapi jangan bersikap terlalu rigid.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Apabila datang pinangan kepada kamu daripada orang-orang yang kamu redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkanlah dengannya. Sesungguhnya, sekiranya kamu tidak berbuat demikian, akan menyebabkan fitnah dan kefasadan (kerosakan) di muka bumi.

Menyentuh mengenai tahap pendidikan ujar Dr. Amilah, aspek pendidikan boleh dikaitan dengan profesion atau kerjaya dan penghayatan agama (ilmu agama). Contohnya sebuah kisah yang berlaku pada zaman baginda Rasulullah. Bilal bin Rabah (bekas hamba) berketurunan Habshi telah dikahwinkan dengan seorang wanita Ansar.

Wanita tersebut mengetahui bahawa Bilal bukan berbangsa Arab. Namun, Rasulullah mengenepikan soal darjat antara kedua-duanya dan mengatasinya dengan cara memberi kefahaman dan penghayatan agama.

Begitu juga kisah sekumpulan orang-orang Ansar yang berkata kepada Ali bin Abi Talib, "Alangkah baiknya kalau kamu memiliki Fatimah." Lalu Ali menemui Rasulullah s.a.w. untuk meminang puterinya, Fatimah. Setelah mengucapkan salam beliau ditanya oleh Rasulullah s.a.w.: Apa hajatmu wahai putera Abi Talib? Jawab Ali, Aku hendak melamar Fatimah puteri Rasulullah s.a.w. Rasul menjawab: Marhaban Wa Ahlan. dan tidak berkata apa-apa lagi. Maka Ali keluar menemui sekumpulan orang-orang Ansar yang sedang menunggunya tadi. Mereka bertanya, "Berita apa yang kau bawa?" Ali menjawab, "Aku tidak tahu kerana baginda hanya mengatakan kepadaku, Marhaban."

Daripada peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa sekufu dalam agama merupakan aspek penting dalam pemilihan jodoh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 09:05 AM | Show all posts
kawan aku ni dah kawin & dah ada anak 2....laki dia agak berusia dari dia...

bebaru ni kitorang k ...
BabyR Post at 24-7-2011 01:23



woww... hebatnyaa...

ce citer penampilan kawan ko tu..vogue tak?


aku agak, laki dia mmg byk duit tapi, kureng dari tenaga batin-penatla. letihla. besok la. next year la..
misti kawan ko tu ada maid kan utk jaga anak2 dia & jaga umah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 09:10 AM | Show all posts
Reply 87# BabyR


    ni bukan soal awak tak kawin awak tak boleh nasihat.. ni soal maruah suami dia, maruah dia sebagai isteri.. takkan sorang pun dalam opis tu tak boleh lantang suara pegi tegur masa dia bawak "abang " dia tido sama. islam kan da kata pisahkan tempat tidor anak lelaki dan perempuan waktu mereka berusia 10 tahun. inikan pulak yang da kertu.. tolong la, for the love of god, amik initiative. lapor pada HR kalau perlu kerana dia perlu tunjuk bukti bahawa dia bawak abang kandung dia tido sebilik. suruh dia tunjuk surat beranak ke IC ke ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 09:36 AM | Show all posts
salam...

i pun ada kawan opis yg ada bf ni....sll dok gayut dgn hp dia @ tel opis...ckp lansung xdgr suara....mmg rasa semacam..tapi xnak la pk lain kan....laki dia plak bukan tua....muda lagi...
nak dijadikan cerita dia kantoi dgn laki dia sendiri...laki dia jumpa hp n no tel baru dlm handbag dia....laki dia on tgk sms berbaur sayang menyanyang gitu....ape lagi bergaduh la....

kawan i plak dia salah kan laki dia sbb bz sll....ntah la..i pun xtahu ape nak kata...i tahu smua ni sbb laki dia pun kawan i n hubby...duduk pun satu taman....laki dia yg luahkan perasaan than soh i tgk'n bini dia kat opis...ape la sgt i leh buat....diorrg siap bt aku janji lg...spy bini dia xbuat gitu lagi....smua family tahu....

benda ni atas diri kita....kesedaran kita yg kita ni wife org...mak org....so pk la....buat ape2 pk dulu..pk balasan Allah....

i pun xsangka kwn i gitu.....mtk i dijauhkan smua ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 11:44 AM | Show all posts
aduhai dunia... semakin mengerikan... aduuuusss
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 12:34 PM | Show all posts
Reply 1# BabyR


    mebi tu abang susuan dia kot, mana la tau hehhehe..

ok, aside from the joke.. cuba ko karang surat layang pada opismate tu.. kasitau yg uols know what she did last weekend gitu.. biar dia rasa takut nak wat duse.. tapi kalo somi dia tu dah tau dan jenis sporting terlampau plus dayus.. mungkin dah termakan nasik perisa kangkung, mmg solutionnye repot kat jabatan agama ajelah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 12:37 PM | Show all posts
ish teruknye kawan awak ni.mybe asben dia da tua then sayang kt bini muda dia..so ape dia buat asben dia tak kisah,isteri dia pun tak takut yela dia muda lagi kan..lain kali bgthu je asben dia.sian asben dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2011 12:40 PM | Show all posts
tadek ke komen2 yg suruh laki kawan TT tu bersabar..... muhasabah diri.... belek imannya.... carik p ...
afja Post at 25-7-2011 17:02



    org pompuan kalo dah takde sifat malu (melebihi lelaki), baek berenti jadi pompuan je..

jadi arnab atau kamben lagi sesuai leh jugak wat akikah hehhehe..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 12:43 PM | Show all posts
Reply  nuryakmal
memang nak cakap ngan member tu pasal hal curang dia tu...tp saya lom kawin lagi. ...
BabyR Post at 26-7-2011 00:00



ko lum kawen..jangan ler cari pasal dgn orang sebegitu..
kang tak pasal2 ajek..dia assume ko jeles. "aku ada laki. anak ada. bf pun ada. ko hada?"
kang tak pasal2 ajer dia malukan ko pulak.
walhal dia yang kena dimalukan.

cuba ko tanya ofismates yang lebih berusia..tanak tegur kan dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 12:44 PM | Show all posts
org pompuan kalo dah takde sifat malu (melebihi lelaki), baek berenti jadi pompuan je..

...
ParinAmat Post at 26-7-2011 12:40



    apesal ko tanak advise laki dia tu supaya ambik madu baru ajer?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2011 12:50 PM | Show all posts
apesal ko tanak advise laki dia tu supaya ambik madu baru ajer?
Hana Post at 26-7-2011 12:44



    istri yg kufur jgn ditambah lagi kekufurannya.. tak gitu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.155533 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list